Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Saturday, October 29, 2011

PAPA KU


Assalamualaikum,

timbul tenggelam je aku ni kan!

Entri pasal papa...
kebelakangan ni aku rindu sangat kat papa..
rindu sampai bila teringat je air mata akan menitis...
even, sekarang pun sedang menulis ni pun air mata dah bergenang
huh!

ok, jangan emo.. jangan emo...~
sedang sedang aku merindui papa.. tiba tiba dengar citer papa nak datang sini~
Subhanallah..
Papa nak datang.. nak hantar achik (adik) sebab dapat kerja kat sini!
tak sangka pula papa nak datang...
aku mulanya taknak menyusahkan papa, tak perlu la datang, sebab naik bas tu.. macam susahkan dia je..
tapi kata achik papa nak datang jugak!
hmm... ya Allah...
macam tahu tahu je orang rindu kat dia...
lagipun aku tahu, dia pun berat hati nak lepaskan achik kerja kat sini.. seboleh boleh dia mahu achik tu kerja je dekat dengan rumah.. tak yah susah2 kerja kat kl ni.. hmmm..

Hujung minggu lalu papa datang laa! 
terubat la sikit rindu di hati ni...
gembiranya tidak terkata..
syukur, dapat melihat dia.. dalam keadaan yang masih sihat..
Alhamdulillah...

banyak sungguhla bekalan yang dibawanya, kiriman dari mama lagi..
mama tak dapat datang adik sekolah..
mama siap buat pulut panggang dan feveret aku, pulut dakap! =)
mekacih mama..

malam tu papa pun sempat nasihatkan achik...
panjang lebar la jugak.. hehe.. aku dengar sayup sayup je..
dulu pun aku kena juga macam tu mula mula kerja kat sini dulu..

dan bila dia nak balik balik..
sedih mula menjengah kembali..
=(
aku kalau dengan papa ni cukup sensetif..
kadang kadang tu, dia boleh rasa apa yang aku rasa.. tanpa perlu aku memberitahu padanya..
kadang kala cuma hati yang berbicara..
teringat dulu selalu sahaja aku membuatkan hati papa terguris! maafkan daku pa..!
ouhh..
cukuplah sampai sini cerita pasal papa.. 
aku dah tak tahan lagi.. 
mata pun dah merah...

InsyaAllah.. raya haji ni balik kampung!
bersama ahli keluarga adalah perkara yang paling menyenangkan hati...


 
~ melihat wajah papa.. lihat.. terpampang wajah kebahagiaan.. kebanggaan.. kasih dan sayangnya yang  penuh ikhlas..~


Pesanan untuk diri sendiri dah kawan kawan sekelian..
walau sejauh mana kita pergi,
walau setinggi mana kita berada..
jangan dilupa pada orang tua kita..
sesungguhnya merekalah orang yang telah melahirkan dan membesarkan kita..
dengan sepenuh hati dan keikhlasan..
takkan ada yang lain mampu menggantikan ibu dan bapa kita..
satu satunya... merekalah cuma!
merekalah selayaknya dikasihi dan disantuni oleh kita.. 
ingatlah segala pengorbanan dan susah payah mereka membesarkan kita hingga ke saat ini..
kawan, teman, kekasih, suami, isteri boleh di cari..
tapi ibu dan bapa.. ? itulah cuma.. tiada gantinya!
hormati dan hargailah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini!
curahkan segala kebahagiaan dan kesenangan kepada mereka,
kerana kita tak mahu menyesal di kemudian hari atas kelalaian kita sendiri  yang telah mengabaikan mereka..



kredit to halaqah.net

Ya Allah ya Tuhanku..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah ya Tuhanku,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah ya Tuhanku,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah ya Tuhanku,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .


Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.


Amin Ya Rabbul Alamin..


Sedekahkanlah Al - fatihah pada awal pagi atau sesudah subuh,  kepada ibu bapa kita yang masih hidup atau yang telah tiada, semoga Allah sentiasa merahmati dan memurahkan rezeki kita semua..






Friday, October 28, 2011

'Your Blog Has Been Removed'

Bila je baca perkataan di atas,
muka yang comel terus berubah pucat.. cuak seperti nampak antu?
Hati yang girang tiba tiba bergelora bak lautan yang menghempas pantai
Hari yang cerah tiba tiba menjadi mendung, kelam.. suram..

Mahu tak menggelabah bila sahaja tengok tulisan atas tu,
tekan banyak kali namun itu juga yang keluar! pulak tu, aku baru hari ni mempunyai masa yg sangat terluang, baru dapat jalan jalan ke belog rakan rakan... baru seronok mencari kawan kawan baru..
tiba tiba keluar tu pulak!
pastu search google belog ni pun tak keluar apa pun! apa pun tarak!
kosong!!
mula la kalut semacam! tiba tiba tangan aku ni ringan nak mengadu kat sorang blogger ni! Hany namanya!
dan disebabkan dia lah aku dapat menulis macam ni sekarang! disebabkan dia, belog ini kembali kepada aku semula! aku tak tahu la apa yang Hany  dan buat untuk bantu aku ! tapi aku memang menaruh kepercayaan kepadanya.. dan akhirnya.. aku sudah mampu tersenyum...
memang susah nak terima kalau belog aku ni hilang begitu sahaja?
segala coretan.. kenangan.. memori... lesap semudah itu?
semua resepi resepi hilang semudah a b dan c?
semua gambar gambar best aku pun aku kongsikan kat belog ini!
ouhh.. tak sanggup aku tak sanggup kehilangan Mathari ini!!
Terima kasih banyak banyak kat Hany! beliau adalah pemilik belog 'Wilayah Hijau' ! 
Selama ni pun aku memang selalu juga tanyakan  byk menda pasal belog ni kat hany! bnyk menda dia tahu! so kawan kawan jom berkenalan dengan Hany jom! orang ganu kiter! hehe..





terima kasih tak terhingga.. Hany pun dah tolong tukar kan dari akaun yahoo ke akaun gmail!

untuk keselamatan.
Jadi, maknanya, aku kena 'follow'semula kawan kawan aku.. sebab dah guna akaun baru! so  geng, harap beri kerjasama ya.. =) jangan terasa pula tiba tiba daku tiada dalam list follower kamu ya!
insyaAllah.. akan cuba follow balik!

terima kasih sekali lagi kat Hany tuan punya 'wilayah hijau'
tanpa anda, tentunya saya akan terus terusan dibelenggu misteri........







Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker