Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, April 24, 2013

Nenek tersayang telah tiada...

Assalamualaikum,

baru dapat berita yang mengejutkan..
darah tiba tiba terasa hingga ke kepada..
tangan jadi menggeletar..
fikiran melayang layang
Ya Allah..
nenek tercinta telah pergi buat selama lamanya.. :-(
Innalillahirojiun..
Semoga mek ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
Ya Allah, Ampunkan segala dosa dosa mek..
permudahkanlah segala urusan ya Allah..
semoga Kau berikan disetiap pengakhiran dengan kebaikan ya Allah..

Al fatihah untukmu.. nenda yang dikasihi selalu..

Saya pun nak telefon pintar!!

Assalamualaikum,

survey punya survey tak beli beli lagi telefon pintar yang diidam..
humm..
lagi pun fikir fikir bukannya begitu terdesak nak gunakan telefon jenis pintar ni..
sebab sedia ada pun dah pandai..cuma tak pintar je.. huhu..
telefon pintar yang selalu jadi mangsa ialah hp encik suami dan adik aku la..
selagi diorang tak bosan boleh la aku dok guna..

hari tu dah pegi tengok .. ada hp samsung Grand.. baru di pasaran..
sama besar dengan note 1 dulu.. boleh guna 2 sim.. humm menarik.. bodek bodek tokey tu.. last last tak beli.. sib baik dia pun tak kisah.. hehe.. ntah .. rasa cam berat je hati nak beli..
sayang ke duit pun ya! haha
idaman hati??
huhu.. memang dari dulu dok mengidam kat Note2 tu..
tapi mahai beno la pulak.. rasa cam tak berbaloi sangat pulak..
bek beli kameraaaa...
ntah...

kawan kawan mesti semua dah pekena telefon pintar kan??
apa yang korang semua pakai..
agak agaknya... ok tak kalau ku beli samsung Grand tu?
ada yang tahu tentang fhone ni tak?

tengkiu.. tengkiu...

=)

Monday, April 22, 2013

Chopp!!!

Assalamualaikum,

Choopp jap!!

mengantuk betul tadi tetengah buat kerja claimn ni.. so buka satu emel kawan kasi nih..
meh share kat belog la..

layann..




Dah.. dah.. sabung keje balik!!
mata pun dah segar sikit lepas minum air tenaga ni! =D

(humm.. tak sampai 5 minit pun hapdate belog... so sape yang kata nak hapdet belog kena amik masa yang panjang nih..
oppsss! aku ler tu.. ngeh.. ngeh.. )

Friday, April 19, 2013

Brand Nu: Soft Cookies

Assalamualaikum,

Lama dah tak cerita pasal makanan kan...

meh nak cerita tentang cookies terbaru keluaran Kay La's Homemade ( echeche..)
sebelum ni dok berkecimpung dengan choc chip cookies sepanjang zaman tu kan..
ni nak tambah produk sikit.. dengan soft cookies.. biskut lembut.. lembut je bila di gigit.. tidak serangup seperti biskut2 biasa..

Memperkenalkan...

Chocoholic Cookies....

~Penuh dengan rasa coklat melata.. kukis yang rangup di luar.. lembut di dalam, cair di dalam mulut dengan rasa coklat penuh...~

  
Dan..

Smarties Cookies  
(tak tahu nak letak nama apa sebenarnya.. ada idea tak??)  =)

~rasai kelazatan kukis yang unik dengan gigitan rangup yang sarat dengan smarties yang cair di mulut.. =) ~


Aku buat ni semua bulan lalu..
sempena mengikuti baazaar jualan  dengan sahabat..
Alhamdulillah..peluang untuk kenalkan pada kawan kawan kat luar sana.

~Presentation meja kami... simple je... ~

~dalam botol panjang tu.. adalah bahan bahan untuk membuat asas cookies, dan telah dipadatkan. jika nak buat kukis, tuangkan sahaja, dan campur dengan butter dan telur semua... senang je.  Lapisan, Tepung, Oat, ChocChip, Badam, Gula perang, Gula putih..   Tengok... Red Velvet in a jar pun ada.. = )  ~


Ada yang teringin nak rasa kukis saya??!

=)



Thursday, April 18, 2013

Doa ku Untuk Suami Tercinta





Assalamualaikum,


Moga kita semua dirahmati Allah..



Wednesday, April 17, 2013

Kerana mu anak.. =)

Assalamualaikum,

terasa ingin kongsi di sini..
Hari ini kena scan lagi, untuk periksa kesihatan..
lepas tu, doktor beritahu, perlu sambung rawatan lagi, kena ambil ubat lagi..
alamak!! mesti kena ratusan lagi ni...
terus check duit dalam beg ada RM 253 je.. rasanya tak cukup ni...
terus aku berpeluh di situ..
selongkar2 dalam beg, biasanya terjumpa gak barang sepuluh dua.. tapi kali ni tak jumpa laa..
hummm....
tak sangka plak kena sambung ubat, sebab ingatkan cuma pemeriksaan biasa tu yang tak bawa lebih..
kredit card VISA dah beri pada hubby masa dia nak outstation..
tinggal AMEX je.. kat sini tak terima pulak...
nak call adik suh bawa mai duit pun hp aku tiba tiba abis battery...
huih... buntu jap!
dan tiba tiba namaku di panggil..
" cik sila bayar kat kaunter pembayaran dahulu dan datang kembali dengan resit untuk ubat"
aku pun terus menuju ke kaunter..

tet.. tett.. tett.. kira kira.. orang tu pun maklumkan.. RM 287!

alamak.. sah sah la tak cukup duit..
tapi aku bukak juga beg duit.. dan kira kira kat depan dia..

humm tak cukup ni...

orang tu pun cakap..
" bayar guna kredit kad pun boleh.."

"tapi encik saya ada AMEX je.. tak boleh kan?"

"takpe la, saya datang kembali untuk ambil ubat, sebab duit saya tak cukup, tak tahu kena ambil ubat tadi.."
Humm.. jenuh la pulak.. nak turun naik.. parking bagai.. getus dalam hati je..

tiba tiba dia ternampak kot kad Maybank aku..

" haaa.. tu kad tu pun boleh guna.."

"Debit kad boleh ke? setahu saya hari tu tak boleh??"

" ooo.. baru je dibolehkan ni.. baru minggu ini kami terima Debit kad.."

ouhh... syukur banyak laaaa..... alhamdulillah...
tak perlu la aku nak menapak sekali lagi...
syukur2...

Makanya terus sahaja di swipekan kad debit aku itu..
maka berkurang la lagi duit didalam nya..
waaa.. minggu ini sahaja ratusan ringgit dah dikeluarkan..
tak mengapalah..
semuanya demi kamu wahai si anak..
mungkin rezeki wang yang Allah kurniakan baru baru ini adalah untuk tujuan ini juga...
Alhamdulillah...

sesungguhnya aku hanya mampu berdoa, berusaha seterusnya bertawakkal..
selebihnya hanya Allah yang tentukan..
rahsia Allah.. tiada siapa yang tahu..
aku bersyukur segalanya... =)
























Tuesday, April 16, 2013

Apa Khabar Mu Di Sana..

 
Apa Khabarmu Di Sana 

 
Apa khabar mu di sana
Lama sudah tak berjumpa
Lama sudah ku menunggu
Khabar berita dari mu
Apa khabar mu di sana.. sayang
Apa khabar mu di sana.. sayang


Andai kau sedang berbahagia
Jangan lupa diri ku
Hati ini dan cinta ku
Tak pernah berubah
Andai kau sedang merindu ku
Datanglah kau kepada ku
Hati ini dan cinta ku
Hanyalah untuk mu


Bila dengar lagu ini
Ingatlah segera pada ku
Kirimkanlah berita mu
Untuk diri ku yang merindu
Apa khabar mu di sana.. sayang
Apa khabar mu di sana.. sayang 



Mendengar lagu Ramlah Ram tadi,
teringat kat belog kesayangan..
justeru turut teringat teman teman blogging yang lain juga..
nanti ku kirimkan angin rindu..
=)  

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker