Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, March 31, 2011

Mesti Baca! : Cara Wardina Safiyyah Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...

Assalamualaikum,
aku mendapat kiriman emel dari sahabat tentang cara wardina safiyyah melatih anak nya solat..
hati ini sangat tersentuh dengan ceritanya ini... rasa terharu..
terus aku cepat cepat mahu kongsi dengan kamu semua!
insyaAllah....
kalau aku ada anak pun aku nak latih dia sebegini... hm

Semoga semua mendapat manfaat..
 


















bERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?


Syurgalah tempat bagi orang orang yang beriman....


Monday, March 28, 2011

hai kawan kawan..... :)

Assalamualaikum !
saya dah balik......
=)
rindunyaaaaa.....
apa cer semua kawan kawan seperjuangan...?
baru balik dari program teambuilding semalam.. bukan sebagai peserta tapi sebagai sekretariat di sana, tapi sepanjang mengikuti program tersebut banyak juga dipelajari...

nanti sembang lagi..
update sekejap je ni,
biasalah.. hari isnin, kerja banyak kan..

nanti kita jalan2 rumah kawan2 semua.. rindu u olls....
lama tak dengar citer korang ni.. nanti aku kan singgah ye..
rindunnya..

see ya!


blog..blog.. blogger.. blogger...
penangannya hebat sungguh la!
:D

Saturday, March 26, 2011

Bila Rindu.....









malam ini tidur tak berbantalkan lengan itu..
rindu menggamit rasa..

Friday, March 25, 2011

Rona

sesetengah orang sudah berasa diri sudah tinggi dan besar..
telinganya selalu mendengar kata kata pujian sahaja..
parah lah pada sesiapa yang berkata benar (tentang kekurangannya)
golongan yang tidak biasa kalah ini akan tercabar bilamana dirinya diganggu gugat dengan kelebihan orang lain.. tak boleh terima, tak mahu terima..
kalau tak boleh terima kelebihan orang lain, cubalah lakukan yang terbaik juga..
jangan hanya keluar di bibir super saiya hebatnya tapi hasil tiada

kita yang dikurniakan akal fikiran  ni..
tentunya akan dapat menilai
yang mana tin kosong dan yang mana tin berisi..

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.



Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

Thursday, March 24, 2011

Salam Takziah untukmu dik..



Aku baru sahaja mengetahui mengenai hal ini bila buka fb..
seorang teman yang ku anggap seperti adikku sendiri.. telah kehilangan anaknya yang baru sahaja sempat melihat dunia ini selama 51 hari.. akibat serangan virus pada paru paru.. Innalillah..
salam takziah untuknya sekeluarga..
sedih.. sebak sangat terasa.. sebab sebelum ini aku memang mengikuti perkembangan dirinya (sejak bertemu di FB) dari sebelum berkahwin, kemudiannya bergelar seorang isteri dan seterusnya seorang ibu!

Tabahlah Asfa..
sesungguhnnya Allah sangat sayangkan Adriana.
Segala yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri..
Ketahuilah hanya Allah yang mengetahui yang terbaik untuk kita
Allah berikan ujian ini kerana tahu Asfa boleh menghadapinya.. Asfa kuat!
Namun Asfa telah sempat merasa nikmat mengandung dan melahirkan Adriana..
dan kamu juga telah berjaya bergelar ibu dik..
dan bukan semua wanita sempat merasai nikmat itu..
Percayalah Adriana menantimu di sana..
di alam yang kekal abadi..
InsyaAllah..




Berat mata memandang..
berat lagi bahu yang memikul..
tiba masanya kita semua kan pergi..
tak kira kecil, besar... tua dan muda..
semuanya telah tertulis..
Allah jualah yang Maha Mengetahui..


hmm wangiii.... (Kella) :)

 salam alaik...

:)

baru sahaja lepas membaking...
harum semerbak bau rumah.. wangi...
bau ini!


aku pun wangi gak...

ini ialah..

Puding Roti Wangi versi Kella

yeah.. resepi dari buku resepi Mak! 
tengkiu mak.. kasi pinjam ini buku!
best sangat!
tapi aku ada tokok tambah sikit..
nak resepi..
mudah sangat membuatnya.

PUDING ROTI WANGI versi Kella

bahan:

4 keping roti.
sedikit campuran buahan kering/ kismis
450 susu segar/ susu tepung
3-4 biji telur
25gm Gula
sedikit susu pekat
esen vanila

cara membuatnya:
atur roti dalam loyang
panaskansusu atas api sederhana tp jgn gelegak ya
pukul telur dan gula dan esen
masukkan pula susu tadi dan kacau
tuangkan dalam loyang berisi roti itu..
tunggu seketika biar roti tu kembang
tabur bebuahan itu
dan bako..
bakor..kita bakor...
dahsiap!

:)

mari mencuba~



Wednesday, March 23, 2011

Zipppppp....


mengumpat mengumpat mengumpat
mengata mengata mengata
takde kerja lain ke wehh
mengutuk mengutuk mengutuk je kejanya!
tak takut Tuhan ke weh

aku tahu aku pun bukannya baik sangat
tapi aku tahu mengutuk, mengata, mengumpat orang tu tak baik
so, jom la berubah la weh
tak banyak pun, kurangkanlah weh...
aduhh..
teruk sangat dah nih
mengata macam diri sendiri tu sempurna sangat ! hek eleeh.. tolonglah, itu yang aku tak tahan tu..
bingit telinga ni mendengar dari dalam ni, walaupun dok jauh .., tapi tetap dapat dengar suara suara bingit itu!
pastu gelak gelak macam nak pecah anak tekak! ya rabbbi....

dah dah la weh
buat la kerja lain, kerja kerja pejabat dah abis ke?
kalau takda kerja sangat
buat blog macam aku nih!
ha.. bercerita lah sepuas puasnya dalam ni!
meh la join aku berblog!!
jangan mengata aku dalam blog suda la...

baca dalam nada tenang je..
jgn marah marah..
huhu..

Fenomena sebelum tsunami?

Seperti yang kita semua sedia maklum,
Jepun telah di landa Gempa bumi, Tsunami, dan kesan radiasi tenaga nuklear..
ini adalah satu seumpamanya bencana yang pernah terjadi di dunia.. dan selang selepas itu mereka di landa ' tsunami salji' pula..
saban hari pun aku ikut perkembangan berita tentang ini...

tadi aku dapat emel dari sahabat.. kejadian pelik yang dipercayai berlaku sebelum tsunami di Jepun!
mari kongsi emel yang aku terima ini.
dikatakan kejadian ini ada kaitan dengan gempa dan tsunami yang melanda Jepun selepas itu..
wallahua'lam..

~ kelihatan seperti tumpahan minyak..~

~ kumpulan ikan yang sangat banyak!~

~ takut pulak bila tengok macam ni kan?~

~ rezeki datang bergolek depan mata... ~

~ fenomena yang lain dari yang lain.. ~
~ Gosh.... banyak nya!! ~

.............................................................................................................................


Bumi kita dah uzur kan..
dah tua dah dia...
sepatutnya kita menjaga dia..
bukan asyik fikir tentang keuntungan semata mata...
susah kalau orang yang di beri mata tak dapat melihat...
di beri akal tak pandai digunakan..

Tuesday, March 22, 2011

Pergi takkan kembali

Masuk je pejabat hari ini, terus dikejutkan dengan berita kematian teman sekerja.
Baru minggu lepas sahaja bertemu dengannya..
tak sangka, ucapan " i pergi dulu..." itu adalah ucapannya terakhir..

dia adalah teman sekerja beragama hindu.. seorang berbangsa india yang sangat peramah, baik hati dan suka senyum!
setiap kali dia datang ke pejabat ini untuk tujuan menghantar surat, wlaupun tiada surat untukku dia tetap akan singgah ke bilik ini untuk bertanyakan khabar.. berkongsi cerita.. kadangkala tu aku tak sempat jugak nak layan sangat..banyak cerita yg dia suka kongsi.. :)
kali terakhir dia datang sini pada minggu lepas tu, dia maklumkan tentang niatnya untuk ke India tengah tahun ni, untuk tujuan sembahyang di sana.. setiap tahun pun dia akan ke sana, tiket pun dah beli katanya..
dia adalah seorang penganut agama hindu yang kuat..
kadangkala tengok dia berjambang, kerana bernazar la.. pastu botak licin pula.. semuanya semata mata tuntutan anutannya.

dia selalu juga kongsi 'basic in life' macam...
saling hormat menghormati sesama manusia..
memberi orang makan...(macam bersedekah la tu..)
membantu tanpa mengharapkan balasan...
buat yang terbaik dalam setiap kerja...
hmm.. kalau aku melayan dia memang lama lah 'drag' masa tu.. sebab ada sahaja modalnya untuk berborak..

namun sekarang dia dah tak ada..
yang tinggal hanya lah nama..
sebagai seorang sahabat dan atas sifat sifat kemanusiaan sesama kita..
takziah diucapkan pada ahli keluarganya..
pastinya kehilangan beliau amatlah dirasai oleh ahli keluarganya..

Saturday, March 19, 2011

Keluar dari Kuala Lumpur

Assalamualaikum!
so, keputusannya, kami akan ke Pulau Pinang! Alhamdulillah
sebelum mengeluarkan diri dari ibunegara, Kuala Lumpur, sempat la aku 'update' blog jap!

sebenarnya aku ke sana adalah untuk menghadiri majlis konvo adikku.. Achik!
dia dah ada kat sana awal awal untuk ambil jubah..

Papa mama sekeluarga pun sedang dalam perjalanan ni, kami pun akan berangkat sebentar lagi!
semoga perjalanan kami sekeluarga selamat lah hendaknya..

chopp!!! aku sedang tersipu sipu tak habis lagi jugak ni!
err.. sebelum tu, aku minta maaf sebab kadangkala tu tak sempat nak kunjung balas mereka yang singah ke shoutbox kat tepi nih, sebab kalau kat pejabat, menda tu di block!
tapi semalam di rumah aku ada perasan, ada orang tu, tak pernah2 komen kat blog aku ni, tapi tetiba ada komen dia semalam kat shout box! hehehe.. tersipu sipu pulak dibuat nyee.. hehe..  ber ' saya ' awak' lah pulok...
tengkiu babe.. :)
pertama kali tu dia meninggalkan tulisan komen dia di sini.. biasanya alasan tak retilah, tak tahu nak komen la.. dan macam2 lagi..

ok. itu sahaja, kat sana kalau ada wifi aku akan update lagi..
sayang kat blog Mathari dan  teristimewa kamu kamu di sana yang selalu sahaja ada dan dekat di hati!
tanpa korang .. siapalah aku.. chewah!

selamat berhujung minggu ya!

oh ya! ada menda best tempat kat penang yang boleh jalan jalan ya.. kot sempat, boleh jalan2... aku memang lansung tak tahu apa2

daaa...

Assalamualaikum..

tqsm!

Friday, March 18, 2011

adek




Yo Bro!
Lupa lak wa nak buat entri tentang lu punya hari lahir!
sorry arr bro!
tapi wa dah wish kot sms dan kol hari tu kan?
gembira je wa dengar suara lu bro..
lu dah besar sekarang ni!
suara pun dah garau semacam dah..
tinggi toksah cakap ah.. papa pun lu dah lepas..
badan lagi la toksah cakap ah.. besar punya!

wa tak lupa hari lahir lu bro..
wa ingat lagi masa lu lahir, papa kena pergi hospital..
wa yang kena jaga adik adik yang lain..
masa tu dapat kol dari hospital kata... mama telah lahirkan 'baby boy'
lu lah tu dek!
wa ingat lagi masa tu, ada makcik tu suruh kami pegi umah dia nak jaga kami,
tapi wa tetap nak dok umah juga, biar wa je jaga adik adik, tunggu je kat rumah, sementara mama dan papa bawak lu balik

bro..
lu lahir pada 12hb Mac 1995
wa ingat lagi masa lu kecik lu comel giler..
putih..
wa memang suka tolak lu dalam kereta sorong bayi tu..
wa bawak lu jalan jalan ke taman..
semua orang suka tengok lu! geram dengan lu..
selalu nak cium dan cubit pipi lu yang gebu tu!

kami adik beradik bergilir gilir jaga lu tau..
tolak buaian lu sambil menyanyi nyanyi lagu 'laillahaillallah....Muhamaadarrasulullahh...'
sampai kami pun tertido tido la jugak!
kenkadang tu lu memang liat gila nak tido..
kena paksa lu tido.. kalau tak kami takleh gi main.. huhu..

mama cukup jaga pemakanan lu masa lu masih bayi..
mama selalu rebus nasi dengan 'carrot', kentang dan ikan bilis
lepas tu mama lenyek guna penapis bagi lebih halus, senang untuk lu makan..
kadang kala tu wa yang tolong mama buat semua tu,
tapi bila wa dah mahir, terus mama suruh wa yang buat pulak..
la hai..

papa pulak memang suka bawa lu jalan jalan naik moto kan..
habis se'round' se 'round' papa pusing kawasan perumahan bawa lu..
papa pun suka je beli mainan baru untuk lu...
lu ingat tak, masa lu kecik lu suka main mainan laga laga..
lu main sorang sorang je pun boleh..
lu kalau main memang macam dok kat dunia lain...
tak hirau sekeliling dah...
kami tengok je sambil gelak gelak..
penuh perasaan beb! :)

wa rasa sampai sini jela dek,
wa kalau cakap pasal lu wa takleh lama lama..
wa rasa sebak, wa rasa sedih.. macam nak nangis..
jiwa wa halus dek..
wa bukan apa, wa tengok lu dah besar dek
macam sekelip mata je lu dah pun besar..
dah tak boleh dah wa nak luku kepala lu!
kalau main lawan lawan sekarang ni sure sakit sekali lu sepak wa dek,
dulu asyik wa je menang! haha..
sekarang wa kena main tipu kalo nak menang! eh dulu pun wa main tipu gak! hoho
wa memang suka buli lu dulu kan..
hmmm...

tukar versi


kekla yang pertama dan adek yang terakhir..
kekla tengok adek membesar di depan mata kekla..
dan semestinya kekla nak yang terbaik sahaja untuk adik!
kekla marah marah bukan sebab benci
kekla membebel bebel bukan sebab tak suka
tapi kekla nak adek jadi yang terbaik!
papa, mama, kakak2 dan abang mu tetap menaruh harapan yang adek boleh melepasi walau apa jenis kepayahan dengan bijak..
kami hanya mampu memberikan kata kata semangat dan dorongan..
tapi yang mampu merubahnya ialah..
adek sendiri...
( membebel lagi kekla kat sini! huh, i cant stop la if its about u dek.. hehe )

Jadi,
Selamat Hari lahir untuk adikku 'adek'!
semoga menjadi anak yang soleh, selamat di dunia dan di akhirat..
love u so much!
=)

jangan lupa berterima kasih kat mama, sebab pada tarikh itu, dia yang bertarung nyawa melahirkan kamu dek..

lots of love..
peace!
(^_^)v

Assalamualaikum

Salam hari Jumaat..
sebelum apa apa .. sila sedekahkan Al fatihah untuk ibu bapa masing masing di awal pagi ni.. samada mereka masih hidup atau pun telah pergi.. moga moga kehidupan seharian kita hari ini dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki.. =)

Apa cerita malam semalam? ada apa apa yang boleh dikongsi? =)

aku sebenarnya sepanjang 2 minggu ni dok kalut dengan agenda nak ke penang!
pergi tak pergi.. pergi tak pergi! plan asyik berubah dek kerana agenda lain yang tiba tiba muncul!
dan keputusannya, semalam memutuskan kita akan pergi! tapi baru 77% je.. kejap lagi abbi akan kol.. kalau semuanya berjalan lancar.. boleh la teruskan pergi!
hati kata mahu pergi!

moga Allah beri petunjuk jalan yang mana yang betul untuk kami pilih...



Tidak pernah ada kata gagal bagi setiap muslim yang tawwakal
yang ada adalah keberhasilan yang diberikan Allah berbeza dengan yang kita inginkan
dan tidak semua yang menurut kita baik, baik juga menurut Allah

Dia sahajalah yang Maha Mengetahui

Thursday, March 17, 2011

Saya dah terima, hadiah dari Rima, hati bergema, jiwa berirama...


Cik Rima menjual..saya membeli
pantun digubah..menjadi seni..
setelah ditapis berselang seli
maka habuannya.. beg cantik ini..

Terima kasih cik Rima!! :D


tak sangka pantun ku hari tu.. bertuah untuk memiliki beg ini..
jauh ya datangnya beg ni kan?
terima kasih tak terhingga dan daku terima hadiah ini dengan senang hati dan gembira..

=)


orang berbudi.. kita berbahasa..
orang memberi.. kita merasa..

Kad Persahabatan dari Adinda Amy Sensei =)


Selamat tengahari ya... :)

lama dah tak dapat kad kan...
kali ni aku dapat kad dari Adinda Amy Sensei!

terima kasih kerana sudi melayangkan kad ini...
sangat gembira dan terharu dengannya..
semoga persahabatan kita ini dirahmati oleh Allah..

persahabatan ini memang indah..
letaknya cantik di dalam hati..
jika hubungan kekal indah..
menjadi ingatan sampai mati..

terima kasih cik Amy!

:D

Zao Shang Hao !

Assalamualaikum dan selamat pagi..

mari curi masa sikit nak kongsi apa sarapan pagi ni, semalam teman sepejabat beri kupon sarapan pagi di mcdonald! hari ni tarikh akhirnya!!
huhu.. so pepagi lagi kami dah terjah mcd untuk sarapan pagi =)


~set untuk 2 orang worth RM13++ ~

~suka hashBrown dia.. cedap le~

~ a cup of tea for me.. and a cup of coffee for him~

terima kasih ya Pian bagi kupon ni, Alhamdulillah.. rezeki hari ini...
kalau tak kerana kupon memang tak jejak le ke mcd ni...

Alhamdulillah...

korang dah sarap ke?
apa di makan?

semoga sarapan pagi yang dimakan menjadi tenaga penggerak untuk kerja hari ini..

jaga diri... :)

zai jian!



Wednesday, March 16, 2011

MATA itu

Dari mata turun ke hati...




apa guna punyai mata jika
'tak tahu menghargai keindahan alam yang memukau..'
apa guna punyai mata jika
'kaca disangkakan emas'
apa guna punyai mata jika
'gajah depan mata tak nampak, namun semut yang 1000 batu pula yg nampak'

jangan jadi 'buta dalam celik'...

Syukur..
kerana masih diberi nikmat untuk 'melihat'..



Tuesday, March 15, 2011

Jerung kamu bagaimana?

sedikit untuk motivasi diri..

Di Jepun, rakyatnya memang suka makan ikan segar dan kebanyakkan mereka makan mentah mentah. Tapi ikan ikan yang berdekatan dengan pantai mereka tidak begitu banyak dan ini tidak boleh menampung keperluan mereka.
Para nelayan perlu belayar lebih jauh ke tengah laut untuk mendapatkan lebih ikan.
Maka para nelayan telah membina bot bot besar untuk ke laut , tapi lebih jauh mereka pergi, lebih lama juga masa yang diambil untuk membawa hasil tangkapan.

Jika waktu pulang melebihi dari sehari, makanya ikan tidak lagi segar dan rakyat Jepun memang tidak menyukai rasanya.
Jadi mereka telah membawa peti sejuk ke dalam bot mereka, ikan ikan yang ditangkap akan terus di isi ke dalam peti sejuk tersebut. Maka para nelayan boleh berada di lautan lebih lama..
Namun begitu, rakyat Jepun masih tidak menyukai rasa ikan yang disejuk beku kerana rasanya tetap tidak sama seperti ikan segar, dan harganya juga menjadi rendah.

Jadi mereka cuba cara lain pula, mereka letakkan satu tangki air besar dalam bot dan ikan2 yang ditangkap akan dimasukkan terus dalam tangki tersebut, maka ikan tersebut masih hidup di dalam tangki. tapi setelah sekian lama, ikan2 tersebut telah begitu banyak, keluasan tangki juga terhad, ikan2 terebut berhenti bergerak dek keletihan dan tidak bersemangat.. namun masih lagi hidup!
Malangnya rakyat jepun masih dapat merasa kelainan rasa ikan2 tersebut, ikan ikan itu telah hilang rasa kesegarannya kerana kesuraman berada di dalam tangki..

Jadi, Macamana mereka nak mengekalkan kesegaran ikan itu hingga ke Jepun? apa cara yang perlu dilakukan?

maka...
untuk mengekalkan rasanya yang segar..
mereka masih meletakkan ikan tersebut di dalam tangki,
tapi?
mereka juga telah menambahkan seekor ikan jerung yang kecil di setiap tangki tersebut!! :)
ya, sudah tentu jerung jerung itu akan memakan beberapa ekor ikan, namun kebanyakkan ikan ikan yang sampai adalah sangat sangat segar sekali! ikan ikan tersebut telah di challenged! telah di cabar! maka mereka perlu bergerak aktif apabila dikejar jerung! dan mereka tidak lagi lemah.

Moral of the story..
samada kita sedar atau tidak, kebanyakkan kita hidup dalam kelompok sama yang menjadikan kita sugul, letih dan tidak bersemangat, jadi kita perlukan 'jerung' untuk membuatkan kita tersedar dan terus bergerak! secara amnya, 'jerung' dalam kehidupan kita adalah suatu cabaran baru yang terus membuatkan kita aktif dan mempunyai nilai yang bagus..

"The more intelligent, persistent and competent you are, the more you enjoy a challenge.

If your challenges are the correct size, and if you are steadily conquering those challenges, you are Conqueror. You think of your challenges and get energized. You are excited to try new solutions."

Enjoy working & challenges!!!!

'jerung' kita biasanya ialah bos kita lah!
'jerung' aku memang takleh dok diam.. so aku memang kena selalu aktif.. :)
kang kena nggapp! k.o. ....
tapi takpe...
itulah challenge!!!

ini ialah cerita yang dikongsi oleh bos aku... katanya, dia sebagai bos.. besar tanggungjawab, nak kena pastikan staffnya semuanya bergerak aktif...

~ update blog masa lunch sambil makan cadbury... :)


terima kasih syeima_87 sudi ikut blog ini! :D

Friday, March 11, 2011

Alamak!

Assalamualaikum,

hari ni aku terlebih cergas sangat buat kerja! hehe.. rasa cam best je bila banyak kerja dapat diselesaikan! lalalalalalala.... =)
Alhamdulillah..
walaupun sebenarnya masih banyak kerja, tapi sekarang dah boleh bahagikan masa dengan kerja kerja yang perlu disegerakan dan kerja2 biasa. kerja kalau ikutkan takkan habis, tapi kita sendirilah kena pandai bahagikan masa.

yang sebetulnya tadi, aku kena 'tazkirah' dengan boss.. tentang hal kerja aku ni.
Bos baru aku ni memang dah 'sound' awal awal, kerja dia agresif sikit, cepat dan pantas.
tapi aku ni biasalah terikut ikut dengan cara kerja lama kan, so memang terkena 'tegur' la..
Dia tekankan, kerja kita ni kena ada 'personal quality'.. jangan bekerja sambil lewa, jangan kerja bertangguh, 'be more alert and particular' sikit katanya, kena ada kualiti diri..
hmmm...
betul kata dia tu aku terima, walaupun memang dia seorang yang memang cepat bergerak,
namun aku akan cuba ikut!
Challenge!
yeah...

eh nak pssst sikit nih..
errr......
errr.. tadi kan ada sorang anon komen  macam tak best je la.. ishk tak sangka pulak!
terkena pula aku kali ni dengan anon.. huuuu... tapi aku dah delete, dah sentap sangat tadi terus delete terus... hehehe.. sib baikla aku set  waiting comment moderation..

untuk encik / puan anon.. takpelah, aku ni memang suka masak la, rajin tu tak lah sangat, tapi minat nak mencuba sesuatu yang baru tu sentiasa berkobar kobar, well,aku masih lagi belajar.. lagipun suami ku jenis yang nak makan kat rumah, nak taknak aku kena masak juga, untuk jaga perut suami..  laa kenapa en/pn anon tak kenalkan diri? sebab kalau en anon perkenal kan diri, kita boleh berkenal kenalan kan..bertukar no telefon ke..nanti boleh nanti datang rumah ku..  kita main masak masak nak? nanti aku leh masak masak.. leh la rasa sedap tak...

hahaha..
pengsan !

:p

terima kasih pada semua yang sudi bertandang ke sini walau tak komen, dan untuk yang datang komen komen juga, sangat sangatlah aku hargai..
Peace All..
=)

Thursday, March 10, 2011

Diari; Antara Aktiviti Aku dan Dia

Ini aktiviti dari minggu yang lau dan bawa ke minggu ini baru sempat ku kongsi..
aktiviti aku dan dia je.. tak penting sangat,
saje je gatal nak kongsi kongsi dengan sahabat blogger semua, sebab ada amik gambar kan,
jadi kat mana lagi aku nak letak gambar selain blog kesayangan ini..
kan?

sebenarnya 2 bulan berturut turut di hari sabtunya aku terlibat dengan program program anjuran pejabat, jadi lepas balik dari program baru sempat nak buat apa yang patut..


~ kalau pagi hujung minggu kerjanya kemas rumah la sudah tentu..
aku suka ubah2 kedudukan perabot dalam rumah, ni saje je amik gambar lepas mengubah,
paling puas bila rumah bersih berseri... kan?
wangi je pulak tu... hehehehe...~

~ sarapan pagi yang paling simple present tense! masuk madu sikit! hmmm besshhh...
pagi tadi pun makan ni jugak.. tinggal sikit je lagi.. ~
~ ini pun menu sarapan kami minggu lalu... di pelbagaikan ikut selera si dia.. tekak western la katakan... ~

~ 2 menu di atas ialah untuk makan tengahari pada minggu minggu lalu... :) sayur masak sos tiram dan ikan taucu berlada..  2 ini resepi baru cuba nih.. ~

~ ye.. ini kek korang dah tengok kan.. buat hujung minggu lalu lalu gak..

~ ya! pada 5hb lalu, aku dapat tiket preview Merong Mahawangsa (free) company kasi... hehehe.. aku dah tengok dah... awal awal lagi...
komen aku?
aku tanya kat budak pompuan kat atas tu.. " apa pendapat anda?"
 then, dia jawab macam tu lah.. mcm dalam gambar tu..
hmmmmm... ~

~ cookies untuk si dia! dia memang suka makan ni, sebalang sekejap je habis.. rajin tak rajin je nak buat.. heheh.. ~

~ oh, ya balik dari tengok wayang tu dah malam, puas berjalan jalan di Damansara, rasa lapar pulak, malas nak makan luar, balik buat bubur Mc Kella! inspirasi dari bubur Mc D! sekejap je siap pun...
senang.. dan sedap kata si dia..  :p ~

~ dan hari Ahad lalu, buat Nasi Minyak, lauk Ayam masak merah, jelantah dan (rendang daging ni makcik kasi..)
sekali sekala si dia request nak makan sedap sedap, makan istimewa.. so buat la nasi minyak...
sampai malam pun kami makan ini je.. hehehe... ~
InsyaAllah akan ku kongsikan resepi masakan yang terpilih di atas nanti...

apa menu makan tengahari kamu semua hari ni?...

semoga sihat sihat selalu hendaknya.... :D


ini macam diary aktiviti makan makan je nih!

oh ya, lupa nak terima kasih.. pada ummu@MYraudhatulukhuwah dan ct_saleh07 kerana sudi mengikut blog ini.. :)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker