Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, March 29, 2012

JATUH


Apa yang aku tahu..

Sekali jatuh,
pasti tak mahu jatuh lagi..

jatuh..
biasanya akan sakit

di wajah akan tergambar
namun bila tak tergambar,
sakit nya mungkin lebih perit..
hanya hati yang mengerti

namun..
tetap sakit.

sakit di jatuhkan...
dan 
sakit jatuh sendiri..
lain rasanya,
lain penerimaannya .

jatuh  dari 'tempat' yang tinggi 
dan 
jatuh dari 'tempat' yang rendah
juga beza rasa sakitnya 

jatuh sendiri
atau..
jatuh beraamai ramai lebih baik??

ada yang suka menjatuhkan orang!
tapi,
kesian....
 terjatuh sendiri..!
jatuh , jatuh, jatuh dan jatuh lagi?
Kenapa, di mana, siapa, apakah.....
buat lah homework sikit ya... (duhhh..)

(ohh... apa yang aku sembangkan ni... jom layan gambar bunga di bawah nih.. )




Namun...
saya suka pula..
masa jatuh cinta dulu...
rasa manis..
rasa bahagia..
rasa nak kahwin..
rasa mahu senyum...

=)




Tuesday, March 27, 2012

Resepi Ketupat Sotong Bonda


Assalamualaikum,

Alhamdulillah..
berkesempatan hari ini untuk update blog, dah sihat pun..
 suara je masih sengau2 lagi nih..

mari tengok menu ni minggu lepas punya..

Ini Ketupat Sotong resepi Kelantan
kalau Kak Mas tak request, kita pun tak terbuat la..
thanks to kak mas yang sudi..



Resepi Ketupat Sotong
dari Mama ku;

8-10 ekor sotong sederhana besar
2 cawan beras pulut (direndam terlebih dahulu)
3-4 helai daun pandan 
2-3 keret gula merah / manisan
1-2 cawan santan pekat
1 sudu gula biasa
secubit garam
1sk halba ( optional sahaja, tak buh pun takpa)
lidi yg di potong tajam untuk mencucuk kepala sotong

Cara:

Bersihkan sotong, toskan (kalau sotong ada telur usah buangkan, itu lagi sedap makan )
masukkan beras pulut yang telah di rendam tadi, isikan separuh dari badan sotong sahaja,
masukkan kembali kepala sotong dan cucuk di bahagian atasnya antara badan sotong dan kepalanya, supaya kepalnya tidak tercabut, dan beras pulut tidak terkeluar..
letakkan daun pandan ke dalam periuk,
susun sotong yang telah di isi pulut itu satu satu bersama daun pandan
masukkan sedikit air dan rebus sotong itu seketika bersama gula dan manisan
biarkan seketika,
masukkan santan, dan teruskan mengacau..dengan api yang perlahan shaja..
selama lebih kurang 20 minit.. agak agak pulut dalam nya dah masak..
dan boleh dihidangkan lah..

selamat mencoba..



Masa buat ni, daun pandan hilang!! tertinggal kat kedai santan! takkan nak p balik, kedai pun dah tutup.. nak taknak kena buat juga, sebab dah janji kan.. so buat juga.. buh sikiiittt ke esen pandan kat dalamnya kasi bau je.. hehe
tapi respon dan Kak Mas kata ok! 
kawan2 pun kata sedap je.. hmm
nanti2 nak buat lagi ya!




Wednesday, March 21, 2012

Tuesday, March 20, 2012

Sotong Panggang Berempah .. walla...


 Assalamualaikum,

mesti semua dah makan kan.. dah kenyang kot kan.. =)

jom cuci mata tengok menu hujung minggu lalu..

syiookkkk....

Sotong Panggang Berempah!

walllaa..


 ~mula mula ingat nak bakar, tapi nak siap arang bagai, take time pula.. so panggang atas dapur sahaja la..~


~tarrraaaa... dah siap... gemuk2 sebab penuh dengan telur sotong kat dalam tu.. huhu
 teringat kat sotong masa makan kat sabah hari tu... tu yang buat juga tuh!!


Kalau ada yang nak resepi.. 

Sotong Panggang KayLazat =)
 
bahan2 nya ialah..

- 2 tangkai serai (ditumbuk lumat)
- sedikit halia (tumbuk)
- seulas bawang putih
-3-4 ulas bawang merah
- cili kering (kisar) / cili boh
-serbuk kari 1-2 sudu besar
- sedikit serbuk kunyit
- serbuk lada hitam..
- garam scukup rasa (jgn byk sgt) nanti hilang rasa fresh sotong itu..
- air asam jawa atau air perahan asam limau (optional je ni)

CARA:
tumbuk je semua bahan2 tu , dan lumurkan pada sotong itu tadi.. perap untuk 30 minit..
dan langkah seterusnya ialah panggang!

ok...

selamat mencoba coba..

seronok bereksperimentasi di dapur ni.. =)


Monday, March 19, 2012

Tersepit

A citer kat B tentang C....

C citer kat B tentang A juga..

so B ni  memang tahu la citer dari dua2 pihak ni..

dan A & C pun ada citer kat D juga di masa yang berlainan la..

yang si D ni pula pegi citer apa yang A citer kat C , dan apa yang C citer kat A! dan yang masa yang sama.. si B ada di setiap masa D bercerita!


siapa tersepit.. siapa yang kejam...

hmmm...


Sunday, March 18, 2012

Saturday, March 17, 2012

Kisah Kek dan Itik

Assalamualaikum,

sedang menunggu kek pisang masak dalam oven nuu...
hihi.. tetengah malam ye..
malam ni sempat buat sebiji kek coklat lembab tadi.. dan.. 2 biji kek pisang sedang on da way...
bau jangan cakap la..

hum.. sambil sambil nunggu kan..
teringat.. ke'chaous'an kat pejabat tadi..
huru hara..
gelojak dalam jiwa yang tak nampak di luar..

lagaknya  seperti seekor itik yang sedang berenang di tasik..
di luarnya nampak tenang sahaja di permukaan air.. bergerak tenang..
namun dibawah permukaan tu.. kakinya sedang bergerak laju!

apabila keegoaan merajai diri..
pertimbangan diri mula hilang..
prasangka makin menular nular..
yang putih pun nampak hitam..

susah juga menjadi orang yang neutral ni..
tidak belah di mana2 pihak..
apa yang mampu.. cuba untuk menjernihkan segala kekeruhan dan segala kesimpulan dengan tidak menjatuhkan mana2 pihak..

bebel pula di awal pagi hari?

ok.. setakat ini dulu..
kek dah masak pun..

Assalamualaikum..

Thursday, March 15, 2012

B.L.U.E.S... in PINK!

.... nyanyian Yuna..Terukir di bintang.. sedang berkumandang... sendiri.. dalam minda...
lalalala..

dan aku terus menaip dan terus menaip..
entah apa yang berada dalam fikiran ketika ini?
yang aku tahu.. aku sedang menaip..
tanpa henti sekarang ini.. tanpa melihat keyboard..
mata terus sahaja tertumpu ke skrin komputer..

tiada key backspace digunakan sekarang ini..
no return back kata omputih... so. teruskan sahaja menaip..
dengan mata yang agak terbuka luas.. bulat..
muka pun agak serius...

entah kenapa agak blues hari ni..
mungkinkah ada kena mengena dengan baju kaler pink yana aku pakai sekarang?
malum sahajalah.. aku tidak gemar warna pink!
tapi sebab dah tak cukup masa nak mencari tudung pagi tadi..
kena pula dengan baju yang merah pink..
tudung pink terus dirembat!

kalau ada perkataan aku yang salah tu.. terima asahaja la..
kerana aku tidak menggunakan butang delete atau backspace lansung ni.. dan tidak melihat keyboard ok!!
agak bagus guga la penaipan aku ya?? uppsss... error sudah.. huhu.. itulah ..bila ada unsur2 riak?..

jadi, apa motif entri ini?
entri yang aagk panjang tapi tiada cerita pun..
aku cuma mahu menaip..
dan yang paling tepat.. aku cuma mahu membuat satu entri..
untuk si Mathari yang aku sayangi..
bila dalam keadaan blur2 atau tensi aku mesti bukak Mathari...sebab
agak tenang melihat blog aku ni..
percaya laa...

jadi.. cukup sampai di sini sahaja lah...
agaknya masayang di ambil berapa minit?
entah la..

kita ketemu lagi ya.. ada menu menaraik, ceritatentang kad unik.. gambar2 menarik..
mungkin akan menyusul selepas entri blues ini...

adioss...

yok Publisch!! (error lagi!)



Wednesday, March 14, 2012

Rabu Tanpa Kata : Breakfast today!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi... =)


~   Santapan Maharani  ;-)  ~

Tuesday, March 13, 2012

Cergaaasssss




Assalamualaikum,

jom kita main teka teki nak...

tengok kat dalam gambar bawah ni..
kalian ada perasan sesuatu yang lain dari yang lain tak?
apa yang boleh disimpulkan?
apa yang korang nampak dalam gambar ni..

=)


suka suka...
bagi aktif sikit minda dan otak di pagi hari...

selamat bekerja semuanya!!
semoga hari ini lebih baik dari semalam..

(^_^)v


UPDATE: 5.01pm

 "macam magik jee!! Subhanallah.."
ok... itulah perkataan yang pertama kali keluar bila tengok situasi sebegini!
yaa.. ramai yang jawab betul pun... =) Syabassss!! kakcik, k marina, dan, errrr GB jwpn kita sama ! hehehe...

di satu sudut..nun jauh di sana.. Kuala Lumpur... sedang terang benderang.. terik disimbahi cahaya matahari
manakala..
di sebelah sini.. Selangor..
lenjun di simbahi air  hujan yg amat lebat..
dalam gambar ini agak kabur, sebab kamera nya tidak begitu bagus apabila di zoom... tapi bila dilihat secara live.. Subhanallah.. cantik sangat.. satu dalam seribu dapat tengok situasi gini.. yela. aku belum pernah tngok.. ni kali pertama..

okies... terima kasih.. =)

Monday, March 12, 2012

Menu baru yang sedang hangat diperkatakan di dapur ku.. hehe

Assalamualaikum,
mesti semuanya telah kenyang makan tengahari kan.. =)
lama tak citer pasal makan makan kat dalam blog ni kan..
asyik post kat fb je.. 

meh share dapur ku sedang hangat bercinta dengan apa sekarang nih..
huuuuu...

ini dia la..
menu baru..
kegilaan semua orang di rumah ini..
penghilang dahaga..
mencetus kebahagiaan bila menghirupnya..
meninggalkan kenangan yang amat manis sekali setiap kali habis... 
memberikan rasa rindu membuak buak kepadanya!!
hahaha..
banyak la punya imaginasi...!!
=D
Ini lah dia!!...




segalanya tercetus bila aku membeli ice blended kat pasar malam..
tengok diorang buat..
macam senang je..
tapi bila rasa.. hmmm tak ada ummpphh la!

dan terus pula aku teringatkan ice blended Dr Cafe..
yang bagi aku mmg super dupper punya best!!!

jadi terus aku nekad mahu buatnya sendiri di rumah!!
wlaupun tak bleh buat sesedap Dr Cafe.. tapi sipi sipi pun ok laa...

makanya terhasilnya Ais Kisar berperisa seperti di atas.. ada juga buat perisa Kopi.. tapi tak terambil dah gambar nya.. banyak sangat.. kopi vanilla la.. kopi coklat la..
macam2 aku eksperimen!!

haha.
tambah lagi..bila si dia kasi thumbs up berkali kali!
terbaeekk katanya!! asyik request je!
siap kata... " ni boleh buat jual nih!"
wallawey.. kejap lagi bukak cafe la aku weh.. hahah..
dan kegemarannya ialah 'Chocolate Vanilla Oreo'! 3 dalam satu tu...
ok sayang.. ice tidak baik untuk kesihatan ya.. so tidak digalakkan mengamalkannya selalu.. ;p


oh ni sambil2.. nasi tomato menu kami sekeluarga semalam..
(nak jugaa.. tunjuk... huuui)


ok, selamat meneruskan pekerjaan masing2 ya..




jangan ada hingga menjilat screen komputer pulak!




All England

Oppa (오빠)  Jung dan Oppa Lee sudah menang... =)


Aku tu belum tidur lagi.. mood masih lagi tenang tonton perlawanan badminton All England ni..
gara gara mahu tunggu Lee Chong Wei main.. final nih...
tadi layan sungguh tengok bergu Korean lawan China.. memang Korean main sangat best!!
memang berbaloi mereka menang!! saya suka!!

sekaranga tengah tunggu Chong Wei main lak!
ok.... layang badminton dulu la..
tiba2 dengar2 kata chong wei kurang sihat la pulak..
hummmm....

kita tunggu... 








Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita..

Assalamualaikum,
 
Istimewa buat wanita wanita ku..
Mama, Mek, Mak, kaum keluarga wanita ku....sahabat handai...

 Dan tak lupa buat semua pembaca.. dan teman teman blogger ku.... 
(walaupun tiada dalam gambar.. namun tetap di dalam hatiku.. )


Selamat Menyambut Hari Wanita sedunia...

love ya'all

=D



Wednesday, March 7, 2012

Bermadu?

madu yang tak semestinya manis...
dan kebanyakkannya hanya pahit belaka?

sebelum kita komen lebih2 tenang tenang dulu..
satu yang pasti.. Agama kita (Islam) menghalalkan poligami.
carilah hikmahnya yang tersembunyi..
bukan saling tuduh menuduh.. tuding menuding..

Islam itu indah...

Friday, March 2, 2012

Sabah, The Land Below The Wind

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..
minggu lalu kami telah selamat pergi ke negeri di bawah bayu dan selamat pulang ke tanahair tercinta..
bajet cam jauh je kan... =)
feeling gi oversea... hehe





  ~ Selamat tinggal semenanjung Malaysia.. jumpa lagi 4 hari.... =)  bertolak jam 4.33 petang,
masa kapal terbang mula naik.. hati tiba2 jadi terharu.. masyaAllah.. macam2 perasaan ketika itu.. rasa bertuah, mampu terbang tinggi begini melihat keindahan yang Esa.. rasa terharu atas peluang yang bukan semua orang dapat.. rasa bangga.. rasa bersyukur sangat sangat.. emosi merajai ketika ini...~

 ~ ni dah nak mendarat ke Sabah dah ni... sampai lebih kurang jam 7 malam..
untuk makluman anda semua, aku bersengkang mata dok sebelah tingkap ni.. melihat keindahan di awanan biru!  aku terlalu teruja! dan bibir ini tak lupa memuji muji kebesaran Allah.. Subhanallah.. cantik sungguh laa.. sampai aku mengalirkan air mata la juga..! ye la.. bukan semua orang di beri peluang melihat keindahan seperti ini... Aku bertuah,, dan aku amat hargai segala nikmat Allah ini.. Alhamdulillah.. :' )~

~ action memang lebey minah nih... ~

Sepatutnya, my sis yang akan ambil kitorang kat airport tapi atas sebab2 tertentu dia sampai lambat sedikit, jadi kami harus ambil teksi sahaja ke hotel
 teksi di airport KKIA ini semuanya harga RM 30 untuk sekitar Kota Kinabalu
dekat ke jauh ke sama sahaja..

berbual dengan pemandunya..
katanya di KK ni tak boleh buang sampah merata rata! denda RM500 katanya! betul kah?
patutla.. nampak macam persekitaran KK tu.. bersih je.. =)

pastu ada satu cerita saspen,
pakcik tu mulakan dengan begini..;

" ni saya nak cakap ni.. tapi minta maaf awal awal laa... "

kami dah mula saspen la.. apa je dia nak cakap ni..
dan dia mengambil masa yang agak lama untuk memulakan bicara mengenai hal itu..

kami masih menunggu...

 " di KK ni..."  dia memulakan semula... kemudia berhenti seketika..

" di KK ni... agak ketat sikit undang2 nya.. 
hari tu 2 orang kena tangkap.. 
berkhalwat! denda RM5000 (aku dah lupa dah berada ribu dia ckp) dan 5 kali sebatan!
teruk..  baru baru ni ada 2 pasangan..  ada yang muslim dan bukan muslim... tapi masing masing kena tangkap juga..."

aku dan b saling berpandangan.. tiba tiba b seluk kocek.. ambil beg duitnya..

aku masih mendengar celoteh pakcik tu.. agak bagus sebenarnya jika mereka mengamalkan undang2 begitu! kurangkan maksiat..

" jadi itulah.. di sini undang2nya ketat.. mana2 hotel pun sekarang ni mereka jabatan islam dapat masuk, kes khalwat mesti kena punya"

lebih kurang macam tu la celotehnya... lupa dah dialognya bagaimana..
jadi , tahu la aku.. mesti pakcik ni nak tujukan pada kami nih..
takut kami ni pasangan yang belum berkahwin..
huhuhhuhuh..
faham la aku..  patutla..

si b pula dok bisik kat aku..
katanya...
kad kahwin tak bawa!
huu.. makin suspen la jadinya!
takut juga kan, di buatnya jab agama ketuk pintu.. tak pasal2 lak..
kad tiada..!
ohh. haru.. haru...

sebelum turun ke hotel pakcik bercerita anaknya suda 4, aku pun bgtau dia yang aku masih belum punya anak.. muka nya agak berubah sedikit.. maka tahulah dia yang kami ni pasangan yang dah berkahwin..
tak pasal2 dapat pula tips free untuk dpt anak.. huhuh..
apa pun.. pakcik tu memang friendly... =)

(tapi pelik jugak kan.. sabah adalah Malaysia.. hmm macam lain je sikit undang2nya..)


Ok, balik cerita asal... 
dah siap siap..adik kami pun sampai la.. datang bawa kereta yang hendak di sewa.. 
dan kami menuju ke tempat santapan... =)

~ Kampung Nelayan, Floating Seafood Market Restaurant ~

Boleh rujuk peta kat bawah  ni.. atau ke laman web nya..  =)

KOTA KINABALU CITY OUTLETS


                               
 
 ~ ini ialah Sayur Manis atau dikenali sebagai 'Sabah Vegetable', aku memang sengaja order ni, sebab dah review komen2 dari pelancong2 lain, katanya sayur ni 'mesti coba'! dan bila rasa.. memang sedap di masak begini!! memang sedap!! ratah sahaja pun ok baahh.. ~


 ~ udang ni entah masak apa.. aku dah lupa... tapi memang boleh tahan laa.. lain dari yang lain.. hmmm banyak ni tau!! pinggannya besar sangat! meratah la lagi.. humm.. ~

 ~ ini ialah tiram masak cheese b... hmmm.. tapi kurang memuaskan hatinya la.. tak tahu dimana silapnya... aisshhhh.....! 4 ketul ni..RM 30... harap maklum.. ~


 ~ nampak tak pinggannya yang besar tu.. besar tau.. berat pulak tu pinggan tu... setakat nak pegang sebelah tangan memang tak dapat la.. kena 2 belah tangan... itu ialah ikan merah.. entah di masak bagaimana aku pun lupa.... asik lupa je.. tapi alhamdulillah.. sedap.. =) ( mestilah sedap.. mahal baaa.. ) ~


~ so itu dia my sis nabila wit her fren.. aliaa.. diorang study kat UMS... =) ~


lepas makan.. mahu hantar mereka ke UMS.. sebelum jam 11 kena masuk...
jom berjalai jalai di UMS kejap...

~ Luas dalam UMS nya... ada pantai sendiri.. cantik.. tapi malam malam tak berapa nampak sangat... siang2 baru leh jalan.. =) ~

so lepas tu.. masa untuk merehatkan diri lah..
esok banyak agenda yang perlu dilaksanakan!
get ready for tomorrow..

nanti kita sambung episod seterusnya..

sudi sudikanlah membacanya ya.. =D

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker