Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, January 27, 2013

SD2! SD2 Alpha Lipid Berkesan!




Assalamualaikum,

Hujung minggu yang bessst!!
apa yang best?

tak sabar2 nak citer pasal SD2 ni kat kawan kawan sebenarnya..
aku baru sahaja bertemu dengan rakan lama..
teruja melihat perubahan dirinya!!!
sangat kuruss!! 
waaaaaaaaa....
 semuanya atas usahanya meminum susu AlphaLipid SD2 tu.. dan dengan izin Allah,

 

Tengoklah dirinya sebelum dan selepas..
ini adalah selepas pengambilan hanya 2 bulan SD2 sahaja..
Alhamdulillah...

 Sebelum ini.. aku pun ada amik SD2 ni.. memang diakui berkesan..
turun 7 kg! ya.. aku pernah share di blog ku ini.. =)
tapi selepas raya hari tu, aku dah tak jaga makan.. 
makan menda2 berat..lewat2 malam pulak tu..
mana badan tak naik lagi kan..

untuk makluman, kalau kita minum SD2 ni,
dan setelah kita mendapat berat badan yang ideal.. kita boleh berhenti minum susu ini!
tak perlu kekalkan meminumnya lagi,
dan tiada istilah, akan naik balik bila tinggalkan minuman SD2 ini.
namun... kita perlula menjada pemakanan kita kan.. 
kurangkan ambil yang manis dan karbohidrat yang melampau..
dan kekalkan cara hidup sihat seperti bersenam dan makan makanan yang berkhasiat..
yelah...
kalau kita ambil karbo dan manisan berlebihan, semua itu akan bertukar menjadi lemak di dalam badan apabila kita tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh..
kebanyakkan kita zaman sekarang ni macam tulah kan..
contoh aku sendiri je..
kerja kat pejabat.. dari pagi..sampai lewat petang baru sampai rumah..
pastu, baru la nak masak.. cari makan..
dan rutin itu dilakukan setiap 5hari seminggu..
hujung minggu pula nak bersantai2.. bermalas malasan
kalau rajin.. baru ke Taman untuk bersenam..
baru setengah kilometer dah mengah..
hehhee.. metabolisma rendah....
huuhu.. pastu.. mula la badan pun naik sikit demi sikit..
makan tak jaga pulak tu..

Benar!
Anda adalah apa yang anda makan!

ada sesetengah kita mengandaikan dengan tidak makan dan berlapar, adalah cara yang betul untuk kurus.. 
sebenarnya itu salah sama sekali!
jika kita berlapar, metabolisma kita akan jadi rendah..
dan kalau kita ambil SD2 ni, kita pun tak boleh berlapar..
kena isi perut..
tapi isilah dengan makanan2 yang sebetulnya..
Ya.. SD2 ialah produk yang tidak perlu berlapar...

waa..
panjang lebar coretan ku kali ni ya..
keterujaan la katakan...
In Shaa Allah..
kita berusaha.. Allah yang tentukan.. =)
 
 DI bawah ini ialah contoh mereka yang telah menggunakan SD2 Alpha Lipid!\=)



 Jom kurus dan sihat bersama Alpha LIpid AD2!
aku telah menjadi ahli yang sah SD2..
=)

sekarang sangat berminat untuk membantu mereka2 yang memerlukan bantuan untuk mengurangkan berat badan.. dan mendapat kesihatan yang baik.. In Sha Allah...

Nak tanya apa apa pun boleh je.. =)

jumpa lagi 

Wassalam..

Friday, January 25, 2013

Glazed Grilled Salmon

Assalamualaikum,

Semakin hari semakin suka main masak masak dengan pemanggang ajaibku itu..

Baru baru ni buat Salmon, atas permintaan encik bos... =)
dia memang suka salmon,
selalu nya buat grilled biasa je, kali ni nak cuba resepi baru..

resepi ni omputih punya, biasalah resepi mereka biasanya guna wine bagaikan.. untuk sedap..
tapi aku olah lain sikit la...
lain dari yang lain sikit resepi ni..

jom kongsi!

Resepi Glazed Grilled Salmon

1- 1cwan padat gula perang
2- 1/4 cwn sos soya cair
3- 2 1/2 sb jus limau segar atau boleh guna lemon
4- 2 st halia segar yang dicincang
5- sedikit serbuk lada hitam atau yang ditumbuk
6- 2 biji bawang putih diketuk
7- 1/2 atau sebiji bawang besar hijau di hiris
8 keping filet salmon

cara;

- satukan bahan bahan dari no 1-7 dan masukkan ke dalam plastik bag ( kalau boleh yang zig top yang boleh tutup tu, kalau tak ada, ikat dengan getah pun boleh.. =)   
- Masukkan fillet ikan salmon ke dalam campuran bahan tadi, ikat kemas plastik itu tadi dan perap selama 20-30 minit di dalam peti sejuk.
- setelah itu, keluarkan  ikan yang telah diperap tadi dan bakar dalam pemanggang ajaib. sebelum itu letakkan sedikit minyak zaitun atas pan pemanggang ajaib baru letak ikan.
- lebihan kuah perapan itu tadi di masak atas pan lain, masak dan biarkan ianya berbuih berkilat sekurang kurangnya 7-10 minit hingga ia menjadi pekat.
- masak ikan lebih kurang 10 minit, kemudian salutkan ikan dengan sos lebihan yang telah dimasak tadi.
- tuangkan semua sos dan dihidangkan bersama hirisan bawangan atau sayur sayuran kegemaran.


~ sedia untuk di panggang~


~ kepingan salmonyang telah masak~

~ boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis sayurang yang digemari~

  
 ~ lihat..., betapa berkilatnya ikan salmon ini bila telah dicurahkan sos~

Selamat Mencoba coba ya...
Masak Dari Hati...
Masak dengan Iman... =)




Kalau berminat nak pemanggang ajaib ni, 
sekarang tengah ada percuma 1 mangkuk lauk pauk dengan setiap pembelian Pemanggang Ajaib! 
meh ramai ramai beli... tak rugi... =)

Salam Maulidul Rasul

Assalamualaikum,

Salam Maulidul Rasul diucapkan pada semua umat Nabi Muhamad S.A.W.
Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Junjungan kita..






semoga kita semua mendapat syafaat dari Rasulullah yang dicintai..
In Sha Allah..








Thursday, January 17, 2013

Resepi Roti Kentang 'Potato Bread'

Assalamualaikum,

petang petang begini sedap minum roti cicah milo kan...
nak nak cicah roti kentang tu..
lagi lagi yang buat sendiri pulak tu..
yang panas panas pulak tu..
perrrghh... terangkat... =)

mari kongsi resepi roti kentang..
dah lama nak buat.. baaru pertama kali buat , dan menjadi..
Alhamdulillah..

Resepi Roti Kentang Sedap
(resepi ikut buku potostat ibu, semua resepi dalam tu mesti menjadi katanya)

2 @ 3  biji Ubi kentang- 70 gm 
300 gm Tepung Protein tinggi - tepung roti
3/4  sb susu tepung
50 gm Gula Kastor atau biasa
2 st Yis
1/2 st garam
30 gm mentega atau margerin
1 biji telur dibahagi 2 kemudiannya
135 ml air sejuk dari peti sejuk

CARA-CARA BUAT :
-Bismillahirrahmanirrahim.. ingat pada Allah bila mula2 nak buat, selawat pada Nabi Junjungan kita.. moga2 apa yang kita masak orang suka hendaknya.. inshaALlah..
- macam aku guna BreadMaker, letak je semua bahan dalam breadmaker ikut urutan.. basah di bawah dan kering kat atas.. buh je semua bahan
atau boleh je ikut seperti arahan di bawah ni.
-Masuk semua bahan kering,kacau sebentar.
-Masuk telur 1/2 biji bersama kentang.
-Masuk air sejuk,mentega kemudian putar atau gaul .
-Sampai doh menjadi licin kemudian bulatkan.
-Perap doh,tutup dgn plastik sehingga naik 2 x ganda.
-Setelah doh naik tumbuk doh utk keluarkan udara didalamnye.
-Bulat2 kan menjadi bebola yg sama saiz 70-80gm
-Susun dlm loyan yg telah digris.
-Biar selama 45 minit lagi.
-Sapukan permukaan roti dgn telur dan paipkan cream kastard ditengah-tengah permukaan roti.
-Bakar pada suhu 180 c selama 20 minit.
-Sekiranya permukaan roti sudah perang sebelum 20 minit,tutup suis oven dan biarkan roti didlm oven hingga habis minitnye.


Resepi Topping Garisan Kastad


1 sudu besar tepung kastard atau tepungg jagung
1 sudu besar tepung gandum
2 biji kuning telur
1 cawan susu segar
secubit garam
4 sb gula
1 sb mentega

-Bancuh tepung,gula,garam dan tuang susu sedikit2 sambil kacau agar tidak berketul.
-Masukkan telur dan kacau lagi.
-Masak diatas api sederhana sehingga pekat.
-Sentiasa kacau agar tidak berketul.
-Apabila sudah pekat angkat dan masukkan mentega,kacau sebati.
-Sejukkan dulu sebelum dimasukkan dlm piping bag. aku letak dalam plastik bungkus tu, lalu digunting hujungnya sedikit =)



~doh dibahagi bahagikan kepada 9, ikut la saiz loyang masing2.. nak kecil pun ok.. kemudian sapukan telur atas permukaan doh roti yang telah dibentuk itu.~


~ paipkan kastad ikut kreativiti masing masing... bakar selama 20 minit, suhu 180'... bau dah mula semerbak dah masa ni.. ~ ^_^








~ tarraaaa...!!!! dah siap pun.. =) ~


~ alhamdulillah...bila tunjuk kat b, muka dia macam musykil semacam je..
dia macam tak percaya je.. buat ke beli ni?? katanya..
hehehe.. diri sendiri pun tak percaya menjadi nih..
alhamdulillah....

ok.. selamat mencuba ya..


terus habis.. laku.. tak tinggal lama... =)


Wednesday, January 16, 2013

Pertama 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman teman yang sedang membaca entri ini..

fuhhhh..... 
baru nak update, dek kerana macam2 hal berlaku kat blog ni.. sampai pasword pun lupa sebab asyik kena tukar! tu lah pasal..
Waahhhh...
Dah masuk hari ke 16 pada tahun baru 2013 nih!
ya... Selamat Tahun Baru 2013! 
kahangatan masih terasa.. walaupun dah suam suam kuku ya...

Umur makin meningkat itu sudah pasti! alah.. apalah ada pada umur ya.. cuma angka2 yang berubah setiap kali tahun silih berganti.. ;p (ye lah tu.. )

Age Warning Symbol Clip Art

uihh.. jalan raya makin lebat dengan kereta kereta! jammed sana sini!! teruk gilerrrr.... 
menjadikan manusia bertukar watak mula memandu kereta! haha..

Azam tahun baru pun muncul semula..
samada azam tahun lama dah selesai atau belum atau sedang berjalan..
masa tetap berjalan terus...
Azam tahun baru mesti ada termasuk mahu lebih masyuk.. mahu lebih bau bau wang.. lai lai..

 apa pun...

satu yang pasti...

yang takkan dapat kita kejar lagi.. ialah Masa...


dan yang kita takkan dapat nak elak ialah Mati..


semakin hari.. kita semakin menghampirinya..
samada suka atau tidak.. kita tidakmampu untuk memberhentikan masa walau sesaat..























Ya ... Demi Masa..
Sesungguhnya Manusia dalam kerugian
kecuali orang orang yan beriman, dan membuat kerja kerja kebaikan,
dan saling berpesan kebenaran dan saling berpesan untuk bersabar.
~surah al'asr~

lakukan yang terbaik untuk setiap saat yang kita ada sekarang
danjadikan pedoman atas apa yang telah berlalu semalam
dan masa yang telah berlalu itu juga telah benar benar mengajar aku...



Sungguh,
Mencari keredhaan yang kita sendiri tidak pasti apakah seseorang itu redha atau tidak
dan dalam pencarian yang tidak pernah cukup dan  tiada penhujungnya itu...
kita akan jadi penat dan letih..

Lebih baik mencari keredhaan Allah!
Pasti Allah tidak akan mensia siakan kita
bertaut, pegang kuat kuat..hanya beriman kepada Allah..
Astaghfirullah.. diriku sendiri sendiri sentiasa mencari pengharapan yang tak pasti..
:'(
semoga kita sama sama mengharapkan hanya padaNya Allah..

ingatan terutamanya pada diriku sendiri yang sentiasa alpa dengan duniawi..

Jumpa lagi ya teman teman..
walaupun tidak ada kepastian apa apa tentang esok..
tapi,
kita masih boleh berharap, percaya dan berdoalah..
moga hari hari yang mendatang menjadi yang terbaik..
dari hari hari yang telah berlalu..

InshaAllah...


bloglist juga sedang dikemaskini, maklum telah dihilangkan semuanya gara gara serangan cacing jahat tempoh hari..






Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker