Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, June 20, 2012

Ada orang ke....

Ada orang tak ni?

saya ada je ni..
tapi dah nak kena kuar balik..
ada hal dan kerja lain yang perlu di buat..
di selesaikan..
hummm
banyak nye kerja saya kan...
kena lah kerja.. baru lah gaji tu berkat ye tak?
;p

ok.. kena kuar ni..
kamu kamu baik baikkan diri semuanya ya..
jaga diri...

meh la tinggalkan komen kat sini...
supaya saya tahu.. saya tidak keseorangan.. =)
jap lagi ada kesempatan..
jenguk kamu semua..


Assalamualaikum..

Friday, June 15, 2012

Jumaat itu Indah.

Assalamualaikum,

Pagi Jumaat yang indah..
Perasaan yang terbawa bawa dari semalam..
Keindahan malam Jumaat yang menyambut siangnya..
damai..

kalau boleh.. permulaan hari di setiap minggu kita.. kita mulakan dengan hari Jumaat..
kalau nak setkan sesuatu.. nak rancang untuk seminguu.. kita mulakan dengan Jumaat..
itu yang aku dengar masa ceramah di radio semalam..

tapi agak susah kan..
aku sendiri pun.. walau Jumaat umum ketahui penghulu segala hari.. hari penuh kerahmatan dan penuh berkat..
namun gagal untuk memahami sepenuhnya..

Jumaat kan..
kerja pun dah tak berapa nak focus..
banyak main..
makan makan..
jalan jalan waktu lunch dan bila balik ke pejabat.. masa nak balik dah hampir.. siap siap mahu pulang..
balik kerja pula awal..

yelah..
Jumaat pastinya hari menggembirakan..
itu sudah tentu..
gembira kerana..
ketahui yang Sabtu Ahad makin menghampiri..

malam boleh tido lewat skit...
sebab esok cuti! makanya boleh bangun lewat laa der..

tak salahkan sesiapa.. sebab negara kita memang mengacuankan Sabtu dan Ahad sebagai hari cuti.. dan persepsi masing masing telah terbentuk bahawasanya Hari Jumaat tiada apa apa yang istimewa.. padahal dalam Islam ianya hari perayaan dan istimewa!

yaa.. bukan setakat membaca yassin di malam Jumaat atau. 'membunuh' syaitan sahaja!
namun tetap.. Allah itu Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Mengasihani..
beruntungla barang sesiappun yang melakukan walau sekecil amal di hari Jumaat...
ya.. lebih baik dari yang tak buat lansung kan?


Di negara kita negeri yang mengamalkan cuti pada hari Jumaat ialah  Kelantan, Terengganu dan Kedah! (perlis pun kan?)
Negara2 majoriti penduduk islam yang lain juga contohnya Mesir, Jordan, Iraq, Qatar, Syria, Arab Saudi, Sudan (setahu aku) juga bercuti pada Jumaat dan Sabtu.. di Brunei sendiri cutinya ialah Jumaat dan Ahad. 
Setahu aku.. negara barat yang mengamalkan SAbtu atau Ahad bercuti adalah kerana Ahad biasanya adalah hari untuk penganut mereka pergi ke gereja..

tapi kita di sini.. masa solat Jumaat dah jadi masa untuk merehatkan minda selepas penat bekerja separuh hari, lepaking kat masjid.. sampai tertidur tidur.. malah lebih teruk lagi!
Apa yang dapat aku lihat.. fenomena kelam kabut selalu berlaku pada hari Jumaat !
di tempat aku sendiri memang terdapat masjid,dan di situ juga ada kedai2 menjual makanan..
sedih je bila aku melihat.. ramai orang dok pusu2 mengisi perut sambil khutbah sedang berkumandang...
apa perlu buat.. penat bekerja setengah hari.. perut perlu isi beb..
berkejar2 berebut parkir... bekejar untuk sembahyang.. berkejar untuk amik anak sekolah lagi..
jalan pun jadi sesak! aduih.. mungkin fenomena ini terdapat di bandar2 sahaja..
dan lebih malang.. ada sesetengah pekerja yang tidak diizinkan untuk sembahyang Jumaat kerana mengambil masa rehat yang lama! 
sedih kan.. :-(  sedangkan kita duduk di negara Islam .. hmmm

akhirnya.. Jumaat berlalu begitu sahaja.. tanpa kita sedari!
rugi bukan?
Bak kata ustaz dalam radio tu ..

ayuh ramai ramai kita hargai Jumaat yang kita sempat ini..
hadapi dengan penuh pengisian yang berguna..
Hayati  dan fahami lah sebenarnya..erti ' Jumaat Penghulu Segala Hari'
Mengecas semula tenaga.. emosi.. bersedia memulakan sesuatu yang baru dan segar..
bersedia untuk menghadapi hari seterusnya dalam minggu itu..
Kita cuba setkan sendiri, walaupun agak payah.. tapi disetiap pengorbanan ada hikmah kebaikannya tersendiri..

Aku juga insan yang masih banyak perlu belajar..
sedikit sebanyak ilmu berguna sebolehnya aku mahu berkongsi dengan yang sudi..
semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah..

wassalam..

Friday, June 8, 2012

Ada kain cantik la..

 Assalamualaikum,

Salam penghulu segala hari...
di penghulu segala hari ni.. bagus untuk mulakan sesuatu yang baru...
  Saya ada barang baru untuk di kongsi bersama rakan rakan.. 
  (^__^)/






mari lah tengok... 
ada kat KatalogKay
jom la singgah... sudi sudilah untuk memeriahkan blog bizz di sana!!
jom!! 

terima kasih.. 



Wednesday, June 6, 2012

tonton: Live Streaming Video of Venus Transit

Info Tambahan...

boleh klik kat sini..

http://thelede.blogs.nytimes.com/2012/06/05/live-streaming-video-of-venus-transit/

http://venustransit.nasa.gov/webcasts/nasaedge/

boleh tengok kelibatnya seperti tahi lalat di Matahari

Fenomena yang takkan datang lagi untuk 105 tahun lagi.

apa pun hikmahnya hanya Allah yang tahu segalanya..

Subhanallah, Walhamdulillah.. Walaailaahaillallah..Wallahuakbar!

Rabu Tanpa Kata : Kek Lapis Cheese yang memPersonakan

Assalamualaikum,

layan...



  

Wassalam...

=)

Keenakkan Di dalam Balang Kaca Comel

Assalamualaikum,

Update blog jap!
Mari tengok projek dapur saya yang seterusnya..
Siapa sangka aku boleh menjerumuskan diri dengan balang kaca pula..
semua ni gara gara Yati yang minta aku buatkan untuk projek hari guru yang lalu...
Maka bermulalah ekspidisi meneroka dunia dalam balang kaca..

Mari Nikmati.. Blueberry Tiramisu dan Strawberri tiramisu in jar..
Terima kasih tak terhingga kepada Kak Nor Secubit Garam, kerana sudi berkongsi resepi
serta memberikan galakkan.. =)
Hanya Allah jualah membalasnya..





~ Homemade Kay LaZat Tiramisu In Jar...~

(^__^)v

Sesuai dijadikan sebagai pemberian istimewa di mana mana majlis dan istimewanya balang kaca itu boleh disimpan sebagai hiasan atau untuk pelbagai kegunaan lain!
menarik bukan?

Alhamdulillah... selepas ujian rasa merasa lulus,
ramai yang berminat..
bila letak kat FB semalam ramai pula yang tertarik..
Alhamdulillah..
rezeki di kongsi bersama..

kalau ada rakan rakan di area Lembah Klang yang berminat boleh la roger roger..
InsyaAllah sedaya upaya kita usahakan.. =)



Terima Kasih ya Allah atas segala nikmat duniawi yang Kau berikan..
semoga aku tidak lupa dan alpa dek nikmat duniawi yang sementara ini.














Monday, June 4, 2012

Cheese Cheezy Wedges

Assalamualaikum,

Salam Isnin,
Sabtu Ahad memang tak sempat nak mengemaskini,
komitmen lain lebih penting membataskan..

Nak minta laluan cerita tentang Cheezy Wedges sekejap boleh..?
ehehe.. ni kali keberapa entah ya?
baru amik stok ni sebenarnya..
saja la nak menguar uarkan ke rakan rakan blog ni..
Kenal ke cheese ni?
serbuk cheese Jalapeno nama sebenarnya.. =)

  
~ boleh di makan dengan kentang wedges, kentang goreng, nugget ayam, nachos, keropok, cucur, tortilla, mcaroni dan sebagainya...

Cara penyediaannya ialah:
- Satu bahagian Cheese di campur dengan 2 bahagian air suam/panas (kalau pekat, boleh agak2 tambah air suam, terpulang, mahu pekat atau cair)
-kacau rata dengan garfu atau whisk
- siap untuk dihidangkan bersama hidangan pilihan hati.. 

Manalah tahu kot ada kawan kawan yang sedang mencarinya kan..
Aku ada menjualnya.. =)
Harganya hanya RM 12 sahaja
dan RM 15 jika ada sesiapa yang menginginkan aku mengeposnya. 

UPDATE: (lupa nak letak contact lak)
boleh emel kat katalogkay@yahoo.com
atau
hubungi atau sms je no 0199394018

ok, ini ialah iklan untuk hari ini ya...
sampai kita berjumpa lagi..

Wassalam..

Friday, June 1, 2012

Jawapan Cer Teka semalam... =)

 Assalamualaikum,

tarrraaaaaaaaaaa...
inilah jawapan untuk 'cer teka' semalam.... =)

aku pun dah lupa dah apa nama spesifikasi nya tapi yang penting ianya ialah..

Kuewteow goreng dibungkus dalam daun Teratai....
menarik bukan??
baunya harum semacam je..
sedap pulak tu..!



 hehehhee... kuewteow goreng rupanya... kan? hummm tiada pemenang untuk kali ini! ;p
tak apa nanti kita main teka teka lain pula...

jom tengok makanan lain yang seangkatan dengannya! =D



~ Teka dalam ni apa pula? hehe dalam ni ada nasi goreng.. taruk dalam labu.. ayam grill kat atas dia tu memang superb marvelous sedap!! ~

~ Ini pula nasi goreng seafood.. freshhh sunguuh! ~

~ ini jus fruity... ~

~ ini pula choclate banana.. uhhhh.. sedap! dap dap!! siap datang bancuh depan..~

Alhamdulillah...
ada kawan kawan bermurah hati untuk belanja ni..
murah rezekinya...
kalau tak mungkin susah jugak la nak makan
ongkosnya boleh tahan hebat.. sehebat makanannya lah kan.. =)
ni bukan stok makanan hari hari nih..
hari hari kalu...botak kapla laaa.. hhehehe

ok ini entri semalam sebenarnya..
rupa rupanya tak ter post! 
nasib baik hari ini masih ada..

ok, ketemu lagi dengan menu lain pula!
=D

wassalam...






Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker