Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, July 5, 2010

'Bantal' Tiada!?

5 malam lah aku akan tidur tidak berbantal..

entah bagaimana tidurku nanti..

entah nyenyak entahkan tidak..

kalau mengigau nanti bagaimana?

bantal itu tiada untuk menepuk ku! (ya, 'bantal' itu boleh menepuk..)

hmmmm... rindula aku pada bantal itu..begitu juga rindulah aku pada si tuan punya bantal itu..

arrggghhhh!!


IringJeling: Teman sekatil outstation! dah tentu2 bawa sekali 'bantal' itu... itulah nasib orang yang tidur berbantalkan lengan!

peace!

Ketik Kad Awal Hari Ini

Assalamualaikum,

Hari ini aku 'punch card' awal kul 7.07 pagi hari ini! keadaan di opis masih gelap ketika itu! (yelah sebab belum buka lampu! ;p)

sekian berita pagi ini!

Friday, July 2, 2010

Sedih weyyy..!!

sedih menyelubungi jiwa...

sebentar tadi aku menerima mesej dalam FB dari seorang sahabat lama!
Bermula minggu lepas..
dia yang aku cari2 selama aku berFB, akhirnya ketemu minggu lepas! aku si 'excited' ini pantas meng'add' beliau dan menghantar mesej betapa dia ku cari-cari selama ini. Rindu.

Beliau 'approve', dan aku gembira!
namun tiada balasan di bahagian mesej, sehingga lah hari ini! tadi.
perasaan berkobar2 gembira ingin membuka mesej itu..
terfikir apalah yang di balasnya pada aku! tentu dia pun teruja seperti aku!

namun setelah melihat ayat ini..

"slm..eh cik Mai ader no x? awak tau dia dok maner? boleh bagi?"

erk!!!!!!!

telan liur!

terkesima!

tertunduk sugul.. menyembah bumi.. di susuli rintik hujan lebat yang turun, membasahi diri.. titisan air mata bercampur titis hujan.. ( bayang kan aje ni.. )

hmmm terasa malu amat pulak aku nih! maaluuuuuuuuuu weyyyy!!

seperti sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu! (eh takda kena mengena..)

seperti hidung tak mancung pipi tersorong2 pula.. ( tapi idung aku cam mancung je! wek!)

hmm.. ntahlah, aku ingat nak ignore sahaja mesej itu tanpa membalas! tapi patut kah? sedangkan aku tahu sangat si Mai punya no. kami berhubungan. rasa mahu remove sahaja dia! tapi tak patut. macam jahat pula aku nih!

macamana nih? patut aku jawab ke tidak..? hati dah perih ni!..
korang faham ke apa ku rasa.. hmmm tak faham tak apa.. saja mahu mengadu di sini..

IringJeling: terasa hingga menusuk jauh di kalbu! sob..sob..

Kaum Adam, Jangan Lupa Solat Jumaat!!

Untuk semua rakan2 lelaki muslim ku...
selamat menunai kan tanggungjawab yang satu ini..


Sumber: Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 4/05

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ( ke masjid ) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah urusan perniagaan. Demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” ( Al-Jumu'ah : 9 )


Huraian:
Solat Jumaat adalah antara kelebihan yang diberikan khusus oleh Allah kepada umat ini yang akan memberikan kejayaan melalui kemuliaan yang ada pada hari tersebut.

Al-Bukhari & Muslim meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah ra :

"..Kemudian hari ini ( Jumaat ) adalah hari yang ditetapkan kepada mereka ( Yahudi dan Nasrani untuk mendekatkan diri kepada Allah ), tetapi mereka tidak mahu menerima, lalu Allah memberi petunjuk kepada kita ( agar menerima hari tersebut ). Hari bagi Yahudi ialah esok ( Sabtu ) dan bagi Nasrani pada hari lusa ( Ahad ).
Solat Jumaat difardhukan di Makkah sejurus sebelum Nabi berhijrah tetapi tidak dapat dilaksanakan di Makkah disebabkan ketidakmampuan umat Islam berhimpun bagi mendirikannya.

Orang pertama yang menghimpunkan orang ramai bagi mendirikan Jumaat di Madinah sebelum Nabi berhijrah ialah As'ad bin Zurarah sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud.

Hikmah disyariatkan;
-Jumaat menjadi pertemuan mingguan umat Islam dalam sebuah kampung atau penempatan pada satu tempat iaitu di masjid.

-Umat Islam bertemu untuk nasihat menasihati, menambahkan perpaduan dan tanggungjawab. Menambah rasa kasih sayang dan berkenal-kenalan. Juga menjadikan umat Islam peka dengan peristiwa semasa yang berlaku setiap minggu.

-Hubungan mereka dengan pemimpin yang sepatutnya bertindak menjadi khatib dan pemberi nasihat kepada mereka dapat diperkuatkan.

-Solat Jumaat merupakan muktamar mingguan;
pada hari tersebut umat Islam bertemu dalam saf di belakang pemimpin yang menjadi Imam dan Khatib mereka.

Oleh itu, renunglah bagi maksud sabda Nabi saw bagi orang yang memandang ringan terhadap kepentingan solat Jumaat :

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali disebabkan memandang ringan terhadapnya, maka Allah memeterikan hatinya.

Dipetik dari Kitab Fikah Mazhab Syafie Juz 1. Tulisan Dr Mustofa Al-Khin, Dr Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji



Sabda Rasulullah SAW:

" Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

IringJeling: Alhamdulillah kepada yang berniat untuk ke solat Jumaat.. :) selamat menunaikan solat Jumaat..

Nasi Lemak

Nasi Lemak sebetulnya bagaimana?
setahu aku dari dulu.. Asas nasi lemak ialah... Sambal Ikan Bilis, Timun, Telur rebus. itu ialah asasnya! kacang goreng, kangkung, sebagai penambah. Lauk2 cam Ikan tongkol, sotong, ayam, paru pun, tambah duit jika mahu!
tapi sekarang aku lihat nasi lemak dah semakin lari asasnya, telur rebus tak di bubuh lagi, yg ada sambal, timun, pastu anak ikan bilis goreng (kecik) 4-5 ekor? hihihi... kalau nak telur rebus.. kena tambah duit ! haaaaiii...
zaman dah berubah kan..

sebetulnya aku beli nasi lemak begitulah pagi tadi, campur telur segala yg asas; RM 3.50.. mak aaiii.. mahal bebeno yop!

IringJeling:tempat itu sahaja kot yang mahal.. hmmm pitis.. pitis..

Thursday, July 1, 2010

Selamat Pagi Khamis: Melompat Lebih Tinggi!

Assalamualaikum, salam sejahtera.. :)

setelah cuti yang agak panjang.. aku kini telah kembali!
kembali kepada blogku yang lama telah kutinggalkan!
kembali jari jariku menari ke atas papan kekunci, kegirangan menaip huruf huruf sakti yang buat kamu semua bisa baca sekarang ini! :D (ayat...chee..)
kembali juga untuk menjenguk teman teman yang semestinya telah pantas dari aku..
melompat lebih tinggi dari aku!
hahaha.. jika anda gembira.. anda juga boleh melompat lebih tinggi! rasai keghairahan melompat! melompat itu seronok!! tapi tidak semudah itu untuk melompat! mahu saksikan acara melompat terlampau abad ini? ! (^___^)

~ bersedia untuk melompat!!~

si baju merah : aku akan lompat setingginya!
si tudung itam: geeee.. buleh ke aku lompat ni! geee...



~ get set....!~
si Baju merah : inilah saatnyaaa......!!!
Si tudung itam: ishhh... malu pulak nak lompat!

~GO!~

Si baju merah: Lihat laaa duniaaaaaa!!
si Tudung itam: urggghhhh... ini saja yang ku mampu.. ku berserah..


~ sekali lagi!~
si baju merah: cepat amik gambar!!!
si tudung itam: rasa cam mahu kentut.... ;p


( sekali si tudung itam telah kasi satu tendangan belakang super saiiyaa yg sweet menyebabkan si baju merah terpelanting berterbangan.. )
Si tudung itam: amik kau nahhh...!!
si baju merah: oh.. tidak...!arrgghhhh....
*tq nabilah! ;p


Si baju merah :ahhhh.... biar ku melompat sendirian! lebih puas! yaaahhhhh....

IringJeling: mereka ini.. di masjid pun mahu lompat lompatan! ishk.. iskh.. ishk.. tukang amik gambo pun sama 2x5! :P

Dinner!

Selamat tengahari!
tajuk Dinner pula!?
Nak celoteh sedikit tentang makan malam yg ku hadiri minggu lepas!
Makan malam yang banyak kelainan dari dinner2 yang lain..


~makanan ku di awal majlis.. kontrol..kontrol..sikit je amik! ;p~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

seperti biasa aku suka perhatikan setiap gelagat manusia.. dan orang lain pun melihat gelagat aku juga!
(oh.. sebab itu aku harus berhati-hati.. oh kepada manusia lain yg tak berhati-hati tu.. nasibla terkena komen dariku! geeeee..)
Ku perhatikan kaum sejenis aku sudahlah..
kalau ke majlis 'Dinner' huuuh... SAKAN! sampai nampak sAkai!
ok,

orang tua nak lebih nampak muda, makanya mekapnya perlu menyerlah, makanya terjadilah muka2 yg nampak cam pelik, sebab telah ditimbun bertimpa2 bedak dan warna-warni ceria di mukanya! aduss.. aku ada terlihat, dek kerana hidungnya yg tak berapa mancung kot.. lantas melukis ditepi hidungya , ala.. garis panjang supaya kelihatan hidungnya seperti mancung, tapi dia telah over dose! makanya nampak berbelak! adusss malu aku, nak aje aku pergi tegurnya, tapi teman ku melarang..

dengan rambut berkaler.. pakaian ketat.. aduss.. makcik.. makcik..kalau pakaian sopan, berbaju kurung pun cantik sangat.. apatah lagi..bertudung lagi cantik tau makcik.. hmm tengok pula cara berjalan, aku kesian..

pastu yang muda pula mahu berseksa seksi.. uhhh...mekap memang da bomb la.. baju jarang2.. kain belah2...baru nampak asset berharga.. kalau tak orang tak tahu kita punyainya..

oh.. tidak terlepas pula yang berbadan gempal.. aduss.. aku tak sanggup untuk melihatnya, pakaian sendat menjolok bijik mata! kenapa? tidak nampakkah atau sengaja, atau sebagai motivasi untuk diet? sengaja bersendat kerana motivasi untuk kurus? ohh.. sedari lah wanitaku..






dan tidak terlepas untuk wanita mengandung, waduh.. aku terjumpa 2-3 ibu mengandung, sarat, kerana perutnya agak besar.. tapi memakai baju kain lembut yang membentuk tubuh, jarang, ketat.. oh.. setiap yang berbonjol akan terlihat..

huhh.. mengeluh aje aku melihat persekitaran di majlis itu.. macam2!

lagi kelainan pada dinner ku kali ini:
makanan yang terlalu byk! sampai tak sempat berebut!
sebab...
semua dah chow awal.. tinggalku terkebil kebil seorang diri.. temanku byk urusannya.. maklumlah pihaknya yang menganjurkan majlis ini makanya dia agak sibuk



tengok meja dah kosong.. tinggal aku sahaja.. :) menguasai meja itu.. hihihilepas diorang blah, ada 2-3 hidangan lagi tersedia.. burrrppp... aku pun kekenyangan sudah..

lagi kelainan;
Pastu tak semena-mena, seorang teman sebelah meja terkena sawan
aduhhh.. tak sanggup ku lihat
kasihan sangat
tapi nasib baik mereka sediakan kumpulan bulan sabit di situ! makanya terbela la orang yg kena sawan tu
kesian sangat aku tengok dia!
matanya terbeliak, mereka letakkan towel dalam mulutnya kerana takut dia tergigit lidah
oh tak sanggup lihat lebih lama..

(nanti aku nk findout, apa sebab2, punca, cara tangani sawan ni, dan buat entri tentangnya)

Lagi,


ada Anak Pak Zain datang menghiburkan.. dia duta (apa ntah) di situ dan sekaligus buat persembahan juga.. :) suara dia best! ngeeehhh... :D

Lagi,
aku suka amat dengan silingnya kat atas..
terbayang telentang di tengah padang.. melihat kelip kelip bintang di cakerawala yang terbentang luas..




Lagi,

~cupscake yang comel bertimbun2 untuk ku.. hehehe.. siapa suruh kamu pulang awal? hihihi..~

Lagi,


part ini sangat best!
goodies.. 5 bag? 5 album, 5 note book, 5 mineral water, 5 kad 'holder', 5 pen! rezeki jgn di tolak.. :) ngeehhh..


~ org penting.. ~

di tengah keboringan menunggu majlis habis, aku teringin mensnap gambar sendiri..
nah.. hasilnya...


~ penuh kesabaran aje aku ketika ini..~

IringJeling: entri ini ialah entri minggu lepas lepas 22hb Jun 2010, baru habis taip hari ini..
tak sempat,
dah berbau basikah? :p

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker