Monday, October 10, 2011

Kek 'Marble Cheese Chocolate Brownies'





Assalamualaikum,

Lama tak buat kek kan?
kek ini dibuat pada 8hb Oktober hari tu..
kebetulan makcikku nak datang.. dan anak buah ku sorang tu memang gemar dengan kek coklat, makanya tercetusla idea mahu buat kek ini..
Terima kasih buat jiranku Suhaida, sebab sudi kongsi resepi!
ini gara gara penangan makan kek ni kat rumah beliau hari tu!
terus jatuh cinta.. dan apa lagi.. sesi mencungkil resepi pun berlaku la.. haha..

Terima kasih ya Su, keluarga makcik saya sungguh menggemarinya..
tahu sesuatu? b tak rasa pun lagi kek ni, maka masih tiada lagi komen darinya.. 
maklumlah.. beliau kurang gemar kek coklat, tapi kalau kek fresh fruit tu memang 'feberet' la.. =)


Sebetulnya aku memang nak kongsi resepi,
tapi resepinya tak sempat lagi nak copy, resepi dalam 'handphone' nih hehe..
petang sikit ya kita kongsi.. jangan risau.. mesti kongsi..

Update: RESEPI dari Suhaida (jiran saya)

Bahan Brownies
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla


Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan) - hana ltk setengah cwn jer!
1 biji telur gred B
*hana tmbh jus lemon skit n freshcream.

Cara-cara

1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

so itu sahajalah untuk hari ni..

oh ya,

Semalam bulan penuh dan amat cantik..
sempat aku mensnap sekeping 2 gambar bula yang bersinar indah itu..
Subhanallah... =)

Alhamdulillah..



saya dah kemaskini resepi ya.. =)

14 comments:

  1. nmpak sedap sgt kek marble tu... skali tgk cam srg labah corak dia...

    fenomena bulan smlm tu org pgil "moon halo"

    ReplyDelete
  2. tgk pic dah nampak lazat sgt ..blum makan lagi tu

    ReplyDelete
  3. pandang 1X dah tau kek ni mesti sedap, suka corak bahagian atas tu..kreatif sungguh

    dah follow jom follow back

    ReplyDelete
  4. sedapnya kekkkkkk..
    pandainya buattttt...
    rugi kita tak dapat tgk bulan tu...

    ReplyDelete
  5. aaa...gle sedapnya..aduh..macam dapat rasa dalam air liur ni haaa..adeh adeh...

    ReplyDelete
  6. Lya: tulah...ada nama rupanya.. hoho.. cantikkan lya.. mungkin ada petanda di sebalik kecantikan tersebut.. Allah maha mengetahui..

    Prince: risau je kalau makan tak sedap pula.. sebab tengok je dah sedah.. huhu

    kak Qaifa: terima kasih ikut blog yg tak seberapa ni.. tima kashi.. haa.. kek coklat memang kegemaran kita..bila org len makan sedap sonot je..

    ReplyDelete
  7. Asfa: tu lah.. kita pun sempat tengok gak kejap.. bersyukur atas nikmat Allah itu... tapi takpe, tengok ramai yang dapat snap gambo bulan tu.. so bleh refer kat situ.. =)

    WM: aduih,, tiba tiba kit apun turut sama merasakan yang sama gak! hehehe merembes je.. huhu

    ReplyDelete
  8. aduyai ,leleh tgk itu kek ... sgt2 suke kek choc, pehtu ado plak chese , nyaman je rs..


    salam kenalannnn

    ReplyDelete
  9. kawan ku mmg seorang yang rajin mencuba dan hasil nya kebabom...

    ReplyDelete
  10. salam kella...

    nok eteek ^__^

    **pic pun comel**

    ReplyDelete
  11. malam semalam mmg ramai yang syer ttg bulan..
    cantik, ada ring
    kella..
    bilalah kak ada peluang nak rasa air tangan kamu...
    mmg nampak mengirukan

    ReplyDelete
  12. Salam, bestnyer kek..saya memang bercita-cita nak buat kek tapi bila buat asyik taj jadi jer..kella nih pandai lah

    ReplyDelete
  13. sedapnya kek...
    tapi i tak pandai buat...makan pandai ler..hehe

    ReplyDelete
  14. salam...

    kella apekaba...dah lama kita xckp ye..rindu kat kella..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian komen komen anda! :)