Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, April 5, 2010

Im Not Feeling Well Today

Sakit Seluruh otot-otot dan lelemak di tubuh ini..
sakit seluruh badan..
Ini semua penanga tournament badminton 2 hari lpas..
Aduyyaii..
terkehel sana terkehel sini!
itulah akibatnya dah lama tak exercise! tup2 terus main...
warming up kemana.. warming down ke mana..
ishk..iskh.. iskh...
Sakit wehh!!!!!
arghhhhhh............

Friday, April 2, 2010

Itu lah dia! esok telah tiba!

haa.. tiba2 je bila taip.. nak buat entry ni, terus perut ku lain macam! terus rasa tak sedap! terus rasa berdebar-debar!

ahhh... esok lah hari nya!

Badminton Tournament!

aduyaaiii.. makin kuat sakit perutnya! memang macam tu kan? kalau nervous ke berdebar ke, terus rasa cam sakit perut!
Pelik bin ajaib!

Apa pun aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk esok!

semoga Tuhan permudahkan segalanya!
(semoga kemenangan juga berpihak padaku! hehehe)

Amin..

Bila Si Suami Berpergian..

satu perkara yang aku suka tentang dia..
Dia selalu buat perkara yang tak diduga yang selanjutnya akan membawa hati dan perasaan ku terbang bersamanya.. yang membuatkan hati ini akan terharu...

tiba2 dia akan menghubungi atau sms, minta aku ambil brg yang ditinggalkan, smada dlm almari, laci... hmm... perkara yang tak di sangka-sangka!
bersama itu juga ditinggalkan surat.. kata-kata yg menemani aku sepeninggalanya ke luar negara..

tapi tidak la selalu begitu, nanti perkara itu akan menjadi kebiasaan pula, dah tak menarik lagi..
setiap caranya adalah tersendiri.. yang akan selalu boleh membuatkan ku tersenyum..

terima kasih sayang kerana sentiasa memikirkan tentang diriku..
ku tahu kau sayang...



SI TEDI BUAT 'CONTEST': BILA DAK ITAM BERDIALOG


Kali ni nak join contest Cik Tedi ni plak! cam best best je.. segala butiran lanjut ada di sini!

Soalan pertama :

Letakkan dialog bagi 2 gambar 'Dak Itam' di bawah:





" ZZzzzz.... kurrrr.....brrrrr" (bunyi dengkur si Dak Itam kah?)

2. Berikan 2 sebab mengapa berkunjung, membaca dan mengomen di Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik?
- penulisannya yang tak sarat, sangat catchy! walaupun ringkas tapi tetap sampai maksud yg nak disampaikan.
- sebab blog KDIALB selalu di update dan ada saja cerita yg berbeza!

3. Berikan 1 tajuk entry atau yang paling kamu sukai atau yang terkesan si hati! tak ingat tajuk, tulis isi2 penting pun takpe..
Entry terbaru Tedi! (in fact keseluruhan penulisan dlm artikel ini pun sgt tersendiri dan disukai oleh ku..)
" kamu selalu menggembirakan hari ramai orang melebihi hati kamu sendiri. Semoga Allah menerima segala amalan-amalan kamu dan menempatkan kamu di kalangan hambaNya yang soleh. InsyaAllah. Terima kasih kerana kamu hadir mewarnai persada seni tanah air.,"
"Begitu terkesan di hati... serius!"

4. Berikan 1 tajuk, atau perkara atau isu yang dapat membuatkan Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik lebih mantap, lemak berkrim dan disukai ramai.
Isu Kemanusiaan! nilai diri manusia yg semakin kurang hari demi hari..bunyi mcm serius? tidak lah.. 'just make it simple but relevant and meaningfull'
teringin/suka nak baca artikel yang dapat menyelami jiwa manusia, kerana, InsyaAllah melalui penulisan juga dapat membuka hati dan mata pembaca 'mahu'!

5. Saya mengharapkan Kadangkala Diam Itu Adalah lebih Baik akan tetap meneruskan celotehnya yang unik itu dan sentiasa muncul dengan pelbagai maklumat, idea, pandangan dan ceritera tersendiri! Sesuatu penulisan yang tersendiri dan asli tidak dapat menandingi walau sehebat mana maha karya yang cuma di tokok tambah, sama-samalah kita membina legasi yang unggul! ( tak kurang 20 patah pkataan)

Itu sahaja, olahan dariku untuk memantapkan lagi 'pertandingan' ini..
sesiapa sahaja boleh join ini.. masih belum terlambat! tarikh tutup 16 April 2010!
marilah kita meriahkan laman Cik Tedi! :D

Semoga Roh Meor Ahmad Fuad Meor Badri dicucuri Rahmat olehNya


Agak terkejut mdengar berita Din Beramboi telah pergi ke Rahmatullah..
2 hari lepas dengar cerita semakin pulih..
Tapi apakan daya, Tuhan lebih menyayanginya..

Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah padanya..
moga sedekah, doa kita sampai kepadanya...

Thursday, April 1, 2010

sesekali pandang kebelakang

satu demi satu tangga dinaiki..
lansung tidak menoleh lagi..
segala halangan diredahi, penat lelah tak apa,
kerana..
ada sesuatu ganjaran menunggu ku di sana!
Hati mula penuh semangat,
sering berbisik tak mahu kalah!
lalu diteruskan tanpa byk alasan..

tiba saat hati berbisik halus..
semakin naik semakin letih!
semakin naik semakin byk halangan!
semakin naik semakin rumit!
namun ganjaran utama seperti masih jauh lagi?
tak pasti?

namun..
sesekali tolehlah kebelakang..
betapa kamu telah berada ditempat yang tinggi sekarang..
betapa telah kamu tinggalkan kejatuhan kamu yang lalu..
Ayuh! jgn pernah kalah!
Siapa tahu mungkin selangkah saja yg masih diperlukan...

dan Azam kini semakin kuat...

April is not a FOOL!

Pejam celik dah masuk April!
lewat mengetahui tentang kesah disebalik 1 April ini mbuatkan aku juga terikut-ikut mengenakan orang, menyakat sana sini..menunggu2 1 April semata-mata krn itu! namun, bila perasaan ingin tahu membawa aku ke definisi sebenar... kesal..

antara sumber yg diperolehi ttg makna April fool..

Makna di sebalik April Fool


“HARI pertama setiap April adalah hari yang perlu diingati berbanding baki 364 hari lagi,’’ kata penulis terkenal Amerika, Mark Twain.

Kesimpulan yang paling mudah daripada kenyataan Mark Twain tersebut tarikh 1 April setiap tahun itu ialah hari untuk usik-mengusik, bergurau-senda atau tipuan olok-olok. Tidak akan ada yang akan marah atau berkecil hati.

Tarikh itu digelar dengan pelbagai nama. Paling umum ialah April’s Look Day. Ada yang memanggilnya dengan April Mop dan di Scotland ia seringkali dikenali sebagai April Gowk.

Walau apapun panggilannya, motif tetap sama. Setiap kali menjelang 1 April, biasanya banyak di antara kita akan begitu sibuk dan terikut-ikut dengan budaya Barat serta bersiap-sedia untuk merayakannya.

Kita merancang untuk menipu orang lain, sahabat atau saudara terdekat. Budaya tersebut begitu erat melekat, seakan-akan pada 1 April tersebut, kita boleh berbuat dosa.

Namun, apa makna sebenar di sebalik 1 April? Adalah dipercayai sambutan dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada.

Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk-penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day, April Mop atau The April`s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H.

Kita memang tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah begitu mudah masyarakat kita menerima satu budaya luar yang tidak jelas asal-usulnya.

Saya pernah membaca satu pendapat menarik oleh sejarawan Peter Gay dalam bukunya The Cultivation of Hatred yang menyentuh banyak aspek tentang budaya.

Antara lain, Gay menulis; `kesulitan terbesar ialah mengikis sesuatu peristiwa yang telah diterima oleh masyarakat sebagai amalan seharian mereka (budaya).

Beberapa sejarawan lain menganggap pendapat Gay tersebut disebabkan oleh ketaksubannya terhadap teori-teori psikoanalisis oleh Sigmund Freud dan Jacques Lacan hingga beliau melihat proses itu sebagai kandungan kesedaran manusia.

Gay berkesimpulan, setiap lapisan sosial akan membangunkan hegemoni kebudayaan masing-masing dengan tujuan mengatasi kelompok atau etnik lain. ‘Kemenangan’ akan diperoleh selepas kelompok lain menerima budaya yang dikembangkan.

“Kebanggaan terhadap etnik dan kecemasan etnik dalam banyak hal tidak boleh saling dibezakan. Lama kelamaan etnik yang tidak dominan terpaksa menerimanya menjadi satu sikap atau budaya mereka,’’ kata Gay.

Perspektif yang sama turut diutarakan oleh penulis Marxis Itali, Antonio Gramsci dalam koleksi catatannya yang dibukukan, Selections of Prison Notebooks.

Gramsci antara lain berpendapat, hegemoni budaya, selain ekonomi dan sosial adalah salah satu bentuk penjajahan baru ke atas kaum proletarian oleh kelompok borjuis.

Jika pendapat Gay dan Gramsci ini diambil kira, April Fool merupakan salah satu kekalahan masyarakat kita terhadap hegemoni budaya oleh Barat.

Kadang-kadang perspektif bahawa apa sahaja dari Barat dianggap moden. Lalu, masyarakat kita tanpa menapis dan memperincinya terus menerima sebagai budaya. Sehubungan itu, jangan terlalu mempercayai kata-kata Mark Twain bahawa 1 April setiap tahun adalah hari perlu diingati!


Sumber :: Utusan Malaysia Online - Sastera


hmm.. semoga kita semua membuka mata, mengajak hati kita usah terikut-ikut terpedaya dengan ikutan ini..
Semoga Tuhan sentiasa memberikan petunjuk dan jalan yg benar untuk hambanya ikuti.. bukakanlah mata.. jgn beranggapan jahil bila telah mengetahui perkara sebenar..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker