Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, April 7, 2010

Kenapa Berkata Begitu..tidakkah kau sedar ku juga punya perasaan?

Mungkin kau tidak pernah merasa apa yang aku rasa...
kerana itu mulut kau begitu ringan bersuara..begitu tenang mengukir sinis..

Tapi aku dah janji pada diri sendiri tak mahu menangis lagi..
tapi tatkala saat ini, hati tebal menahan sebak!

ketahuilah aku tidak punya kuasa untuk menentukan segalanya!
aku cuma boleh berusaha..berharap.. memohon pada yang Esa, makbulkan permohonan itu..
tapi Tuhan lebih mengetahui mana yg terbaik untuk ku!

Tak perlu kau datang untuk memerli ku! ketawakan ku! menunjuk-nunjukkan kehebatanmu yg bakal menjadi ibu lagi! manakala aku, bila lagi?
soalan demi soalan, cerita demi cerita..
seperti kau tahu aku yang tentukan segalanya!?

kata mama..Bersabar, Tuhan yg menentukan segalanya..Dia lebih tahu yang terbaik..
kata Alang pula, be strong ok.. ini semua dugaan Allah.. Dia tahu kekla mampu menerima ujian ini!
kata Achik.. ala..baru je.. tak perlu risau la.. adalah tu.. anggap saja belum rezeki lagi..
kata Nor.. buat apa nak sedih-sedih! kau sedang tunggu yang terbaik dari Dia! apa salahnya tunggu kejap..untuk dapatkan yang terbaik dari terbaik! kan? :)
kata kak Azi.. ala.. kalo ada org tanya lagi, ko cakap je.. " dah order.. tapi belum sampai2 lagi! biasalah tempahan luar negara eksklusif..lambat sket sampai" tengok mesti dia terdiam!

hahaha.. apa pun, aku tetap aku yang akan sentiasa tenang hadapi segalanya....
terbuka hati..
menerima ketentuan dari Illahi..
"Kaulah Maha Mengetahui"

Pertama kali: Masak Sayur Peria Udang



Peria memang terkenal ngan kepahitannya kan?
Aku mmg tak pernah masak pun sayur ni, tapi dek kerana petang semalam dah
ketandusan idea nak masak apa,
masa pun dah suntuk,
kalau boleh nak masak 2 dalam 1 (sayur n lauk)
kebetulan pula,teringat penah makan peria masak dgn udang ni kat umah MakCumah hari tu! sedap!
dan kebetulan ternampak ada plak peria kat kedai tu...
gamble aje la...

aku pernah tanya pada makcik ku, kalau nak hilangkan rasa pahit nya kena rendam ngan air garam! (boleh la.. kurang sikit rasa pahitnya, ada sikit2 je..)

resepi mudah aje;
- sebiji peria (kecil, potong 2 potong mengirin, rendam air garam)
- Udang hidup (ikut suka byk mana)
- lobak merah (potong nipis)
- buah tomato sebiji

(bhn di tumbuk- tumbuk 1-1 asingkan)
- Bawang putih - 5-6 ulas
- Bwg merah sikit
- udang kering
- cili padi 2 tgkai je (ku tak tahan podasss)

- sos tiram

cara;
-Tumiskan udang kering - garing
-tumis pula bwg putih - agak kekuningan
-tumis bwg merah & masuk cili padi

tumis semuanya hingga naik bau..
kemudian masukkan semua bahan utama, sayuran dahulu.. kemudian udang.. tomato pula masuk last sekali..
masukkan sos tiram sebagai perasa...

siap...

makan ngan nasi putih.. panas..panas...
uhhhh.... Selamat mencuba kalau nak cuba.. kalau tak nak pun tak ape.. ngeh..ngeh..ngeh.. ;p

Penkek Segera Terkam!

Dah lama plak tak makan penkek nih! last makan pon mase Cik Mimi and tonangannya En Megat bertandang di rumah ritu!

teringin pula nak makan nih! perut tengah lapa!

Mengapa di pilih penkek?
1- Cepat di masak sedap di makan!
2- Lagipun..stok penkek ada kat umah!
3- Sokong diet ni, kata nak kurangkan mkn nasi, makan berat..
4- Tgh nak jimat cermat! duit dah kurang.. byr itu ini.. nak guna byk lagi ni, nak masuk umah baru..
5- Mr Hubby pon suka.. makan sesame.. best... yummy..yummy..



~ aku pelbagaikan 3 rasa; plain, blueberry and choclate chip! makan ngan maple... usshhhh ...~


~ ya betul! saya guna tepung campuran penkek segera sahaja, tak perlu ku sertakan resepinya di sini.. ~

Iring jeling: Mr Hubby yang beli tepung penkek dan maple ni tau.. sendiri sahaja beliau mencarinya! pandai dia!

Tuesday, April 6, 2010

Saya Budak Baru Belajar

Ditujukan pada aku...


Sebenarnya Tadi baru dapat tunjuk ajar serba sedikit dari Cik Mimy kita.. pasal Nuffnang nih!

hihihi...


dengan rasminya hari ini aku dah register ngan Nuffnang! itu pun ngan bantuan Mimy dan kawannya!


tengkiu! u gurls Rock!


ntah hape mimpi tetiba nak join nuffnang? walaupun sebenarnya aku mula berblogging dari Okt 2008... hmmm sebenarnya aku tak paham, tak reti, tak tahu pon apa tu nuffnang, si Mimi mmg selalu je suh aku join menda alah nuffnang nih! hasilnya lumayan katanya... ya... !


Apa pun akhirnya.. aku dah join hari ni..!



ye..

Saya budak baru belajar.. kalau salah tolong tunjukkan... :)

Join Join! Cari, cari! Dapat Duit!!




Ada satu enjin pencarian baru! MY LOOK! lebih kurang sama cam enjin lain..googles or yahoo ke.. tinggal lagi, MyLook dapat duit! dapat duit? yaa... anda akan dibayar setiap kali pencarian menggunakan MYLOOK!


Mungkin dah ramai pun dah tahu pasal ni.. kan? Aku dapat tahu ni melalui berita yang disebarkan oleh KakLynn.. tima kasih ya kak.. sudi kongsi..kongsi..
dan aku juga ingin berkongsi dengan semua yang lain..
Sharing is Caring rite...

jadi apa tunggu lagi.. mari pakat ramai-ramai register.. percuma sahaja!

Nak carik apa-apa... gunalah MyLook! (^_^)

Monday, April 5, 2010

Nasi Goreng '0' ngan Ayam Tandoori..

Masak ni hari Jumaat lepas!
balik keja dah lewat, fikir2 apa yg boleh masak segera nih! lapo nih!
rupanya aku sorang je nak makan, Mr Hubby kata dah kenyang!( sombong yee dia .. kenyang ye..)


apapun periksa peti sejuk dulu..
Ada saki baki ayam sikit , pastu ada sikit nasik semalam yg masih bleh pakai ( simpan dlm peti sejuk ok..)
hmm.. tgok ada perencah Tandoori plak!
so perapkan aje ayam tu ngan tandoori selama 30 minit..
goreng nasi dan goreng ayam.. potong bawah dan limau nipis...
siap untuk makan..

Ada org yg kata dah kenyang tu tetiba mencelah!

"Aii.. sikit je nasik? cukup ker?.."

aku balas.. "err... tadi u cakap kan dah kenyang,?"

"ha? oh ye ker... ok takpa la...." (nada cam sedih je.. hikhikhik..)

hmm.. yg sebenarnya cukup untuk aku dan dia, aku tahu dia mesti nak makan punya! siapa yg lebih faham suami, kalo tak isterinya ini!





~ untuk resepi, simple je, ini masakan ala2 segera! beli je perencah tandoori untuk perap ayam! untuk nasi goreng.. sendiri mesti tau punya haa...~

Badminton.. oh Badminton..

apa yang boleh dikatakan..
aku bukan lagi seperti dulu
selincah dulu..
setangkas dulu..
sekuat dulu..
sekurus dulu! hhak!
Aku sekarang telah meningkat berat badannya..
telah kurang staminanya..
telah menjadi cepat semput..
hmm..
2 tahun tak pegang reket badminton de..
seminggu sebelum tournament baru merasa..
dan perasaan itu telah kembali..

sedih pula bila aku termenung sendiri di court badminton haritu, lepas abis main..
ternyata aku tak boleh beraksi seperti yang diharapkan..
semuanya tak menjadi!
tambah lagi main mix and double! pada masa yang sama 5 perlawanan! semua dalam satu hari!
apa yang dapat ku katakan..
aku tak larat..
kelihatan seperti aku malas je masa kat gelanggang! sebab tak lari.. tak kejar bola!
tapi hakikatnya aku sebenarnya tak larat seyyy!.. aku dah keletihan.. aku dah tak mampu...
walau aku cuba sedaya upaya...
dan sebenarnya.. tangan dah terseliuh...

Namun, itu semua tak akan buat aku terus berhenti main badminton!!
lepas ni aku akan sentiasa training, InsyaAllah.. jika diizinkan Tuhan..
terus tingkatkan stamina..
Aku sayang sukan Ini!!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker