Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, August 23, 2011

Deru Angin Turut Sama Berlagu..

Saya adalah seorang Blogger!!!



Tiba tiba je mood sedar diri adalah seorang blogger!
walaupun saya bukanlah penulis yang maha karya hebat yang tulisannya
tidak punyai pengikut yang beribu ribu!
haha
namun sedar tak sedar.. dah 3 tahun saya berkecimpung dalam dunia hiburan blogging ini!
3 tahun??
yaa.. tiga tahun..
walaupun 3 tahun, namun expose kat dunia luar baru setahun lebih je kot.. hehe
Tapi saya bangga kerana selama ini telah berkenalan dengan kamu kamu dan kamu!
ya kamu yang sedang membaca ini!
iyeeee... kamu ler..
terima kasih kerana bersama sama dalam turun naiknya.. susah senangnya blog Mathari ini!
sayaaaaaang kamu semua!

ingat hutang lame tertangguh.. sebab mmang tak sempat nak siapkan..
so inilah serba sedikit untuk mu teman teman yang setia..
tapi kalau yang mana takda tu janganlah terasa hati.. kamu tetap terbaik, =)
cuma aku tak sempat nak capture semuanya!

enjoy...



(korang dapat tengok tak video ni? sebab aku cam tak dapat tengok je!!)




Monday, August 22, 2011

Coret Coret

Assalamualaikum..

pejam celik je dah tinggal  lebih kurang seminggu lagi kita berpuasa!
Dan sekarang kita telah pun masuk ke fasa ke 3 berpuasa..
10 malam terakhir Ramadhan..
Malam memburu LailatulQadar..
Panjang umur, murah rezeki, dengan izin Allah...moga bertemu dengan malam penuh Rahmat itu..

Kawan kawan belog semua sihat sihat kah belaka?
lama aku tak menyinggah..
belog aku pun dah agak sunyi sekarang..
InsyaAllah..ada usaha untuk menceriakannya kembali..
cuma sekarang betul betul tidak dapat meluangkan sepenuh masa untuk Mathari..

Di harap teman temanku semuanya berada dalam keadaan baik..
sihat sejahtera hendaknya..
mari kita semua tingkatkan lagi amalan pada penghujung Ramadhan ini..

I loVe U All..

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Just wanna share jugak..
Ingat tak ada contest I Like My Home Nippont Paint yang aku sertai dulu? kan aku pernah minta kawan kawan untuk bantu 'vote' ku kan?
Alhamdulillah..walaupun bukan grand prize.. tapi syukur dapat juga consolation prize ni.. sape nak kasi pree pree ngecat ghomah ni.. tambah2 ngomah baru duduk memang tak tukar cat pun lagi... rezeki Ramadhan..

Terima kasih tak terhingga kepada kawan kawan yang sudi 'vote' saya pada hari tu!!
tanpa undian kalian, mungkin ku tidak berada di atas pentas itu, bersama bro Blobbie yang besar itu! =)
terima kasih banyak banyak ya!!

Penyampaian Hadiah di adakan di Hotel Empire Subang Jaya..
kami berdua menaiki motor dan membawa pulang 2 blobbies ini! bayangkan bagaimana keadaannya! nasib baik ada seorang hamba Allah tu, murah hati memberikan 2 plastik besar untuk kami, so bolehla isi..kalo tak nak pegang camno.. "terima kasih dik!"


Baru Baru ni pun dapat Duit Raya Dari KOTEX!! RM 100.. Alhamdulillah...
Contest ini ialah contest sms!

Ayuh kawan kawan, aku dah dapat, jadi aku mahu kongsi ini semua dengan rakan rakan semua! jom la cuba, aku dah sarankan pada ramai kawan kawan lain juga, dan Alhamdulillah.. setakat ni semua happy sebab dapat duit raya RM100! siapa nak kasi kan... Klik SINI


Dan Hujung minggu lalu, satu lagi contest.. menang dari Amy Mastura..
sebetulnya Sabtu Lalu sesi mengambil hadiah adalah sesi bersama Amy Mastura juga, tapi aku tak dapat join untuk jumpa Amy.. so ambil hadiah sahajalah..
contest ini ialah melalui facebook juga. hadiah perlu di ambil sendiri di SOGO.. mujur dekat je dengan rumah.. tapi.. nak ke sana.. masyaAllah.. jem giler!! nasib kami dengan motor... =)
dapat ni, set penjagaan Kulit Muka INFINITY dari KOSE.. tambahan kad raya dan T shirt juga...

Kad Raya Amy sekeluarga..

 Hm.. aku sememang nya suka masuk contast contest ni..
cuma masa je membataskan segalanya..

Alhamdulillah rezeki dari Allah..

ok lah, panjang lebor pula coretan hari ini.. mulanya nak ucapkan yang di atas tu sahaja.. tapi dah alang alang ada modal.. terus membebel lagi...

ok, sampai kita ketemu lah lagi...

salam Ramadhan..


Tuesday, August 16, 2011

2 dalam 1

Assalamualaikum,

Selamat pagi.. semoga hari yang ke 16 kita berpuasa mencapai pembentukan jiwa yang dikehendaki oleh Allah..

Bersyukur kerana masih lagi dipanjangka umur pada hari ini..
hari yang penuh makna tersendiri..
pada tarikh hari ini.. mama telah melahirkan aku..
terima kasih tak terhingga kepada mama yang telah menyabung nyawa melahirkan aku ke dunia ini..
Terima kasih atas kasih sayang mama dan papa melahirkan aku ke dunia ini..
jasamu itu tidak mampu ku balas.. kerana tiada apa yang setanding dengan kasih sayang mu ..
Allah jualah yang menentukan segalanya..
Alhamdulillah... syukur ke hadrat ilahi..


dan hari ini juga.. tarikh keramat di mana aku telah menamatkan zaman bujang ku..
di mana terlepas semua tanggungjawab orang tua ku..
dan telah pergi kepada seorang lelaki yang bergelar suami..
terima kasih abbi yang telah selama ini bersama susah dan senang.. suka dan duka..
semoga kita masing masing dapat menjadi yang terbaik untuk masing masing!
terima kasih kerana telah meletakkan diriku dalam hatimu sejak dari dulu lagi!
walau cuma aku yang lambat memahaminya.. =)
but apa pun.. u're so sweet!
i love u b..
Semoga Allah merahmati perkahwinan kita ini..




Alhamdulillah... terima kasih..Ya Allah.. atas segala rezeki ini.. atas segala kenikmatan yang Kau berikan..

Monday, August 15, 2011

HomeMade cookies kembali menyerang..

Assalamualaikum,

'HomeMade Cookies Mom n Dotter' kembali menyerang..




  
 

ada lagi... tungguuuuu.... ;)


Friday, August 12, 2011

Persoalan Feqah Puasa III


=)

Setiap apa yang berlaku adalah ketentuan yang terbaik dari Allah..
Aku menerimanya dengan Redha..
Walaupun kadangkala air mata ini tumpas juga dengan kata kata mereka 
namun aku kembalikan hati, minda dan perasaan ini kepada Allah..
bahawasanya Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk ku..
Dia yang mencipta aku, maka Dia Maha Mengetahui segala apa yang dia mahu pada diriku
Aku cuma hambanya sahaja!
Jika Dia kata nak bagi.. aku syukur sangat sangat.. namun jika tidak aku pun bersyukur sangat2 juga..
kerana apa yang dari Allah adalah yang terbaik!
Dan selama ini pun telah banyak nikmat Allah yang aku dapat ! Subhanallah.. Alhamdulillah..
Apa lagi yang perlu dipertikaikan..?
Aku hidup di dunia ini atas belas ehsan Allah.. dan bila bila masa aku akan pergi juga
Aku bersyukur dilahirkan sebagai Islam di dunia yang sementara ini..
Ada misi dan visi tersendiri kelahiran aku di dunia ini..!
dan setiap kelahiran baru di dunia ini pun aku sangat gembira! terutama sekali pada teman teman ku.. samada yang baru melahirkan atau baru mengalami pengalaman hamil! aku gembira buat mu teman teman! rasa bersyukur dan tumpang gembira atas kegembiraan kamu semua.. =)

Dan pada aku sendiri..
aku akan terus berusaha, berikhtiar dan seterusnya berdoa.. tawakkal kepada Allah.. =)
 
Tadi, ada seorang akak ni.. dah macam pangkat ibuku sendiri .. lama tak jumpa dia
kami berpelukan erat..
dan tiba tiba.. dia memegang perut ku,lalu menggosok gosoknya =)
''InysaAllah.. ada la tu nanti.. " katanya sambil tersenyum..
hmm.. =) aku cuma tersenyum simpul..
seketika terasa sebak di dada..
InsyaAllah...

Semoga kita semua diberkati Allah......


Aku hanya insan yang masih memperbaiki diri..
salah silap berbicara harap dimaafkan..



Thursday, August 11, 2011

Persoalan Feqah Puasa II


Assalamualaikum,

Mari sama sama kongsi lagi info yang ku dapat dari emel Jabatan tempat kerja ku..


































Wednesday, August 10, 2011

Monday, August 8, 2011

Assalamualaikum,

nak kongsi bersama rakan rakan semua..sedikit tazkirah dari morning talk tadi..

Datangnya bulan Ramadhan ini ialah seperti telah dibukakan sebuah taman yang indah seluas luasnya untuk kita semua..
Pada bulan ini sahaja pintu taman ini terbuka, di mana terdapat pelbagai jenis bunga bungaan yang harum harum semuanya..
Petiklah mana mana jenis bunga.. dan persembahkan pada tuan punya taman itu ..iaitu Allah..
carilah.. dan pilihlah.. yang mana mana terbaik.. untuk dipersembahkan.. kerana Allah sentiasa menunggu dari setiap kita...
Rugilah kepada sesiapa yang tidak nampak..
atau tidak mengambil peluang yang ada di depan mata ini..

pesanan untuk diri sendiri.. dan juga untuk kawan kawan tersayang juga..
marilah kita sama sama merebut peluang yang telah diberikan oleh Allah kepada kita..
Ini lah satu satunya bulan bonus! yang diberikan oleh Allah untuk kita..
Subhanallah.. Maha Suci Allah... Maha Penyayangnya Allah kita.. diberikan pula kita Ramadhan, ..di mana peluang untuk kita menambahkan pahala berlipat kali ganda!... Allahuakbar..!



  




yang baik semuanya datang dari Allah..
dan yang buruk datang dari ku sendiri..

Friday, August 5, 2011

Pizza Terbalik Versi Kella

Assalamualaikum,

Selamat menjalani puasa yang ke 5 pada hari ini.. =)

hari ni aku mahu kongsi resepi Pizza tonggang terbalik.. upss.. nama glamss.. Upside Down Pizza..
ini ialah makanan berbuka pada hari ke 3 puasa hari tu.. western sekali sekala..

ini semua gara gara terlihat sana sini orang dok sebut tentang menda alah ni! so apa lagi! terus salin resepi dan buat ajaaa..... =)

Jom Kongsi resepi!!

UPSIDE DOWN PIZZA
Sumber Asal : TUN TELANI

Dough

2 bj telur
1 cwn susu
1 cwn tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam


- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan. yg ni just gaul2 jerr :D
- sedia utk diguna



Filling:


1 keping dada ayam- kerat2 (takda ayam, me pakai daging yang dicincang)
4 sosej/hotdog- kerat2 (takda)
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree
1 sb oregano
1 sk paprika
tomato (ditambah)
Lada benggala (ditambah)
garam
Mozarella Keju secukupnya

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Aku tambah sos Putih untuk memvariasikan rasanya lagi... alaa sos putih yg orang buat dalam lasagna tu.. =)

Sos Putih

2 sudu butter
2 sudu tepun gandum
2 cwn susu segar
keju cheddar/ atau keju pilihan
garam dan lada hitam secukup rasa

- masak butter, api perlahan, kemudia masukkan terpung dan kacau sebati
- masukkan susu- kacau hingga pekat, perasakan dengan garam dan lada hitam.
- tutup api dan racikkan keju cheddar ke dalam nya.

Cara cara:

Panaskan oven dulu
- aturkan tomato dalam loyang
- curahkan sos putih
- tabur lada benggala
- masukkan semua filing yang telah siap dimasak
- curahkan adunan dough itu tadi
- taburkan mozarella cheese di atasnya ..
- bakar sampai masak!


bila dah masak... masa nak makan tu... tabur la pulak dengan parmesan cheese...
walaaa....




Selamat berbuka kawan kawan ku semua! mujur dapat update... nanti ada masa kita singgah singgah rumah kawan kawan...

DUIT RAYA BARU RM 6??

Ada sesiapa nak tukar duit untuk raya ni??










nah! mempersembahkan.........

RM 6!!!











Sorry.. jangan marah ahh... aku pun dapat dari emel kengkawan...

Senyum sokmo! =)

selamat menjalani puasa semua....

Wednesday, August 3, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Assalamualaikum,

Hari ini telah masuk hari ke 3 kita berpuasa..
Alhamdulillah...
Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada kawan kawan semua.
Syukur, kita masih diberi kesempatan berada di Bulan Mulia ini dan moga moga sempatla kita menggunakan sebaik mungkin sebulan Bulan Ramadhan mengumpul pahala sebanyak yang mungkin! rebut segala kesempatan untuk meraih pahala yang berganda ganda!

Sebetulnya, Ramadhan pertama dan kedua aku berada di kampung...
menikmati Ramadhan bersama keluarga tersayang.. Alhamdulillah atas segala kesempatan yang ada..
Syukur..

istimewa untuk semua teman teman seperjuangan...
terimalah ucapan ikhlas ini, tanda ingatan sesama kita..
semoga kita semua berada di landasan yang betul sepanjang Ramadhan ini dan terkesan keberkatan walaupun sesudah Ramadhan.. InsyaAllah..




Telah datang bulan Ramadhan..
Bulan yang Penuh Keberkatan dan Kerahmatan..
Bulan Mulia Bulan Ramadhan...
Selamat Datang Ya Ramadhan..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker