Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, April 8, 2011

Gambar: Tetamu



DARI ULAT JADI KEPOMPONG,
TIDUR NYENYAK DALAM KELONGSONG,
CUKUP MASA KELONGSONG PECAH,
POM! POM!
 JADILAH RAMA-RAMA YANG INDAH,

RAMA-RAMA TERBANG MERATA,
HISAP MADU DI POHON BUNGA
SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA,

BEGITULAH HIDUP MANUSIA,
PADA ALLAH KITA BERDOA,
AGAR JADI INSAN MULIA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.
...................................................

'Rama rama' - dari ulat jadi kepompong..



nak berterima kasih kepada miloais, Nieza, Ismi Huda, Suri Solehah,pakciklie@mamadiana, woofer storm, azian, pena, Bintang pilot dan pena Rozie, atas kesudian mengikut belog Mathari ini.. :)

Thursday, April 7, 2011

makan makan jom!

Assalamualaikum,

tu, semua tengah menjamu selera la tu....
mari tengok menu makan kegemaran ku dan abbi pada hujung minggu lalu..
terbaik!!
sebab ada...

~ ulam kegemaran iaitu daun pucuk ketereh! cicah tempoyak... makan pula dengan...

~ nasi dan gulai tempoyak ikan patin!! wallllaaaaaaaa.... memang sangat kena! terbaik sungguh! kenapa entah gulai ini sangat sangat la sedap! masyaAllah... sedap..alhamdulillah...
 ini menu aku...~

~ dan ini menu abbi.. telur puyuh dan kerabu.... ~

~ dan ini adalah fenomena baru... Sirap Laici... perrgggghhhh.. ~

terima kasih en abbi belanja!

Ini salah satu aktiviti hujung minggu lalu.. dah lama tak luangkan masa berjalan jalan di luar bersama abbi.. asyik outstation dan sibuk je kami memanjang... so, kesempatan yang ada kami makan la kat luar... cuti dari aktiviti masak memasak kat rumah.. yiipppiee...! :D

tempat makan ni ialah di Kampung Baru, tempatnya betul2 selepas masuk pintu gerbang tu, sebelah 'carwash' . Lauk nya sungguh banyak pilihan, panjang betul meja lauk pauknya... aneka jenis... dan ulam ulamannya semua jenis pun ada..
Ikan Bakar pun ada...
menu minum petang pun ada macam kuih muih, bubur, macam macam la..

cubalah!

:)


and u know what?
dek kerana kenikmatan gulai tempoyak ikan patin itu, telah memaksa diriku untuk membuatnya sendiri di rumah untuk menu makan malam keesokkan hari nya...
maka terhasil lah...

~ Gulai tempoyak ikan kembung! menu tambahan,sayur kangkung goreng dan telur dadar...
nampak macam sedap ke?

tapi......
tapi tahu sesuatu tak?

agaknya apa komen dari tukang komen no 1 aku?
bila je dia menyuapkan gulai itu ke mulutnya....
tiba tiba mukanya yang hensem..
terus jadi...
berkerut,
keningnya tiba tiba bercantum...
mata menjadi sepet.. terkebil kebil
mulut termuncung muncung..terkumat kamit..

terus terkeluarlah perkataan pertama...

" u masak apa ni??" sambil muka berkedut seribu..

"errk"!

so anda semua pastinya sudah tahu apakah keputusannya rasa gulai tempoyak aku tuh!


failed terus! gagal! ttteeeeet!
tettt..tetttt.. tettt...
titik!

waaaa.... ini percubaan baru ni, biasalah, aku pun tak tahu mana silapnya.. tapi aku rasa aku tahu kenapa... sebab.... hmm mungkin sebab aku tak letak garam kot! aku ingat tak perlula taruk garam kot sebab dah letak tempoyak ingatkan dah masam masin.. tu yang tak letak garam...
ye kot sebab tu kot.. kan?

errr...takpe lain kali aku akan coba lagi coba lagi hingga berjaya!!
yessss!!


:p sorry ya abbi....
saya budak baru belajar....

Wednesday, April 6, 2011

Mengepalai

Assalamualaikum...
agak lama aku tak melepak di blog sendiri.. apatah lagi di belog rakan rakan...
maaf dipinta..
semoga semuanya diberi kesejahteraan dan perlindungan dari Allah..
Syukur masih diberi peluang melihat dunia, diberi peluang bernafas di bumi bertuah ini..
Syukur kamu masih sudi membaca tulisan aku ini... :)

Kalau ada yang perasan, aku pun baru je tukar 'header' kat atas tu..
ni ha.. macam kat bawah ni...



Sebelum aku memilih header ini, aku telah meminta pemandangan seorang teman tentang pendapatnya! yang penting katanya apa maksud atau fokus yang diinginkan.. pastikan ianya punyai maksud tersendiri.. tengkiu sir... :)

yang tersurat di situ pasti ada yang tersirat...
Gambar besar, pemandangan hutan, bukit bukan berperingkat peringkat.. yang mempunyai sinar matahari dibelakang  jika matlamatnya ialah untuk mencapai kepuncak bukit sana, kita kena harungi hutan belantara, bukit demi bukit dahulu barulah  dapat merasai kepuasan sebenar kejayaan berada di puncak yang tertinggi!
seperti juga kehidupan kita yang mempunyai matlamat tersendiri..

Hutan menggambarkan rintangan , onak ranjau berduri dan berliku - jarak yang dekat merupakan titik untuk bermula
Bukit menggambarkan matlamat dan cita cita yang mahu dituju - jarak yang jauh, tidak mudah untuk dituju, terarah ke matlamat sebenar
Sinar matahari menggambarkan harapan yang sentiasa ada
Awan putih berkepulan menggambarkan persekitaran kita yang selalu punyai persaingan, pendapat yg berbeza 
Awan biru pula tiada penghujungnya.. ingatlah bila kita berada di tempat tinggi.. jangan dilupai tetap ada yang Lebih Tinggi dari kita...

Frame besar  yang membingkaikannya pula menunjukkan betapa segala keindahan yang kita lihat itu adalah anugerah dari Sang Pencipta..  kita hanya mampu merancang.. selebihnya tawakkal dan doa kerana Allah jualah yang menentukan...
----------------------------------------------------------------------

Gambar kecil wajah manusia yang nampak ketara lubang hidungnya itu... errr mungkin adalah pemilik belog ini ;p
gambar bunga mewakili dirinya yang merupakan seorang wanita sejati.. :)
Gambar jalan.. ialah kehidupannya yang perlu diteruskan tak tahu apa bakal di hadapi, namun perlu hadapi dengan redha..
Gambar wanita dan lelaki berpegangan tangan.. mereka berdua adalah pasangan hidup yang sah! :D
Gambar serangga/ pepatung yang difokus..begitu cantik, antara kegemaran pemilik belog.. fotografi..
Gambar kek itu juga antara yang digemarinya.. memang suka bercomotan bersama tepung..
Gambar bangunan sebalik matahari itu ialah rumah ku syurgaku..Alhamdulillah.. punyai rumah sendiri untuk berteduh..
Gambar tangan orang dewasa dan bayi, itu menunjukkan betapa gelojak keinginan si pemilik belog memiliki cahaya mata.. usaha dan terus usaha..rezeki Allah jua yang tentukan..
Gambar 'this make me happy' ialah ahli keluarga tersayang yang sentiasa ada beriringan di hati..
Gambar hati... emosi yang sentiasa perlu ada...


dah agak lama aku menggunakan 'header' lama... sejak 2008! :)
nak tukar nak tukar rasa cam sayang je...
tapi sesekali kena tukar jugak kan...
wajah baru.. nafas baru...
hmmm wangi....
:)

Tuesday, April 5, 2011

Take it or leave it..

seringkali kita gagal untuk memahami diri sendiri..
gagal untuk melihat potensi diri..
tak nampak..
tak percaya..
maka, kita akan malu untuk menonjolkan diri..
sifat merendah diri yang begitu tebal..

sehingga memerlukan seseorang untuk
membongkar..
menggali..
menelusi..
menolak nya keluar!

Bila segala potensi terserlah sudah..
Peluang pula sudah di hadapan mata..
samada..
kamu melangkah terus kehadapan,
atau
makin berundur kebelakang ..
atau..
berhenti diam di situ sahaja...?

Kata Mr Mac..
" sometimes.. we have no answer for somethings in our life.. just accept and do it! and thank God for that.."






 "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma..


Monday, April 4, 2011

KAK INA KL ke tu?

Assalamualaikum,

mesti ramai yang kenal blogger Kak Ina KL kan?
ala.. Kak Ina yang Tertunailah Hasrat Di hati  tu.... mesti ramai kenal punyalah!

aku baru sahaja jumpa dengan dia tadi ni, Kak Ina ada 'date' dengan Kak Mas (blogger sepejabat ku); Ct_Nurmarlissaa

bila Kak Mas bagitau yang Kak Ina nak datang tadi, teruja sangat nak jumpa dia..
aku selalu rujuk blog dia kalau nak cari resepi apa sahaja.. kak Ina ni memang rajin beno memasaknya! orangnya pun aktif sungguh, blognya pun aktif..glamer pulak tu tau..

Bila tengok Kak Ina tadi, macam tak percaya je, tapi bila dah salam, baru le tahu aku sedang di alam realiti... hehhehe..
Kak Ina dan Kak Mas telah keluar untuk minum minum.. aku tak dapatlah nak join sebabnya ..ehem..ehem.. faham2 sudah... GM ada depan mata je, tak boleh le nak melilau...

hmm Kak Ina dan Kak Mas.. jangan marah ye.. kita dah update blog dulu ni dari kalian...
alaaa..tapi sayangla kita tak dapat nak bergambar pun! teruja sangat sampai tak sempat nak amik gambo..

Kak Ina dalam blognya dan kat luar nampak sama sahaja, peramah orangnya...

:)

Pertama kali jumpa blogger secara 'live'..
antara percaya tak percaya..
itulah..
biasanya jari jemari menari rancak menyusun kata..
namun bila mata bersua.. lidah pula terasa kelu untuk berkata..



UPDATE:

lepas diorang balik tadi..
tadi, kak mas beri ini..
kek choklate dari kak mas..
dan cookies itu dari kak Ina KL

terima kasih banyak banyak2..
kek itu sungguh sedap dan cookies itu sangat enak sekali!

:D





















terima kasih.. atas rezeki ni..

lihat kau dari jauh..

Rindu

Aku tengok kamu dan dia dari kejauhan..
aneka cerita..
suka duka kehidupan
perasaan terkadang terbawa sama hayati cerita
ku susuri kisah kehidupan seharian kamu,
kisah hati dia yang terluka..
kisah kegembiraan mu yang tak terpendam lagi..
kisah menghargai dan dihargai..
meriah sungguh di luar sana

sampai bila ingin melihat dalam sepi

mungkin esok.. lusa..
kejap lagi ke

entah bila.



 



nampak..







Saturday, April 2, 2011

Maha Melihat

Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penih dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker