Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, October 11, 2010

Berat kah matamu memandang?

:)

tadi berchatting bersama seorang teman...

borak punya borak, tiba juga akhirnya soalan cepu emas, yang memang aku dah agak dah mesti ditanya..

hehehe.. sudah alah bisa tegal biasa ..

lalu, pantas ku menjawab soalannya dengan wajar..

'masih belum sampai rezeki ku.. InsyaAllah ada nanti..'

sekarang sudah biasa aja bila menjawab.. seakan sudah boleh ditangani.. :)
(cuba dan cuba tangani.. cuba kawal perasaan..walau masih terdapat sensitif di situ.. namun tidak mahu melayan sangat..)


lantas ditanya pula soalan susulan bertubi-tubi.. apa? kenapa? mengapa? di mana? siapa..? sampai akhirnya soalan terakhirnya..

'tak risau kah? tengok macam tak kisah je..usahalah sikit..jgn dok saja! '

amboi..amboi... yang kita ni tak dok diam, dia kata kita dok saja pulak! ;p
lalu, ku tanya kembali kepadanya..

'Beratkah matamu memandang?'

mungkin dia kehairanan..lalu menjawab..

'hah? berat?'

lalu ku balas lagi..

'Jika berat matamu memandang... makanya.. lebih berat lagi bahu yang memikul....' :)

perbualan terus berhenti disitu. tiada balasan darinya..

*************************************************


Kuhargai dan terima kasih diucapkan atas keperihatinanmu itu sahabat.. :)

sesungguhnya jodoh pertemuan, rezeki dan ajal maut ketentuan Allah...

walau hendak seribu daya, walau usaha setinggi gunung, walau rancang seperinci mungkin, namun jika Allah belum izinkan,
maka ada lah rahmat disebaliknya...
percayalah dengan apa yang Tuhan berikan.. bersyukurlah seadanya..
yang penting terus berusaha dan jangan berputus asa..



"InsyaAllah..




*****************************************************
IringJeling: Sekurang kurangnya aku punya teman sekatil yang setia didampingi..serta baik hati dan manis sekali! ;p
Syukur..


dan kami juga suka minum vitagen bersama sama!! baik untuk perut anda..
Vitagen!

sorry!

sorry la..


cam dah lama tak update blog..


update pun pake hentam saja..


sorry la..


lama tak singgah blog korang..


aku mahu, tapi sorryla.. tak kesempatan..


sorry sangat!

jangan marah..



nih aku kongsi ngan korang buah strawberi ni.. meh kita celup coklat!



IringJeling: Bos nak pindah... mood tak best.. huh..

Friday, October 8, 2010

Dia yang bongsu

Dia yang bongsu itu sedang menghadapi PMR sekarang..
tapi hari ni tak periksa, dia start hari Selasa lalu..Minggu depan sambung lagi..
sempat aku menelefonnya malam tu untuk berikan kata2 semangat untuk dia hadapi peperiksaan esok..
Kekla doakan yang terbaik untuk adik..
yang penting adik kena yakin dan lakukan yang terbaik..

tetiba tadi aku sangat teringatkan dia bila membelek album2 lama...
dah besar pun si bongsu ini.. hmm besar sangat, kalah abangnya, waima papanya sekalipun..
tiba2 sebak menyelubungi pula..

ingat semula masa kecik2 dulu.. dia sangat le comel! semua orang pun geram kat dia..
nakal pun nakal juga..
teringat dulu masa2 keciknya selalu gak kena marah ngan aku..
besar2 pun kena marah jugak lagi kan dik?...
maafkan kekla..
bukan kekla sengaja nak marah2 adik.. mesti ada sebab..
sebab nak tengok adik berjaya, nak tengok adik jadi orang berguna,
nak betulkan kesilapan adik...
walaupun nampak kekla ni garang.. tapi jgn sesekali menyangka diri ini membenci..
walaupun.. yela.. kengkadang tu saja melepaskan perasaan marah tu pada adik..
maafkan kekla.. tak niat untuk marah...


memang.. memang kami kakak2 dan abang seringkali marah adik dalam pelajaran kan?
bukan kami suka2 marah!
bukan kami semua buli adik..
tapi,
kami nak tengok adik berjaya..
kami dah dulu makan garam dari adik,
makanya kami sedikit sebanyak memahami keadaan.. dan sebolehnya tak mahu adik terlalu leka sehingga abaikan pelajaran..
Kami mahu lihat adik berjaya!
kami lihat prestasi adik dalam pelajaran tidak memuaskan, maka kami risau dik..
risau sangat..
risau macamanalah masa depan adik..
naik form 4 nanti dok kelas apa pula..
macamana nak ke sekolah asrama kalau keputusan tak memuaskan?
kami fikir tu semua dik..
kami berkeras mahu hantar adik ke asrama awal masuk menengah dulu,
tapi adik berkeras tak mahu pergi!
awal tingkatan 3 pun minta dok asrama lagi.. tapi? hmmm
kami tak boleh paksa adik, takut nanti lain jadinya..
adik ingat kami nak aniaya adik ke?
adik ingat kami sengaja nak pisahkan adik ngan mama n papa ke..
kita nak dia fokus ngan PMR laa..
hmm..
memang pada mulanya kekla kecewa, tapi..
ok jugaklah positifkan diri..
biarlah adik ada kat rumah..
boleh tolong mama n papa mana yang patut kan? ( tolong ke? :p)
sekurang kurangnya sebelum ke sekolah, adik mencium tangan mama dahulu, mendapat restu mama dan doa mama seiring dengan adik waktu ke sekolah..
tak apa lah... berkat seorang ibu..

kekla suka dengar baru2 ni masa papa telefon, katanya adik selalu berjamaah kat masjid dekat rumah untuk sembahyang maghrib/isyak..
seronok kekla dengar dik..
Ingat lagi masa kecik2.. adik kata nak kumpul duit ...
nak bawa mama n papa pegi mana?
" nak bawa mama ngan papa gi Mekah.."




















seluar koyak.. gigi rongak.. tgn tak lepas ngan permainan!

Apa pun dik.. adik yang terbaik..


busuk busuk adik pun adik kami semua juga.. anak bongsu mama dan papa..

Dah besar pun sekarang... suara dah garau pun, tapi perangai cam bebudak lagi! happening!
















Si bongsu ni sangat kuat ikatan kekeluargaannya!
Dia memang sayangkan adik beradiknya..
(tapi cakap orang taknak dengar!)
Si bongsu ni hatinya sensetif..
nampak je besar...
tegur teruk sikit ingatkan kita tak sayang dia pula..
hek elleh.. debik kang!

masa yang paling dia tak suka ialah saat dan ketika menghantar kakak2 dan abangnya ke station bas untuk pulang ke kolej!
lepas je diorang pergi.. adik akan tiba2 senyap dan dia akan menyendiri dalam 3-4 hari kata papa..
yelah sunyilah kot..
semua orang dah balik tempat masing2 tinggalkan dia seorang kat rumah..
masa dia kecik2 dulu memang dia tak dapat terima,
kenapa semu orang nak kena pegi?
tak bolehke belajar je dekat rumah...
kenapa suka nak pergi jauh2..
hahaha...
dia ni memang suka mengomel pun!

hmmm.. itulah dia adik.. si bongsu kami..
dah besar2 pun masih mahu kami panggil 'adik'! kalau panggil 'Fahim', mesti dia tak puas hati..

Berkat nama Fahim kot, dia ni orangnya memahami juga, sangat memahami..dan mengambil berat dengan keluarganya!

bersalam pun mahu cium pipi 2-3 kali!
salam cium cium.. salam cium cium.. salam cium cium...
selalu nak mama bg perhatian pdnya, kalau tak, dia akan mengomel yg mama dah tak pedulikannya lagi.. dia memang suka menempek ngan kami... budak ni..

**************************************************

Semoga adik sukses di PMR, harapan masih ada dik... jgn mudah mengalah! walaupun keputusan percubaan tidak segagah mana, tapi itu tak bermakna adik boleh menyerah kalah,
semoga Allah permudahkan segalanya..
kekla mohon juga mungkin ada Tuah! untuk adik di PMR ini! nasib2 baik adik dapat soalan yang biasa biasa adik buat ke.. yang adik memang aim ke..kan.. manalah tau..kita mengharap pada Allah je..

IringJeling: Panjang lebar aku bercerita tentang budak bertuah ni! teringat pula ke dia, dia sedang cuti sekarang ni, telefon tadi tak diangkat pula! budak bertuah!

update: tadi tepon sekali lagi, papa angkat, papa kata adik baru keluar kejap tadi..
ingat dik...ko jangan isap rokok dah la dik!

Thursday, October 7, 2010

"apa lah kau ini"

bisik hati kecil itu..

"asyik2 nangis.. asyik2 nangis.."

" aku bukan apa.. aku bukan nak sangat nangis pun.."

" bistu"

" aku terharu.. aku tersentuh hati mendengar lagu tu.."

" sampai begitu..?"

" ya.. terkesan di jiwa ku... tersentuh.. sampai menitiskan air mata"

sungguh.. bila dengar lagu InsyaAllah di bawah itu .. menenangkan jiwa dan sanubari..
Sentiasalah berharap kepada Allah.. InsyaAllah..

InsyaAllah



Lyrics: Insha ALLAH

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

Farewell

hmm kalau ada yang perasan,
blog aku ni dah ketandusan idea..
lambat update..
posting pulak yang fakta2 je..

aku sebenarnya cam hilang mood je,
bos besar ku akan berpindah!
jauh nun di ipoh..
perasaan tak seronok laa..
lebih 4 tahun kot aku bersama dengannya..
dari aku bujang trang tang tang.. sampai dah kawin..

semalam aku bercerita dengannya..
aku bekerja dengannya dari sebelum kahwin lagi..
ingat balik bila dia cerita yang dia nampak aku di MidValley dengan terunaku! hadooiii.. kantoi aku sebenarnya, ntah camanalah keadaan aku mase tu! hehehe.. gelagat orang bercinta lah katakan.. malu.. malu masa dia ckp kat aku tu.. mesti dia tengok dari jauh je kami, takde plak dia tegur aku masa tu, mesti dia segan kot...

hinggalah ke perkahwinan aku.. dia pun hadir bersama isterinya..
aku sangat terharu..
Terima kasih tn hj!

cuma.. kata aku padanya, tak sempat nak ber anak masa bertugas dengannya..
dia senyum aja...
katanya
anak ni rezeki dari Tuhan..
kita tak perlu risau risau sangat pasal tu..
tak perlu nak rancang2.. kerana Allah telah ada rancangan untuk kita..
Kalau dah dapat rezeki tu Alhamdulillah..
Kalau belum pun Alhamdulillah.. sebab Allah tahu yang terbaik untuk kita..
Dia tahu masa bila nak kasi..
Allah itu maha kaya, maha adil, maha besar..
jgn mudah putus asa..
usaha,
percaya dan terus percaya..
InsyaAllah..

Aku ingat lagi, masa belum kawin, dia banyak bagi nasihat, banyak bagi pendapat dalam berhubungan nie.. tentang lelaki.. tentang kebaikan berkahwin.. ( tu yg aku cepat2 nak kahwin! ;p )

Lepas kahwin pun aku banyak belajar dari dia, aku selalu juga kongsi dengannya jika ada kemusykilan/ masalah.. insyaAllah.. bila mendengar darinya aku rasa tenang, dapat berfikir dengan waras, dan yang paling best, dia tak pernah menangkan lelaki walaupun dia seorang lelaki..
tapi dia lagi bagitau perangai lelaki ni macam ni... macam tu...
katanya lelaki ni ada egonya tersendiri...
kalau misalannya seorang lelaki/suami memarahi kita atas sesuatu perkara, jangan kita terus menjawab atau melawan! kita dengar je apa yg dia nak kata, orang tengah marah, jgn disimbah dgn minyak, makin membara jadinya! tapi jika disoal dan diminta jawab, maka dia jawabla.. jgn pula diam seribu bahasa, buat2 tak dengar! hehehe
dan percayalah, jika kita senyap (tidak menjawab), hatinya akan cepat reda, cepat sejuk.. dan perhatikan dia yang akan datang dekat kita semula bila semuanya telah reda.. untung nasib, dia pula akan memohon maaf kerana telah memarahi kita tadi..
begitulah.. katanya.. kita berkahwin ni untuk kekal lama, perlu ada give and take..
dan sebagai isteri, wajib menurut perintah suami.. syurga lah tempat bagi isteri2 solehah... Amin!

Pastu, dia macam tahu2 je aku ni agak tensi tensi.. lalu ditanya mengapa..
aku cuma cakap, ada la.. makhluk Tuhan yang seringkali mempersendakan aku mengenai anak..
balasnya terus, tak usah la susah2 hati memikirkan perkara itu..

ada rezeki tu.. "usoh riso"
yang penting kita jangan biarkan hidup kita ni berlalu dengan kesedihan dan kekesalan.. ( masa dia cakap tu, aku dah sebak sebak dah.. aku memang sensetif sikit kalau berbicara tentang ini..)
katanya lagi sambil tersenyum penuh semangat, kita enjoy our life! nak taknak kita kena hidup kan.. so rugi je kita sedih2.. apa pun tak dapat! hehehe.. dia gelak kecil..
dan yang penting antara suami isteri ialah 'support each other' thats the key for success!
alah... nanti2 sekali Tuhan nak kasi, bertimbun2 pulak! hahaha.. setiap tahun dapat kembar.. hahaha.. siapa tahu kan?.. hehehe..
Tn Hj ni bagus la.. kata2 nya beri semangat pada aku, dan aku kongsi bersama suami..

hmmm.. nanti aku dapat bos baru tak tahu lah bagaimana keadaannya!
dia bos paling sempoi,
boleh ke pantri makan bersama.. (tapi bukan aku seorang la.. ramai staff lain juga..)
boleh duduk semeja berborak..
boleh bergurau senda bersama staff..
tidak meninggi diri..
lansung tak menunjukkan pangkat yang dia ada..
selalu berceramah tentang agama..
selalu betulkan kita kalau kita salah..
selalu ajarkan aku sesuatu menda yang baru!
banyak yang aku belajar dengannya tau, dia memang tak lokek ilmu, sanggup juga dia habiskan masanya untuk mengajar atau menerangkan sesuatu perkara atau ilmu kepada aku, sampai aku faham..
wehh.. aku memang byk belajar dan banyak yang aku tahu dari dia..
dari bab kerja, bab komputer, bab agama, bab rumahtangga.. semua dia kongsi.

tapi jgn ingat aku tak pernah kena marah!
aku memang pernah kena marah.. atau mungkin aku boleh kata kena tegur? sebab dia tak pernah meninggikan suara, (mukanya merah sebab cuba kontrol perasaan marahnya itu.. itu sebab aku tahu dia marah)
ada satu kes tu, dia tak boleh hubungi aku, aku tak perasan hp ku silent, lepas tu aku pula ada di pantri, pegi toilet la.. borak ngan staff lain lah, selamba je, sebab aku bawa hp kan... dan panggilan ke pejabat pula aku pindahkan pada hp, makanya segala panggilan akan ke hp! hp ku pula silent! adooiii..
banyak kali dia cuba hubungi melalui telefon pejabat dan HP, tapi tak berangkat, dia perlukan sesuatu maklumat dengan segera! lepastu dia tangkap seorang staff disitu dan terus staff tu berikan panggilan tu pada aku melalui hpnya! apa lagi, marahla dia! katanya aku pergi mana? kenapa tak boleh dihubungi...


rentetan kes itu, aku ingat dia akan buat tak tahu la, tapi bila balik opis dia terus panggil aku, mengingin kan segalanya bersih.. tiada sekat2 dalam hati.. maka proses 'clean up' pun berlaku..

dia menjadikan keadaan kami nuetral semua.. o-o.. no heart feeling ...

aku suka sangat cara dia..

cara dia, kalau salah dia akan tegur, dan kita sama2 fikir cara atasi masalah itu.. habis di situ.. takda bawa bawa mulut ke luar punya.. dan caranya inilah yang buat aku respek kat 'pak Aji' ku ni.. :)


aku akan kehilangan bos yang paling best ever!



boss... ure da best! i dont know about others, but for real, there will never be a special boss like u la..!

this is not bodek2 boss ya! tak boleh buat apa pun kalau bodek.. ala.. selama ni kita tak pernah bodek pun kan tn hj? u know me n i know u la bosss....

ntah siapa akan gantinya.. hmm

Bila deria hidu sangat berfungsi!

Disuatu petang..
aku nak turun ke bawah, menaiki lif.. tunggu punya tunggu lif.. akhirnya sampai la ke tingkat aku..
aku lihat seorang mamat jambu di dalam, tapi muka serba salah! dia macam taknak kasi aku naik lif je, sebab dia dok tengah2.. muka nya cam tak keruan! erk..erk..
pastu aku selamba je masuk!
pastu tetiba je satu bau menusuk nusuk ke hidung ku! masyaAllah!! busuk nya!! mahu pengsan ni!
sambil menekup hidung aku terus menoleh ke mamat hensem tadi!
terus dia bersuara!
" ssorry...kak... sorry, bukan saya tau! saya pun mangsa juga ni! ada sorang budak naik lif ni juga tadi, dari atas tadi saya ngan dia je, pastu tetiba dia tekan butang lif dan keluar! lepas dia keluar tu lah tetiba je semerbak baunya!!! tak lama akak pulak naik! betul kak sumpah, bukan saya tau!"

beriya iya dia terangkan kat aku!

"ting...!! G Straight.." bunyi lif sekaligus membuka pintu...

fuhhh!! nasib baik lah tak lama kat dalam tu!
giler busuk!! uweekkkk!!...

Aku pun berlalu sambil lihat mamat tu.. dia pun tengok aku gak..
senyum je...

kesian dia.. mesti dia malu giler giler punya!! mesti dia ingat aku ingat dia yang kentut..
huhuhhuu..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker