Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, May 8, 2009

MAMA

baru-baru ini..
aku melihat mama di dalam bilik.. sedang menyiapkan diri, untuk keluar bersama...
melihat dia yang sedang sibuk di depan cermin, aku pergi mendekatinya..
saja.. sebab aku dah pun siap.. cuma tunggu yang lain-lain lagi.. dan juga mama juga belum siap, baru aku perasan, mama lambat sebab sibuk mengemas dapur tadi.. aku plak melepak dengan adik, main game...(sungguh tak patut aku! aku pun tak perasan sebab mama tak bersungut!)
Melihat mama yang baru mula nak pakai bedak, aku meng'offer'kan diri untuk pakaikan! sambil tu aku mengomel-omel pada mama..kerana cara pakainya macam tak kena...
"orang pakai macam nie.. sapu macam nie... biar sekata..."
"hmm.. mama tak kisah la.. asalkan pakai aje.. " balas mama...
Bila aku mengoles bedak dimukanya.... betapa aku perasan.. kulit muka mama dah lain sangat..ada kulit mati.. ada sedikit jeragat..
Aku nak letakkan eyeliner pula.. walaupun ditegah mama.. tapi aku nak letak juga...
ketara perbezaannya...susah aku nak lukis.. aku lihat mata mama...
dah ada kedut kedut...
betapa mata ini lah yang bersengkang... menjaga kami 6 beradik dari kecil.. tak pernah merungut walau sedikit! betapa mata ini lah yang telah mengeluarkan air mata, dek kerana kelakuan aku adik beradik... sedih, gembira... semua ada di mata mama...
aku tahu mama ku sememangnya seorang ibu yang kuat dan cekal...
tak pernah ingin menunjukkan kesedihannya dihadapan kami...
saat itu, aku terus meluru ke dapur, tidak dapat menahan sebak di dada... tak sanggup menerima hakikat betapa mamaku telah dimamah usia..walaupun dia tidak pernah menampakkan begitu...
begitu pada riak wajahnya sentiasa ada ketenangan..
sentiasa mengukirkan senyuman..
begitu tabahnya dirimu..
Rasa bersalah pada diriku sendiri...

Pada malamnya pula sengaja aku duduk berborak dengan mama...
ku pegang tangan mama...
terasa begitu kasar tangan mama...
ku cium tangan mama...
tangan seorang ibu yang telah membelaiku dan adik-adikku semenjak mula kami mengenal dunia..
tangan yang menyuap kami makan.. bila kami merengek lapar...sedari kecil hingga dewasa
tangan yang membimbing kami ketika kami mula belajar merangkak dan berjalan...
tangan yang memukul kami untuk memberi pengajaran atas kesalahan yang kami lakukan...
walaupun sebenarnya tangan itu sebenarnya selalu mengacah-acah sahaja..
inginku cium tanganmu seumur hidupku...

Mama...
betapa besar pengorbanan mu pada kami..
betapa kami selalu menyusahkan mu..

Sempena dengan Hari Ibu ini... inginku luahkan padamu..betapa aku sayang padamu mama...walaupun ribuan ucapan terima kasih ku takkan pernah cukup untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mu mama..
Selamat Hari Ibu, Mama....



Wednesday, May 6, 2009

so far from eyes.. so close in heart.. hhak!



"Mana mau pigi...ahh...".

semalam last day akak aku tuh...
tup-tup jer nak pegi.. ingatkan wak lolok jer.. ghupenyer sungguh2..
memang umum dah tahu yang dia akan bertukar.. tapi ingatkan bleh ah tunggu perabih minggu ni dulu...
hmm...takdok oh lak orang hok nok cakap teganu ngang kiter...
back to nature hoh lah..
takdok oh lah.. sesi linangan air mate..
takdok oh lah.. sesi ketawe mengilai-ngilai...
nganyam ketupat pulok...
escape- meng escape lagih! huhuhuhu...
doh nok wak nghane.. gittu.. ah...
pakat nok tuko belake doh...


anyway...anyhow..
"all da best for u sis... semuga success selalu in whateve u do... may Allah bless u..."

jangang lupe hok nok belanje tuh... hehehe

Tuesday, May 5, 2009

X-Men Origins: Wolverine

Screeeeett....... bunyi cakaran si wolverine...

Semalam.. tengok wayang citer nie...
memang sangat best..
Penuh dengan aksi2 mendebarkan, kehebatan yang super melampau hebat..
hehehe...maklumla.. sebab dema ni mutant, so.. byk special skill nya...

hmmm... nak tauk sinopsis citer ni kat sini ker? hmmm tak yah la.. sebab aku percaya sikit punya belambak sinopsis yang boleh dicari kat internet ni.. info di hujung jari la katakan.. juz type and press the 'enter' key.. hohoho

terus terang aku katakan aku tak care sangat tentang X-men ni..kecualilah b.. dia memang expert!

teruja dengan citer nie yang best nie.. baru lah aku mula nak menyelongkar... citer yang berasal dari komik nie.. tak lain tak bukan wikipedia aku ialah b aku sendiri..

sebelum ni ada jugak layan citer nie dengan b.. cd, tapi ye lah tengok2 gitu.. memang best.. tapi yelah sekadar tengok..

movie ni mesti tonton, sebab menceritakan asal usulnya dari kecil.. (scene masa kecil kejap je..) bagaimana si Logan ni mendapat nama Wolverine.. macamana jadi X-men... asal2 camana dia dapat tgn macamtu... kengkawan dia...
Kisah Wolverine yang hidup sebagai seorang mutan, membalas dendam menentang Victor Creed (yang kemudiannya bertukar menjadi Sabertooth) di atas kematian makwenya, dan penghujungnya berakhir melalui program mutan Senjata-X, yang menjadikan dirinya lagi hebat, kuat n power..

aku pun tak perlu lah nak ngomel byk sangat pasal x-men ni, coz aku tahu ramai orang di luar sana lebih mengetahui.. hehehe..

Ini X- Men tahun 2006.. kan? kan?

X-men 2003


ini pula X-Men tahun 2000

so, inilah X-Men Origins.. 2009


Daniel Henney- Agent Zero (pakar sharp shooter)

Will i am - Wraith, sekejap ada kejap takda...

Taylor Kitsch- Gambit..(bestkan nama dia...)


Sudah tentula Hero seantero.. Hug Jackman - Logan aka Wolverine

Hug Jackman (Wolverine) VS Liev Schreiber (Victor Creed)

Ryan Reynolds- Wade Wilson, si pakar bermain pedang yang sgt byk ckp!


Gambit penyelamat, muncul tepat pada masanya...

Agent Zero- memang power tembak2.. tapi mulut pun boleh thn power lasernya...

Dominic Monaghan- Bradley, boleh mengawal sesuatu dengan hnya menggunakan kuasa mindanya..



Lynn Collin as Kayla, makwe wolverine yg cantik dia pun mutant rupanya!! plak tu, sia2jer aku sedih.. ingatkan betul dia mati!! (err...aku tlg sedihkan untuk wolverine sekali masa tu..)


dan Danny Huston as Willian Stryker, hmm.. jahat ghupanya dia..semua kejahatan yg dilakukan untuk kepentingan dirinya shj telah memakan dirinya sendiri...serve you right!



hmmm... boleh tahan ghupanya mamat nie.. mula2 dulu tu aku tgok muka yg ada jambang bagai.. dah ghupa org zaman mana ntah.. tu yang kureng siket tu.. tapi... hmmm.... yeah.... not bad laa... gud looking guy...

Monday, May 4, 2009

Sekitar Konvo Alang



Akhirnya Alang aku dah konvo!! yehuuu...
pas ni tunggu nak sambung lagi kan...?
Berkalung-kalung tahniah sis sebab berjaya grad on time..
tambah2 lagi dapat pingat..anugerah pelajar cemerlang kan?
if im not mistaken la...
tu pasalla Alang dapat cam pingat 'kebesaran' je kat baju tuh...
Walau ape pun..kami semua sentiasa mendoakan kejayaan Alang dan sentiasa menyokong secara keseluruhannya dari belakang.... depan, bawah dan atas .

ALang...
Da Very special from mama n papa..
that u should proud and appreciate it much is..
the flowers..
tak sangka mama n papa bertungkus lumus menggubah jambangan bunga untuk Alang...
jgn tak tahu..... ha...
bunga tu plak bunga plastik!
sama2 diorang pi beli..bungkus.. n gubah sama2!
mama-papa kata...
"biar la bunga plastik.. semestinya nt takkan layu...boleh simpan sampai bila2.. sekurang2nya kalau dah rosak sampulnya... boleh taruk bunga tu gubah dalam pasu..."
huh.. betul! betul! betul!
Alang.. hang bertuah lah.. papa mama buatkan untuk hang... sangat bermakna tuh...
walaupun nilainya taklah semahal bunga2 hidup tapi sentimental value yang ada kat situ.. fuh...
bermakna sungguh...
~adik pun belikan juga bunga teddy bear kat Alang... bersungguh-sungguh nak bagi kat ALang... sayang ghupanya kat Alang.. selalu bercakar-cakar...~

Tuesday, April 28, 2009

Mari Bertarannum..Eh, Mari Berseminar...

Thanks to B coz pagi-pagi lagi dah antar aku ke Hotel Istana ni untuk ke Seminar ni! memang jem teruk ek Kuala Lumpur pagi-pagi ni! maklumlah hari2 aku gi keja mengadap jem yang biasa2 je..tempat keja pun aman damai je.. siap dengan kicauan burung-burung.. daun-daun kehijauan... udara yang segar...hehehe...terbuai kejap!!
Well..nasibla dapat green light dari Tn Hj, kalau tak tak merasa jugak.. Tengkiu Boss..
"Legasi Kecemerlangan Organisasi" anjuran Utusan Publications...
Yang buat aku nak pergi sangat sebab aku belum penah attend mana2 course pun sebelum ni, so bila ada peluang ni, leh la nak tambah-tambah ilmu sikit (tambah-tambah ilmu sikit jer.. yang banyak nyer tang lain tu.. hehehe..)


Panel seminar : Ybhg Dato Azlina Hj Che Abdullah - Pemenang Wanita IKON 2008 yang dinobatkan baru-baru ini.. dialah juga pengasas DNavechee.. produk yang aku dok nak cuba dari dulu lagi..tapi tak tercoba-coba dek kerana kemahalan dan kelokekan aku untuk mengeluarkan duit! asal nak beli jer.. tercancel..asal nak kuar duit jer pikir 2 3 kali! hish.. akhirnya tak terbeli lansung...tapi nak kena beli jugak nie.. tengok lah pada Datuk Azlina nie.. jumpa dia live memang cantik sangat muka dia..mentep gitu..
Presentation dia pun bagus..tak boring.. kalau tak mesti aku dah tersengguk-senggguk!
Best dapat share pengalaman jatuh bangun, perit getir beliau ..sejak mula, sehinggalah bergelar jutawan sekarang...
kesimpulannya.. no pain.. no gain...


Si Eja yang cantik... PA GM IBMS..dah nak kawen dah kwn aku nie...
thanks Eja... hantar kitorang ke LRT station..
sekali-sekala menggunakan Khidmat pengangkutan awam...ok gak....
tapi, huh! bapak...ramai giler orang..(time balik keja la katakan...)


Kak Ila.. dah sarat dah akak aku yang sorang nie...comel sangat dia... best betul dapat rasa perut dia haritu.. rasa kagum dan terharu sangat dapat tengok dan rasa anaknya dalam perut tu
"Kak Illa... ada sesuatu dalam perut tu bergerak-geraklah!!"


Wah.. akhirnya aku dapat gak bergambar dengan orang paling glamer kat situ... sape lagi kalau tak si Mimi nie.. lame tak jumpa kan... makin anggun aku tengok ko...tapi wa salute sama lu laa... lu gelek memang mantep..caya lah mimi! i like...u're da best..


Mr Hattan! mula2 memang takdalah nak beriya sangat coz aku minat dia biasa2 jer..
tapi best betulla dengar dia nyanyi live! dan yang penting sekali dia memang sangat cool...
dan tergolong dalam kategori lelaki macho siot...
memang diakui suara dia memang memukau... uiihhh.. makcik2 pun sakan bergambar tak hengat...
Hattan sedang solo sekang nie.. sedang mencari katanya... heheh... so gurl outthere..be prepared ya! ups lupa! dia kalau boleh nak yang bertudung... I AM! I AM! hmm ..but im not available... taken oredy.... "sayang... u tak marah kan.. me bergambar dengan dia ni... ala..kecianla dia.. nak sangat bergambar dengan me..." hehehe...


yo ladies... nice meeting u all....

Pendek kata..
Seminar sehari ini ada 4 sesi yang merangkumi tentang Imej Organisasi, Legasi kesetiausahaan, keterampilan, imej diri seseorang..oleh panel Dato' Azlina dan Puan Sharifah Rasheeda yang diwarnai dengan peragaan fesyen dari De'Zain Boutique dan persembahan dari Hattan..

Kalau nak bgtau detail seminar kena uat blog lagi satu lah..

Cabutan bertuah pun ada... hm... tapi tak pernah dapat pun... sipi-sipi bertuah aje...

Thanks to Eja n Mimi untuk Ehsan gambar, maklumlah tak bawa kamera haritu..

Wednesday, April 15, 2009

THE PEACEMAKER

Malam tadi layan filem nih dengan b (pendorong utama cerita), kat tv2. Walaupun citer ni tahun 1997 punye.. tapi best..

Watak utama ialah Lieutenant Colonel Thomas Devoe (George Clooney ), dan Dr. Julia Kelly (Nicole Kidman). Secara ringkasnya, cerita ini mengenai penjejakan senjata nuklear yang telah dicuri dan perlu diselamatkan sebelum disalahgunakan oleh pihak pengganas.

Bermula dengan 2 keretapi yang berlanggaran sesama di sesebuah tempat di Rusia, yang mana salah satunya mengandungi sejumlah 10 muatan nuklear. Ledakan nuklear itu berlaku berikutan dgn perlanggaran tersebut dan dunia pula sedang berwaspada....Walaubagaimana pun, Pakar Nuklear White House Dr Julia tidak menganggap yang ianya ialah satu kemalangan...Pegawai Pasukan Khas Perisikan, Kolonel Thoman Devoe, juga tidak menganggap begitu... jadi, bersama mereka mesti menyelesaikan konspirasi (komplot) yang datang dari Eropah ke New York, untuk menghentikan pengganas yang tiada permintaan...
Tujuan pengganas ini ialah untuk membalas dendam dan mengebom New York!

Ternyata 1 Bom Nuklear telah musnah akibat perlanggaran keretapi, baki yang tinggal pula telah berjaya dirampas kembali, namun masih kekurangan 1 kerana telah berjaya dicuri oleh pengganas dari Rusia yang dapat membolosi serangan yang diketuai oleh Devoe.
So, setelah kita tengok mrk bersusah payah mendapatkan baki nuklear tersebut, kita akan tengok pula mrk berhempas pulas untuk mendapatkan 1 nuklear yg tlh dicuri itu!

Pun boleh tengok aksi kereta antara Mercedez lawan BMW! hmm..BMW yang semput...

Ending citer, aksi masa Devoe dan Julia mengejar pengganas itu dan masa nak matikan 'timer' tu memang suspen! pengganas tersebut dah set timer untuk bom nuklear tu meletup! semasa diorang dapat semula nuklear tu,(pengganas dah mati tembak diri sendiri, dgn harapan dia tak mati bersama nuklear laa..) masa yang berbaki cuma 2minit lebih sahaja! manakala pasukan khas pula boleh sampai dalam masa 4 minit!! maka mereka sendiri perlu lakukan sesuatu bagi mencegahnya dari meletuskan tindakbalas sebenar nuklear itu dan mengurangkan kadar letupan!
jadi, sebagai pakar nuklear, Julia mencuba sedaya upaya dan akhirnya pada saki baki saat terakhir, dia berjaya mencungkil dan membuang sebahagian dari punat bom tersebut, dan, KABOOOMM!! berlaku 1 letupan kecil disitu..sekurang2nya ia telah menyelamatkan 10 blok bandar yang terdekat!

Cerita ni memang takda masa nak boring atau ngantuk sebab telah disogokkan dengan adegan-adegan yang cemas, spontan dan aksi. B cakap aku nie emo lebih pulak! aksi lebih ngalahkan pelakon! yelaa.. bila kita dah faham dan menghayati citer tu.. a bit emosional la kan..

Directed by
Mimi Leder

Written by
Michael Schiffer

Starring
George Clooney, Nicole Kidman, Marcel Iureş

Music by
Hans Zimmer

Cinematography
Dietrich Lohmann

Distributed by
DreamWorks

Release date(s)
September 26, 1997

Running time
124 min.

Language
English



SENARAI KABINET (NAJIB VERSION)

9hb April haritu, telah diumumkan senarai anggota Jemaah Kabinet YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Hmm.. memang dah lewat post ni di keluarkan kat sini.. tapi takpe, sebagai rujukan bersama, ini gara-gara sesi soal jawab semalam bersama hubby..

Senarai lengkap ini diambil dari Utusan Malaysia.

(klik untuk imej yang lebih besar)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker