Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, October 25, 2012

Puasa Sunat di Hari Wukuf

Assalamualaikum,

Hari ni 25hb Oktober 2012 Masihi,  bersamaan 9Zulhijjah 1433 Hijrah. Seperti yang kita sedia maklum, Hari raya Aidiladha  jatuh pada 26hb Oktober 2012, 10Zulhijjah..

Maka hari ni disunatkan untuk berpuasa Hari Wukuf/ Arafah, bagi sesiapa yang tidak menunaikan haji kerana kelebihannya amatlah besar.

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Oleh itu , mari lah sama sama kita merebut kelebihan ini..
Moga moga amal ibadat kita diterima Allah..
Amin.

Selamat Hari Raya AidilAdha diucapkan kepada semua teman teman ku... =)

Wednesday, October 24, 2012

Durian Crepe !!?


Assalamualaikum!

Dah buat juga!

tapi tak tahu la rasanya camana..
sebab baru letak dalam peti sejuk....
nanti kita rasa naaa... 
=)

~ sana sinun semuanya dok komen pasal kuih gulung durian nih! semuanya berjaya membuatkan aku kecur liur! mana boleh jadi!! harusss la aku si penggemar tegar durian ni buat jugak kan!~


tak sabar nak ngaaap!!


Tapi....
sedapkah yang aku buat nih ????
errrrr....

Tuesday, October 23, 2012

Pasti ada pemenangnya.. ^_^


Assalamualaikum,

(entri ni lama dok dalam draft.. maklumla.. internet kat rumah problem dan kat pejabat pula sekarang ni dah kena block! waaa.. masa lunch je bleh bukak nih! sooo.. cepaattt!!!!))

Maaf, semalam tak sempat nak kemaskini blog
Mari tengok jawapan sebenar untuk teka teki yang lepas ..

^_^

 

A- KIWI
B- NONA
C- CILI
D- ANGGUR
E- DURIAN  (kunyit) :)
F- TOMATO

Ada sesiapa yang betul?
yaa... pasti ada yang betul...! tapi...
takda yang betul keseluruhannya..
namun yang pasti!
 
Ada yang akan dapat hadiah...!!!  

Mari kita tengok siapa yang kena.....=)

Hadiah Utama jatuh kepada..

dengan 5 jawapan betulnya..

BloggerA-kiwi
B-nona
D-Anggur
E-Durian
F-Tomato


Hadiah Kedua 

CT Nurmarlissaa
dengan 5 jawapan betulnya nya

A.Kiwi,
B.Nona,
D.anggur,
E.Durian,
F.tomato

Hadiah Ketiga

Nur Anis
Dengan 4 jawapan betulnya


a - kiwi
d - anggur
e - durian
f - tomato
 

Namun, ada 2 pembaca yang  juga meneka dengan 4 jawapan betul, turut akan mendapat hadiah sagu hati dari penganjur.. iaitu..

Cikgu Ma

a- kiwi
b-buah nona
d- anggur merah
f- tomato

dan 

idah

a-buah kiwi
d-buah anggur
e-buah durian
f-buah tomato

Silalah hantarkan alamat anda pada saya ya
sunahkay@yahoo.com


terima kasih pada semua yang menyokong!
nanti nanti kita buat teka teki lagi ya...



 ~ oh ya.. hari tu.. buat teka teki ni kat pejabat juga.. ttuuuu pemenang bertuahnya..
Kak Ana... tahniah kak ana.. =) hehehe~

ok.... Jumpa lagi.. 
dah nak kul 2 dah nih!


Assalamualaikum...





Thursday, October 18, 2012

Jom Main Teka Teka!

(sticky post till 18hb Oct)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. stok Cheese Wedges dah sampai!
baaaanyak....
sesape nak order bleh la ya... =)
sempaaat tu....

oh ya,
tajuk pasal teka teka kan?
jom main teka.. lama dah tak main teka teka kan..

harum semerbak sibunga kasturi
baunya yang mekar lagi lah mewah
kalau kawan kawan bijak bistari
cubalah teka semua di bawah



mari mari..
Teka jangan tak teka...
apakah A, B, C, D, E dan F?

Klu nya ialah TUMBUHAN

bagi 3 Peneka bertuah yang meneka dengan tepat
akan mendapat sepeket Cheese Wedges setiap seorang..
(^__^)v

Durasi masa akan tamat sekiranya ada 3 orang peneka terawal yang berjaya meneka dengan tepat!!
teka lah sampai lebam yaa...
tapi kalau tak jumpa juga yang tepat.. yang paling banyak betul pun boleh dikira pemenang..
=D
Bila bila masa jee..
sekejap je kot ni.. sebab senang je nih...
hahah..
teka teki suka suki..


Selamat Mencuba..

Update 17hb Okt:
ada gak jawapan kawan2 kita kat bawah ni beberapa yang betul dan tak betul...
tak jumpa lagi yang betul semuanya.. namun.. leh cuba lagi.. 
boleh la teka byk kali pun.. 
tempoh diberikan hanya sampai 12 tengahari esok je yaa...
meh la cuba...
=) 

Update Hadiah..
tambah... Hadiah utama akan tambah 1 lg hadiah.. 
dapat 1 kain pasang cotton!
(ada orang suka suka mau sponsor pula.. tqq.... ) 

Update 18hb Okt , 12.15 tengahari:
Teka teki dah tamat....
nanti kita umumkan sape yang kena yaaa....
tunggu.... 

kalau nak main uji uji minda sendiri boley je... silakan la .. ^_^



Wednesday, October 17, 2012

Mari Kawan Kawan! Zulhijjah telah datang..







Assalamualaikum,

Hari ini 1 Zulhijjah, maaf terlewat untuk berkongsi mengenai ini. Aku mendapat info ini dari seorang teman di pejabat ni semalam..

Mari kongsi kelebihan berpuasa sunat pada Bulan Zulhijjah ini..


HARI
PERISTIWA
KELEBIHAN PUASA
1 Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.
Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.
Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah,
Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan.
Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.
Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.
Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.
Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
8 Zulhijjah
Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.
.Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.
9 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir.
.Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih).
Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..

semoga mendapat manfaat darinya..

Wallahua'lam.






Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker