Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Saturday, January 28, 2012

Resepi Sizzling Yee Mee Sedap!

Assalamualaikum,

Hari ni aku mahu berkongsi resepi untuk menu ku hari ini..
bee request nak makan nih...
kebetulan memang baru beli 'hot plate' istimewa untuk sizzling mee ni.. 
so semangat sikit nak buatnya...
walllaaa.... sedap hingga menjilat hot plate lah!
Alhamdulillah...


~ tengok.. gelembung gelembung tu... tu tengah menggelegak sakan tu... sedia untuk di angkat!! ~

Ok, moh kita kongsi resepi ya!

Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih)

9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
3 -4 sb sos tiram (update 22/9/2014)
3-4 sb kicap pekat dan 2-3sb kicap cair (update 22/9/2014)
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi atau kubis
yee mee 

Cara:
tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak.. 
masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok... siap boleh la tutup apinya
boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...
update:
mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..

untuk yee mee nya:
rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.
air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut, 
anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang,
namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika..
lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya.
mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama.. =)

ok, selamat mencuba ya rakan rakan..


=)

Lupa aku penah post resepinya juga di sini! kali pertama buat.. masa tu..takda hotplate lagi... =)

Info: aku pakai kicap jenama Jalen warna Oren, setakat ini kicap itu je yee mee aku jadi sedap.. =)
yee mee beli yang ada tanda halal Jakim ya..



Wednesday, January 25, 2012

Saya sudah pulang..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..
dah boleh buka blog nih..
4 hari beroutstation.. memang tak ada line internet, yaa.. kalau ada pun memang tak sempat pun..

malam ni sempat berupdate...

aku masih ada, masih di sini.. syukur..
pun baru sembuh dari demam selsema juga ni..
idung masih juga tersumbat.. tekak pun masih rasa tawar lagi..
dan tahu sesuatu tak?
dek kerana demam bagai ni..
selera pun kurang la kan..
hehe.. berat badan pun boleh reduce 1.5 kg tuhhh.. hahaha..
gumbira!! =D

kawan kawan kita sihat sihat la hendaknya ya!

okies.. ketemu lagi esok.. inysaAllah..
tengah mahu siapkan barang barang untuk di poskan esok ni..
baru sempat nak siapkannya!
tempahan dari Katalog Kay tu le..

Selamat Malam...
rindu kamu semua!! =)

Wednesday, January 18, 2012

Sibuk

Assalamualaikum,

hmm..
badan letih.. rasa macam nak demam je..
otak cam pening je..
banyak je keje..
esok nak kena bangun awal awal pagi lagi..

terima kasih buat kawan kawan yang sudi menyinggah ke sini..
jgn marah jika aku tak menyinggah,
tak sempat... InsyaAllah aku akan singgah singgah ke rumah rakan2 nanti
sebenarnya ada yang sempat aku singgah... tp cuma sempat lalu baca cerita.. tak sempat nak komen..
minggu ni jadual penuh!
Ujung minggu ni ada program 3 hari di PD pula..
wah.. padat padat....
ni sempat update jap sebelum nak tido.. sebab mata dah berat sangat!

mari aku tinggalkan dengan gambar kekukis yang masih segar dari oven..
aktiviti menkukis juga termasuk dlam senarai kesibukan ku..


Namun,
atas segala apa yang berkaku ini..
ku tetap panjatkan kesyukuran.. Alhamdulillah..
kesibukan yang melanda, membuatkan aku lebih bersyukur..
kerana itu menunjukkan betapa aku dikurniakan oleh Allah kekuatan tenaga, mental, fizikal yang memampukan aku membuat segala kerja ini..
Alhamdulillah...

till then...

jumpa lagi ya.. mata dah berat.. dah tersengguk sengguk ni... =)




Update:


Untuk makluman, ini ialah kukis resepi baru.. 
ini ialah campuran Oat, nestum, choc rice, dan kismis.. kukis sihat! =)
kukis biasa aku ialah choc chip dan almond tu.. kan.
nampak plain sebab oat dan nestum telah di kisar bersama..
sebab kali ni nak buat bentuk lain sikit..
lain dari kebiasaan..
=)

~ Kukis yang telah siap di bungkus siap.. ini je sempat siap dulu... Alhamdulillah.. rezeki dari Allah..~

Sepatutnya aku perlu berada di Majlis itu.. tapi ada yang perlu diselesaikan di pejabat ni, so datang pejabat sat, sambil buka blog jap!
ok sempat update kejap!
ok nak salin resepi je..!

Yaya Azura ada minta resepi.. ni kita kasi resepi.. juga untuk beberapa teman yang bertanyakan resepinya..
insyaAllah.. resepi nya aku ingat dah .. =)  (biasa aku kena belek buku resepi aku! hehe)



Asas Choc Chip wit Almond Cookies

1 Cawan gula perang (dipadatkan)
1cwan gula kaster
1 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan mentega/ butter
sesudu susu segar (optional)
esen vanila
4 cawan tepung
1sk baking soda
1sk cream of tartar
1cawan choc chip
1 cwan almond nib
( atau boleh dipelbagaikan dengan kismis, oat, cornflakes, nestum.. mengikut kesukaan.. )

Cara:
pukul Gula, minyak, butter hingga sebati
masukkan telur, pukul sebati, masuk susu, esen kacau sebati..
masukkan choclate chip dan almond..
masukkan tepung sikit sikit (telah campur sekali soda dan cream of tartar)
gaul hingga sebati..
* boleh juga dicampurkan sedikit tepung jagung untuk mengurangkan kerapuhan biskut
* boleh simpan dalam peti sejuk seketika sebelum membakarnya supaya ianya tidak cepat merebak semasa membakarnya

akhir sekali, sudukan kecil kecil dan bakar dalam suhu 150-170 selama 20-30 minit.

Selamat Mencoba..

ok. bye..

 


Friday, January 13, 2012

Pengaktifan semula Katalog Kay

Assalamualaikum...

salam penuh keindahan di pagi Jumaat hari ini.. =)

Untuk maklumn kawan kawan.. sebenarnya aku punya 1 lagi blog.. iaitu homebizz blog =)
yang telah sekian lama menyepi sunyi ditinggalkan sendiri..
kalau ada blogger blogger yang telah lama ikut blog aku ni mungkin tahu la kot blog itu..

dan kini..
blog itu telah diaktifkan semua pada tahun baru ini.. =)
walau sebenarnya iaya masih sedang dalam proses pembaikan dan pengemaskinian..

apa pun, 
harap sudi sudilah kawan kawan singgah ke sana..
moga sokongan kalian semua dapat menaikkan semangat ku yang sedang membara ni..
harap harap senantiasa la hendaknya..

=D



 
~ meh klik meh... banyak offer ada...~


terima kasih semua... =)




saya budak baru belajar.. kalau salah tolong tunjukkan..


Wednesday, January 11, 2012

Rabu Tanpa Kata: Myway..











Burp,  Alhamdulillah..
Inspirasi Subway.. tapi ini ialah Myway...

Tuesday, January 10, 2012

Lirik Lagu Drama Bersiri TV3 Gemersik Kalbu.. nyanyian Aqasha


Siapa dah penah dengar lagu nihh..

kalau tengok slot drama bersiri Gemersik Kalbu tu sampai abis..
mesti ada dengar lagu ni di pengakhirannya...

aduhai.. bila pertama kali dengar lagu ni nyanyian aqasha..
awalnya memang agak bole layan la...
sempoi je.. main gitar semua kan..

tapi bila tiba  tang lirik..

"Ingin ku gigit gigit cuping telinga kecil mu"  itu..!!
 what dahhhh....
secara automatik, ianya menggeletek hati dan minda ku! geeee... =D
burrr !!!!! tersembur abis cikedis yang aku tengah makan masa tu!!! tersedak ko..
lagu tu..
aduyaii... nak gigit gigit cuping telinga pulak!... 
ishh.. !!
lirik tu..
ishhh...
apa kekdahnya...
sorry tau aku bukan kutuk..
cuma masing masing punyai rasa sendiri kan..
tulah.. rasa geli geli.... je hati nih
pendapat orang lain mesti la lain pula..
mungkin ada yang tangkap leleh ke..
so lomantik ke...

euuuwww... 

;p


~seriuss aku tak ingat bait bait lirik yang lain kecuali bait yang itu! hehehe
dan sekarang ni asyik jadikan modal untuk ketawa dengan adik aku...!~










~ cantik tak? nantikan.... kemunculan nya...~



Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker