Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, April 13, 2011

Makan cikedis dengan miloais! (^_^)

ini 'update' dari entri semalam!

Hajat di hati nak makan best best la sebab lapar yang amat,
(tapi bila tengok muka abbi je terus jadi kenyang... chewah! ehehe..)
lgpun, jam dah menunjukkan pukul 8 lebih baru sampai rumah.. jalan memang jem, walau dengan motor pun jem juga, tapi tak lah seteruk kereta.. alhamdulillah... :)

dah lewat, malas nak makan kat kedai kat luar, lagipun abbi pun dah kenyang katanya, so aku ingat nak cari apa apa sahaja stok makanan yang ada kat rumah tu..

so Cik Rima  dari my litle diary ada tanyakan.. apa menu makan malam? :)
ini dia...

Sup Cendawan Segera Campbells.. perisa Keju dengan crouton!

pertama kali makan ni, ni pun idea si abbi tu! dia yang ingatkan aku yang stok sup cendawan ada kat rumah...baru beli!
sllurrrpppsss.... cicah roti... sedap... :D
Alhamdulillah...
diselingkan dengan makan buah buahan lai dan oren..
wah.. diet... wek! ;p
...............................................................................................

Pn miloais pula ada menanyakan resepi Nasi Goreng Kerabu, kita berbesar hati untuk memberikan resepinya, untuk makluman ini pertama kali buat ni, sebab selalu suka makan kat kedai je, tapi tekad hari tu untuk buat sendiri, bhn2 pun dah ada.. :)


Resepi Nasi Goreng Kerabu ( ini untuk 2 orang, bahan agak2 je.. )

- Nasi putih
- 3-4 ulas bawang putih (tumbuk lesung)
- 2-3 ulas bawang merah (tumbuk lesung)
- cili padi ( dipotong kecil, letak masa dah nak masak, kalau taknak pedas)
- 1btg serai ( di hiris halus)
- 1 bunga kantan ( di hiris halus)
- 1helai daun limau purut di hiris halus (kalau taknak pun takpe)
- 3-4 batang kacang panjang (potong dadu)
- isi ayam
- telur ayam
- minyak untuk menumis
- garam

caranya ;
-tumis bebawang sampai kekuningan/naik bau
-masukkan ayam, kemudian serai, bunga kantan,kacang panjang dan semuanya lah..
-akhir sekali baru masuk nasi.. gaul rata..
- kalau nak pecahkan telur sekali dengan nasi pun boleh, nak goreng mata kerbau pun boleh..

Selamat mencuba ya Pn miloais ( korek punya korek kat blog tak jmpa gak namanya, maklumlah ni kawan baru kita ni.. nanti kita riki2 lagi.. :) iouls uols je..

sesiapa pun boleh mencuba, aku ni tak pandai masak sangat, masih belajar dan belajar untuk jadi yang terbaik..


Tuesday, April 12, 2011

Sangat Lapar!!!

saya sangat lapar
saya masih di pejabat
saya lihat hujan masih turun
saya punya abbi belum sampai
saya tengah tunggu dia
saya teringatkan Nasi Goreng kerabu yang pertama kali saya buat minggu lepas...


saya teringatkan nasi dengan gulai patin tempoyak kg baru minggu lalu jugak..

saya turut teringatkan spaghetti bolognese yang saya buat bulan lalu...

saya teringatkan nasi ayam ni jugak!!

saya lapar... perut bernyanyi nyanyi..
tapi tiba tiba
saya terdengar alunan azan sayup sayup di sana..
saya mahu turun
saya mahu solat maghrib dulu..
saya tunggu abbi di surau sahaja lah...

sekian dari saya.

Aktiviti Hujung Minggu ke FRIM

Lalu... seminggu minggu lalu ni... 3hb April

ya, ini ialah aktiviti hujung minggu minggu lalu.
Kami ke FRIM (Forest Research Institute Malaysia) atau dalam BM nya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

terletak tak berapa jauh dari rumah kami, tapi ini baru kali pertama kali kami masuk, masuk kena bayar RM 1 seorang dan kalau bawa masuk kereta kena bayar RM 4, so kalau 2 orang RM 6 lah kami kena hari tu, nak parking kat luar pun boleh, tapi memang agak jauh la jugak nak berjalan masuk ke dalam.. jadi dicadangkan membawa masuk kereta lah..

~ peta yang di ambil di laman rasmi FRIM (klik untuk tumbesaran) , sila lah singgah ke sana untuk maklumat lanjut~

~ ini pula peta nak ke sana.. ambil di eforum.cari.my , ~

Antara tarikan yang ada disini (mengikut maklumat FRIM) ialah; Arboreta, kawasan perkhemahan, titian gantun, taman ethno botani, taman botani kepong, rumah tradisional melayu, aktiviti alam, denai alam, kawasan perkelahan, kayu bersilika dan wetland.
.....................................................................................................................


mula mula sekali kami berjalan jalan menghirup udara segar di sana...
tenang, hijau.. damai... sejuk sekali.. perasaan hiruk piruk kuala lumpur terhapus sama sekali!
owwhhh...



~pokok kat sini sangat tinggi tinggi! suka lah!
dan aku? memang takkan melepaskan peluang untuk mengambil gambar gambar pemandangan yang sangat cantik! kelu lidah berbicara.. namun, biar hati yang terusan memanjatkan puji pujian atas kebesaran Allah yang Maha indah..~

~ bila dah snap gambar ni, tunjuk kat b... b kata.. " gud girl!" heheh..~

~ this is my very favoritasss photo! cantik sungguh! kalau korang dapat tengok sendiri di situ, memang sangat terasa kenikmatannya.. pokoknya dekat dekat, tapi dedaunnya tidak bercantum, seakan seperti puzzle pula! Subhanallah.. cantik! dan.. bila ku tenung tenung seakan melihat kalimat Allah sahaja...

~ tidak nanti terlihatkan kalimat ini pun, sudah cukup kenikmatan disekeliling kita yang dimiliki Allah semuanya... tinggal kita untuk menyedari, merasai dan menghargainya... ~

~ memulakan ekspedisi.. tengok abbi dah berpeluh peluh dah tu, baru intro..~

~ pendakian bermula! lets 'canopy walk'! chee semangat berkobar kobar.. ~


~ kecantikan alam membuatkan aku dan abbi tak lupa memuji muji kebesaranNya..! cantik.. tenang... damai... indah sungguhla ciptaanNya.. rugilah pada mereka yang tak tahu dan tak mahu menilainya... rugi.. rugi...
kami bukan sekadar mendaki.. tapi menikmati sepenuhnya keindahan alam semulajadi ..
kamera pun tak duduk diam juga... :)

namun.. setelah daki punya daki penat mula terasa... nafas dah tercungap cungap.. dalam hati masing2 bila la nak sampai ke check point ni! aku terus je tanya kat seorang aunty.. dan katanya... 
" ohh dekat saja lagi.. u naik sikit saja u dah sampai.."
kami pun naik la lagi setelah berehat sebentar...
tapi baru je dalam 5 meter , aku dah mula rasa pening, rasa cam nak muntah, aku bgtau abbi, macam nak surender je! sesak nafas! uhhh.. betul2 stamina aku dah tak sekuat dulu! sebab keadaan bukit tu menjulang tinggi, bukan mendatar, tu yang buat semput tu..
pulak tu air lansung tak bawa! tinggal kat kereta, cerdik kan..
aku dah memang terfikir dah kalau la aku pengsan kat sini macamana, abbi aku jugak yang susah ni, kesian dia nanti! aku byk2 selawat dan mohon Allah lindungi aku, sebab aku betul2 tiba2 rasa mcm nak pengsan dah!
tapi abbi kuat kan semangat, sikit je lagi, memang dah nampak pondok tu! tapi rasa macam jauh giler..
dalam hati ku berkata kata...
kalau la dapat minum air seteguk dua.. hilang la rasa pening ni

dan, tahu sesuatu tak?
baru je berjalan 2 langkah tiba tiba abbi yang di hadapan berhenti...
air! katanya..
rupanya ada air bukit pula di situ!
Subhanallah...
bila tengok abbi bismillah dan terus minum aku yang pada mulanya was was turut minum juga!
ya Allah.. bila mengalir je air tu di tekak....
ooohhhh... rasanya....
segar sungguh!!
jujurnya aku memang tak pernah minum air fresh dari bukit gini!
tiba tiba mata terus jadi cerah dan segar.. badan tiba tiba jadi cargassss... kepala pun tak pening lagi!
Syukur sangat! rasa macam tak percaya.. rasa macam satu keajaiban telah berlaku pada diriku!
serius!
aku pun ada lihat beberapa org dibelakang ku mengisi air tersebut dalam botol..

tak jauh dari sumber air bukit tu tadi...
Alhamdulillah...! syukur!
akhirnya sampai la ke pondok 'check point'..
tapi jambatan gantung tu kebetulan masih tutup,
memang dah tengok kat bawah tadi katanya masih tutup untuk tujuan membaik pulih..



~ terjumpa pula dengan pokok durian kampung?~

..............................................................................................................

sepanjang perjalanan turun , aku tak habis habis berceritakan tentang keajaiban bertemu air bukit tu..
:)
kami memang tak sempat nak menyinggah mana 2 tempat lagi, sebab dah nak tengahari, penat dah weh.. cuma sempat jalan2 dengan kereta di kawasan sekeliling.. memang luas tempatnya.. takpe, next weekend kita pergi lagi!
hilanglah lemak tepu badan, sekilo dua... hehehe..

ok...agak2 sesiapa yang nak melakukan aktiviti luar yang menyihatkan.. datanglah ke FRIM kalau dah pergi ke sana tu, boleh lah hubungi ku juga.. sebab rumah dah dekat sangat dah dengan FRIM, boleh singgah rumah.. kenal kenal.. makan makan.. borak borak... :)




tak faham dengan perangai manusia yang suka merosakkan dan memusnahkan alam sekitar,
tebang sana tebang sini..
tarah menarah sampai gondol jadinya..
bumi dah tua, sakit sana sini, tu pun masih nak fikirkan keuntungan lagi!
tak kemananya duit yang bertimbun tu lagi bila dunia dah musnah...
tak.. faham faham!

Monday, April 11, 2011

NCIS! mari tonton!


NCIS datang lagi! cerita kegematan kami! :D
malam ni episod yang pertama...
aku sempat bersiaran sebentar sambil menonton NCIS di 8TV!


..................................

'today isn't just another day. today i'll create something beautiful!'

kata kata kat atas tu ialah semangat untuk hari ini, esok .. dan bila bila lah!
sesuai untuk aku dan kamu juga...
(^_^)

------------------------------------------------------------------------------------------




~ dan ini pula ialah 2 set bekal berupa nasi minyak, dengan ayam masak merah dan ulam..
bekal makan untuk hari ini, satu untuk si dia, satu untuk si aku~




ringkas je update ni , nanti ada masa update sambil jalan jalan jenguk kamu... :)
have a great day...
cheersss..

terima kasih pada nuruh hamimi awang atas kesudian mengklik butang 'follow'.. tengkiu.. :)

Saturday, April 9, 2011

Bahaya! Telur palsu sedang berleluasa!

Negara China memang terkenal dengan barang copy paste, dari sekecil kecil barang hingga la kenderaan diorang ni nak buat yang tiruan!
dan terbaru ialah telur! telur tu pun boleh buat tiruan? tak tercapai dek akal aku untuk melihat telur tiruan yang seakan serupa!

baca emel 1 dan 2 kiriman dari sahabat di bawah;



1. Subject: Telur ayam tiruan (kini di Pulau Pinang)



Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.


Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.


Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.


"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.


Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.


Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.


"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.


- Bernama

mari lihat bagaimana mengenali antara telur palsu dan tiruan..


tak percaya kan? nah... tengok cara pembuatannya!


2. Subject: Fake Eggs from China 




The 'yolk' is shaped in the round mould. 'Magic water' containing calcium chloride is used.

Hardy shells are formed by pouring paraffin wax and a liquid onto the egg, which are then left to dry


tabik betul la korang kat China tu, telur pun boleh buat yang tiruan!

semalam jugak aku dah check sepapan telur yang telah dibeli tu,
Alhamdulillah...telur asli hendaknya...
rasanya korang masih lagi boleh cam tau untuk telur mentah ni..
bila korang pecahkan telur tu, kan ke ada macam tali putih halus yang bersambung dengan telur kuning tu kan..
dan kadang kala boleh jumpa tompok2 kecil darah, yang biasanya kita akan buang tu..
haa.. insyaAllah masih boleh di cam yang mana asli dan yang mana tiruan..

hati hati lah..
sekarang bukan telur je tiruan..
orang pun dah ramai tiruan..
dan hati hatilah juga..
dengan hati manusia yang tiruan..

Friday, April 8, 2011

Ziana Zain | way to go !

Aku amat jarang atau boleh dikatakan tak gemar sangat menceritakan tentang dunia hiburan ni, namun malam ni terpanggil untuk menulis tentang penyanyi kegemaran ku.. tak lain tak bukan ialah Ziana Zain, sepintas lalu bila membuka TV tadi aku melihat dia di wawancarakan.. nampak seperti ada kontroversi.. aku tak tahu hujung pangkal pun, tapi jelas dia nampak tenang  dan matang.. semasa menjawab soalan soalan panas tentang kontroversi yang melandanya itu
apa lagi aku pun menyiasat le ape ke halnya diaorang buat kakak aku cam ni nih...
ooooo.. rupa rupanya pasal Ziana taknak pakai baju yang diorang sediakan untuk shooting majalah tutt... eh! tut pulak.. eh!.... ;p


Ziana pastinya punyai alasan tersendiri untuk menolak, namun, dengar apa kata pihak majalah tersebut;


"Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar profesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja Eh! berbuat demikian. Ada bertanya, antara keempat-empat Diva ini, siapa yang lebih kertu, tetapi kami tidak anggap Ziana yang sudah 43 tahun itu kertu (kecuali dia meletakkan dirinya kertu). Justeru itu, kalau kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri). Ketika warga kerja Eh! mencari kedudukan yang sesuai untuk setiap seorang (ini penting kerana Ziana dan Ning berkulit gelap manakala Erra dan Fauziah cerah), tiba-tiba Ziana berlalu meninggalkan set sambil berkata “this is wrong”. Dia membuatkan warga kerja Eh! yang sedang mengatur kedudukan terpempan."

cuba baca bait bait perkataan atas tu, nampak sangat kan.. macam tak ikhlas je...macam nak pekena je... hmmm

bawah ni pula salah satu kata kata penerangn dari kak Ziana Zain ..

"Saya idola kepada masyarakat, jadi saya kena jaga pemakaian saya. Saya rasa sungguh tidak berpuas hati. Pertama kali dalan seumur hidup, saya tak pernah buat kerja bodoh ini kerana saya hormat semua orang. Saya tak nak imej yang saya bina selama ini jatuh macam itu saja. Hidup saya memang ada prinsip. Saya betul-betul kecewa tapi tidak marah. Cuma saya agak terkilan. Gelaran diva yang orang beri kepada saya merupakan tanggungjawab besar yang perlu digalas. Selama 20 tahun, tak pernah saya kena macam ini. Isu ini paling menguji kesabaran saya. Dunia ini kecil, jadi saya tak nak sengketa ini berpanjangan."


semua ini ialah,ehhsan di petik di Beautiful Nara, terima kasih, kita tumpang ya.. :) 
jom baca seterusnya di Beautiful Nara atau boleh baca di Harian Metro 
 



sejujurnya aku menghormati pendirian Kak Ziana Zain yang tegas dalam menjaga imejnya, betul la kan, takkan dia nak jatuhkan reputasi imej yang dia jaga selama 20 tahun semata mata pada pakaian 'bareback' yg mendedahkan bahagian belakang beliau! Dia empunya badan semestinya lebih tahu apa yang baik dan sesuai untuk diri sendiri! kalau tak dia sendiri nak jaga, siapa lagi?  betul la, tak perlu menjadi hamba kepada fesyen yang kadang kala menjengkelkan..
yela.. buat apa, nanti disebabkan satu pakaian itu sahaja, rosak identiti, rosak segala yang telah dibina dari dulu lagi! yang tanggung siapa? diri sendiri jugak kan...? (masa tu seronoklah, larisla media2 ni sebab kontroversi meletup letup! yang kesianya artis tu juga... hmmm)
jadi? lebih baik la dia menolak dahulu sebelum nasi menjadi bubur.. ni la orang kata.. berfikir ke hadapan.. bagus!

tahniah pada Kak Ziana ku.. :D


Apapun, sebenarnya kita seharusnya hormat pada pendirian seseorang, tak kira artis atau sesiapa pun, sebab kita sesama manusia sama sahaja.. sekejap di depan sekejap di belakang.. hidup ni tak lama..
di harap permasalah ini selesai dengan amannya antara kedua belah pihak.. tak perlu persengketaan yang berpanjangan..jangan ada benci...


ok, peace no war.. :)


layan gambar ziana zain..




~ aku suka dia dari dulu hingga sekarang, cuma aku je dari dulu sampai sekarang bila nyanyi lagu dia tak lepas lepas.. pitching asyik lari je! ;p ~

 ~ Ziana bersama suami tersayang... so sweet.. ~

~ si kembar yang bertuah.. ~

ok moga kita bertemu lagi... peace.. (^_^)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker