Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, April 23, 2012

Oh! Indahnya Solat Dhuha..

Assalamualaikum,

Seperti biasa morning talk pada setiap hari isnin, dan hari ini kami sama sama berkongsi maklumat mengenai Solat Dhuha... MasyaAllah.. begitu indahnya dan besarnya kebaikan melakukan solat Dhuha..

Terima kasih pada Nana yang sudi berkongsi maklumat ini..
walaupun sebenarnya kita sememangnya telah maklum dengan kelebihannya
namun kadangkala kita semua sebenarnya memerlukan peringatan selalu..
dan sebagai teman2..aku juga ingin berkongsi memperingatkan sesama kita..
sama sama kita hayati kelebihannya..

Solat Dhuha
Solat Dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih hingga maksimanya 12 rakaat sahaja.
Dilakukan pada waktu matahari sedang naik - anggaran antara jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

 1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
(sumber di sini )



Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


lagi kelebihan dan fadhilat dhuha yang boleh dikongsi di sini 

semoga sama sama kita amalkan dhuha selagi mampu dan selagi sihat.. selagi masih bernyawa..

jom kita gi solat!!!
apa tunggu lagi, sekarang masa tengah sesuai ni!
jom jom!

=)






>

Friday, April 20, 2012

Seni Masakan

 Assalamualaikum,

Makanan juga sebenarnya adalah seni..
seni yang mampu menggembirakan hati orang ramai..
baik yang memakannya atau yang membuatnya..
bagi aku sendiri pun..sangat gembira bila hasil seni masakan kita itu..
mampu menggembirakan hati orang lain juga.. 
 satu yang aku sangat pasti ialah..
kena ikhlas..
 kalau tak.. seni lain yang timbul nanti... =)

pada aku .. masakan juga menghilangkan stress aku..
rasanya tempat aku melepaskan stress ialah di dapur laa..
lagi satu ialah kedai bahan2 masakan!
hehehe..
aku suka bauannya..
suka warnanya..
kepelbagaiannya..
keunikan yang tersendiri..

~ kek Fruit Flan.. berseni kalau kena gayanya... menggunakan fresh krim, buahan segar dan filing di dalamnya yang sarat dengan buahan koktel berkrim kastad krim susu... tak terfikir aku mampu membuat ramai orang menyukainya...~


 ~ kek cawan yang makin dikenali... kali ini tidak menggunakan krim.. tapi fondant.. boleh di uli bentuk ala ala tanah liat tu.. kesabaran juga diperlukan tatkala fondan yang di adun lembik, dan ianya tidak sesuai diletakkan dalam peti sejuk atau suhu yang sejuk, di khuatiri akan mencair? yaa.. pelik bukan.. terbalik pula dengan butter krim yang mencair di kala panas.. ~

 ~ bukrinya.. tengok si angry bird yang mini tu... berkilat dan sedang mencair.. ku fikirkan letak di peti sejuk kan terpelihara dan makin elok dia tapi... ishh ishhs iss.

  
~ ini! dengan menggunakan noozle membentuk rumput.. maka terhasilla AB yang tajam2 begini.. tercetusnya idea begini bila tengok kat kedai kek tu.. begitu cantik sekali! mahu coba.. mahu coba!!
 
~ kebetulan diminta buat kek untuk si boboy ni... bagai kan bermakna la. inspirasi datang .. bersama keinginan..dan kegembiraan..  =)

 
 ~ di lorek seperti sarang labah2 gitu.. fikir fikir caranya bagaimana caranya ... coba coba akhirnya jadi dengan cara yang mudah...=)


 ~ bertih jagung adalah sangat mengujakan aku! melihat dia masak meletup pop! pop dalam periuk! buat aku mengukir senyum.. seronok.. letak sedikit sahaja biji jagung dalam periuk, tapi bila dah masak penuh seperiuk! suka suka!
 
~ kalau takda menda ni semua, tak lengkap la masakan... yang segera ada.. tapi.. tetap tak sama dengan yang asli... setuju?/ =)

~ tomato.. selain untuk masakan... berguna juga untuk rawatan muka... =)


Siapa yang tak suka memasak ya...?
mesti semua orang suka masak..
sedap tak sedap terpulang pada sesetengah orang juga..

tapi bila dah memasak didapur tu.. kena la cepat2 kemas yaa...
nanti kotor.. suami marah.. ;p





tiada guna menjauh membawa hati yang lara..
tiada guna memendam hati dan perasaan..
hadapi hari dengan kesyukuran..
hadapi dengan kegembiraaan..
nescaya kebahagiaan yang diketemui..
itu yang kulakukan...
 


Tuesday, April 10, 2012

Terbang Tinggi tinggi si cantik rama rama

(entri sebelum tido semalam nih)
Sebelum tidur, ingin ku kongsikan tentang cerita yang di kongsikan oleh Mr Dell pada hari ini..

tentang di rama rama...

di sebuat taman, terdapat satu kepompong yang kelihatannya sudah sarat..
seperti sudah tiba masanya..
kemudian, kepompong itu terbuka sedikit demi sedikit.. dah terlihatla kelibat sang rama rama di dalamnya sedang berusaha untuk keluar..
dan pada masa yang sama, terdapat seorang pemuda sedang berjalan jalan di taman itu..
dan beliau terjumpa dengan kepompong itu tadi..
dia menanti dengan penuh sabar di situ.. ingin melihat sang rama rama keluar dari sarung kepompongnya itu..
malangnya, tunggu punya tunggu sang rama rama masih belum boleh keluar!
dia melihat, sang rama rama itu tadi, berusaha sedaya upaya mengepak sayapnya dari dalam kepompong itu untuk keluar..
namun tetap tidak berhasil..
pemuda itu tadi memerhati betul2 apakah yang terjadi, kenapa begitu lama rama rama itu mengambil masa untuk keluar.. mengapa begitu susah!
apabila diteliti.. rupa rupanya..
terdapat seutas benang dari kepompong itu tadi yang menyekatnya untuk keluar..ianya betul2 di hadapan, menghalang dari sang rama rama itu keluar..

dan, pemuda itu tadi mendapat idea..
dia mengambil gunting lalu memotong benang yang menyekat sang rama rama dari keluar..
dan,
serta merta rama rama itu jatuhla ke tanah..

apa yang terjadi?
rama rama itu tidak terus terbang,
tapi, jatuh terus ke tanah dan masih mencuba mengepak sayapnya untuk terbang..
namun tidak berhasil..
berkali kali di cubanya untuk terbang, berkali kali sayapnya di gerak gerakkan..
tapi tetap tidak menampakkan tanda tanda ianya boleh terbang..!
si pemuda itu cuba membantu lagi..
namun sang rama rama nyata tidak mampu jua untuk terbang..

jadi ...
disebalik cerita itu tadi sebenarnya terdapat hikmah yang tersembunyi..
sebenarnya jika di biarkan lagi rama rama itu terus di dalam kepompong, InsyaAllah dia akan mampu untuk terbang..

kerana kesusahan dia mengepakkan sayapnya berkali kali itulah sebenarnya pembelajaran buatnya, latihan untuknya yang memungkinkannya menjadi rama rama yang sebenar.
betapa sang rama rama itu sepatutnya berusaha untuk keluar dari usaha nya sendiri..

proses mengepak di dalam kepompong itu tadi la yang membina kekuatan kepaknya.. lebih lama.. lebih kuat.. lebih pandai.. lebih cantik..  

dalam kehidupan kita contohnya
kita jangan terlalu mengharapkan orang lain..
sampai bila bila kita tidak akan pandai
sampai bila bila kita tidak boleh terbang tinggi..
jika sentiasa mahukan bantuan
sampai bila bila pun, kita takkan tahu potensi diri kita yang sebenar..
ya...kalau kita boleh terbang tinggi pun, mungkin tidak akan lama

bukan kah ianya lebih manis? 
kita akan lebih menghargai.. lebih rasa puas..

apabila ianya datang dari kita sendiri..


ya..

ianya mengenai masa juga..
jika masanya belum tiba..
buatlah sedaya apapun, ianya tetap takkan tiba
Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..
contohnya
kadangkala kita merasakan itu yang terbaik untuk kita dan apabila iannya gagal, kita akan terus terusan merasa kesal, meragui, tertanya tanya apakah dan di mana silapnya..
kita lupa.. Allah Maha Mengetahu segala galanya..
mungkin itu sebenarnya bukan yang terbaik untuk kita,
dan ada juga sesuatu yang kita rasakan tidak sesuai.. dan tidak boleh menerimanya,
namun sebenarnya itulah yang terbaik..
kita tidak akan tahu sehinggalah suatu hari Allah bukakan mata kita..
baru la kita sedar..
"oh... nasib baik dulu aku tak.... "oh. patutlah  begitu.. begini.."

mari sama sama kita jadi manusia yang punyai potensi diri yang unggul..
kualiti melebihi kuantiti..

semoga mendapat manfaat.. =)



* issshh.. sian si rama rama, tu lah pemuda tu lah punya pasai.. pi potong buat hape.. kang dah tak pasai pasai panjang lebo jadinya entri kali nih! huhuhu
________________________________________________________


upss.. cerita pasal rama rama.. tapi si burung pula yang datang..

semalam cik burung burung pemarah datang melawat..
tapi diorang datang secara aman sahaja..
2 ekor sekali datang..
jom! tengok tengok.. =)




 akhirnya.. berjaya jugak main main ngan fondan..
tapi tak berapa menjadi nih..
kena byk practice lagi..
=)





Monday, April 9, 2012

wahhhh.....

Saya mengantuk!!!

tengah tengah buat kerja boleh plak tersengguk!!
apa yang boleh aku buat nih?

terus..
tangan mencari cari ikon Mozilla firefox.....
bukak apa?
bukak kellazule.blogspot.com laaaaaa!!!

baru ler ceroh mate ni sikit!!!

power rangger betul la blogging ni kan?

apa kata anda semua??

=)

Tuesday, April 3, 2012

Teloq Kembaq



Assalamualaikum,

Apa khabare.. semuanya...

macam lama tak jalan jalan umah kawan kawan...
hari ni mungkin berkesempatan nak jalan kot.. 
nak update..
macam banyak citer je nak kongsi.. =)

oh ya..
teloq kembaq....
hangpa penah jumpa ke telur sebegini?

hari tu..
bila je pecahkan telur ni nak buat kuih.. terus terkesima melihat telur kuning kembar ni...
terus je la snap pic... =)

tak jadi la nak buat kueh..
terus jadikan menu santapan je..
bila je goreng kan..
telur ni terus tak bercantum lagi..
dia jadi sebutir sebutir telur kuningnnya itu..

pernah dengar telur menetas 2 ekor anak ke?


apa pun hikmah kejadiannya.. Allah sahaja yang mengetahuinya...

=)

 


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker