Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, July 6, 2010

K.O.S.O.N.G!

heheheh.. saja mau mengadu kat blog..
aku tahulah blog picisan ini bukan ramai pengunjung nya!
namun aku hargai setiap yang berkunjung ke sini!
setiap yang tinggal komen akan buat ku bahagia! hahaha...
tapi,
tapi,
..

hari ni takda satu komen pun weh.. sedihnya!
pagi tadi aku belum sempat nak menyinggah ke blog kengkawan, tak sempat,
mungkin sebab tak blogwalking kot..
tu pasal takda komeng komeng masuk!

tadi lunch, baru sempat nak jalan2...
eh, ada beberapa blogger punya kotak komen juga k.o.s.o.n.g!
yang femes emes pun kosong,



hmm.. fikirku mungkin ada masalah la ni kot.. (cheh.. harapan konon ada org komen la tu..hihihi.. perasan pulak! )


tapi takpe... teruskan sahaja gembira dengan blog sendiri dan gembirakan blog orang lain juga!

chow! peace all! (^__^)

IringJeling: catat rekod nih! hari ni sahaja, takat ni, aku dah publish 5 entri! (hahahahaha... banyak entri, tapi tiada orang mahu komen! kesiannn ... )

Gambar Mengiurkan!




TIPS : Petua Mudah Untuk Panjang Umur

Mari sama sama kongsi info/ tips yang InsyaAllah tidak merugikan sesiapa! aku salin dari emel seorang rakan! kebaikan untuk ku kebaikan untuk anda semua!  damai dan tenang...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rahsia panjang umur ternyata hanya sesederhana merekahnya sebuah senyuman. Semakin lebar senyum dan semakin dalam lipatan di sekitar mata Anda ketika tersenyum, semakin besar pula kemungkinan Anda untuk hidup lebih lama.



Kaitan antara senyum dan umur panjang ini diungkapkan oleh peneliti dalam riset yang dimuat di jurnal Psychological Science. Temuan baru ini menambah bukti lain bahawa hidup dengan kebahagiaan dan gembira memberi pengaruh kuat bagi kualiti kesehatan dan harapan hidup. Peneliti percaya, lebarnya senyuman dan dalamnya kerutan di sekitar mata adalah cermin positif dari hidup seseorang yang dapat diterjemahkan dalam kesehatan jangka panjang yang lebih baik.





Kesimpulan ini merupakan hasil studi terhadap foto-foto berusia tua. Para ahli dari Wayne State University, Michigan, meneliti 230 gambar pemain liga bisbol yang dicetak dengan data registrasi tahun 1952. Daftar ini memuat semua profil dan statistik pemain, seperti tarikh lahir, berat, status perkahwinan, dan karier. Para ahli lalu membuat peringkat pemain berdasarkan bentuk senyuman. Ada kelompok pemain yang tak tersenyum sama sekali, tersenyum parsial (sebagian otot di sekitar mulut saja yang aktif), serta tersenyum lebar (ditandai tawa lepas dengan gigi yang tampak, pipi yang naik, dan lipatan di sekitar mata). Foto-foto ini lalu dibandingkan dengan usia dan harapan hidup setiap pemain. Hasil analisis menunjukkan, 184 pemain tercatat sudah meninggal. Mereka yang masuk kategori "tanpa senyum" hidup dengan usia rata-rata 72.9 tahun




Di antara kelompok "senyum parsial', harapan hidupnya rata-rata mencapai 75 tahun. Adapun mereka yang senyumnya paling lebar memiliki usia rata-rata 79.9 tahun atau tujuh tahun lebih panjang dari rekannya yang "jarang senyum". Riset juga menemukan bahwa "senyuman palsu" tidak akan memberikan manafaat yang sama karena penambahan angka harapan hidup hanya terlihat pada pemain yang memiliki senyuman asli yang dikenal dengan Duchenne smiles.


Senyuman Duchenne mengaktifkan sekelompok otot di sekitar mulut dan mata. Istilah ini dimunculkan oleh seorang ahli saraf pada abad ke-19. Senyuman ini berbeza dengan senyum palsu yang hanya melibatkan otot di sekitar mulut. Jadi mulai saat ini, tersenyumlah dengan lepas agar Anda tetap sihat dan panjang umur!
__._,_.___




IringJeling: mari senyum oiii! (^o^)

Amboi.. amboi.. amboi.. amik kesempatan ek?

(Gambar dari emel seorang rakan..)



buat ape tu.....!!!!!


Rezeki Berblog: Terima Kasih MzHany!!

Sebenarnya lama sudah ku mahu postkan entri ini,
sebab bulan lepas dapat ni!
tapi hari ni baru boleh upload gambar!

Rupanya berblog ini sangat best!
dapat ramai kawan!
dapat byk info!
dapat kongsi cerita!
boleh dapat duit..( tapi aku belum penah lagi.. )
boleh masuk kontest, kalau menang dapat hadiah! ya aku penah menang satu kontest awal tahun ritu!
dapat isi masa terluang, dari dibuang menpot pet pot pet.. huhu..
dan terbaru..
dapat makanan!!!

terima kasih pada Hany!! kerana sudi kasi kuih kering ini!
import dari pantai timur nih!
susah-susah je Hany post ke sini!
wehh.. bukan senang wehh.. orang nak susah siapkan, nak bungkus lagi, nak hantar ke pejabat pos lagi! nak timbang bayar berapa lagi..
uihhh... Terima kasih tak terhingga kerana susah begini untuk hantarkan ini!
Terima kasih.. murah rezeki aku dapat makan ni dan murah lagila rezeki si Hanny yang bermurah hati menghantar ni!
Aku sangat2 menghargainya!
ketahuilah!


IringJeling: korang ignorekan aje meja ku yang bersepah2 itu! huh!

Monday, July 5, 2010

Isnin Ini

waaahhhhh.... tetiba aku telah ditimbuni dengan kerja yang sangat banyak!

so kena cepat buat, sedang otak tengah fresh nih!

sambil buat kerja, sambil aku berjalai jalai ke blog korang ya!

So, selamat bekerja juga untuk semua !

kerja dengan amanah! supaya rezeki duit gaji tu nanti lebih berkat! Amin..

nah layan gambar di bawah ini, aku dah pernah post! tapi mahu post lagi, sebab tadi ada orang masuk bilik ini katakan yg gambar ini sangat mengujakan! hahahahaha! (aku print hari tu, lansung dia terjumpa di atas meja ku yg berkecamuk ini! ;p ) so terasa teringin nak post sekali lagi! :) takpe kan....


kepada semua perempuan-perempuan milikku

Perempuan-perempuan itu adalah adik adikku..
sungguh sebagai kakak aku sedikit sebanyak terbeban dengan pangkat ini..
sungguh hati ini sentiasa memikirkan mereka ini
semakin dewasa mereka, semakin pula hati ini sibuk
sibuk memikirkan tentang perlakuan mereka
sibuk memikirkan tentang pergaulan mereka
sibuk memikirkan persekitaran mereka
pembawakan mereka..
Aku harap, kamu adik2 ku tidak jemu, bosan dan marah dengan kesibukan aku ini..
terhadap kamu..


kamu semua jauh..
jauh merantau, menimba ilmu
ku harap kau
jagailah batas2 pergaulanmu
jagalah maruahmu, air mukamu, sebagai perempuan
buka mata, buka minda! supaya kamu jelas boleh melihat hiruk piruk kehidupan ini dan dapat mengawal nya dengan bijak!
kuatkan hati, teguhkan iman
supaya boleh menepis segala rintangan dan ranjau hidup yang berliku liku ini..


Ingat Allah itu Tuhan yang sentiasa Ada setiap masa untuk kamu berharap
kerana kau hambaNya seabadinya
ingat keluargamu yang sentiasa ada di belakang memberi sokongan!
kerana kau permata yang amat bernilai buat keluargamu

Aku sayang kamu semua!!



Peluk Cium...



~ alang, ayu, along, achik~






~Lah, Hani & Achik, AYu~


IringJeling: aku risau wehh.. zaman sekarang, tengok pula berita2 yg tak best tentang budak2 pompuan sekarang! aku risau adik2 aku weh, moga Tuhan melindungi mereka.. Minta Tuhan jauhkan perkara2 yang tak elok kepada kita semua.. Amin..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker