Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, November 5, 2010

hadooiii...

kring kring... kring kring...

(bunyi telefon ku berdering, ya.. phone aku guna ringtone tradisional.. ;p )



"hello"..


" hello... cik cepat sikit ya, dah lama tunggu, tak dapat nak masak ni..!!"

"hah"

" yela.. ni orang nak anta gas kan? dah lama saya tunggu ni, dapat alamat betul ke tak ni.."

" hah.. cik salah nombor la.."

" hah? salah nombor? nape tak cakap awal2.. abis kedit aku je! huh"
lantas talian diputuskan..

"errrkk"

aku pulak disalahkan...
hadoooiiii.....

bila pulak ler aku jadi tokeh tong gas ni... huuuuuu....

Thursday, November 4, 2010

Gambar: Suatu petang..



geng! tolong, kenapa aku upload gambar jadi mcm ni, sepatutnya panjang, dan jadi kembang pula, mcm gambar kat atas ni sepatutnya lebar jadi kurus pula! nape dia auto fit kan ke gambar aku ni? sebelum ni ok je, takdek plak dia auto sendiri, kalau upload besar tu, besar tu la jugak! tak berubah, tapi ni cam berubah2 pula.. 
aku sedang tak puas ati ni..!
ada sesiapa boleh bantu?

help help....  uhhh..

Gambar: aku curik lagi

Aku curik lagi,
gambar dia lepas solat dhuha tengah berdoa..
masa ni kat rumah kampung nenek..
ntah mengapa aku rasa tenang tika melihat dia berdoa..

disebalik pintu aku terlihat..
Kudus..

Mama...

ada bahagian untuk ku di situ.. aku tahu..

facebook oh facebook...



alahai... muka buku.. muka buku..
glamor betul kau ya!
sana sini orang perkatakan kau..
sana sini semua orang punyai kau..
kau kini telah mengalami tumbesaran yang sunggh mendadak..



aku pun ada muka buku..
gembira kerana dapat hubung semula dengan rakan-rakan sepermainan zaman kecil2 dulu..
terharu,
nak hubungi adik2, saudara mara juga senang dengan muka buku ni..
semua pun dah ada muka buku..
boleh kongsi info2 dan ilmu berguna juga disini..
bagus..
tinggal lagi ada internet atau komputer tak..
ala..
cc pun banyak dah..
namun
ada juga yang tak enak didengar..
kes kecurangan melata lata!
Kes penipuan bersepah sepah..
semalam kes isteri tunjuk gambar separuh b***l pd teman baru nya..
hari ni pula kes si suami yg rupanya telah bernikah diam2 dgn kenalan muka buku yg baru dikenali 2-3 bulan..
macam macam!
Ada juga kes si suami orang dengan isteri orang..
Ada juga kes songlap duit..
ada juga menjadikan tempat ini sebagai tempat meluahkan perasaan hati,
tak salah jika ianya tidak mengaibkan orang, tapi ada yang aku jumpa, kau kutuk aku..aku kutuk kau...
menghina agama lah..
menghina kaum lah..
bergaduh gaduh..
hmmmm hilang maruah hilang harga diri
di situ..


ada kebaikan dan ada keburukan kamu wahai muka buku..
tapi sebenarnya facebook tu disitu, begitu gitu lah sahaja..
tujuannya untuk 'connecting', saling berhubungan..
seperti objektifnya:
'FB membantu anda berhubung dan berkongsi dengan manusia dalam kehidupan anda' (BM)
takda pula di suruhnya kamu buat jahat itu.. ini..
terpulang pada kita nak mengadunnya macam mana
niat..

kita semua dikurniakan akal fikiran
berfikirlah dengan menggunakan akal bukan mengikut hati
Facebook ni budak yahudi tu punya (betul kan?)
takpelah dia dah buat satu kemudahan untuk kita,
namun kita guna cara berhemah la beb..
jgn bertindak menjangkaui akal..
batas.. susila harus seiring..

chow!



Gambar2 semua di gugel.. peace..

Iringjeling: aku join fb pun baru, tak seawal kawan2 yg lain, mula2 join tu, terkejut tapi gembira bila jumpa kwn2 lama disitu, macam jejak kasih pun ada! =)

Wednesday, November 3, 2010

Kenapa ni??

kenapa aku buka blog hari ni takda gambar ni?

mula2 memang cuak giler! mane ilang semua gambar.. dah kena telan ke?
aku ada buat silap ke? ada orang marah aku kata 'chinta' busuk ke? adusss... pening ni pening kejap!

pastu bila pergi ke blog rerakan pun aku perasan gambar mereka pun tiada..
fuhh... lega sekejap, mungkin ada teknikal error pada blogspot la ni kot.. minta minta macam tu laa...

hadoi... gelabah pulak aku pagi ni! huhuhu..
gambar oh gambar... aku suka gambar..

mana kau menghilang ni gambar..

Tuesday, November 2, 2010

'Chinta' ?

Busuk..!

Monday, November 1, 2010

Direnung Tujuh Puluh Kali Sehari!

tahukah kita semua bahawa Malaikat Maut datang merenung wajah kita sebanyak 70 kali sehari..setiap hari! jika dikira lebih kurang setiap 20 minit Malaikat Maut akan turun.. merenung wajah kita.. melihat apa yang kita lakukan pada waktu itu.

Subhanallah..

Namun kita tidak akan sedar kehadirannya kerana ianya berada di Alam Ghaib..
cukuplah kita mengetahui dan percaya tentang kehadiran nya dan mampu membuat kita sentiasa mengingati kematian..
kerana perkara yang paling hampir dengan kita ialah kematian..

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

“ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.
Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.
Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh
Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak
ketawa.”

Kita manusia tidak akan sedar bahawa Malaikat Izrail sentiasa memerhatikan kita dan membuatkan kita seringkali alpa dengan kehidupan seharian kita..
Astagfirullah..

Marilah kita semua saling ingat mengingati, semoga ingatan tentang kematian ini dapat menjadikan kita manusia yang tidak lupa pada Allah.. InsyaAllah..

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“ Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya. “
( Surah Al-A’raf ayat 34 )


IringJeling: entah saat ini Izrail berada di depan muka ku! melihat aku menaip ini semua untuk disampaikan kepada kamu semua..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker