Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, January 31, 2011

Cerita Ceriti Ceritu..

Assalamualaikum, salam sejahtera..

sejuk kan pagi ni? untunglah sesiapa yang dah mula bercuti mula hari ini..
KL hujan dari pagi semalam hingga lah ke pagi ni...
nasib baik hujannya tidak begitu lebat.. sebab KL ni kalau hujan lebat sikit mesti kena banjir kilat..

so apa cerita yang ingin dikongsi?
tiada apa yang luar biasa.. semuanya biasa biasa sahaja..

semalam ke TESCO, memang silap hari la, sebab tesco pun sesak jugak! jemm..
masing masing pulak tu dengan troli yang besar besar punya..
aku pula cuma nak beli satu 2 barang je!
teringat kata si Ah Heng..
" aiyaa.. kalau pegi pasalaya time laya cina, mesti orang melayu dan india pun sibuk membeli belah juga..rrammai ooo.."
kata si Aku pula..
" aiii... u lupa ke kalau time Hari Raya... siapa yang meramaikan pasaraya tu kalau bukan cina dan india? siap berebut rebut lagi tu!"
hehehehehe..
biasalah.. kita dah dok kat Malaysia ni berbilang kaum..
kita terima lah seadanya..
siapa taknak membeli belah kalau ada tawaran harga yang jauh lebih murah kan? promosi sana sini..
siapa taknak kan..
lagipun pasaraya memang suka sangatlah kalau orang ramai serbu... tak kita la kau bangsa apa pun..
dia takda pun cakap;
"haa.. ini promosi untuk orang cina aje...,  haa.. yang dapat diskaun ini untuk melayu sahaja.. haa.. yang murah ni untuk india sahaja..." ada ke?
hmm... yang mereka mahu tahu.. barang mereka larissss...... habisssss..... tu je.

Oh, ya!
mahu juga aku bercerita tentang jiran tetangga ku!
masa mula masuk rumah ni dulu, aku selalu doa.. moga moga aku dapat la jiran yang best.. yang baik hati...
tup tup sebulan lepas ada orang baru pindah.. melayu.. (sebab sebelum ni negro!)
ohh.. akak tu baik sungguh la..
bukan apa dia tu suri rumah sepenuh masa..
dia kalau masak apa2 suka kasi kat kami!
masa aku outstation hari tu, dia kasi nasi ayam kat abbi, kebetulan, rezeki b la tu..
dia pernah kasi rendang, kuih muih, bubur nasi,
huii.. naik segan dah aku..
yelah.. kadang tu, dok kira mana pinggan dia yang kita tak pulang lagi.. takkan nak pulang kosong kan..
sekarang ni, kami kalau dengar bunyi loceng rumah disertai bunyi anak anak kecil, kami dah dapat agak dah.. mesti akak tu punya.. :)
terima kasih kak Nor.. masa kita demam pun akak datang bawa makanan.. terima kasih kak.. :)
jiran jiran yang lain pun sangat baik weh..
(baik tu .. bukan nya tang makan je... aisshhh..)

pastu nak ucapkan tahniah kat abbi..! :)
teruja dia dapat melaungkan Azan kat surat kawasan rumah kami ni..
balik rumah tanya.. aku dengar tak suara azannya..
yaa..aku pun teruja mendengar suaranya, tapi tak tunjuk sangat kat dia..
cakap kat dia yang penting sekali niat tu.. azan sesedap mana kalau tak diterima oleh Allah.. tiada guna..
dia faham katanya.. semoga bertambah baik semuanya.. Amin.

lagi satu teruja ni..
terujanya nak balik kampung!
rindunya papa n mama... adik adik...
banyak gak misi nak dapatkan kat sana..
daun ketereh, beras, nak ngurut kaki abbi, jahit langsir..
wah.. si achik dah booking awal2 suruh buat cheese kek bagai...
" Ya Allah.. kau selamatkanlah perjalanan pergi dan pulang kami semua.. semoga perjalanan kami dipermudahkan.. Amin.."

wah panjang juga cerita aku kali ni...
jenuh juga nak menaipnya..

ya, sekejap lagi aku nak balai polis, sahkan laporan beg duit hilang tu dan, pegi buat lesen baru pula!
nak balik kampung macamana nak jalan kalau tiada lesen! kesian kalau abbi seorang yang bawa kereta..
hari ni pun aku ada misi penting untuk bilik pejabat aku ni!
aku nak buat 5S! uhhhh... sepah sepah bilik ni weh..
tak terurus..

ok lah sampai sini dululah taipan ku..
sampai bertemu kembali..
jaga diri..
jaga peribadi..
senyum selalu..
Alhamdulillah..
:)

perasan tak ? kalau nak tahun baru cina mesti hujan kan?
suratan atau kebetulan..
Allah Maha Mengetahui..

Sunday, January 30, 2011

American Idol 10

Aku jarang menonton rancangan American Idol ni,
bukan jarang, tapi memang takda tengok pun.. tahu tahu dah ada pemenangnya je.
sekarang dah ke sepuluh dah pun...
kalau aku tengok pun, mesti tengok yang awal2 masa pemilihan tu...
sebab dapat tengok berbagai bagai ragam manusia yang punya cita cita yang sangat tinggi untuk jadi penyanyi!

huh! ramai sungguh yang merasakan mereka boleh nyanyi.. baik di Amerika atau di Malaysia sekalipun!
kadangkala tu aku kesian juga tengok mereka yang memang sah sah tak boleh menyanyi, tapi bila ditolak tak dapat terima hakikat pula! sampai menyumpah seranah!
eii.. mereka ni tak cermin diri dulu ke sebelum uji bakat.. orang2 sekeliling tu, takkan lah tak dapat beza kan? isshh tu yang kadang kala aku pelik tu..

kalau yang terima hakikat tu tidak mengapalah..
mereka pun cuma nak 'test power' boleh diterima ke tak..
kalau tak diterima,  mereka boleh terima dengan positif..
oklah tu.. sedar diri kan..

ok ler..
aku tertarik untuk menulis tentang American idol 10  ini atas 2 sebab
pertama,
sebab ada JLO! iaitu jeniffer lopez...
cantiknya dia weh.. :)
abbi aku dok puji je manjang..
takpe le b.. aku pun ngaku dia memang cantik..

pastu ke dua!
sebab gadis yang bernama Lauren Alaina! 15 tahun.. muda lagi..
Peserta ujibakat dia ni..
kebetulan dia pula adalah peserta terakhir di situ..
kebetulan aku pun sempat tengok dia je.. ;p
tapi .... hmm sangat sedap suara dia la..
sangat manis pula..
sangat baik hati pula..
heheh..
puji lebih lebih ke?
ala.. takleh undi pun.,

sekian lama tak tengok american idol, tetiba terus terpaut pada dia ni pula...
hehehe.. kella... kella...

marilah kongsi perasaan bersamaku dengan menonton video ini...
Layannnzzzz...




baiklah, aku pertaruhkan dia je sebagai juara! hehehe...
dah dia je yang aku sempat tengok pun..
Good Luck then!

"Alaina, kalaulah awak buka blog saya.. awak jangan lupa tinggalkan komen ya!"
harap harap dia faham le bahasa Malaysia...
:)

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..
agak dah 2 hari tak mengemaskinikan blog ni..
agak agak baru nak berhabuk kot..
rasa macam lama je.

aku telah diserang penyakit demam panas 2 hari lepas...
kata abbi panas kat badan aku sampai boleh buat dia melecur kalau sentuh!
amboi.. amboi...
tapi dia lah yang dok bertungkus lumus menjaga aku siang malam..
orang tengah sakit sakit pun sempat lagi dia buat lawak!
dia jadikan aku sebagai bahan ujikajinya pula!
yelah.. badan tengah panas kan.. kalau kena menda sejuk memang teruk rasanya!
suka sangatla dia, bila dengar aku mengaduh bila diletaknya tuala sejuk air batu atas muka aku!
pastu dia gelak bila tengok aku menjerit..
hehe.. katanya bukan senang nak kenakan aku!
asyik aku kenakan dia je!
hmmm... orang tengah sakit tu.. sempat lagi..
tapi dia lah yang dok bawa minuman.. turun belikan 100 plus tetengah malam
paksa jugak aku minum air masak banyak banyak!
sudahnya asyik ke toilet je aku..
tapi betul.. lepas tu kebah dah sikit..
Gambatte!!
terima kasih dealova!
Alhamdulillah.. kuasa Allah semuanya..

sekarang tinggal batuk pulak!
sampai sakit tekak ni..
perit...
pening kepala pun masih ada..

apa pun ini lah ujian dari Allah untuk aku..
ujian yang menghapuskan dosa dosa kecil...

terima kasih pada yang sudi singgah singgah sini bertanya kan khabar...
terima  kasih atas ingatan tulus ikhlas itu..


sesungguhnya hidup di dunia ini hanya sementara..
Akhirat jua yang kekal menanti..

Thursday, January 27, 2011

nak demam

"rasa macam nak demam"
" kau nak ke demam?"
" ishh.. mestilah taknak.."
" tu.. yang kau cakap 'nak demam' tu...cakaplah taknak"
" laaaaaaa.... hmm..ya la.. hmm maksud aku, badan ni menunjukkan tanda2 akan demam je.."
" hehhehe..."
" susah bercakap dengan orang pakar bahasa ni.."

hmm... pening kepala..
badan terasa sengal sengal.. seram sejuk je rasanya...
macam akan demam je jadinya..
kerja banyak ni!
ufff fening laa.. fening...

maaf la, tak dapat nk jln2 lagii..

Wednesday, January 26, 2011

Pagi hari terasa mual, makan pula si buah ceri, kalau puan sudah menjual, saya di sini sudi membeli! | Ewah! :)



kalau tuan ke pekan sari
belikan saya sebungkus kari
kalau tuan bijak bistari
sapakah dia si little diary??
****************************
kepekan sari membeli kari
terlupa membeli limau kasturi
Manis sungguh si little diary
Rima namanya cantik berseri

kain songket bunga bersilang
jarum disimpul seurat benang
kalau tuan tak bilang sayang
tidaklah saya terkenang-kenang
*****************************
benang di alun, songket terbayang
dipakai indah perawan seberang
memang benar melayangkan sayang
merindui sehingga gila bayang

pergi ke hulu berjalan kaki
singgah sebentar mencari mayang
kalau tuan sudi di uji
apakah beza cinta dan sayang??
*****************************
Mayang sari memegang suasa
namun suasa bukan empunya
cinta dan sayang berkongsi rasa
namun hati sahajalah yang memahaminya..


hahaha.. amacam? dah beli pun ni..
jual ya.. saya beli ni..
halal..

:)

kalau sesiapa mampu nak beli ni..
boleh la singgah ke MY little Diary
tengok korang mampu beli tak?
hehehe..
:)

Tuesday, January 25, 2011

Tutorial: Energy Saving Mode / Mode Penjimatan Tenaga

Wah.. tutorial kah? saje je gimik je tu, tak pernah pernah aku kasi tutorial ya.. ke pernah?
kali ni saja mahu kongsi dengan kawan kawan tentang Energy Saving Mode ni..
korang perasan tak ada sesuatu perubahan pada blog aku ni, bila korang biarkannya lama terbuka, ia akan berubah screen kepada warna hitam.. ada tulis ' energy saving mode', kan?


Itulah dia enjin untuk menolong mengurangkan tenaga web yang digunakan! ianya menyembunyikan animasi, gambar gambar berat, menutup tetingkap dalam warna gelap dan memegunkan (berhenti seketika) proses  latarbelakang (berat) yang sedang berfungsi. (fuh, susah gak nak 'translate'kan dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia, harap korang faham la..)

kalau korang berminat juga.. boleh lah ke onlineleaf.com  pergi ke 'standby for a greener web'

"OnlineLeaf.com is a CO2 neutral website, neutralizing our CO2 footprints and making the use of our engines, as environmentally friendly as possible.
This means we have acquired CO2 quotas, which have been cleared with the state authorities in EU."


copy paste sahaja linknya seperti di bawah ini


pergi ke DESIGN, klik  Add a Gadget dan copy paste link kat atas tu kat HTML, then Save! siap!

:)

senang je,

di samping kita berblog.. kita juga berupaya menjimatkan tenaga!


betul ke tutorial.. ?
ini ialah info sahaja untuk dikongsi bersama..

Mari tengok gambar Mia Sara Nasuha masa kecil! TOMEY!

Terlebih dahulu aku minta izin pada ibu mia sara ni, sebab ambil gambar mia kat facebook ni..
pastinya dah ramai yang tengok!
tapi aku baru je semalam tengok, teringin nak kongsi dengan korang juga...
tengoklah gambar2nya masa tecik! tomey tomey...

~kecik kecik dah tembam... geeee...~

~aaaaa masa ni tengah audition nyanyi ya mia... ~

~ Kusyuk! tengok tv ke ni..~


~ yeessss.. so mia sara!~
~ senyumanmu sungguh comel..~
~ cam nak nangis je ni mia.. takut ngan clown tu kot ya... ~

Aku cuma kagum dengan kecomelan anugerah Allah ni pada Mia,
Bertuah ibu bapanya..
semoga Mia membesar menjadi gadis Melayu Islam yang solehah..
penyejuk hati ibu dan ayahnya..
berjaya di dunia juga di akhirat..
Amin..




Ceramah Ustaz Azhar

Assalamualaikum,
Kenal dengan Ustaz Azhar?
Aku memang suka dengar video ceramahnya di YouTube. Ustaz dari Terengganu ni memang berceramah bersahaja diselitkan dengan unsur  unsur lawak.
kebetulan, akan datang ni dia akan berceramah di KL, so sesiapa yang berminat boleh la turut serta, InsyaAllah jika tiada aral nak ikut juga..

berikut ialah ceramahnya yang akan datang:
29hb Feb 2011- Masjid Ar Ridhuan Ulu Klang
30hb Feb 2011- Masjid Al Azeem Pandan Indah

ku petik sedikit ceramahnya di youtube..

Monday, January 24, 2011

Dia Bukan Maryam

Tadi sempat melihat cerita ini,
Aku tertarik dengan cerita yang berkisarkan 2 orang sahabat yang bersahabat baik!
keakraban mereka mengingatkan aku kepada kawan kawan ku..

Tiba tiba aku menjadi rindu pada zaman itu..
aku teringatkan kawan baik ku ketika dulu..
namun semua itu cuma tinggal kenangan..

Persahabatan yang ikhlas sepatutnya berkekalan..
persahabatan yang jujur sepatutnya akan dikenang sampai bila bila..
namun?
jika semua itu tidak ada?
apa erti persahabatan?

aku lebih suka mengingati sahabat tika zaman kanak2 ku..
masa tu.. yang penting ialah kesetiaan..
hati sentiasa terbuka..
tak kenal erti hipokrit
tak kenal erti dengki
suka duka sentiasa bersama..

bila meningkat dewasa..
sentiasa mencari kawan yang boleh dipercayai..

namun..
hmm.. tak semua orang adalah sama seperti kita..
tak semua adalah seperti yang kita mahu..
tak semua tanggapan kita sama dengan tanggapan orang lain..

hmmm

sejenak.. aku merasa kasihan dengan diri sendiri..

uhhh.. kenangan lama yang tak perlu di kenang..
buat apa dikenang jika orang lain tak pernah peduli?

sedih, sedih, sedih.. sampai rasa nak putus asa?

ohh.. dia kata.." kamu sebenarnya tak pernah punyai teman rapat yang baik! kasihan.."

hmm who care? u care? i care!

Ros, Nor, Emma, dee, sab, mady, heryzal, didi, zul .. miss one sweet day..

dah la membebel.. ada yang sedang menggaru kepala sebab tak faham apa yang cuba aku sampaikan...
takpe la.. faham tak faham pun, aku dah tulis..
malas nak redo redo.. malas nak delete delete..

yang penting... aku sayang semua kawan kawan aku! dulu kini dan selamanya.. tetap di hati..
siapa aku untuk menilai..
cuma buat yang terbaik..
Ada yang Maha Menilai..

no heart feeling..

ya! mari layan, sinopsis cerita ini! lagi bagus!

silakan..




Dia Bukan Maryam


Dia Bukan Maryam arahan Erma Fatima menceritakan tentang perasaan kasih dan sayang serta pengorbanan antara cinta dan persahabatan. Perasaan sendiri diketepikan lalu membuat keputusan melupakan hasrat hati. Cinta tiga segi antara tiga sahabat, Sarah(Eja), Nazir (Fahrin Ahmad) dan Zaimah (Lisdawati) membawa kepada suatu pengorbanan yang ikhlas lalu memendam kekecewaan.
Drama ini bersiaran sebanyak 26 episod yang bermula dengan pernikahan antara Sarah dan Nazir.

Mereka selamat diijabkabulkan manakala Zaimah membawa diri mengubati kekecewaan. Zaimah menaruh perasaan terhadap Nazir tetapi berkorban demi Sarah, sahabat baiknya, sehingga sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi melihat sahabat baiknya kembali tersenyum. Sepanjang dia menhilangkan diri demi mencari ketenangan, Zaimah telah bertemu dengan Shafik (Aqasha) yang juga baru lepas putus cinta ketika itu.

Manakala Nazir menyukai Zaimah dan berusaha mendekatinya. Malangnya, Sarah ditimpa kesusahan apabila dituduh membawa malang dan sial yang menyebabkan kematian Kamal (Rusdi Ramli). Kamal ditimpa kemalangan lalu meninggal dunia sewaktu menemani Sarah ke Genting Highland. Selepas kejadian itu jiwa Sarah tertekan, menyalahkan dirinya punca kematian Kamal dan sering meracau. Apatah lagi ibu Kamal menuduhnya sebegitu menyebabkan keadaan dirinya semakin merosot.

Sarah tidak kuat menerima dugaan membuatkan Zaimah hampir berputus asa memberi semangat kepadanya lalu Sarah pergi mencari Nazir. Nazir membantu Sarah seikhlas hati dan berjaya mengeluarkannya dari kekalutan itu dan dia kembali pulih. Nazir dan Sarah semakin akrab membuatkan Zaimah berkecil hati dan menjauhi mereka.

Pelbagai konflik dialami dan persoalan demi persoalan bergolak dalam diri tiga sahabat ini. Realiti kehidupan perlu dihadapi dengan pengorbanan, kekecewaan dan cinta yang terpendam.

Sumber: http://www.tv9.com.my/


Tapi aku juga ada deena, lya, mimy, nadine, kak ayu, rima, maksu, kak zakie, nabilah, hany, k lynn, cik amy, kak zie, dan lain lain lagi..
mereka sentiasa ada bukan?..

Aku juara! Kamu pemenang dan dia pula johan!

Berjuta juta berenang..
berenang untuk ke destinasi yang satu itu!
masing masing berlumba lumba , berebut rebut untuk sampai ke situ!
hanya yang layak sahaja dan benar benar kuat sahaja yang akan berjaya menakluki destinasi itu!

Setelah berjaya menakluki,
maka terhasillah aku, kamu dan dia!
Syukran..

dari berjuta juta sperma yang berenang..
hanya yang kuat sahaja berjaya menakluki ovum itu!
siapa itu?
ya!!
itulah kita!
kita lah juara! kita pemenang! dan kitalah johan!

sedarkah??

anda adalah yang terbaik!
lebih baik dari saingan yang lain!
kita semua adalah yang terbaik dari ladang..
:)



bersyukurlah kerana terpilih untuk menikmati keindahan dunia yang sementara ini..
Allah letakkan kita di sini hanya sementara..
yang kekal abadi ialah di akhirat nanti..
jalan yang dipilih tentunya syurga!
Allah telah jadikan kita didunia ini sebagai calon calon untuk menjadi ahli syurga..
sebab itu diletakkan kita di dunia yang sementara ni dulu..
untuk kita lakukan terbaik..
untuk kita membantu orang lain..
untuk kita kumpul sebanyak pahala.. bekal di akhirat nanti..
segala panduan dan jalan telah tersedia..
janji ikut sahaja..

betulkan aku kalau aku silap..
aku cuma mengingatkan diri sendiri juga pada kawan kawan yang ku sayangi..
selagi hayat dikandung badan..

Saturday, January 22, 2011

Alhamdulillah... selesai sudah

Assalamualaikum..
rindu kat blog ni!
sehari bak setahun lamanya ! :)

Aku baru pulang ke rumah..
baru sampai,
2 hari ada kat PD sebab terlibat dalam program yang dianjurkan oleh syarikat..
aku salah seorang sekretariat nya..
kat sana takda wifi free, lagipun memang tak sempat nak buka blog..
dok ingat ingat dari jauh je.. :)
hebat sungguh penangan blog ni dalam hidup aku..
tapi.. sudah tentu abbi lagi lah dirindui.. lalalala..

oh, mari layan gambar2 nya best2 sempat aku snap ni,
ini semua dari kamera aku! tapi kat sana aku sempat pakai kamera dslr kawan ku tau!
huhu so nanti aku kan upload lagi dari kamera tu pula.. :)
layan ini dulu..

~ini dari bilik aku! petang semalam.. bila tengok je luar tingkap, Subhanallah.. cantik sangat! ~

~ syukur ya Allah.. aku bertuah..dapat menikmati keindahan dari Mu ini..~

~ kak Ain yang sangat susah bergambar! tapi kali ini dia sendiri mahu diambil gambarnya, kerana pemandangan yang sungguh tenang... ~

~ entah si gadis mana yang bila bergambar suka bergaya begini.. alamak perut tak 'cover' la..~

~ ini di waktu pagi... ~


~ adik adik, abang abang yang teruja, dapat kuar kejap tepi pantai... seksi betul kau ni zul!!~


~ "tuuu..." je keja nya...~


~ makanan memang boleh tahan sedapnya, tapi menu utama tak sempat nak snap! biasalah lapo la katakan.. ini yang sempat snap... :) ~


Apa pun, aku kesana bukan nak jalan2 sebab 3 minggu lepas dah ke PD, ini ialah urusan kerja.. so kerja sahajalah...
tadi pun kami terus balik.. tak singgah ke mana mana...
panggilan dari rumah lagi kuat..
:)

Alhamdulillah.. selesai sudah..
yang buruk dari kelemahan kami... yang baik hanya dari Allah..


gambar gambar ni semua aku telah edit warnanya supaya terang..
ya..nanti aku jalan jalan rumah kawan kawan..
:)

Thursday, January 20, 2011

Nak Komen Tak?

Assalamualaikum..

ada tak sape sape yg tak suka dikomen?
baik komen buruk atau baik.. komen secara lisan atau..
err komen di blogspot! hehehe

komen secara lisan ni, ramai juga orang boleh terima.. tapi ramai juga yang tak suka!
terutamanya kalau komen yang pedas pedas berapi tulah..
biasanya orang yang nak komen ni mesti berani.. mesti telus..
kalau tak buat orang kembang boleh buat orang naik angin..

Komen dalam blogspot pula?
siapa tidak suka sila angkat tangan!!
huh! seorang pun tak angkat?
haa.. tuuu ada! !
si peah sorang je angkat tangan!!
ooo...dia tak suka orang komen apa apa pun kat blog dia.. tu pasalla dia dah set 'not allow' to comment! haha..
so? yang lain lain tu.. suka lah ya?
hehehe... tahu...

dalam dunia blog ni, siapa tak suka dapat komen kan?

pemilik blog sudah tentu mendapat panggilan sebagai.. Pengomen dan Penerima komen

Penerima komen

- Bila mendapat komen, hati berbunga bunga, contoh nya aku si blogger picisan ni.. sangat sangatlah hargai setiap komen yang diberi!

- Bila terima komen pula, jgn la cuma gembira teramat, sampai lupa nak singgah maklum balas pada si pengomen! baru la si pengomen tu rasa dihargai juga! give and take la kan.. :) kalau kita bahagia.. apa salahnya buat orang lain bahagia juga.. kan?

- kadangkala jika terdapat komen yang agak kurang menyenangkan, janganlah cepat melatah, tapi terima dengan terbuka, selidik secara telus.. sebab, kadang kadang kita tak nampak apa yang orang lain nampak dan tak semua orang boleh terima apa yang kita rasa.. ya, mungkin ianya betul, atau tidak betul?
tapi disebabkan marah atau tidak puas hati, kita terus blok minda kita mentah mentah untuk terima! akhirnya meletusla perang2 kecil.. yang.... kadang kala... boleh membuatkan terbukanya pekung di dada sendiri... ups!

- Bila blogger popular datang komen? wahh rasa lebih bersemangat pula! hahaha.. yelah sudi juga dia singgah untuk komen kan..

Pengomen

- kebiasaan..memang setiap orang yang telah mengomen pasti menantikan untuk dikomen kembali.. dan kebiasaannya, kalau kita komen orang.. orang mesti komen kita balik kan!
tapi kadang kala 'frust' juga kalau kita hari hari komen kat dia.. secebis rasa tetap harap juga dia singgah la sini untuk komen.. tapi? haraaamm tak ada pun, tapi kena sedapkan hati sahajalah..
mungkin dia sibuk... (tapi kat blog lain dia komen je?)
ala.. mungkin dia tak perasan kot..( tapi kalau dah hari2 takkan tak perasan lagi? siap kasi gula gula lagi..tak datang pun? )
alaa mungkin tiap kali dia nak komen, system down pulak! ( aii.. semedang je down masa nak komen aku je ke? huhu)
ha! ataupun, dia memang tak suka kau!! ( hah? jeng jeng jeng... ala.... sedihnya...)
huhu..

-kalau nak komen tu, yang penting tu biarlah kita baca entri yang dia 'post' kan itu.. jangan pakai hentam kromo sahaja..
sampai ada yang aku terserempak tu, sampai kantoi! kantoi sebab tak baca entri, kadangkala tu kita tahu dia tak baca bila, dia komen bertanyakan kembali pada sesuatu perkara yang sememangnya telah diberitahu kat dalam entri kat atas tu! nampak sangat.. pastu ada kes tersilap nama pun ada..  huhu.. kantoi..

- bila komen juga, perlula gunakan kata kata yang elok.. yang sedap di dengar dan di baca..yelah.. kita nak cari kawan.. bukan nak cari lawan.. :)

- komen ikhlas dari hati..akan terkesan pada sesiapa sahaja yang membacanya.. terutamanya yang menerima komen la.
tak mustahil..hari yang suram boleh jadi ceria, dan hati yang sedih boleh jadi gembira.. :D

hmmmm...asalkan niat kita ikhlas untuk berkawan dengan semua..
namun sekiranya telah jauh terpesong.. tanya kembali apa niat kita ni berblog.. jika buruk niatnya buruklah kesannya..

aku membebel bebel pula di petang hari ni...
saje je bebel bebel sambil makan cakoi..

~Ini gambar cakoi yang aku buat hari tu, tapi hari ni buat lagi.. gambar tak boleh amik, kamera abis bateri dah.. huhuhu.. asyik sangat bergambar..sampai bateri habis tak perasan..~


lagi satu.. nak harapkan komen dari orang lain.. entri kena la menarik.. berkualiti
lainlah kalau blogger fofular.. buat entri taip 'Hai' je pun, berduyun duyun orang datang komen!
hehehe... tapi kena ingat mereka pun bermula dari bawah.. :)
tetap ada permulaan pertama..
seperti kata bidala.."masakan dapat sagunya jika tak dipecahkan ruyungnya.."
kan?
cheers... 
(^_^)v

(terima kasih en mamat, didi kerana sudi follow blog ini! weh didi.. jumpa ko ngan aku kat sini kan!hehehe shhhh..)

Wednesday, January 19, 2011

cheese me

Assalamualaikum..

hai...ceria tak semua hari ni?
haaa.. aku ceria pagi ni, sebab semalam berjaya buat Cheese kek!
saja mahu uji diri.. pertama kali buat ni..

sebab tengok dia punya 'cheese cake' la aku terpanggil untuk buat juga..
tengkiu sifu! :)

maka terhasil la.. :)


~ baru keluar oven, panas2 agi.. tapi suku dah abis... kebetulan ada rakan abbi datang.. memang hidangkan la.. ~

~ ini tambah dengan blueberry sikit! hehe.. kasi cantik sikit..~

macam tak percaya je aku berjaya buat cheese kek ni!
abbi pun cam tak percaya..
(yelah dia keluar, balik je dah siap kan..)
banyak dia tanya..
kot kot aku buat yang segera kah?
mana ada segera bebe..
mesti mau putarrr sendiri punya!! hehe

resepinya aku amik yang Kak Ain punya:
cuma aku tak buat sepenuhnya bahan2 nya, sebab cheese ada sikit, loyang pun kecik kan..
so aku buat separuh dari resepinya..
so bawah ni adalah salin resepi kak Ain

Resepi Cotton Japanesse Cheese Cake

4-5 keping cheddar cheese ( aku guna separuh cream cheese philapedia, 125 gm)
200ml susu segar ( aku buat 110ml)
4 biji telur ( 3 Biji)
70gm gula halus ( 40gm )
70gm tepong kek ( 40-50gm )
70gm butter ( 40gm)
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam



Cara-caranya:
1. Koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. Masak dgn api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter, tutup api.

(hancurkan cream cheese tu sama ngan susu segar..)

2. Asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. Kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. Masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. Sekiranya berketul boleh di tapis. Kemudian masukkan adunan meringue tadi. Kaup dan sebatikan adunan.

4. Lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. Letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. Masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

ok.. apa tunggu lagi.. selamat mencuba.. :)
senang derrr buatnya..
abbi kata sedap derr..
tu yang nak dengar..

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku


~Assalamualaikum selamat pagi.. Mari sama sama kongsi kisah yang sungguh menyayatkan hati dan menyentuh hati nurani..~

*****************************************************************
Sumber dari: aliajwad.hadithuna.com

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak:

“Ayah… sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!”


Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.


Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa.

Bidadari itu berkata kepadaku:

“Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan…”


Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.


Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.


Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.


Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya:

“Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?”


Malaikat-malaikat itu menjawab:
“Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu.”


Aku bertanya lagi: “Di mana ayahandaku?”


Malaikat-malaikat menjawab:

“Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!”
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.


Ayahanda berkata:

“Selamat datang wahai puteriku!”
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
“Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?”


Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang.

Ayahanda berkata:

“Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah… engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi…”


Aku berkata: “Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda.”


Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.


Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.


Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.


Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.


Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu…
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.


Pada Asma aku berpesan,

“Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!”



Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun…

***********
''Aku' dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?



Subhanallah...

:'(

Bidadari syurga..

matlamat sebenar..

Tuesday, January 18, 2011

Baru lepas layan 'tiramisu'



baru abis je tiramisu...


Lirik Lagu Susun Silang Kata - Aizat
Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)

 


Mohon pertolongan kawan kawan!

Salam..

Nak minta tolong para sahabat sekelian..
ada tak sesiapa yang tahu apa apa jenis 'corporate games?'
ala... 'games' yang diadakan dalam dewan contohnya, ketika ada kursus kursus atau taklimat.
Permainan ini ialah sebagai selingan untuk sesebuah majlis yang berlansung itu..
contohnya seperti, mereka perlu dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. dan diberikan sesuatu tugasan yang memerlukan mereka berkerjasama sesama mereka..
ini lebih kepada untuk memotivasikan mereka...

hmmm contohnya lebih kurang macam games 'ice breaking' salah satunya la ...

korang tahu ke?
ada idea?

tolong aku boleh?
boleh la...

hujung minggu ini jabatan kami menganjurkan majlis 'retreat' untuk anggota, 2 hari di PD..
aku salah seorang AJK,
dah ada beberapa games.. cuma perlu tambah beberapa sebagai 'backup plan'

AKU BUKAN LAGI ISTERI & SUAMI BUAT MEREKA...

 
Inilah aku... Lelaki alaf baru dengan azam dan tekat berbeza dari kehidupan lalu. Masa kelam mengajar aku banyak perkara. Aku akui bukan mudah untuk keluar dari masa gelap itu, lantas membuat transformasi menjadi Mr. Perfect pada diri, agama dan mereka yang sentiasa berada di sekeliling ku. Perjalanan yang dilalui sebelum ini, mungkin sahaja ada yang berkata aku mengalami masalah jiwa. Ya! Mungkin ada kebenarannya... Tetapi inilah perjalanan hidup ku, menjadi suami dan isteri pada satu masa dan ketika...
 
Sepertinya kehidupan malam dan siang, aku hidup dalam dua alam berbeza. Papa panggil ku ‘b’ nama manja ku sebagai baby. Mama panggil aku ‘B’ singkatan untuk hubby. Agak pelik bunyinya! Mama dan Papa yang aku maksudkan di sini, bukanlah dirujuk kepada ayah dan ibu yang membawa aku ke dunia ini. Mereka adalah insan yang pernah aku berikan cinta, nafsu dan topeng kehidupan. Biarlah aku mula bercerita tentang kemewahan hidup bersama papa terlebih dahulu... 
 
Aku budak kampung yang Berjaya menjejakkan kaki ke IPTA. Satu-satunya anak lelaki ibu dan ayah. Selain dari kepintaran otak geliga, raut wajah ku setanding model lelaki di pentas peragaan. Cuma bezanya, ketinggian aku tidaklah segalah mereka. Ramai yang kata aku comel, handsome, cute macam artis lelaki Korea. Huhuhu! Tersenyum aku mengukir kemanisan agar menyerlah kelebihan lesung pipit yang ada. Aku memang lelaki straight tetapi lama-kelamaan tanpa disedari terbentuknya u-turn dalam diri ku. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan kehidupan gay boy sahabat baik ku Remy.
 
Hari minggu tiada kuliah, kami ke kelab songsang. Mula-mula dahulu aku terkejut beruk juga dengan keadaan ini, minta di simpang jangan terjebak. Tetapi bila terbabas sekali aku rasakan keseronokan berbeza. Ada ummpph! Dari situ aku mula mengenali seorang ahli perniagaan yang berjaya, Mr. J. Dia bujang berusia 34 tahun dan aku ketika itu 21 tahun, anak ikan katakan. Kami berkawan lantas bercinta, tinggal bersama dan dia membahasakan dirinya ‘pa’ dan aku dipanggil ‘b’. Inilah insan yang sebenarnya papa dalam hidup ku...
 
Papa cukup baik dan amat menyayangi aku. Kami saling faham memahami antara satu sama lain, termasuklah keakraban kala di ranjang. Masing-masing bermain peranan top dan bottom, ia berlangsung dengan jayanya. Sama-sama puas. Kami bahagia... dalam dunia yang kami ciptakan sendiri, kehidupan songsang. Papa banyak membantu kewangan aku di IPTA, sehinggalah aku tamat belajar dan mula bekerja. Hubungan ini telah menyusuri keindahan malamnya selama lima tahun. Sehinggalah pada suatu hari ibu dan ayah aku, membuka suara agar aku berkahwin dengan sepupu ku Riana yang cantik jelita. Bermulalah babak aku mengenali insan yang memanggil ku ‘B’ panggilan ringkas untuk hubby. Aku bersetuju dengan jodoh yang ditetapkan keluarga kerana bakal isteri aku not bad orangnya, walaupun tidak mempunyai kelulusan tinggi. Malah aku yang bernafsu besar, masih punya keinginan untuk kaum hawa. Aku bertuah rasanya memiliki pakej ini.
Pada awalnya papa tidak bersetuju dengan tindakan aku untuk memenuhi kehendak ibu dan ayah yang memaksa agar aku berkahwin. Biarpun dalam pada masa yang sama aku sendiri sudah menyayangi Riana. Namun papa akhirnya bersetuju, setelah aku berjanji biarpun ‘B’ sudah berkahwintetapi hubungan ini tidak akan putus. Maka, diraikanlah perkahwinan ini dengan penuh gilang gemilang. Aku kini menjadi seorang suami kepada Riana dan dalam masa yang sama kekal sebagaiisteri kepada Mr. J. Riana tentu sahaja tidak menyedarinya biarpun beberapa kali dia sudah bertemu mesra dengan Mr. J kerana baginya kemesraan kami ini adalah normal, tambahan pula dalam urusan perniagaan yang sama.

Setahun aku melalui kehidupan begini. Tanggungjawab ku pada mama tidak pernah ku abaikan dan sesekali aku bersama papa. Sehinggalah di saat mama ingin melahirkan zuriat pertama kami. Aku menemaninya sehingga bilik bersalin. Sewaktu kepala bayi kecil ini keluar dari rahim mama, hati dan perasaan aku cukup tersentuh melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan. Kala aku mengazankan bayi kecil ini, aku terasa berdosa dengan kisah silam aku. Pelbagai perkara mula bermain dalam otak kepala ku.
Aku segera menuju ke surau, melaksanakan sembahyang sunat dan sujud syukur. Aku menangis tidak terkira rasanya. Ya Allah, betapa indah ciptaan Mu pada ku. Biarpun aku telah menyimpang dari kehidupan sebenar dan lalai kepada Mu, tetapi Kau masih jua memberi peluang untuk aku melihat keindahan dunia sebenarnya. Aku bersyukur kerana Kau berikan aku kesempurnaan dalam kehidupan ini dan terimalah hamba-Mu kembali yang sememangnya jahil dan hina ini. Aku ingin tinggalkan dosa semalam dan bertaubat untuk tidak berpaling lagi. Ya Allah... Tunjukkanlah aku jalan kebenaran. 

SELAMAT TINGGAL...  Dahulunya aku mencari kebahagiaan bersama kalian. Kini aku tersedar sendiri untuk mencari ruang cahaya dari kegelapan. Aku malu pada diri ini, aku dusta pada kamu, aku tunduk pada kuasa syaitan, aku hilang arah dan tujuan, aku hipokrit, aku mainkan cinta dan paling utama aku jauh berada di persimpangan kebenaran agama. Mama maafkan ‘B’... Aku tahu kau tertanyatanya apa yang telah merasuk dalam hidup ku, berubah secara tiba-tiba. Aku pergi tinggalkanmu, menunaikan Umrah agar dapat aku mencari kembali jalan kebenaran yang telah lama akutinggalkan. Ikutkan hati aku, malu untuk hidup bersama dengan mu lagi tetapi andai kata jodoh kita masih panjang, aku kembali. 
Dosaku di belakang mu, terlalu banyak biarpun kau tidak mengetahuinya tetapi aku mohon kau memaafkan setiap kesilapan ku. Papa maafkan ‘b’... kita telah jauh hidup dalam dunia jahanam. Noktahnya di sini. Aku bertaubat untuk tidak kembali melakukan perkara terkutuk ini lagi. Aku harus tahu bahawa aku adalah LELAKI SEJATI! Punya anak dan aku tidak mahu anak ku ini nanti ketahui perangai ayahnya sebenar. Aku harap suatu hari nanti kau jua akan berubah dan kembali pada fitrah kehidupan sebenar. Amin...

sumber dari: nona.my

Monday, January 17, 2011

Desert malam ini: Puding Jagung, eh Dadih jagung la..

Dadih jagung! yang telah dipelbagaikan..
tambah dengan krim jagung je..
yummm... makan sejuk2.. rasa macam aiskerim jagung..
memang sangat layan...
cair je dalam mulut tu..!

kegemaran abbi ni! mulanya aku tak gemar sangat, sekadar buat untuk dia, sebab tahu dia suka!
memang teruja muka dia bila tengok aku hidang ni!
so aku pun layan le jugak!
ishh.. memang layan! sudahnya aku yang lebih lebih..

korang cuba lah buat pula..
pastu tambahkan lebih susu cair..
lemak berkrim jadinya!

Update (18/1/2011)
cara nak buat dia senang je,
Dadih segera
Susu cair
Gula
krim jagung tin
cara caranya terus ada kat plastik dadih segera tu, tapi aku buat separuh sahaja, sebab separuh pun dah banyak sebenarnya, nasib baik cukup bekas nak taruh.. cuma aku lebihkan susu cair..
dan bila nak makan tu, letak jagung dalam tin tu sikit
tu yang rasa macam eskerim je.. :)
selamat mencuba!

Salah buang payudara, suri rumah dapat RM 100000

Kerajaan bayar RM100,000 kerana kesilapan buang buah dada
2011/01/17

IPOH: Kerajaan bersetuju membayar RM100,000 kepada seorang suri rumah selepas seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini melakukan kesilapan membuang buah dada kirinya pada 2005 kerana disangka barah.

T. Silvarany, 56, yang sebelum ini memfailkan saman RM2 juta terhadap kerajaan Malaysia hari ini bersetuju agar tuntutan saman itu diselesaikan di luar mahkamah.

ishh!! jangan main main buang la..
rasanya RM 100k pun tak cukup! berharga tau ! sebelah takda, bukan senang2 boleh carik lain tepek kat situ! ishh!
seumur hidup kena tanggung...
hmm..
moga menjadi pengajaran pada pihak2 yang berkaitan..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker