Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, January 4, 2010

TAG Pasal Zaman Cinta-Cinta

Aku mulakan pemulihan mood aku dengan buat TAG dari kwn aku, Cik mims yang bakal akan btukar status ke Puan nanti! rasa cam best je nak buat tag ni.. sebab kisah aku n hubby aku sangat2 la dramatik dan melankolik ... (ha?) boleh buat novel citer aku n hubby, tapi di bawah ini cuma diantaranya sahaja...
so.. mari kita mulakan...

1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana?
sebenarnya byk 1st time pjumpaan ku dgn nya..

1st time jumpa tahun 1999! Hahaha…kat ITM Manjung! Tapi bukan sebagai kawan rapat, apa lagi kekasih! Erk! Kenal gitu2 je la masa tu sebab dah satu course kan… masa sem 2-3 baru dpt bercakap dengannya! Tapi nak citer sikit, sebenarnya masa 1st time dengar dia speaking kat depan, masa tu ada public speaking kot, mataku tetiba terbuka pdnya! Hati juga terdetik (kecil je).. masa tu sem 1. tapi perasaan tu tak lama pon.. dia langsung tak perasan keberadaanku pun.. hehehe.. pastu dia pun dah ada awek..dan aku juga dengan duniaku sendiri..
sem 3 keatas baru ku rapat dengan dia sebab course kitorang buat ada projek, lak tu aku segroup dengan dia! Masa tu aku anggap dia as my bro jer.. wah.. kanda dinda gitu! Tapi siyes, aku memang takda hubungan cinta dgnnya masa kat kampus… Cuma aku tahu, dia memang caring sangat kat aku masa kat itm! As a bro la kot setahu aku kan..
tapi, sbnarnya aku juga baru tahu dia memang suka kat aku juga.. dari jauh.. dalam diam…
namun hatiku tidak dapat menerimanya lagi..

1sttime jumpa balik 2003, dah bis convo, masa tu aku turun kl! kbtulan dia call,dia mmg keja kat kl, so dia nk jumpala, aku jumpa dia kat MdValley, with my sister Ayu, tak bley sengsorang wooo bahaya.. (sebelum balik dia bagi 1 bungkusan, ole2 dari Bangkok-gelang, dan surat!)
aku tahu dia suka aku, tapi aku memang tak bleh lagi..

1sttime jumpa balik 2006, setelah masing2 telah bekerja, kami set jumpa dia turun Kuantan jumpa ku..
masa ni memg perasaan berdebar tak henggat! nape ntah? korang tahu tak nape?

-kalau la di ingatkan balik… kalau la aku tahu dari dulu.. kau sebenarnya akan jadi suami aku sekarang nih! Ishh.ishh..ishh..

2. Love at first sight?

Sudah tentu la bukan! Aku jatuh cinta padanya bila kitorang masing2 dah keja! Aku jtuh hati semua yg ada pdnya! Pada loyaltynya… lama dah kami tak berhubung.. aku di timur dan dia di Utara, namun dia tetap ada di situ.. setia dengan perasaannya terhadap aku! Aku sebenarnya memg telah dilamar olehnya beberapa kali lepas study ritu, tapi aku takleh nak ada perasaan lagi padanya ! takkan nak tipu kot kan… (kalau b baca ni, ketahuilah me rindu u sangat! Me sayang u amat sekarang nih!)

3. Who is he when the first time u met him?

maksudnya apa? Kalo 1st time jumpa balik, masa nak bcinta tu, aku memang tak tahu sangat dia keja apa.. sebab aku tak paham sangat keja dia, walaupun dia dah bgtau kat aku ..

4. How long it takes for him to ask u out for a date?

fuhhhhh…. Lama! (kan babe?) itupun katanya dia cam dah putus harapan dengan aku kot...
tapi tetiba je aku kol! aku yg ajak dia jumpa!
kalau betul dia suka kat aku, sila la turun ke kuantan!
wahhh... sekali dia memang betul turun sehh! jadi tak keruan lah jugak aku nih!
buat pertama kali aku gugup! sperti belum penah kenal pulak! sebelum ni tak ape2 pon.. pelik kan? hmmm

5. First place dating di?

Teluk Cempedak, Kuantan!


6. How he proposed?
proposed kawin? ntahla tiada date static bila dia proposed, cumanya bila kami dah serius berkawan, kami terus fikir bila nak lansungkan aje..

ada sekali tak TC, dia tetiba je bagi cincin silver kat aku, tanda dia serius mahu aku..
yg bestnya cincin tu berpasangan, satu dia pakai kat jari manisnya, satu lagi kat jari anak (kecil) katanya, dia dah beli lama, memang hajatnya untuk bagi kat gadis pujaannya suatu hari nanti, dan akhirnya gadis itu ialah aku.. haa.. very da cliche..

7. Special date with your hubby?

the day we tied the knot 16 Ogos..

9hb setiap bulan.. setiap bulan kami wish to each other, its date of our declaration ..

8. Changes that he asked you to do?

hmm…. perubahan perangai je la kot.. berubah pada sesuatu yg dia tegur aje..
lebih dari itu, aku tanya, dia kata takda.. mantain to b a gud wife..

9. What is about him that you love so much?

korang mungkin fikir sinis tentangnya? tapi betul, i love everything about him! Dia yang terbaik antara yg terbaik! aku suka sikap loyaltynya! (moga b sentiasa loyal dengan me tau!)
kepandaiannya yg buat aku juga pinter orangnya! hehehe.. ketelitiannya mbuatkan aku sentiasa peka dan bersedia.. kemachoannya dan kegagahannya, buat aku rasa safe.. hehehe :)
Romantiknya mbuat kita rasa terharu kerana ia bukan selalu2 tau.. its surprise yg menjadi..
(cheeee..b, ni me angkat u betul2 ni tau! tahun ni, kasi duit poket lebey haa..! ;p )

10. What is about him that u wish he would change?
takda la apa sangat, dulu mula2 aku minta dia berubah sikap baran je, kalo tak dapat berubah pun, redakan sikit aje.. sentiasalah beristighfar... suara kuat pun aku tak boleh! cepat terasa .. walaupun sebenarnya dia tak niat.. dah memang terbiasa kasar dan kuat begitu...Alhamdulillah, b pandai menjaga hati..
ku terima sayang..

11. You will lose your mind n crack your head when he?

bila dia dok asyik ulang soalan yg sama pada setiap jawapan yg telah aku berikan, dan juga pada pengakuan maaf ku seperti tidak di endah!
dan juga bila dia kata... "apa2 jelah..." atau.. "suka ati u lah.." wahh!! pantang betul..
well.. tapi itu semua tidak akan mengurangkan sayang ku walau sedikitpun kepadanya..

12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?

-suddently give me an emel, saying how much he love me.. with da very sweet talk! hahahaha..
-suddently he called, just to say... i miss u so much... uhhh... :)
-bila dia pegi outstation, tetiba pepagi ada wakeup call darinya, and suruh aku pi bukak laci baju, guess what?? ada cadbury kegemaranku dan surat darinya.. so sweet.. mase tu aku memang terharu abis ler..
-ofcourse la bila dia ucapkan kata2 sayang dgn kucupan mesra di dahi.. "me sayang isteri me ni.." dgn pelbagai caranya yang tersendiri..


13. Complete below sentences ....My love towards my hubby is as big as...

tiada..tiada apa yang dapat dibandingkan.. my love towards my hubby cant be define with anything.. i will give.. as much as i can..to him... my beloved hubby...

Kisah Cinta kami yang berpanjangan lah hendaknya... Amin..

~AKU TAG PADA SEMUA PEMBACA YANG SUDI NAK BUAT TAG NIE... SILA-SILAKANLAH YER...~

Begitu..aku..

Begitu aku sebetulnya dah lama tak menulis di ruangan 'duty free' ini
dek kerana kesibukkan dan kemalasan yang berganda ganda nilainya!
tandus idea? oh... tidak sekali.. byk sungguh perkara yang ingin diperkatakan.. dicurahkan disini!
byk juga peristiwa2 menarik yang telah terjadi.. yup! selalunya cepat aje aku mbuat tontonan umum di sini! tapi..... itulah... feel tiada.. takdok muuuddd nak menulis!
mood nya hilang kemana ya?

tapi, rasanya mood telah kembali..
boleh mencoret kembali..
cerita ceritu yang lepas2 harus di pahatkan di sini juga!
wah.. resepi baru pun ada jugak!
harus..harus..
byk yang ingin diperkatakan..
2009 telah berlalu, namun masih ada lagi mengenai 2009 yg belum aku coretkan di sini!
what a year... such a tuff year for me... but still... aku mampu harunginya juga, tidak berseorangan tapi dgn mereka2 yg tetap setia disekeliling ku..
byk citer nih..
harus juga nih!

ya...2010!.. selamat datang.. brand new year..new me.. with a new hope.. new desire..!

Thursday, December 31, 2009

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431H

Petikan emel dari sahabat..
Sempena permulaan tahun baru Islam ni, marilah kita sama2 berdoa..
dan mendapat manfaat darinya...
InsyaAllah

Pada 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.


Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”.


Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H






Tuesday, December 8, 2009

Berat kehilangan ku.. berat lagi kehilanganmu..

Ingat balik kesedihan yang aku alami, dek kerana hp kesayangan ku hilang! lupus.. pupus...
sebenarnya.. aku kehilangan hp tu sejurus balik dari melawat sepupu ku yang berada di Hospital Putrajaya, dia kena tahan di ICU! melihat padanya.. tiada apa yang dapat kuberikan melainkan memanjatkan doa, memandangkan dia tak sedarkan diri ketika itu!
Masa on da way balik dari hospital itu lah, aku kehilangan Hp ku tue..
sejenak terlintas dek fikiran..
Tuhan berikan ujian ini kepadaku yang baru sahaja melawat orang sakit!?
mencari2 juga kesalahan yg telah aku lakukan..
namun, aku berperasangka baik pada Tuhan... dan anggap ini sebagai ujian.. walau pada mulanya..aku menangis gak kehilangan Hp tu! Tiada rezeki. titik.

sehari selepas itu, aku mendapat berita dari papaku..
mengatakan yang sepupu yg baru ku lawati itu dah meninggal dunia!
Innalillahhi Roji'un..
Sungguh ku tak sanggka!
Ralatla aku jika aku tak sempat melawatnya! sehari sebelum tu, ntah mengapa hatiku memang beriya benar ingin pergi melawatnya pada hari itu juga, taknak tunggu2 esok atau hari minggu! mesti pergi!
sebab sebelum ni, masa dia tengah sihat, bkali2 dia menjemput ku ke rumahnya, tapi atas masalah yg tak dpt dielakkan, aku tak pernah dapat jejakkan kaki kerumahnya..
sehinggalah di hospital haritu..
Arwah kak Ida, sakit ketumbuhan dalam kepala.. arwah dah 2 kali operation, tapi masih tak dapat diselamatkan...
Tuhan lebih sayangkan dia..

Umur arwah pun tua 3 tahun dari ku je.. muda belia je lagi..
Arwah telah meninggalkan seorang suami dan 4 org anak! kecik 2 semuanya! masa aku bercakap dengan suaminya tu, dapat dengar dari getar nada suaranya yang sedang hiba dan sebak..
tinggalla kini.. suaminya yg perlu menyusuri hari2 akan datang menjaga anak2 sendirian.. tanpa arwah Kak Ida di sisi...

Ya Allah...!
kehilangannya lagi besar berbanding kehilangan ku!

Kehilangannya adalah seorang isteri dan ibu kepada anak2nya.. yang tidak boleh dicari ganti serupa dengannya!!
Bukan itu sahaja! ibu bapanya, kehilangan anak sulong dalam keluarga! adik2nya.. kehilangan kakak tersayang....
oh...
Manakala kehilanganku? sebuat henset yang masih boleh kucari ganti, serupa seperti yang hilang!

Ya Allah...
Susungguhnya...
kau berikan penjelasan.. pengajaran.. pedoman.. buat diriku ini yang seringkali mencari-cari jawapan, buta dengan kerakusan emosi dan perasaan yang sentiasa mengawalku..

Doa ku panjatkan untuk arwah Kak Ida ku...
semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman..
Al- Fatihah...

Wednesday, December 2, 2009

Bad Hair Day..


yesterday was my very bad hair day!


mula2...

tumit kasut 1 1/2 inci patah! ( huh berat sangat dah ke aku ni? sampai patah?)


pastu,

mase tetengah potong puding roti dengan pisau, tak semena-mena hulu pisau tu patah 2!

what?? kuat sangat ke aku tekan? its just a puding roti??.....

*&%&$$*&^%^!

huh!!!??


lagi,

mase tengah basuh pinggan, tetiba je tertuang/tertumpah air basuhan tu atas lantai!

banyak? yaa.. memang byk!

then..

perkara yang paling2 tak disukai!

my HP! tercicir! mase naik moto dgn Mr Bee! aku letak kat dalam poket baju tebalnya masa naik moto tuh! aku memang dah terlintas di fikiran, aku tak leh letak dlm ni, nanti terjatuh!

tu pasal aku pegang je .. tapi tak tahu di mana2 ia dah tercicir! cuak bin panik la aku!

kena marah tak henggat dengan bee... ''im sorry... i tak sengaja!''

dan Hp tu..

yang aku sangat la sayang....

pulak tu,

pemberian darinya....!

takdek rezeki aku....


uhhhh....

what a day....

sigh....

Salam AidilAdha!



Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker