Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, December 2, 2010

Ikan (apa ntah ni) masak asam pedas kaw!

sebenarnya aku tak biasa masak asam pedas!
tulah! balik2 masak yang sama aja!
balik balik masak ikan yang sama aje!
tapi kali ni, aku nekad nak beli ikan yang lain dari yang lain!
maka terbelilah ikan seperti di bawah.. sekerat je, cukup untuk aku berdua..
tapi aku tak ingat dah ape ke namanya ikan ni!
yang pasti ikan ni ikan yang besar,

jenuh fikir nak masak apa.. maklumla, dapat sekerat ikan besar ni!

tapi entah dari mana ku rasakan seperti ada kuasa sakti menyelubungi..!
terus aku talakan senduk tu (ala2 tongkat magik tu!) pada ikan tu!
tinggg!!!
kelihatan cahaya berkilauan!
dan!
tiba tiba je ikan tu jadi macam kat bawah ni!
tadaaaaa!!!

hoho..
;p

mari kongsi resepinya! dimasak minggu lepas ni..

-sekeping ikan

-Bawang merah4, bawang besar 1
-bawang putih 2-3
- kunyit hidup
(semua si atas di tumbuk)
-cili kering
-garam
-air asam jawa
-Daun kesum
-Bunga kantan ( saje aku nak buh..)
- buah Tomato dan bendi
errr.. rasanya itu je kot bahannya! ke ada yang tertinggal ni! ntah! ingat ingat lupa..

cara:
tumis bahan2 yg di kisar hingga naik minyak, masukkan air asam jawa sikit, daun kesum+bunga kantan, masukkan ikan.. biar dia gelegak dan serasi bersama.. :p, tambah air asam  lagi, ikut suka byk mana nak kuah.. masukkan tomato, bendi dan garam secukup rasa..
agak agak dah masak serasi bersama semuanya, siap lah.. :)

bukan apa sebenarnya letak resepi di sini, di samping kawan2 yang sudi mencuba , ianya sebagai rujukan aku juga, maklumla saya ni pelupa! bila2 boleh rujuk blog sendiri sahaja! :D

tau tak...Yang paling best kan... bila cubaan ini  disukai!
ada orang tu tak suka pun makan asam pedas! tapi katanya sedap pula yang ini! hehe..
licin hingga ke tulang!
mekasih mekasih...

Terima kasih Zafira Nabilah! :)


Sudah sampai!
:D
terima kasih atas ingatan ini ya Nabilah!
beliau telah bermurah hati untuk memberikan tanda hati atau ole ole sempena ulangtahun blognya ke 2 tahun!
terima kasih sekali lagi!
coklat tu rasa sayang sungguh nak makan!
biarkan sahajalah ianya tersimpan di situ..

sekali lagi terima kasih tak terhingga!
:)

korang kenal blogger nabilah (apa kata hati) yang murah hati ni? jom ramai ramai berkenalan dengannya! Nabilah memang suka bagi bagi sesuatu! :D

trimassss.. trimassss...

Hari hari aku menang! sangat bertuahnya diriku ini! siapa mahu kongsi??

semalam.. YOU HAVE WON- MICROSOFT CO-OPERATION MANAGEMENT

tadi..Your Emails Had Make You A Winner! - STANDARD BANK INTERNATIONAL

kelmarin.. Your E-mail Address Won (£750,000 UK Pounds) - OPEC 2010 AWARD!

3 hari lepas? Winning Numbers :47-14-34-85-67-32 - PUBLISHER CLEARING HOUSE!

minggu lepas - Surprise!!! GET YOUR MONEY NOW!!

wahhhhh!!!!!!! kayo.. mokcik kayo la weh gini....
ada sesiapa nak share ke? 
meh meh aku forward emelnya!

ish..ish..ish.. kat atas tu semua emel emel yang diorang hantar kat aku! ntah dari sesiapa saja!
bertuah la woi orang nak kasi duit bertimpa begitu aje! hari hari lak tu!

mula mula macam teruja! tapi lama lama naik marah dah! hehehe...
aku yakin korang pun pernah dapat jugakkan emel sebegitu kan?

Iringjeling:sila jangan bagi maklumat diri seperti yang diminta, ini semua sindiket je, semua ni tipu je! huh!

Wednesday, December 1, 2010

Menu makan malam ini

Alhamdulillah..
selesai makan malam ni tadi..
rasa puas sebab al abbi makan sampai licin pinggan!
ini memang masakan kegemarannya!
sedap katanya!
burrp! Alhamdulillah...
dia kata terima kasih sebab masakkan untuknya..
:)
sama sama..

~ Daging masak kicap~
resepinya...
- bawang putih
-bawang merah
-bawang besar
-sedikit halia
- cili kering kisar
-kicap lemak manis
-air asam jawa
- kulit kayu manis, bunga lawang ,cengkih, pelaga
-lobak merah
-tomato
-Daging di hiris halus

-cara; tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bauk, masuk semua bebawang, halia, cili yang telah ditumbuk halus, masukkan air asam jawa, masuk daging, masak hingga daging empuk, kemudian masuk kicap, lobak dan tomato, bila dah agak masuk, potong bawang besar bulat bulat masukkan sekali..
siap! :)

~telur masin~
resepi?
bersih telur dan rebus 10 minit.
siap! ;p

ringkas je makanan kami malam nie..
korang makan apa malam ni? :D


iringjeling: tak perasan! follower dah bertambah! terima kasih pada follower terkini! LadyzuL⎝⏠⏝⏠⎠™, najwa, Dark Half, Ezzu Raza, ain nina, Ct Noarizah Aris, rima, azzey77, mama izzya kerana sudi follow belog ini! :D

'tercium cium katak, tak jelma jelma pula putera raja!'

di satu petang yang indah..
di sebuah bank, kelihatan begitu ramai orang beratur.. hingga sampai ke luar pintu!
tengok tengok, alamak.. 1 je mesin deposit yang boleh pakai... mahu atau tidak  si mathari terus turut sama beratur! terlintas juga untuk batalkan saja niat untuk mendepositkan duit, isk! tapi nanti lambat pula boleh dapat roadtax nanti! si mathari ni buat roadtax pakai MyEG, jadinya kenalah masukkan duit untuk pihak mereka menguruskan proses seterusnya...

tungguh punya tunggu.. sampai lah turn 2 orang akak ni...
sebenarnya mereka ni dari tadi dok berborak.. sambil gelak gelak, ish, macam tak perasan pula orang sekeliling ramai perhatikan mereka bila mereka gelak kuat2 tu..

tiba di mesin.. mereka masih berborak.. gelak gelak lagi.. sambil akak yang sorang tu tercari cari sesuatu dalam beg nya.. dok mengagau tak jumpa jumpa... pastu bila jumpa, dia pun mulakan lah proses nak masukkan duit.. cari no akaun lah tu kot... lama kemain dok beratur, kenapa tak sediakan dari tadi! isk! dah makan masa jugak tu!

orang pula semakin ramai beratur ni!

5 minit telah berlalu..
namun akak berdua tadi masih di situ.. di lihat mereka seperti tidak peduli tentang orang yang menunggu  di belakang! tak sedikit pun mereka kisah.. malah mereka makin rancak berborak sambil gelak2..
Si mathari ni tengok mereka macam main main aje kat mesin tu, tekan tekan..tapi tak selesai selesai pun!

seorang pakcik india di belakang mereka dah macam tak puas hati..

orang lain juga macam terjenguk2 apa yang dibuatnya! lama sangat!

si mathari pun naik bengang jugak ni! dah le ujan kat luar nih!

tambah lagi 5 minit.. berlalu lagi..

isk! aku rasa aku nak pergi jerkah je mereka ni! (bentak hati kecil si mathari )
lantas kakinya ringan je melangkah ke hadapan dan akhirnya sampai pada mereka..

" kak.. kak ada masalah ke? dah lama sangat ni, orang ramai tengah tunggu ni kak.." lembut pula bila berbicara.. sambil mengukir senyuman..
" eh takda masalah la, ni ha, mesin ni yang masalah, aku tekan dari tadi lagi tak mahunya!"
"haah.. tak nampak ke kirorang sedang nak masuk duit ni..?" sambil mereka berdua menjeling tajam pada si mathari

"memang aku tak nampak! yang aku nampak korang dok borak gelak2 kat situ dari tadi tak abis abis pun! apa kejadahnya!!!" errr.. itu cakap dalam hati si mathari je.. ;p

" tengok kak.. apa masalahnya.."
dia pun menunjukkan nombor, dia nak masukkan duit kereta sebenarnya.. so si mathari ni pun ikutlah seperti arahan yang diberikan.. dan..
" haah la kak tak boleh.." kata si mathari...

" ha.. kan aku dah cakap! kamu ingat kami tak reti bank-in duit ke...pandai nak ajar orang pula! " dah menang boleh la dia marah...hmm
dan tiba tiba........ aku terlihat ada perkataan kecil di bawah nombor2 itu.. di atas nama seseorang itu..
tertulis  'no akaun ABB'.. lantas aku bertanya..

" kak ini ABB ni,.. bukan ke ini Affin Bank kan kak?"

" hah? Affin? mana? mana?" tanya nya dengan nada terkejut!
lantas terus ku tunjuk tulisan kat atas kertas tu..

" laaa bukan CIMB ke?" dia menoleh pada kawannya! mbulatkan mata..
" laa.. kat sini bukan Affin bank ke.. ingatkan Affin tadi! " balas kawannya pula! sambil melihat persekitaran... (konon!)
eh, nak cover malu ke? yang sorang kata ingatkan kena bank-in ke CIMB yang sorang lagi beranggapan mereka sudah berada di Affin bank pula!

pastu apa lagi... menjeritlah orang orang kat situ! pakcik yang India tu memang tunggu masa nak lepas geram je..
semua orang yang sedang menunggu kat situ bersuara...

"tennyeh sampai pagi pun takkan dapat kalau mcm tu!!" booo.. salah seorang lelaki muda pada akak berdua itu!

dan akak berdua tu tadi, jalan teruss je sambil menyorokkan kepalanya dalam 'cengkerang' masing2 macam kura kura tu! merah padam yu.. tiada lagi gelak tawa seperti tadi.. (tidak terniat pula untuk mengenakan akak itu..)

itulah..
sebagai pengajaran buat semua,
prihatin la dengan persekitaran.. prihatin dengan masyarakat sekeliling. jangan cuma mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.. jangan sombong..

dan mathari pun berjaya memasukkan duit berkenaan dalam masa lebih kurang 2 minit sahaja..
simpan resit untuk bukti pembayaran!
yahoo.. esok boleh dapat roadtax!! :)

Tag dari Lya

Terima kasih untuk lya, sebab sudi berikan tag ini! hihi... lya lya.. pandai ye! saje je kan?

Jom layan:-

•apa benda paling penting dalam hidup korang?
keredhaan, keberkatan dari Allah..

•benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
nasi berlauk ikan aye! uhhh! sedap!

•dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
err..boleh pinjam istana sesiapa..?

•adakah korang sedang bercinta sekarang?
hmmm... *blushing*... love is in d air.. :)

•berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selama lamanya.. insyaAllah dengan izinNya..

•di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
dulu ke? dulu selalu jumpa kat.. pasar pudu! kat tempat orang jual2 ikan tu.. hehe.. beli ikan letak dalam akuarium! tak romantik? dari aku dok sok sek sok sek kat taman bunga, kena tangkap kang! dari dok berjalan seharian kat shopping kompleks, lenguh kaki weh.. ;p

•novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Novel? masa tu umur 15 tahun, novel ahadiah akashah, Buku- Menjadi Wanita Yang Gembira, majalah pula- Libur.

•ape nama penuh korang?
takleh letak nanti senang dapat kat search engine! hahahaah..

•antara emak dan ayah, mana korang lebih mesra
hmmmm.. susah nya nak pilih! sebab 2 pun rapat, tapi kalau bab2 emosi, mama kot.. boleh nangis nangis.. hehe

• namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
hmm tak dapat fikir sekarang ni yang hidup.. namun..(Ya Allah.. jika tidak terbatas.. aku dengan perasaan yang hina lagi lemah serba jahil ini , ingin sekali bertemu kekasih Mu ya Allah.. )

•adakah korang basuh baju korang sendiri?
ya, tapi tukang jemur ialah abbi! tengkiu...

•dimanakah tempat yang korang betul2 nak pergi?
serius teringin benar nak ke Mekah.. Madinah.. kalau mampu dapat buat umrah dulu pun ok..

•pilih salah satu, peluk atau cium
Peluk... sebab lepas tu cium akan datang... hehe

•beritahu 3 benda mengenai orang yang beri tag
-seorang isteri kepada Fain dan ibu kepada Asya.. :)
-seorang ibu yang tabah dan kuat, kisah Lya bertarung dengan penyakitnya semasa melahirkan asya sangat sangat menyentuh hati dn sanubari! dan Lya telah mampu melawan segalanya hingga lahirlah anak comel itu... asya... cerita lya buat aku mengalirkan air mata je bila  bacanya!
-oh ya! Lya ni orang terengganu! makan ikang ngang kepok lekor sokmo! :D

•lima benda yang paling anda sayangi dalam hidup anda
-kereta
-barang kemas ku
-barangan antik ku
-Rumah ku
-mesin ku ( kamera, telefon bimbit, notebook)

•lagu yang paling anda suka dan selalu dengar
Cant take that away- Mariah carey tapi sekarang.. InsyaAllah- maher zain.. :)

•lima rakan blogger yang korang nak tag
hmm.... sapa lagi yang tak pernah kena tag ni ya... ! hmmmm kita tengok sapa yang kena!! hehe
Mata Hati, Deena Farhana, KakZakie, Wanita Mutalib, Tukang Kata..

Selamat Datang Disember..

Assalamualaikum,

dan selamat pagi,
hari ini 1 Disember 2010, hari pertama untuk bulan terakhir tahun ini!
pejam celik pejam celik dah masuk hujung tahun kan?
dan selesaikah semua agenda untuk tahun ini?

tahun depan dah tahun 2011,

lepas tu tahun 2012! tahun lalu, Ronald Emmerich pengarah filem 2012 telah menggemparkan dunia dengan filemnya..dimana sebahagian besar bumi akan musnah, akhir zaman telah tiba! lebih tepat adalah pada 21 Disember 2012? jika benar, dan jika masih panjang umur.. kita cuma punya lebih kurang 2 tahun 20 hari lagi untuk hidup?
benar atau tidak, yang pasti, sebagai umat Islam, kita wajib percaya bawasanya kiamat itu memang benar benar ada, kerana ia adalah satu daripada rukun Iman yang wajib diperaku. Dan tiada siapa pun yang tahu bilakah tarihknya kiamat, itu rahsia Allah..

Allah jelas menerangkan perkara berkaitan hari kiamat menerusi firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat:
“Bilakah masa datangnya?”,
katakanlah:
“Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia.


“(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.”
Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 187).

Dan, jika dilihat dalam beberapa hadis Rasulullah berkenaan hari kiamat, terdapat beberapa tanda yang dijelaskan

Antaranya menerusi sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah kepada kami lalu bertanya:
“Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”
Lalu kami menjawab:
“Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.”
Sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar.”
(Hadis Riwayat Muslim).

Allah yang Maha mengetahui segalanya dengan merahsiakan tarikh hari kiamat, kerana ingin kita semua umat manusia sentiasa bersedia walau dalam apa juga keadaan untuk menghadapi kiamat. Mustahil bagi manusia mengetahui tarikh sebenarnya kiamat. Cuma kita telah di tunjukkan dengan tanda tanda kecil sebelum berlakunya kiamat..


Firman Allah yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang berada dalam kubur.” (Surah al-Haj ayat 7).

Ya Allah..
semoga kita semua sentiasa bersedia untuk menghadapi hari akhirat...

agak serius kah bicara ku untuk pagi ini? sekadar berkongsi dengan rakan rakan semua... semoga mendapat manfaat darinya..

:)



Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker