Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, February 24, 2009

Burung Lang Tersergam di Atas Batu Kawi


Berkeliaran di langit Kepulauan Lagenda
Burung Helang bagi penduduk Langkawi dikenali sebagai Lang, Yang berkepala putih, Badan Perang, Paruh Cangkuk yang Perkasa,Kuku Cengkam yang Kuat dan Mata yang Tajam

Asal usul nama Langkawi muncul dalam pelbagai tafsiran, antara yang terkenal ialah daripada perkataan LANG dengan KAWI yang bermaksud warna perang dalam bahasa sanskrit.

LANG tersergam di atas batu KAWI menebarkan sayap bersedia terbang megah menembusi ufuk sambil menyambut tetamu Langkawi.. sepertimana LANG, Langkawi mempunyai wawasan agung untuk mencecah puncak kejayaan yang bergemilangan..

Diilhamkan oleh Y.A.B Dato Seri Dr Mahathir b. Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, maka Dataran Lang dengan rasminya dibuka pada 23 Oktober 1996, bersamaan 10hb Jamadilakhir 1417.

Friday, February 6, 2009

Detik Demi Detik

Wahh... hari tu Mak Abah sekeluarga datang ke rumah kami...
sekian lama tunggu mereka datang, Alhamdulillah.. akhirnya sampai juga ke rumah kami..
semua ada, Nabilah, Nain dan Lee..kecuali Hani seorang sahaja..kesian dia tak dapat join sebab perlu bekerja pada chinese nu yer aritu..
b tentunya paling seronok..aku pun begitu juga, tapi yang paling penting aku memang nak layan mereka sebaik mungkin! sebenarnya mula2 rasa gak cam nervouse..bukan ape.. takut tak dapat berikan yang terbaik..maklumlah..banyak sungguh kekurangan diri.. hmm tapi! im cool.. and believe in myself.. so everythings gonna be ok...
Sekali lagi kami pergi ke Taman Cahaya Bukit Cerakah, bawa diorang semua membeku kesejukan seperti kami hari tu... yelah.. tak mampu nak bawa ke over da seas yang ada salji... salji buatan pun ok what... janji cooll.....
Berjalan-jalan di taman situ pun ok.. kiri kanan ada hutan2 kecil...sangat nyaman! luckily we have abah to describe to us about da plant and jenis2 pokok yang ada di disitu! maklumlah Abah pesara di Jabatan Hutan dulu... so, dapatlah kami ilmu sket...


Sekarang ni hingga pertengahan Februari aje musim sejuk, lepas ni..summer la plak..
semua tengah kontrol sejuk tu sebenarnya..

habis mak abah ditaburnya salji... hiii...
This is my family....
"abah cool je dengan mak main salji..."
my mak...
my sistah...

Wednesday, February 4, 2009

Antara Tudung Dan Cawat Besi

Disiarkan pada Feb 01, 2009 dalam kategori Tamadun

Minggu lepas ketika di Prague, Republik Czech saya mengambil peluang berjalan-jalan di kota yang penuh sejarah dan seni itu. Memang menarik Bandar Prague yang penuh dengan bangunan-bangunan lama yang cantik dan indah yang dibina sejak kurun ke sepuluh atau ke sebelas.
Walaupun usia bandar ini sudah sepuluh abad, namun bangunan-bangunan bersejarahnya masih dipelihara. Inilah salah satu keistimewaan yang saya lihat di Barat. Mereka begitu menjaga sekali bangunan-bangunan bersejarah yang begitu banyak di sana-sini.
Bangunan-bangunan bersejarah mereka diizinkan untuk diubahsuai untuk kegunaan semasa di bahagian dalaman, tetapi reka bentuk luaran yang menyimpan kenangan sejarah dikekalkan. Dengan itu bangunan-bangunan tersebut tidak terbiar, tetap terpelihara dan dijaga.
Sejarah mereka yang panjang menyebabkan bangunan bersejarah begitu banyak di setiap kota dan desa. Istana-istana lama yang menyimpan kenangan tentang raja-raja Eropah bertaburan di sana-sini. Walaupun mereka sudah tidak menyimpan institusi beraja mereka, kerana sudah tiada apa keperluan lagi untuk dikekalkan, namun mereka menyimpan bangunan-bangunanny a. Ia bahan sejarah untuk dikaji dan dikenang.
Bagi saya, mungkin mereka akan mengenangnya sebagai satu institusi yang menggambarkan bagaimana kezaliman, pembaziran dan penindasan dihalalkan atas nama kuasa, bahkan lebih buruk atas nama agama.
Sebelum kuasa pemerintahan dipisahkan dari agama oleh kebangkitan golongan reformis sekularis, para penguasa di Eropah memerintah atas nama agama. Gereja dan istana itu disepadukan. Tindakan-tindakan istana dianggap mendapat restu Tuhan kerana gereja sentiasa bersama istana. Inilah keburukan jika agama dijadikan alatan untuk kerakusan kuasa pemerintah.
Akhirnya kekejaman pemerintah dianggap kerestuan agama. Kerakusan dan ketamakan akhirnya dipalitkan kepada agama. Pemikiran bahawa agama berada di bawah kuasa pemerintah atau raja adalah pemikiran yang berasal dari Kristian Eropah.
Dalam Islam, agama mengatasi raja atau sultan atau pemerintah. Pemerintah bertanggungjawab membela agama, bukan mengongkong agama. Hukum-hakam agama tidak terikat di bawah kerestuan atau limpah perkenan pemerintah atau raja. Sebaliknya "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".
Maka tidak pelik dalam sejarah Islam, para ulama berkata tegas dan berani di hadapan raja atau sultan atau khalifah tentang sesuatu hukum sekalipun tidak mendapat restu istana. Hanya ulama-ulama cari makan sahaja di sepanjang sejarah menjadi alatan atau 'hamba' raja atau penguasa.
Di Prague, ada muzium khas yang mempamerkan alat-alat penyeksaan yang digunakan pada kurun pertengahan. Muzeum Of Medieval Torture tersebut menggambarkan betapa tidak berhati perut para pelaksana hukuman tersebut. Antara yang ngeri adalah gergaji yang digunakan untuk mengergaji dari celah kelengkang orang yang di hukum. Juga alatan sula yang menakutkan. Begitu juga sikat besi yang digunakan untuk menyikat jasad mangsa sehingga terpisah antara daging dan tulangnya.
Melihat itu semua mengingatkan saya kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di mana Nabi s.a.w pernah menceritakan peri kesabaran para pejuang agama yang terdahulu. Kerakusan itu nampaknya terus diwarisi oleh zaman pertengahan Eropah. Sabda Nabi s.a.w.:
"Sesungguh di zaman terdahulu, seorang lelaki dibuat lubang untuknya dalam tanah lalu dimasukkannya, lalu dibawa gergaji diletakkan atas kepalanya (digergaji) sehingga terbelah dua. Dia disikat dengan sikat besi sehingga terpisah antara daging dan tulangnya. Namun itu semua tidak membuatnya meninggalkan agamanya".
Antara yang menarik yang dipamerkan adalah cawat-cawat besi yang dipakaikan kepada isteri-isteri tentera yang pergi berperang menentang tentera Islam di Palestin. Barangkali kerana tidak percayakan kesetiaan isteri-isteri mereka, maka cawat besi berkunci dipakaikan. Ia begitu menyeksa, begitu menyusahkan untuk bergerak, apatah lagi ke tandas. Pada musim sejuk, tidak dibayangkan bagaimana menderitanya wanita-wanita yang dipaksa pakai cawat-cawat tersebut.
Itulah layanan yang diberikan kepada wanita Eropah pada zaman dahulu. Bagi mereka yang begitu mengagungkan pemikiran 'orang eropah' tentang wanita, jangan lupa bahawa mereka baru sahaja keluar dari kegelapan lampau yang menzalimi wanita dengan begitu rakus.
Malangnya, mereka memang telah keluar dari kegelapan itu, namun wanita mereka sekarang dimasukkan kegelapan baru di mana harga diri dan maruah menjadi begitu murah. Majalah dan akhbar saban hari menayangkan tubuh-tubuh yang muda dan cantik untuk menarik perhatian ramai demi keuntungan golongan 'pemodal' yang hanya memikirkan wang, tanpa menilai kesannya ke atas masyarakat.
Sesetengah golongan 'liberalis terlajak' yang mengkritik pakaian yang dipakai oleh wanita muslimah kononnya mengongkong kaum wanita, sepatutnya tahu bahawa tudung dan pakaian yang menutup aurat itu tidak pernah mengganggu wanita beriman. Betapa ramai yang memakai tudung yang sempurna berjaya dalam merebut persaingan kehidupan mereka. Betapa ramai dalam kalangan mereka yang menutup aurat yang sempurna itu mencapai kemuncak kejayaan dalam kerjaya dan rumahtangga.
Jika kebahagiaan dunia yang diburu itu yang menjadi sukatan, tiada sebarang data yang menunjukkan wanita muslimah yang bertudung kurang berjaya daripada yang tidak bertudung. Jika nikmat seks yang hendak diukur, adakah sesiapa yang berani menyatakan wanita bertudung kurang menikmati seks dibandingkan wanita lain?
Janganlah apabila golongan 'liberalis terlajak' ini membaca perjuangan reformis Eropah membebaskan kongkongan terhadap wanita mereka, cuba hendak mengutip semuanya. Pakai cawat besi tidak sama dengan pakai tudung kepala. Cawat besi tidak mungkin dilakukan oleh manusia berhati perut, tetapi tudung ada nilai kesopanan dan kesusilaannya. Sehinggakan golongan rahib wanita atau 'nun' juga memakai tudung.
Mungkin ada pihak yang mempunyai pendapat yang berbeza tentang tudung, tetapi nas-nas Islam yang difahami oleh majoriti umat ini sejak dahulu sehingga sekarang menyuruh wanita muslimah agar tidak mendedah tubuh mereka melainkan wajah dan kedua tangannya. Adapun purdah, saya antara yang menganggap ia tidak diwajibkan oleh agama ini. Mungkin ia boleh dianggap mengongkong di zaman ini. Pun begitu, ia masih tidak sama dengan cawat besi para isteri tentera Kristian pada zaman pertengahan.
Sebenarnya Islam telah lama membebaskan wanita dari kegelapan kepada cahaya yang menerangi kehidupan manusia. Malangnya, di sesetengah negara adat istiadat kaum telah mengambil tempat agama. Wanita diwajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh agama. Adat telah mengongkong mereka, seperti mana adat telah mengongkong wanita melayu zaman dahulu dan wanita sesetengah negara Arab di zaman kini.
Kefahaman agama yang sempit juga, sering memangsakan wanita. Demikian di Malaysia, pengurusan agama seperti 'mahkamah yang bernama syariah' yang melewatkan kes-kes talak sehingga seseorang wanita terpaksa berkurung nafsu bertahun lamanya adalah cawat besi halimunan yang dipakaikan kepada wanita beriman secara kejam.

Friday, January 30, 2009

Niyang Merepek

What da..!! huh!!
from da beginning lagi pun, aku dah mula rasa cerita ni.... errr...sorry to say la.. memang hampeh!
straight to da point!
cerita ni memang tak seram langsung! tapi lawak!
lagi..
hantu ada di merata-rata tempat! di siang2 hari pulak tu!
lepas tu..
tok2 imam.. ketua kampung.. pasif giler.. bini sendiri pun takleh tegur.. tapi cuma menggeleng kepala (sambil tersenyum?) ajer bila tahu bini tu ikut ajaran sesat Bok Miah? cuba kalau tegas siket! bagi ajaran, pengetahuan agama lebih siket! ha! mesti la boleh.. awak tu kan ker imam...merangkap ketua keluarga lak tu! sergah ke marah le sket kalau si bini tu taknak ikut! paksa pun tak salah!! ini di geleng2 kepalanya saja! hiii...
lagi..
diorang tu nampak macam belajar silat kan? ate... mane tok gurunya? berguru sesame mereka aje? (maap ler kalau terlepas pandang.. tapi itu ler yang gue nampak pun..)
Tok dalik n Bok Miah... tolong laa... adusss.....
dengan mekap segala... aduss... tolong la..
Ending cerita semalam- promote tak sudah2 episod terakhir.. mengingatkan aku untuk tengok citer tu malam tadi! husband aku memang dah out dgn citer ni...
tapi aku tetap panggil dia untuk tonton sama... episod terakhir..
Bukan ape.. aku berharap sangat sekurang2nya mesti episod akhir ni agak lain dan mencabar siket... maklumla.. jauh di sudut hati sebenarnya sangat menyokong drama2 tempatan ni.. ingin sekali melihat drama2 kita maju seperti negara2 lain.. seriuss...
bukan saje nak menghentam keromo je....
tapi, memang betul la sangkaan suamiku itu! keciwa jiwa raga!
tak perlu la citer tentang antara aksi2 yang ter..ternampak tali putih dan itam belakang diorang mase buat aksi tu! tapi citer tang endingnya pun sudah cukup...
Majlis makan-makan takde suara... ok.. muzik yg harmoni.. ok..yg aku faham mereka menyambut sempena Tahun Baru Islam kan... (oklah tu..) si Ustaz Amirul dengan si Wirna jeling menjeling.. flirting ke ape...
pastu ada tetiba muzik suspen! ingatkan nak kuar ape2... tup-tup habis citer macam tu daa....
hadusss....
si suamiku ape lagi! kami saling berpandang! dan nampak sangat muka nyer tak puas hati dan... errkk? dats it? what? hmmm.... aku pun menyedapkan suasana kami...
"mungkin nak ada sambungan lagi tu..."
huh... aku ingin memberi pendapat dari sudut positivenya ialah cuma mereka mengenengahkan ajaran Islam dalam cerita tu... ayat2 Al-Quran di baca..ok..
atleast, kalau bebudak tengok citer tu, diorang tahu hantu tu takut kalau kita baca ayat Quran! motivasi...
Tapi alang2 dah buat cerita macam nie.. biarlah serius sket.. jgn main tangkap muat je.. bagi aku, pemilihan pelakon jugak penting!
mase mula2 tengok pelakon Ustaz Amirul tu, terdetik jugak di hati..ohh... pandai ngaji, sedap pulak tu... hmm... bagus... bukan nak pandang serong tapi, lakonannya sebelum2 ni kan ke berlakon citer2 sosial sket mamat nie... si Wirna tu.. kan ke cam stylo2, gila2 remaja... tak sesuai la...
tapi memang betulla diorang tu ape...? P.e.l.a.k.o.n... pelakon... so kenalah pandai la berlakon... tapi... kan ke tak best cerita drama bab2 agama, tapi realiti di luar? im not saying that u should put da real ustaz on that watak...
do u understand what im trying to say tak? it juz that.. try to be more realistic.. thats all.. so that people takkan memperlekehkan agama kita...
Overall, what they're trying to show is, dont believe in Syirik, Kurafat, Tahyul dan sebagainya, tetapi berbalik lah pada Tuhan yang Esa, mohon pertolongan daripadanya dan tawakkal, cuma theres a lot of nonsence and illogical scene that i juz cant accept it juz like that!
To All the produser, and director teruskan lah membuat cerita2 yang relevan, dan meninggalkan mesej berkekalan yang unggul, bukan sekadar menangguk air di keroh sahaja..tapi kenalah belajar dari kesilapan tu.. aku percaya orang2 kita boleh buat citer2 best espeacially citer seram nie, hmm.. ini cuma pendapat aku jer laa...
Aku harap pihak2 yg berkaitan dapat bangkitkan semula kepercayaan peminat2 filem dan drama melayu yang dah semakin pudar dek irrelevant and stereotype..

Thursday, January 29, 2009

23hb Januari 2009

Kain Batik Dari Jawa
Tiga Serangkai Nama Diberi
Walaupun Kita Jauh Di Mata
Tapi Rasanya Dekat Di Hati.

Pergi Kekedai Membeli Getah
Getah Di Beli Di Kedai Adi
Andai ada Silap dan Salah
Harap Maaf Kita Jumpa Lagi.


Itu lah rangkap rangkap pantun dari kak nab sebelum meninggalkan TM dan kami semua di TM ni..
pada 23 Januari 2009 tamatlah perkhidmatan Kak Nab di TM.. tapi perhubungan kita masih belum tamat.. sehingga nyawa dikandung badan...
lepas ni kurangla sorang dalam korem kitorang...
takda la lagi dapat makan masakan sedap persis bonda di rumah...
kurangla sorang kaki jalan..
hehehe..
walau camana pun... kak Nab tetap di hati..
semoga KakNab juga suksess selalu dengan semua yang dilakukan..
dengar kata ada banyak bisnes sedang menunggu...
agaknya lepas ni... buat katering la Kak Nab tu...
Maklumla.. Kak Nab masak sedap..
takpe kak Nab... kalau tak larat... kami kat sini buleh tulun...
tulun pulun perabis!... boleh... kak Nab...


Sayuu.. je tengok K Nab punch kad untuk kali terakhir...

Bosnya kak nab... ngiring balik buat kali terakhir...

bunga untuk kak Nab... takpe.. K zi n K Farah leh jadi partime model...
teman soseh-soseh... hehehe...

we're gonna miss Kak Nab...















Monday, January 19, 2009

Taman Botani aka Taman Cahaya Bukit Cerakah

Sesampai aje kami kat Shah Alam, kami bantai makan tengahari dulu kat tepi Taman Tasik Shah Alam, ala2 berkelah la pulak... hehehe...

Teringat mase pertama kali kami ke sana adalah mase study lagi kat 'U' ramai2..naik kereta air... mase tu tiada apa2 hubungan yang istimewa... teman tapi mesra sahaja..

Kali kedua datang sebagai pasangan yang dah agak serius..dah bertunang mase tuh.. pun berkelah jugak! makan masakan sendiri beb... saje nak test power la..konon2 bakal isteri u ni.. pandai masak jugak! hehehe...

Laaa... dah termelalut cerita lain ni! ok, back to the real story... pas makan kami singgah dulu ke Aquarium! tempat favourite kami berdua jugak! tengok2 ikan...kalau ada berkenan leh beli...

Pastu meneruskan perjalanan ke Taman Botani...

Akhirnya berjaya juga kami ke sana...

Dengan bayaran masuk Parking kereta RM 1 dan bayaran masuk Taman RM 3, untuk dewasa.

Sebenarnya aku yg nak sangat datang sini sebab nak pegi ke Rumah Iklim 4 Musim tu je.. sebab skarang ni musim salji.. aku memang la sangat suka sejuk2...
asal tercapai yang itu pun cukup lah... ha! lupa bayaran masuknya RM 3 juga.

B, dengan ketul saljinya...


















Apa yang ada lagi di sana;




































Friday, January 16, 2009

KAMI

Mase balik Kuantan hari tu, Ayu ada tunjukkan gambar yang dia jumpa kat kampung sana. Gambar kami adik beradik mase kecik2 dulu... sekali gambar papa mama.. muda remaja lagi u... makcumah and pakcuman mase tu pun baru lepaih kawin.. takda anak lagi... hehehe... muda remajer...


Di Pantai Rantau Sayang

hmmm... mase ni Adik tak ada lagi.. Si Achik yang paling ngada masa nie...
tengokla alang tuh! hahahahaha...Ayu...hihihi...abang tengah tengok ape ntah? dan.. of coz la aku..... yang cuba menstabilkan Achik yang takmau dok diam! geeeee.....
hmmmm... best bila ingat zaman kecik2 dulu..
"Ayu, Abang, Alang, Achik, Adik... maaf ya atas segala kekasaran, kejahatan yang secara sengaja atau tak sengaja dulu... kek la memang banyak buat korang tak puas hati.... harap jangan di simpan di dalam hati... Kekla harap agar kita adik-beradik sentiasa bersatu hati.. dan menjaga hubungan kekeluargaan kita walau dalam apa keadaan sekalipun...''
love ya'all!!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker