Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, June 3, 2010

Bila Hempedunya Di Mulut..

Susah bila hempedu berada di mulut!
terasanya lain macam..
aku pelik, dengan manusia jenis yg hempedunya ada di mulut!
pahit tu asyik berada dekat dengan mulutnya!
asyik nak sembur orang lain dengan kepahitan!

logik juga mengapa Tuhan letakkan hempedu itu berada dekat dengan hati..
walaupun ianya pahit, tapi bila dekat dengan hati.. maka dia dok diam2..
berkawan dengan si hati yg baik.. maka senyapla si hempedu..
itu kalau hati baik lah..
kalau hati dah jahat, busuk!.. tu yang buat hempedu sampai terkeluar keluar ke mulut! terjejaslah hati..
kalau nak hempedu kembali semula, kena telan kepahitan itu sendiri dulu!
bila dah rasa betapa susahnya nak telan kepahitan sendiri..
baru lah ada kesedaran!!!

isk! taknaklah aku melalut panjang..
cuma..
aku kesian kat orang yang hempedu di mulut!
dia sentiasa rasa pahit!
pahit yang amat!
terlalu lama..! sampai dah terbiasa..! dan dah tak terasa pun lagi..!
pastu kerja asyik nak bagi orang lain rasa pahit juga!
sentiasa tak senang dengan orang..
sentiasa nak mengutuk orang..
mulut tu takda insurans..
cakap pakai lepas je..
tak tahu nak fikir hati dan perasaan orang..
tahu nak sakitkan hati orang je..
yang penting dia puasss
puas bila dapat aibkan orang..
puas bila dapat jatuhkan orang..
puas bila kemenangan berada di pihaknya!
menang cara kotor!
itulah bila hempedu di mulut!

HUh! mulut pahit!
busuk!
hati pun busuk!
basi laa...!!

















IringJrling: isk! sabar, jgn sapai hempedu aku pula terkeluar berada di mulut! aku tak mahu seperti dia.

Wednesday, June 2, 2010

Aku suka ROCK, papa suruh BERBAJU KURUNG pula..

(sticky mode: 5 day as requested by sarjan mejar)
IringJeling: Mereka Berkongsi Ibu Dan Bapa.. :)


Update cerita: ini aku dan Ayu adikku.. papa mmg suka amik gambar aku dan adik adik, aku masih ingat lagi masa di Seremban dulu, papa selalu minta kami posing, contohnya gambar tengah baca buku la.. masa main permainan la.. semua nak candid, jgn tengok kamera katanya, pastu, bergambar cam patung la, papa memang suka mengabadikan segala cerita melalui gambar, (agaknya aku terikut perangai papa nih.. ;p )
gambar no 2 tu, masa kat kampung pula, baju kurung kami berdua itu, papa yang jahit tau..
papa buat background ngan tikar mengkuang, lebih cantik katanya.. (kat belakang itu cuma pintu kayu, biasalah rumah kampung.. )
papa suruh mama sikat rambut kami begitu..
papa memang suka rambut panjang, kami adik beradik perempuan mmg simpan rambut panjang, papa tak kasi potong, bila dah besar ni je, masing2 mau tukar stail..
aku ingat lagi dulu, kalau nak minta gunting rambut pendek, papa tak kasi..
yelah.. dia jugaklah tukang potong rambut kami..
sikitttt je dia potong..
oh tentang gambar no 2 tu semula,
papa suruh senyum, ntah mengapa aku tak ingat kenapa aku tak senyum pula, tengok ajelah muka Ayu tu, itu senyum di suruh tu, hahahaha... senyum buat2! hahahaha..
tapi comel yu..
Aku tahu, papa ingin kami lebih nampak keperempuanan bila kita berambut panjang..
Aku tahu, papa ingin kami lebih nampak keayuan bila berbaju kurung..
hmm.. papa..papa.. memang kamu lebih tahu apa yang terbaik untuk anak2 mu..
Sedikit tentang Ayu, kita berkongsi zaman kanak2 bersama..
makan sama-sama, main sama sama dan gaduh pun sama2..
aku ingat aku selalu gaduh je dengan Ayu masa kecik2 dulu,
Kami pernah gaduh besar!! ada satu kali tu, gaduh yg buatkan papa hilang sabar!! lalu papa simpul rambut aku dan rambut Ayu sekali, dan sumbat kami dalam bilik stor !
rambut panjang beb.. senang simpul!
terikatla kami (dlm keadaan membelakangi masing2) dalam bilik gelap yg panas.. berpeluh peluh dibuatnya..
disebabkan takut, kami senyap je, sehinggalah pintu dibuka,
kami pun tak tahu berapa lama kami di kurung berdua di situ.. sampai tertido2 jugaklah dibuatnya..
;p
lega semula bila cahaya keluar di balik pintu..
huhuhu...
pengalaman yg tak mungkin dilupakan
macam2 cerita kami juga kongsi bersama..
ingat lagi ketika Ayu ada temuduga kerja di Shah Alam, aku ambil cuti untuk temankan Ayu ke temuduga itu, masing2 sangat tidak biasa dengan KL tapi Ayu sedikit biasa di Shah Alam kerana sebelum ni dia belajar Uitm situ , tapi tempat nak temuduga ni dia pun tak biasa.. kami naik bas, sampai lebih kurang kul 5-6 pagi, sebenarnya kami ada hubungi saudara terdekat di situ, nak minta dia hantarkan, dan sebelum pergi, bolehlah kami ke rumahnya dulu, mandi n sembahyang, maklumlah semalaman kan..
pastu, kami tunggu2 tak sampai pula saudara kami tu, tunggu punya tunggu, kol punya kol, tak angkat, kami malas la nak kol berkali2 sebab awal lagi,
tapi... pendekkan cerita sahaja, jam dah pukul 7, aku tekad aje, Ayu, hang siap aje, kita gamble je pegi, carik teksi je, pergi tukar baju nak interview tu, then aku tolonglah konon2 bedakkan dia, apa yg ada aje lah.. mandi pun tak kami ni! kesian pulak aku ngan Ayu, dia sakit mata masa tu, mata merah, terpaksa pakai spek, nanti jangkit.. so aku siapkan dia mana patut, dalam toilet je masa tu, tawakkal je kami, tengok hari pun dah cerah... bila kami keluar toilet je, kami dapat kol saudara kami tu, katanya dia ingat kami minta dihantar sahaja ke sana, hmmmm bukankah telah diberitahu.. hmm..takpalah, so dia tlg hantarkan kami ke tempat itu, melilau juga kami mencari, akhirnya jumpa.. kebetulan saudaraku punya sahabat bekerja di situ, memudahkan lagi keadaan..
Ayu mula2 tak yakin, sebab ramai yg pergi temuduga tu, semua very up to date, dressing maut punya! fuhh! Ayu kata tawakkal aje la.. bila ditemuduga, panel bertanya, kenapa dia tak buka spek mata, bukankah kurang sopan katanya.. AYu pun bagitaula.. dia sakit mata, bila dia buka spek aje, melompat panel2 tu.. hhahaha.. tahu takut... hehehe..
Alhamdulillah, berkat susah payah.. Ayu berjaya dapat kerja tu, kerja yg dia sedang kerja sekarang..

Apapun Ayu, kamu tetap adikku yg ku sayang hingga saat ini dan selamanya..
byk yg kita kongsi bersama..
suka duka ku kamu tahu.. jika kamu merasa susah, aku juga kan merasa yang sama..
semoga semua yang kita lalui menguatkan lagi hubungan kita..
jgn dilupakan aku..
walau aku telah begini, namun hubungan kita tetap tidak akan berubah!
percaya aku seperti mana aku mempercayai kamu..

Mari Ketawa Berdekah dekah sampai keluar air mata juga!!

Dah, takmo sedih ka apa ka! mai layan ini video! kasi korang semua keluar air mata sebab gelak pula! kah kah kah kah!!! :D :D

pasni mari kita main jerkah2!

IringJeling: tak sanggup aku, diorang kat luar dok tanya ngapa aku gelak sengsorang! ni yang aku share nih! :))

sampai termenangis aku dibuat kau!!


traffic jammed pagi tadi..

buat aku mengeluarkan air mata..

Tuesday, June 1, 2010

Lagu Dondang Sayang tidak lagi kedengaran..

Bila perut sudah di isi, apa lagi yang nak didendangkan.. :)



~Sayur campur masak hailam~



~ Ayam Tandoori~


walaupun dapur tengah sepah2 lagi, tapi kena masak juga,
ada 3 perut yg sedang bergendang dondang sayang ..

Update resepi: lupa taruk resepi ayam, sangat senang..

Sumber: Hanieliza
AYAM TANDOORI

Bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan] - aku pakai sebelah ayam sahaja
1 paket rempah tandoori MAGGI - aku 2 sudu besar sahaja

3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit - aku tidak bubuh
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 1/2 sk garam
( aku tambah yogurt sedikit)

Cara
Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 atau 2 jam. (oh.. ku tidak mampu menunggu selama itu.. 30-40 minit sudah cukup)
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan suhu 220'C selama 1 jam.
Bila dan masak lumurkan butter supaya nampak berkilat.
(tetapi aku tidak bakar, malah digoreng sahaja.. goreng pon sodap!! sediakan dengan bebawang mentah.. perghhhh..


IringJeling: Jilat pinggan!


Terkejut, Geram, Marah!!

KOMBINASI gambar (atas) menunjukkan salah sebuah kapal yang mengambil bahagian dalam misi bantuan antarabangsa membentuk armada ‘Freedom Flotilla’ ke Gaza.
Gambar bawah menunjukkan helikopter Israel terbang dekat kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan untuk penduduk Gaza.
Foto sebelahnya pula dirakam saluran televisyen Turki menyaksikan tentera laut Israel mendekati kapal aktivis.
(petikan dan gambar dari Berita Harian)

Rata2 semuanya sudah tahu tentang berita ini kan semalam?
aku dan suami juga sempat menontonnya di berita semalam, sambil makan malam,
aku mulanya tak dapat tangkap lagi, tapi B menunjukkan muka yg terkejut, sampai berhenti makan.. kemudian marah2.. lepas tu baru aku tahu..
Berita semalam menyatakan seramai 30 orang termasuk maut dan cedera.

Berani sungguh mereka serang Kapal Kemanusiaan (Mavi Marmara) yang membawa bantuan ke Palestin! berani? betul ka berani? atau penakut sebenarnya?


Baca lebih lanjut di sini
IringJeling: tukar gambar di profile menjadi hitam.. tanda sokongan..

Apa Yang Penting..?

KERJASAMA..!!
~ Ini masa paksu man datang sekali.. tolong2 pasang..~

Hujung minggu lalu juga adikku 'abang' datang sini... tapi sayang dia datang lepas semua barang abis diangkut! kalau tak ringan sikit beban... namun kehadirannya sikit sebanyak membantu kami..

no 1: abang dan b, tekun pasang meja!
no 2: mereka tengah pasal rill nak pasang langsir.. drilled sendiri, pasang sendiri, skru sendiri..
oh ya! nampak tak lampu yg senget itu? hmmm... itu minta orang pasangkan tu! isk tak puas hati pula, b kata nak buka  balik, drill semula kasi betul..
no 3: mari, mari! tengok, tengok, tengok! ha, itu tangan aku tu! sape kate aku tak uat kerja weh.. tak sempat nak goyang kaki pun weh... itu tangan aku letakkankan tempat nak cangkuk langsir..
no 4: hahahaha.. diorang salah pasang mula2 tu, hihihihi.. terpaksa buka balik pasang semula... ala.. tak susah pun.. kan SKIL ada... kan? kan? kan? SKIL benar2 membantu..! yess!!

Banyak bagusnya bila pasang2 sendiri ni.. lagipun bukan semua pun boleh buat, mana yang boleh sahaja kami buat sendiri, kalau yg melibatkan elektrikal dalaman ke, pecah dinding ke, tak dayo lah nak buat sendiri.. itu mmg kena serahkan pada yg pakar...

Secara tak lansung, aku dapat tambah ilmu jugak bab pertukangan ini! yang pastinya tak semua wanita tahu kot.. ohh.. bukan hendak berlagak lah.. just luckly me sebab si dia ni gemar bertukang2 'do it yourself ' walaupun dia tidaklah pula ambil bidang itu.. basic aja katanya..cuma minat melebihi..

ada orang kata kitorang kedekut kah? bukan kedekut encik.. tapi kalau dapat jimat.. barang seratus 2.. kan bagus? sapa taknak? aku nak weh.. boleh aku spend wang untuk yang lain lagi! huu.. masuk rumah baru byk nak pakai duit.. jimat lah mana yang patut..
mmg lah orang kata, buat apa susah2.. letak duit segedabak, tunjuk2, sedar2 nanti siap lah tu.. terpulanglah.. pilihan terletak di tangan masing2.. ada pro n kontra nya.. :)

lebih lagi,  bila kami buat sendiri ni, ianya meninggalkan sentimental value juga..
letih, penat memang la.. kengkadang tu kami gelak sesama sendiri bila tengok hasilnya kureng memberansangkan.. dan terkadang pula tersenyum puas sesama sendiri, bila apa yg dilakukan itu amat memuaskan!

babe, deep down in my heart im proud of u...

IringJEling: bila buat sendiri kan aku cam sedar je, sebenarnya takdalah susah sangat pun.. sesetengah tu senang jugak eh.. :)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker