Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, May 29, 2011

Nak minta tolong

Assalamualaikum,

aku nak minta tolong kawan kawan beri pendapat..
dah berapa kali kuar masuk ke kedai letrik, kedai kedai yang jual jual ni.. tapi masih tak dapat buat keputusan.. ishshh... macamana?

aku nak beli dapur.. sebenarnya lebih kepada oven..
dalam fikiran dari dulu lagi, memang nak beli yang Zanussi yang atas dapur, bawah oven tu, sebab utama dia pakai gas je.. aku lebih suka guna gas dari eletrik.. lagipun ovennya tu besar jugakkan?


tapi sekarang dah berbelah bahagi..
survey punya survey.. dalam internet pun byk citer pasal oven europa Valencia yang jet cook tu..
tapi oven ni pakai eletrik..
aku tak tahu la sekarang ni nak buat keputusan nak beli yang macamana
terukkah penggunaan eletrik untuk penggunaan oven europa ini?
ada sesiapa yang tahu?


boleh la tolong aku..
korang rasa yang mana lebih berbaloi untuk beli?
apa kelebihan antara 2 jenis dapur ni.. atau ada jenis lain?
aku memang dalam dilema ni.. aku sebenarnya taknak guna eletrik punya sebab takul bil eletrik naik ! :p hehe..
aku bertujuan untuk pakai lama... kot nak lebih serius dalam bisnes  ke.. mesti la nak pakai yang besar tak..
tolong ya, kalau korang ada apa apa cadangan atau pendapat boleh la dicatatkan di ruangan komen yang disertakan di bawah..

terima kasih banyak banyak!
=D

Wednesday, May 25, 2011

Kek Coklat Kukus Lembab, mudah!

Assalamualaikum,
Keknya dah habis..buat 2 hari lepas.. teringin nak makan kek coklat sebenarnya.. tapi  tak mahu makan yang beli.. tak puas.. jadi buat le sendiri...godek godek buku resepi.. ada resepi yang simple..
hari ni baru sempat nak postkan resepinya...
aku nak kongsi dengan teman teman semua sebab kek ini sangat senang, mudah, ringkas.. dan sedap laa! lalalala..  =)

 Kek Coklat Kukus Lembab

1 cwn tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1sk baking powder
1 kotak susu coklat ( 250 ml)
2-3 biji telur
1 cwn gula halus
1/2 cwan butter/ mentega
3sb susu pekat
1/4 cawan minyak masak
1sk esen vanila
(kalau taknak guna butter masukkan 1cwn minyak.. ganti butter tu..)


cara;

-pukul gula, butter, dan masukkan telur, kemudia esen, masukkan tepung, serbuk koko, baking powder perlahan lahan... kacau..
-masukkan susu coklat dan last sekali minyak..
- kacau rata..
-setelah kukusan panas, masukkan adunan tadi..
-kukus 23-40 minit.. =)

toppingnya;
3-4 sb susu pekat
1/4 cwn serbuk koko
2sb butter
2sb susu segar

iya..

inilah hasilnya...
sepiring kek ini ialah untuk jiran sebelah.. =)

~ tapi ini kek aku tak buat toppingnya pun... m.a.l.a.s. .... hehehe... tak sabar nak ngapp!~


selamat mencoba pada sesiapa yang mahu mencoba..




~Oh ya, lagu yang sedang ke udara di blog ini sekarang ialah.. Rapuh nyanyian Opick 
hayati ...


Gempar!!

Assalamualaikum

Selepas digemparkan baru baru ini tentang status halal yang diragui di secret resepi, hari ini aku dapat 1 emel dari sahabat tentang sejenis 'butter' yang telah disahkan tidak halal!



ianya ialah Golden Churn Butter keluaran newZealand!



sebenarnya aku juga mempunyai stok butter ni! ada 1 tin tak digunakan!
dah lama beli, tapi aku tak guna guna lagi.. mungkin disebabkan harganya memang agak mahal, makanya aku bertangguh tangguh untuk menggunakannya!!
mungkin inilah rahmatnya!!
balik nanti aku nak amik dan bagi sahaja kat Kak Chan kat pejabat ni! dia sahaja mangsanya..

berhati hatilah teman teman sekelian...
aku dapat emel ni  terus aku post??
cepat je nak post! tak check betul ke tak lagi, aku dah tengok surat tu, betulla tu kot..
walaupun tidak ada lagi secara rasmi di sebarkan dalam akhbar ke tv ke radio ke.. tapi aku rasa menda haram ni baik je aku bagitau cepat cepat maklumat ni kat kawan kawan...
kot baru je nak buka tin pakai ke.. ape ke..
ape pun,
tapi nanti aku nak semak lagi.. kot ada bukti lain akan ku sebarkan ok!

terima kasih.


Rapuh

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

ohhh..ohh...
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu...

:'(



Saturday, May 21, 2011

Cuba lah, Gerenti Sedap!!

 Assalamualaikum..


Syukur.. hujan sedang turun di luar sana... rasa dingin.. tapi kedinginan kurasakan bersendiri sahaja, kerana abbi berada di luar kawasan atas urusan kerja.. rindu dia.. semoga dia sukses dalam urusan kerja nya itu dan mendapat keberkatan Allah..insyaAllah..

Sehari hari ini memang penuh je jadual aku kat rumah!
berhousekeeping.. dari pagi! memang mampu mengeluarkan peluh jugak tau.. tak perlu nak berjogging ke apa ke.. pegang kayu penyapu, mop lantai. kemas rumah.. basuh kain.. sudah cukup untuk mengeluarkan peluh.. =)
Makan? masak ikan gulai tempoyak je dengan nasik! makan sorang... hmm..

oiii.. dah bebel panjang pula..
tajuknya  kan macam sedap!

kali ni aku nak kongsi dengan kawan kawan resepi baru!
pertama kali membuatnya,
bukan buat hari ni, buat minggu minggu lalu, tapi biasa lah tak terupdate kan..
so, resepi kali ini ialah..
Udang goreng tempoyak!
wallaaa.. sedap weh!
sebetulnya aku tak ingat di mana aku mendapat resepi ini, tapi yang pasti aku membacanya di internet dan ingat tak ingat je aku bantai buat sendiri, kebetulan stok tempoyak ada! apa salah mencuba ya!?

ok mari kongsi resepi;

Udang Goreng Tempoyak versi Kella ;p
10 ekor udang (terpulang mahu lebih ke)
2-3 ulas bwg merah(tumbuk)
2-3 ulas bawang putih (ketuk)
1biji bawang besar (hiris bulat bulat)
1 bijilada merah hidup besar
sikit hirisan lada benggala hijau
cili padi (ikut suka kalau nak pedas)
Sayuran- aku letak bunga kubis, kubis, kacang panjang
1-2 sudu besar tempoyak
garam secukupnya

Cara:
Tumis bawang putih, bawang merah hingga agak wangi baunya, kemudian masukkan, hirisan lada, selepas itu sayuran.. bila sayur dah separuh masak ..kemudian masukkan tempoyak dan kemudian udang dan last  bawang besar dan lada benggala..
masuk garam gula secukup rasa...
rasalah ia...

siap! inilah dia... Udang goreng tempoyak .. ^__^


Cubalah!! :D

oh ya, ini rakan rakan lauk pauk..
~ aku buat juga kari ikan, kentang+tempegoreng pedas dan udang goreng tempoyak, nasi untuk 2 orang... makan depan tv, seperti biasa lapik kertas surat khabar atas karpet.. yang sorang duduk bersila.. yang sorang duduk bersimpuh.. menikmati hidangan penuh selera! masa ni kami 2 memang benar benar lapar.. tu yang sampai 3 jenis lauk! huhuhu... makan sebelum lapar sepatutnya.. tapi apakan daya.. ~

~ makan buah sepatutnya sebelum makan nasi.. tapi dah baru teringat.. lepas makan je la.. boleh buat cuci gigi.. hehe.. ~

ok itu sahaja resepi yang boleh di kongsi... boleh la cuba ya!

hingga kita bertemu lagi!

Malam ni nak buat kek moist choclate! teringin.. lama tak makan... =)

Thursday, May 19, 2011

Sedang Buat Apa tu.. ?

Assalamualaikum..
Apa nak jadilah dengan belog Mathari ni kan..
prestasinya makin menurun!
bukannya susah pun, bukak belog dan taip sahaja apa apa perkataan... dah boleh jadi satu entri! kan?
kalau la semudah itu... hmm..
menulis belog juga memerlukan mood.. memerlukan masa..
kerana setiap entri itu akan mempamerkan kewibawaan belog itu sendiri..
memberikan sesebuah belog itu punyai kualiti tersendiri dan bukannya langgar lari.. ;p

entah apa bicara aku di petang ini?
mungkin sebab baru lepas makan coklat cadbury pemberian Ezura tadi..
atau mungkin juga lepas kena tegur dek kawan yang perasan tentang nasib belog ini yang tidak berupdate kebelakangan ini.. tak sangka kamu perasan ya mimy

apa nak cerita lagi!
oh ya,
kamu tahu apa nama buah di bawah ini?





















Tahu ke?

ini ialah buah Nona... ada tertanam pokok ni kat rumah mak abah di bt gajah..
aku pada mulanya tak minat makan.. tapi bila dah rasa..
hmmm sedap pulok.. aku suka makan tika sejuk sejuk.. baru keluar peti ais.. sedap.. :)

















~ Begini lah rupa isi di dalamnya.. teksturnya seperti buah Belanda, rasanya pun lebih kurang je, cuma buah nona ni dia ada semacam bau wangi yang lain dari yang lain.. =)

ok! so petang ni korang dah tahu satu lagi jenis buah buahan, gembira tak? ;p

itu sahaja yang mampu dicoretkan di sini pada petang ini!

ikutkan nak cerita tentang Macaroon yang aku belajar baru2 ni, dan percubaan pertama membuat macaroon.. tapi..tunggu di next episod la ya!



Tu dah jadi pun satu entri tu.. =)

Monday, May 16, 2011

Loken atau Lokin atau Memory Lane

Ada sesiapa yang pernah pegi Lokin? kalau orang Perak terutama yang dok Ipoh mesti tahu Lokin punya..
atau dikenali dengan Memory Lane... atau Gerbang Malam di malamnya? ye ke?

Aku memang suka tempat ni! itu aku lah, tak tahu lah orang lain, tapi aku rasa ramai orang pun suka tempat ni, tapi ada jugak di antara kawan2 aku tak suka tempat ini, katanya tempat orang jual sampah! isssh, ada ke? hanya jauhari mengenal manikam..

aku suka tempat ni sebab ada banyak barangan klassik, barang pelik2, barang2 unik, barang barang yang boleh buatkan aku mengimbau masa lalu.. zaman kanak kanak.. pendek kata barang barang lama yang dijual samada tersangat mahal atau tersangat murah.. =)
tapi sekarang ni, dah banyak barang  barang lain turut di jual, dan makin besar dan Lokin ni, dah ada orang jual buah, pakaian, selendang.. dan macam2 lagi lah!

macam aku ni memang le suka.. sebab aku memang suka kat barang barang klassik, unik yang memang sukar untuk diperolehi zaman sekarang..


~ macam macam ada.. meh main 'cari barang tersembunyi' meh! ~


~ hai.. teringin nak telefon antik yang itu!! mahal weh....~

~ haa.. ini kegemaran aku le nih! tu tengok tu tangan aku le tu dok milih pinggan lama.. best!~

~ ini adalah barang lama, klassik yang paling besar kot kat Lokin ni!~


~ dan ini ialah aku punya! berjaya beli 3 besar, 3 kecil dengan harga yang cukup memuaskan hati selepas sesi tawar menawar! tersangat la murah hai..kondisinya pun masih elok dan cantik..~

nanti nak balik lagi, nak pegi Lokin lagi! geee... :D



Jom lah, pada sesiapa yang belum pernah pergi boleh la pergi, oh ya! Lokin hanya di buka pada hari Ahad sahaja ya.. ingat tu.. =)

projek makan makan

Assalamualaikum,


macam huru hara je blogspot baru baru ni? blogspot under maintenance kita semua pun turut kalut kan..
mahu tak, abis komen2 macam hilang je? kan? frust!

penangan blogspot sungguh!
tapi kelihatannya semuanya dah kembali ok!

so aku nak sambung balik citer citer yang dah terbengkalai hari tu..
ingat tak aku penah taip tentang projek2 yang memenuhi jadual harian.. salah satu nya ini lah..

projek makan makan..
**************************************************



Bawah ni ialah projek 250! eh bukan, 300 sebenarnya.. projek 300 tat buah!

buat ni untuk teman sepejabat abbi, untuk majlis kesyukuran..

buat ni hari Jumaat, petangnya nak kami nak balik kampung



namun, Alhamdulilah.. sempat siap seperti yang dikehendaki..





~ so apa tunggu lagi, tempah la sekarang! sementara stok masih ada! huhuhu... ~



*****************************************************



Ahad tu, balik je dari kampung pula, memang ingat esoknya hari isnin kena sediakan spagetti ni!

ingat nak buat pada malamnya, tapi dek keletihan aku tidur awal dan bangun awal pagi untuk siapkan semuanya sebelum ke pejabat! mula2 dah risau jugak, takut tak sempat, tapi Alhamdulullah.. sempat! =)

buat ni atas permintaan ramai, untuk majlis suka suka meraikan kenaikan pangkat teman sepejabat iaitu Kak Ummi yang juga akan berpindah ke tempat bertugas yang baru..



All da best kak ummi..




~ siap tabut 'parmeesan cheese' lagi kat atas tu..~



*************************************************



ini pulak citer lama, aku tak sempat nak keluarkan entrinya,

tentang Ameen, budak praktikal di pejabat kami yang telah berakhir praktikalnya hujung bulan lalu..

budak ameen ni memang bagus, walaupun ada sedikit nakal, hehe..

Ameen ni banyak menglibatkan diri dalam aktiviti dan program yang pejabat kami jalankan, dah macam staff kami pula..



gambar bawah ni adalah antara aktiviti makan makan bersamanya sempena hari terakhir beliau..



Ribuan terima kasih untuk Ameen sebab dah banyak membantu masa kat sini, harap harap ameen tak ambil hati atau terasa seperti dibuli pulak semasa disini.. hehe

Selamat maju jaya dalam semua bidang yang diceburi.. =)





Itu sahajalah dulu serba sedikit cerita yang ingin ku kongsikan dari hari tu lagi! hmm..

reputasi berbelog semakin menurun nampaknya nih!

ishh..



Selamat menghadapi hari Isnin dengan penuh bersemangat! :D





tak lupa nak ucapkan Selamat Hari Guru juga buat semua pendidik ! =)

Wednesday, May 11, 2011

Gambar best dari Mr Z

dah solat maghrib dah semua?
Alhamdulillah kalau dah.

Lama tak post gambar gambar best kan?

mari kongsi gambar cantik lagi..
Aku tanpa segan silu mengatakan cantik sebab ini bukan hasil tangkapan aku,
tapi ini abbi yang ambil ni!
hehehe... dia dah pandai yaa...

hmmm not bad la...

dia memang tak suka nak ambil2 gambar ni, katanya leceh la, rimas la..
tapi kali ni dia terpaksa,
sebab?
sebab masa ni aku yang tengah drive, tengah bawa kereta, pemandangan pulak memang cun abis masa ni, so, aku takkan nak lepas peluang kot kan?
so apa lagi, b lah jadi mangsa!
hehe... kerana sayang b turutkan la yeh...? hehehe

ada jugak dia cadangkan, supaya tukar pemandu!
benhenti tepi katanya, biar dia yang bawa kereta dan aku yang ambil gambar! huhuuh...
sampai camtu sekali?

hehe, tapi hasilnya lumayan la b....
kan cantik tu..
ala biasalah bukan pro.. kita amatur je..
ok lah tu...

so enjoy ya!

=)




oh ya! korang dah teka ke apa menda gambar kat entri bawah tu?
hehe

Mari kita tengok siapa yang kena.... =)

Assalamualaikum,

kawan kawan yang bijak pandai...
ce teka.. ce teka.. apakah menda di bawah ini?
v
v
v
V


Berpikir di luar kotak..

selamat tengahari dan selamat mencuba!

:D

Monday, May 9, 2011

penat jugak..

penat belum reda..
baru balik rumah semalam,
macam macam cerita yang boleh dikongsi, sampai tak tahu mana nak mula dulu..

kawan kawan pun tak sempat aku nak singgah singgah lagi ni..
maafkan aku...
kebelakangan ni agak sibuk pula..
cerita yang lama pun belum di keluarkan lagi, dah masuk cerita baru..
termasuk la projek projek yang dah di plan dan juga yang 'ad hoc'!

maaf ya teman 2 aku tahu kamu masih singgah singgah ke sini..
cuma aku yang masih belum sempat sepenuhnya .. maaf..

semoga hari hari yang mendatang, lebih baik dari hari hari yang telah berlalu..

jaga diri..
jaga peribadi..

Friday, May 6, 2011

Terharu dibuatnya Nabilah! :D

Assalamualaikum,

aku rasa ramai sangat yang mengenali Zafira Nabilah? atau sinonim dengan APAKATAHATI... =)



Terkejut bila masuk belog dia semalam! geee..... Mathari dah kena 'review' dek Nabilah laaa...
fullamak! rasa glamer kejap weh...
kembang kuncup je aku membacanya!
hehehe...























patutla tetiba traffik tinggi semacam he.. huhuhu....


tak sangka betul, agak terperinci maklumat tentang Mathari yang Nabilah ceritakan!
rasanya Nabilah merangkumi keseluruhan Mathari hanya dalam satu helai sahaja?
bijak.. bijak... pandai betul! cayalah! :D hehehe...

terima kasih yang tak terhingga diucapkan pada Nabilah yang sudi me'review' belog picisan ini...
terima kasih banyak banyak!
sepanjang aku berbelog ni rasanya belum pernah ada lagi kot yang me'review' aku sebegini rupa! huhuhu.. terharu sungguh dibuatnya!
tapi Nabilah puji banyak sangat laaa..malu sesungguh la ai!

lagi satu,
mana jumpa gambar 'snow' man tu!
pandai betul dia cari! :)

u make my day la... =)
Muah muah



untuk pengetahuan semua Nabilah ni pun seorang blogger yang sangat sangat la peramahnya! murah hati dan suka kasi tutorial..

Nak kenal Nabilah? jom ke ApaKataHati..

nak tengok Nabilah review Mathari? pegi ke blog review: Mathari





Terima kasih pada Fara, Ummi, En Ilham, gha_this87, humbleyat, Redza dan Puanbee2 kerana sudi mengikut blog ini! nanti kita akan singgah singgah ya! :D

Wednesday, May 4, 2011

Mari Dengar Cerita Ceriti Ceritu..

Agak lama jugak aku meninggalkan belog..
lebih kurang 2 minggu..
semestinya dalam masa 2 minggu tu banyak perkara yang terjadi..
suka duka jatuh bangun sendiri yang rasa..

setakat aku cuti berbelog, ini ialah entri ke...empat kot! kan?
hmmm...
mood masih lagi tak masyuk sebenarnya! hmm
'hati kecil' ada rasa sikit hiba..
tapi takpe!
ok, meh le aku kongsi serba sikit peristiwa yang gembira sepanjang 2 minggu bercuti dari berbelog!

yeah.. come with me.. meh aku citer secara ringkas sahaja ya... =)

......................................................................................................................................................

~ hujung minggu pertama, ingat tak aku pernah sebutkan tentang program jabatan kami? haa... aku salah seorang yang sekretariat yang menguruskan program ini...
~program kami ini di jalankan di Broga!! Lenggeng N9!... memang sesuatu yang lain dari yang lain dan membawa keterujaan!
~ pertama kali main paint ball! aku terkena tembakan di kepala weh.. berdenyut denyut jugak! memang sakit..
~ keseluruhannya... Alhamdulillah.. program berjaya hingga ke akhir.. terlebih terkurang tu adat la.. manusia kan banyak kekurangan, tapi ianya memang satu pengalaman yang menarik.. :)


..................................................................................................................................

~ yeah.... Seminar oh seminar.....
~ banyak banyak segmen aku paling suka segmen bersama Dr Robiah Kulop Hamzah! benar benar terkesan di hati... nanti di segmen lain aku akan ceritakan apa yang aku dapat dari nya.. kali ni tengok gambo je ler...



~ seterusnya... hujung minggu lalu.. balik kampung ya abbi....
~ nantikan ceritanya di next episod ok...
~ kali ni aku cuma tunjuk gambar gambar yang best antara aktiviti di kampung... hehehehe




jeng jeng jeng...
tahukah di mana tempat2 tersebut?

hehehhe...

sehingga kita bertemu lagi..
majulah belog untuk negara..

senyum senyum selalu..
jangan sedih sedih.. buang segala kedukaan tu jauh jauh.. buat apa nak kenangkan yang sedih sedih.. sedangkan sekeliling kita penuh dengan kegembiraan.. penuh dengan nikmat dan rezeki dari Allah...
sesungguhnya setiap hela nafas itu juga ialah rezeki dan nikmat dari Allah..
berssyukur seadanya...

Alhamdulillah...

mari kita sama sama ucapkan..
ALHAMDULILLAH...

MARI SEBUT RAMAI RAMAI... IKUT AKU YA...

ALHAMDULILLAHH....

sekali lagi,

ALHAMDULILLAH>>>

Syukur....

=)

Respon Tuan Guru Nik Aziz Tentang Kematian Osama Bin Laden

Assalamualaikum,

Sana sini pun dunia sedang memperkatakan tentang Osama.. banyak cerita yang entah benar entah tidak.. namun aku ingin berkongsi pandangan atau respon dari Tok Guru Nik Aziz tentang kematian Osama bin laden yang ku petik dari blog Tok Guru sendiri , boleh ke link TokGuru
pandangan yang ku kira sangat telus, mulus, tenang, matang dan berilmu..
tu pasal aku kongsi di sini...
untuk rujukan ku dan kawan kawan yang sudi membaca..



Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.


Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.




Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan keganasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.


Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini.


Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.


Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.


Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?


Sekian, wassalam.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Pejabat Menteri Besar Kelantan

Tuesday, May 3, 2011

mengintai di luar jendela...


Awan hitam berarak.. mendung.
serta merta, langit yang tadi cerah, kini bertukar menjadi gelap..
bahang panas sudah mula bertukar sejuk dek angin yang bertiup kencang..
kilat dan petir memberi tanda..
tanda.. bumi akan dilimpahi titis titis hujan..
mengikut percaturan, akan lebat..

di luar sana..
hujan sedang turun dengan lebatnya..
rahmat yang melimpah ruah pada sesiapa yang melihat dari sudut itu...
jangan mengeluh,
setiap kejadian Allah itu, jika dilihat dari sudut yang baik..
pasti akan terlihat kerahmatannya..
bersyukur seadanya..

Aku, masih belum boleh pulang lagi,
menanti abbi datang..
jalan sure jem ni..
Kuala Lumpur..
biasalah tu...
tapi best kalau naik motor tau...
dapat rasa sejuk dari hujan..
dapat bau hujan yang sedap itu..
hmmm... segar...

Aku Datang! Rindu...

Lirik Untukmu - Feminin


Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya


Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta


( korus 1 )
Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara kupasti
Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi
Mekar di taman hati


( korus 2 )
Walaupun jauh pandangan mata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah
Untukmu


Saban hari diriku menuggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa
Kau jadi penawar


Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula
Janji bara cinta


Yeah...
Mimpi yang dikejar telah pun menjadi nyata
teristimewa untuk anda semua...
Untukmu...

Assalamualaikum..

menyanyi nyanyi dahulu.. baru nak kasi salam kan.. hmm

rindu laaa!! Rindu kat belog kesayangan ni dan rindu kat kamu kamu dan kamu di sana...

bersyukur atas nikmat sementara yang dikurniakan oleh Allah untuk hari ini.. atas rezeki yang tak putus putus sehari harian.. Terima kasih ya Allah.. syukur Alhamdulillah..syukur atas segala nikmat.. kemudahan.. kesenangan.. kemampuan yang telah kau berikan ini.. syukur kerana aku masih mampu mengucap syukur..
syukur kerana aku masih mampu menekan huruf huruf di papan kekunci ini untuk menzahirkan rasa rindu yang indah ini pada yang mahu menerima..



















~Motif gambar? tumpang gembira atas kegembiraan orang lain yang menerima berita gembira itu.. syukur..





Selamat menjalani kehidupan baru di hari ini pula dan semoga semua yang kita lakukan adalah kerana Allah..







Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker