Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, December 31, 2010

masih ingatkah pada si comel ini?? adik intan azy..

Assalamualaikum..

ha... masih ingat tak pada si kecil ini?
nama dia intan azy nuridalis
kalau ada yang masih ingat
si kecil yang sangat comel dan kiut ini dah pandai menyanyi dalam lebih kurang 1 tahun..
dia membuatkan hati semua orang terpegun dengan nyanyiannya..
termasuk anuar zain!
tengok video bawah ni..


comel kan? kiut miut! masa 14 bulan rasanya ni..


tengok masa dia dah besha shikit! chomel je die... :)



Sesucinya cintamu... bulat bulat matanya! heheheheh.... pandai sungguh mengikut gaya seperti anuar zain!
kalau nak tahu vidoe ini berjaya menambat hati ramai orang termasuk yang di luar negara!


ha... ini dah pandai nyanyi lagu ella pulak.. dah pandai pakai microfon ya.... :) nyanyi lagu rock tu! hehehe menghiburkan..





Ini pun dah makin besar ni... tapi masih aktif lagi...  gigi satu pegi mana tu?hehhehe... nyanyi lagu jaclyn victor satu harapan..



dan sekarang ni? dah 10 tahun pun dia ni.. dah besar panjang... dah remaja ni....
masih lagi menyanyi.. lawa dah dia.. :)
(heheh.. berjaya gak aku godek godek internet ni, nak cari gak macamana dia sekarang ni...  sib baik jumpa..)


Semoga adik Intan ni berjaya dalam setiap bidang yang diceburi...
semoga jalan yang dipilih ialah jalan yang betul dan tidak terikut ikut dengan budaya yang tidak sihat..
semoga dirahmati Allah..

Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF | Harimau Malaya berjaya mematahkan sayap si Garuda

~kreditto epagroove.blogspot.coom~


Ahamdulillah!
itulah sahaja perkataan yang bermain di bibir tatkala melihat kemenangan Malaysia ke atas Indonesia malam tadi!
sepanjang perlawanan memang mendebarkan..merisaukan..
walau hati dah tenang sebab kita dah bawa bekal 3 gol
tapi risau atas segala kemungkinan yang tidak mustahil akan terjadi..

Alhamdulillah.. Syukur pada Illahi..
berkat doa kita semua.. ini semuanya datang dengan izinNya jua..
kalau dah rezeki Malaysia untuk menang untuk Piala Suzuki AFF tahun 2010 ini!
Malaysia menang dgn jaringan keseluruhan 4 dan indonesia 2.
tahniah untuk Skuad harimau muda Malaya!
anda semua memang selayaknya! memang hebat! mantap dan bergaya sekali!
terima kasih tak terhingga!!!
anda adalah fonomena..

~kreditto nasionalism1982.blogspot.com. tq..~

Untuk Penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi,
terima kasih juga!
walau bertubi tubi serangan yang datang..
masih lagi dapat menghalang bola dari melepasi tiang gol! syabasss!!
paling best masa penalti tu! huh...
apa lagi alasan mereka?
jgn sampai tim dari pak pak seberang kata kita letak otromen pulak kat depan pintu gol!
hahahaha...


Ini saat Malaysia membenamkan indonesia 3-0, patah sudah sayap si garuda..


mari saksikan sedikit sedutan semalam pula.. walau dilihat sang garuda cuba bangkit, namun tetap tidak berupaya..

bukan setakat mematahkan sayap! terus di bahamnya si garuda itu..

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk kejayaan yang lebih besar lagi untuk pasukan bola sepak negara kita.. 'turning point' bak kata PM kita.. :)
diharapkan pasukan yang sedia mantap ini terus terusan menjadi kebanggaan negara Malaysia!
Tanah Tumpahnya Darahku...


Malaysia Boleh!
tahniah dan terima kasih sekali lagi..
lain kali buat lagi..
:-)



giveaway: Jumlah RM coklat bernilai?

Bismillahirrahmanirrahim..

So kali ini bagi menyokong Kak Ayu ku! aku join giveaway ini!
so! apakah tekaan ku?
.
.
.
.
setelah di timbang timbang..
setelah di congak congak..
maka dengan ini ..
tekaan ku ialah...
.
.
RM 57.70!

moga moga ada tuahnya!
dapat cokelat! hehehe... suka!

marilah sesiapa sahaja boleh join ini..
kalau nak join, boleh ke Citarasa Rinduan..

Mari ramai ramai kita meriahkan! esok dah tutup, sib baik aku sempat!

terima kasih.. :)

Wednesday, December 29, 2010

Assalamualaikum..

Lama tak balik rumah..
bila balik rumah, mula mula masuk pintu kena kasi salam..
nak masuk blog yang dah 4 hari ditinggalkan pun kena bagi salam..
Assalamualaikum untuk semua yang sudi membaca ini..
terima kasih juga pada yang sudi bertandang semasa ketiadaan!
terima kasih banyak banyak!
:D

InsyaAllah, blog akan dikemaskini nanti..

Jangan lupa! malam ni, Malaysia lawan Indonesia! sama sama kita doakan kejayaan Malaysia! tanah tumpah darahku!!
semangat!!!
Kita Malaysia punyai harga diri!
Kita Malaysia punyai kesopanan,
Kita Malaysia punyai kewarasan!
semangat harimau malaya bangkit semua! tunjukkan kegarangan kita di padang!
berjuang habis habisan.. dan tawakkal pada Allah..
mari kita sama  sama doakan kejayaan Malaysia!
kita cuma merancang..
Allah jualah yang menentukan...
InsyaAllah..




geli hati betul melihat sandiwara yang diciptakan oleh pihak yang lagi satu tu!
"doh ado pun bukti kata puak demo dulu hok buak onar ngan leser dulu!"
hadoi!
tambah geli hati ini bila di katakan si S kunalan itu pemain import dari negara India?
dan Mahali Jasuli pula import Indon?
hadoi?
suka ya korang menggelikan hati semua orang?
hehehe..

Manusia yang 'cepat melatah' dan bertindak membabi buta mengikut kata hati tanpa berfikir panjang.. akan kelihatan dungu!

Saturday, December 25, 2010

Selamat Hari Sabtu!

Assalamualaikum..

dah Sabtu, maknanya cuti! dan yang biasanya tak cuti pun mesti kena cuti juga kot sebab hari ni hari perayaan Krismas.

Awal lagi dah bangun!
dan rindu pula pada blog! ;p
tu yang update pepagi ni..

kejap lagi bermula la operasi ke atas rumah!
nak mengemas.. nak sapu lantai.. nak mop lantai, sental kasi berkilat! nak jemur kain yang dah dibasuh tu..
oh ya! nak siapkan sarapan juga..
hari ni buat nasi lemak sambal ikan aye.. ( ikan tongkol!)

perancangan hari ini macam macam..
dan
ada orang tu demam pula.. :-(
ntah kenapa tiba tiba badannya panas sungguh!
demam sudah datang...
kasihan sungguh melihatnya..
mula lah dia mengomel yang bukan bukan..
insyaAllah abbi akan sembuh ya!

Family dari kampung juga akan datang hari ni..
moga setiap perancangan dipermudahkan Allah..

kita hanya mampu merancang..
Tuhan jualah yang menentukan

kepada semua kawan kawan ku di luar sana juga..
selamat berhujung minggu..
selamat memanfaatkan cuti ini dengan sebaiknya!


~ khas untuk semua kawan kawan ku.. :)
terima lah wangian harum dari bunga ini!
bunga ni wangi sangat.. satu bilik akan wangi dek baunya yang harum ini...
tapi sayang aku tak tahu apa nama bunga ni..
ada yang tahu ke?
boleh share di sini...

:)

have a gud day..

cheerss...

Friday, December 24, 2010

Oh Wanitaku.. kalau berpacaran..

Di satu tempat di pusat membeli belah, 2 orang lelaki dan perempuan yang begitu mesra berjalan seiringan dan berjalan masuk ke satu ruangan pakaian lelaki.. sambil mereka memilih milih datang seorang salesgirl melayan pelanggan..
..........
" ok, yang ini nampak sangat sesuai dengan boyfren u" sambil tersenyum
" ha.. boyfren i? yang mana? yang itu ke...?" sambil menunjukkan pada lelaki yang sedang ralit membelek baju di sudut yang lain..
" ye la.. u jgn tipu ai la.. ai nampak u pegang pegang tangan tadi..mesra mesra.. mesti itu paktoh u.."
" aiya.. u ah.., itu suami ai la! boyfren boyfren tak main la.." hehe.. sambil tersengih?
" ha.. ye ah itu suami u? aiyaa.. biasa ah i tengok orang mesra2 macam tu ialah kekasih sahaja, kalau suami isteri ah.. mesti jalan jauh jauh, tak pegang2 tangan munya...."

hoh? macam tu pulok? huuu

*********************************************************
rentetan dari membaca entri cik Rima kita.. dari blog CIKEDIS
aku teringat peristiwa di atas tu.. :)
(jom! mari sama sama ke blog Cik Rima kita.. :)

betulla kata Rima tu..
kebanyakkan nya ingin tunjuk rasa kasih, sayang dah cinta lebih lebih sebelum kahwin..
tak boleh tahan..
bila ada pasangan untuk bercinta, hati jadi girang gembira. semua jadi manis belaka..
halal haram tolak tepi
dan bila perasaan kasih telah bercampur dengan keinginan dan nafsu..
sanggup serahkan segalanya..!
Nauzubillah..
Aku juga bukan pandai berkata kata sahaja, masih perlu perbaiki diri juga..Moga Allah ampunkan dosa dosa lalu.. dan melindungi kita semua dari perkara perkara yang boleh mendatangkan maksiat..

Aku masih punya adik adik.. dan adik adik perempuan lah yang amat merisaukan..
apa yang seringkali aku ucapkan pada mereka..
adalah supaya mereka jaga maruah mereka sebagai perempuan..
biar mahal jadinya.. jangan jadi terlalu murah, nanti orang cuma pakai buang!
orang akan lebih menghargai pada sesuatu yang berharga!
wanita yang berharga ialah wanita yang suci.. menjaga maruah, air muka dan martabat keluarga..
wanita yang berharga ialah wanita yang tahu menolak segala kemahuan nafsu cinta duniawi yang tiada ikatan sah..
wanita yang berharga ialah apabila dia mendahulukan Allah dan seterusnya tidak membelakangkan restu orang tuanya..
kalau nak cari yang soleh.. kenalah jadi solehah dahulu, betul tak?

dan juga..
Cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain..
masakan kita boleh mencintai orang lain, jika kita tidak mencintai diri kita sendiri?
kita mencintai diri sendiri dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu,
kita mencintai diri sendiri dengan mencintai Allah terlebih dahulu..
jauhilah segala terlarang yang haram
maka Allah akan permudahkan dan memberikan sesuatu yang diingini mengikut cara yang halal..

Percayalah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang tidak baik adalah untuk perempuan yang tidak baik..

Untuk adik2 lelaki ku juga begitu!
serupa sahaja!
kalau kamu mahukan si solehah..kamu perlu jadi soleh dahulu!

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242),




~gambar kredit to google (alistiqamah)~


Dengar ini....
'tidak perlu bersentuhan tangan pun jika sudah bersentuhan hati dan tidak perlu berbalas kerlingan mata jika telahpun berbalas balas doa..'
:)

ASSOLATU KHAIRUN MINAL NAUM...

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.”
(Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”
(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.”
(Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:
“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh.
Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”
(Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.”
(Hadis riwayat Bukhari).

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.
Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.”
(Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah.
Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Sumber : Berita Harian (25 Mei 2007)

Thursday, December 23, 2010

Alamak! Ju-on menyerang di sini?

bukan di blog aku! tapi di sini! blog 'sembangkosong'

adui.. pening kepala pulak tiba tiba..

yang baik jadikan tauladan..
yang buruk jadikan sempadan..

terima kasih ahmad Jo, sudi ikut blog ini! :)

Snek Petang: Asal Usul Nama Kumpulan / Ahli Musik!

Salam... Sekadar gurauan..di petang hari... :)

1)Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji / Abang-abang
Haji.....KUMPULAN BAJI
2) Kumpulan yg minat kat sheilawati...SHEILA ON 7
 3) Penyanyi yang paling demand banyak duit.....HETTY COST ENDANG
4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.....KUMPULAN SPIN
5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah.....ABOT (dalam  bahasa jawa
bermaksud berat)
6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya.....O.A.G (Orang Asli Gombak)
7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.....SCOIN (pakai syiling jer)
8) Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa.....AL-JAWAHER
9) Kumpulan Rock yang Paling wangi.....MAY (Bau Sabun)
10) Kumpulan Rock Paling Bahaya.....AMUK
11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional .....MANTERRA
12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi.....GIEGIEL
13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain.....HEADWIND
14) Kumpulan yang telah mengkormersialkan Roti
Benggali Pedas.....GINGERBREAD
15) Kumpulan yang mudah berpecah.....KRISTAL
16) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri .....LEFTHANDED
17) Kumpulan yang ada power..... KEMBARA (sebab ader DVVT)
18) Kumpulan yang terdiri dari pesawah.....PADI
19) Kumpulan yang paling popular di pagi raya.....TOO PHAT  (Ke-too-phat)
20) Penyanyi kesukaan David Beckam.....SITI SARAH
21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh.....PRETTY UGLY
22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe.....METALASIA
23) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang.....4U2C
24) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.....MELLY GO-SLOW
25) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'.....TEACHERS PET
28) Kumpulan yang susah nak sakit.....MEDICINE
29) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.....DR. KRONIK
30) Kumpulan pertama yang buat show kat everest .....IKLIM
31) Kumpulan yang kena sertu apabila di sentuh.....BLACK DOG BONE
32) Kumpulan yang paling bengap walaupun dah kaya.....PAK PANDER
33) Kumpulan yang paling di hormati .....KUMPULAN DEWA
34) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley.....NEW BOYZ
37) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali
bulan 9.....SWEET SEPTEMBER
38) Kumpulan Paling berani.....KAMIKAZE
39) Kumpulan yang selalu gi konvoi.....XPDC
41) Kumpulan yg ada sayap tapi tak boleh terbang macam ayam.....WINGS
42) Kumpulan yg suka amik gambar & autograf.....FOTOGRAF
43) Kumpulan yg selalu dapat cari orang (macam along/ceti).....SEARCH
44) Kumpulan yg sering kemarau / kekeringan / horny.....GERSANG
45) Kumpulan yg selalu banteras rasuah tapi beri rasuah untuk buat
album.....B.P.R (Bumi Putra Rockers)
46) Kumpulan yg suka dera kucing.....Alleycats
47) Kumpulan yg banyak taik mata.....E.Y.E
48) Kumpulan yg suka tanam dan jual bunga ros hitam.....BLACKROSE
49) Kumpulan yg selalu adakan jualan karnival beli belah.....MEGA
(Mega Sales)
50) Kumpulan yg ada daya tarikan bumi.....GRAVITY 
 51) Kumpulan yg ada macam2 bau (bau wangi, bau busuk, bau kentuttttt)..BAU
 52) Kumpulan yg banyak berfikir sampai terangguk2 & tergeleng2 &
tergolek-golek...AHLI FIKIR *

tapi aku tak faham satu je!
kenapa beckham suka siti sarah?
kenapa siti sarah beckham! kenapa?

Best ke kawan kawan blog?

Situasi 1

" ala... kalau tahu no tepon dia boleh gak kita singgah kedai dia!"
" kedai dia kat mana.. jauh ke tak ni kebetulan kita ada kat sini.. boleh ah kita pegi.."
" nama kedai dia citarasa rinduan.. tulah, aku tak simpan no fon dia pula, kalau nak, kena online la pulak! mana nak menggagau tetangah jalan gini!"
" oh... tu kawan lama ko ke..."
" errr.. haa... ye la kawan aku..." ( masa ni member tak tahu aku ada blog, jadinya takleh nak cakap bahawa itu kawan blogger.. hehe..

Situasi 2

"betul b, me betul betul rasa terharu dan sebak sangat dengar cerita dia.. tak semua orang sekuat itu tau.. satu di antara kot! me sampai menangis tahu tentang kisah dia.. (lantas aku menceritakan lah dari a to z pada abbi kisah itu..)
" sekarang anaknya dah besar lah..?"
" haah dah besar dah asya tu.. comel.."
" Lya ini kawan u yang mana ni? duduk kat mana?"
" err... duduk kat terengganu dia tu.."  ;p soalan ke 2 je jawab soklan pertama tak jawab..

Situasi 3

" eh b, :D nanti boleh la kita makan pekasam sokmo!"
" ye ke mana dapat?"
" ada kawan me, maksu nama dia.. nanti dia nak niaga pekasam! takde la susah kita nak cari nanti!
" oh bagus la... kawan pejabat ke ni?"
" err.. bukan..."

Situasi 4

" weh, maria ozawa tu mende ? dan sape ?"
" hah? maria ozawa? itu pelakon porno lah! sape bgtau kat ko ni.. ohh.. ko tengok ehh.."
" la.. ye ke? oooh... eh bukan aku la, aku selalu je dengo deme kgkawan main main gurau nyebut nama itu!"
" kawan ko laki ke pompuan ni?"
" err... laki ni.. ala.. diorang ni gila gila.. slalu je kasi gimik..."
" kawan pejabat eh.."
" bukan"
" kawan sekolah?"
" bukan"
" abis kawan U ke? kawan mana ni?"
" bukan kawan U la.. kawan blogger!"
" ooooooo.....ko ada blog eh? bak sini link! hehehe.. aku pun blogger gak! huhu.."
chehh... :p

Situasi 5
........
" b, me rasa sangat kesian sangat ngan kawan me tu la..! me dapat tahu dia sakit teruk b.."
" pergi lah melawat dia..."
" eii.. kalau la boleh me pergi.., ini seberang lautan sana tu.. me cuma boleh doakan sahaja keselamatan dia.. semoga dia kembali sembuh!"
" ini kawan u yang mana pulak ni?"
" kawan me yang dok sabah..."

Situasi 6

" b, jom tengok wayang!"
" citer apa.."
" citer hantu mak limah..."
" ishk! best ke? macam tak best je.."
" uuu.. kawan kawan me ramai dah tengok.. rata rata kata best je!"
b jeling kat aku... seraya berkata...
" aii... me tengok sekarang ni, ramai betul kawan u yek? mana datang semua kawan kawan u nie.. nama macam tak pernah dengar pun dulu dulu.. kat opis pun takda orang baru kan? "
"geeeee.....  :D...... heheheheh.... itulah semua kawan kawan blog saya...."!

hehehehe...

cerita cerita di atas tu cuma sebahagian sahaja.. nak cerita semua kang kena buat cerpen bersiri pula.. hehe...

aku baru perasan yang abbi pun dah naik pelik,
tu yang dia selalu tanya, sebab kebanyakkannya kawan2 aku ni, dia mesti kenal dan pernah jumpa dari dulu sampai sekarang..
itulah yang berlaku sejak aku punya kawan kawan blog...
hari hari pun ada sahaja cerita dan maklumat yang ingin dikongsi..

terima kasih kerana telah menjadi sebahagian dari hidup ku..
:)
semoga jalinan ukhwah ini membawa kebaikan untuk semua.. :D

err.. best ke aku pada kamu pula? err...

~ mentari muncul lagi..memberi harapan baru.. ~

Wednesday, December 22, 2010

Perasaan hebat ketika di awangan..

Bertuah dapat merasa pengalaman sebegini..
yelah untuk orang yang selalu melalui jalan daratan seperti aku, sesekali dapat terbang di angkasaraya memanglah mengujakan..
maklumlah bukan selalu..
kalau orang mampu tu boleh ler selalu..
:)

bawah ni gambar2 yang aku sempat shoot,
ni dah nak sampai kl dah ni, tapi tak tahu ler apakah tempat di bawah tu..
cuma cahaya cahaya itu sungguh mempesonakan...
cantik..
Subhanallah..
sib baik dok tepi tingkap..


chanteek tak korang...?
korang? korang memang la canteek kan?
hhehehe...



masa tu hujan juga, sesekali bergegar gegar tu memang menimbulkan rasa panik!
risau gak! doa banyak2 untuk keselamatan perjalanan..
Alhamdulillah..
Syukur..

Tuesday, December 21, 2010

Takkan melayu hilang di dunia.. (^_^)

mari ikuti video ini..
orang Rusia Fasih berbahasa Melayu.. :)



rasa bangga bila melihatnya..
siap nyanyi lagu gurindam jiwa..
aku baru je nak cari lirik lagu ni, kebetulan pula jumpa video ni..
:)

apa pendapat korang pula?

Hey Lelaki tak guna!!

" kau ingat sebab kau lelaki maka kau ingat kau kuat?
kau ingat sebab kau suami maka kau boleh mengarah, mengherdik, memaki, memukul sesuka hati kau?
sedar tak bahawasanya kau memang seorang pengecut! dayus!
pukul perempuan... pukul isteri?
kau ingat kau kuat ke pukul perempuan??!
bodoh!
dasar lelaki penakut!
dasar bodoh kamu nih la! 
menggunakan kuasa yang ada sesuka hati..

kau ugut dan kau gertak! Mahu lafaz cerai!
Astagfirullah... bergegar tiang arash..
perkataan ini menjadi mainan buatmu?
sering meniti dibibirmu bagai tiada apa makna lagi..
kau kata..
kuasa di tangan kau!
kau boleh lafaz bila bila masa..! (maka si isteri harus takut.. harus gerun...)
begitu bangganya kau dengan kuasa yang kau ada!
tapi..
lupakah kau pada siapa yang beri kau kuasa itu?
sedarkah kau bahawasanya ada yang lebih berkuasa lagi dari kau?
Sedarkah??


tidakkah kau ingat lafaz dan janji janji ketika akad nikah?
Semudah itu kau lupakan...?


oh.. aku sedih..
sedih kerana terlalu kasihankan kau..
kau buta dalam celik
kau lemah dalam kuat
kau bisu dalam lantang!"

Aku marah!!

oh.. andai bisa aku bersuara begini pada setiap lelaki yang begitu kejam pada isterinya..
andai mampu ku bersemuka dan katakan ini semua..!

si isteri pula hanya pasrah..
redha..
syurga di bawah tapak kaki suami katanya.. (ya.. memang betul..)
sayangnya melebihi segalanya..
biarlah..
mengharapkan yang si suami akan berubah suatu hari nanti..
sentiasa mengharap.. berdoa siang dan malam..

tapi si suami?
tetap..
Aku lah raja.. akulah yang berkuasa..?

aku sedih mendengar cerita isteri isteri ini yang teruk dikerjakan suami!
seteruk teruk layanannya.. yang tak terjangkau dek akal aku pun ada..
tak sanggup nak mendengarnya..
aku tak faham kenapa tergamak perlakukan isteri begitu!
dan kebanyakkan isteri cuma bertahan
ya aku tahu..mereka punya alasan sendiri untuk itu..

buat isteri isteri yang ku sayangi..
jika ada antara kamu yang mengalami nasib yang sama seperti ini, fikir lah sedalamnya, negara kita ada undang undang, yang tak pernah sisihkan kita..
aku tahu, dek kerana sayang, relakan sahaja apa yang berlaku..
namun, walau apapun jalan yang dipilih, mohonlah petunjuk dari Allah dulu..
moga kebaikanlah jua yang sedang menunggu..

Life Love | Love Live

Memang sekarang ni kita selalu je disajikan dengan berita berita mengenai nahas jalanraya.
kemalangan seringkali berlaku di mana mana yang melibatkan kehilangan nyawa , kecederaan serius atau ringan.
boleh dikatakan hari hati kita dengar berita kemalangan jalanraya kan?
baru baru ni pun macam semakin teruk je..

Baru dengar lagu ni malam tadi,
so aku terus pergi carinya kat 'youtube' tengok tengok memang ada..
so download aja ya!
boleh tahan lagunya!
lagu kempen untuk keselamatan jalanraya!
sangat bagus..

ye, walaupun kita tahu kalau dah ajal tu tak boleh nak buat macamana lagi
tapi sekurang kurangnya bila ada kempen kempen ni mungkin dapat menimbulkan kesedaran terhadap pemandu pemandu ,
terutama pada sikapnya.. perlu ada disiplin, perlu ada kesedaran, perlu peka dan sensetif, dan ini sedikit sebanyak boleh membantu dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

ok lah! mari join video lagu 'LOVE LIFE' yang di tulis oleh Johan Nawawi, ramai artis tu, Remy Ishak pun ada, :D Nora, Dayang Nurfaizah, Dina,Jac, dan banyak la lagi... :)







LOVELIFE
Tanpa diduga
nahas yang menimpa
telah mengakhiri perjalanan kita
hanya kerana
kesabaran tiada … oh!
Syukur hati ku
bila ku lihat mu
masih berada disisi
terlalu hampirnya nyawa mu pergi
kerana sikap ku terburu (begitu)
Chorus:
Live love! love life!
Today we make the change
through caring and love
Live love! love life!if we could all be more understanding
its the biggest gift of life
..... LOVE LIFe..
from now i’m very sure
i wanna make it right
each and every journey of our lives
one can make the change
saving all these lifes …oh!
now i realise
the meaning of true love
just the thought of losing you
never felt so painful
never will i can
imagine living without you
chorus:
Hidup Cinta!
bersama kita mampu
mengubah tibanya duka
Cinta Hidup!
bila kita saling cuba memahami
itulah kehebatan nya….

Emneya Contest Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim..
(ini sticky post utk beberapa hari.. :)

Kali ni mahu join contest yang di anjurkan oleh Pena Farhana aka Deena Farhana..
Deena dah jemput hari tu, tapi hari ni baru sempat untuk join!

Mungkin ada antara korang dah kenal Deena samada di blognya sendiri atau di blog aku di entri ini
dan Alhamdulillah, Deena semakin sihat.. rasa lega sikit hati..

Deena Farhana Nurman ialah nama penuhnya, seorang penulis blog yang hebat bagiku..
penulisannya mudah untuk difahami, walaupun pada sesetengah topik yang agak serius, tapi kita akan teringin meneruskan pembacaan kerana tulisannya yang santai dan ringan, mudah difahami dan tak sarat! yang penting 'point' nya tu sampai!
aku juga suka ke blognya sebab banyak ilmu ilmu kemusykilan tentang agama, walaupun Deena sebenarnya berdarah campuran Cina+Kadazan+Katholic, tapi itu tidak menghalangnya untuk terus mendalami Islam..
Deena ni pernah belajar di Mesir.. so mesti tahu cakap Arab kan...!
tapi jangan terkejut, Deena pun tahu kecek kelate juga! terkejut bila tengok dia kecek klate.. fasih sungguh deh.. panda sungguh mu deh! hehehe...

banyak lagi tentang Deena, nak cerita di sini tak cukup kertas kang! ( macamla pakai kertas! ;p )
tapi yang penting aku sangat suka penulisannya..
dan terbaru Cerpennya kisah Emneya! Aku baru khatam baca cerpennya tadi!
memang menusuk kalbu, maklumlah.. penulisan dari seorang penulis yang berpengalaman..
mari aku ceritakan sinopsis Emneya..







"Emneya adalah seorang gadis cantik yang dilahirkan tanpa mengetahui asal usulnya, tapi dia bertuah kerana telah dibesarkan oleh Mak Wa selama 21 tahun, Mak Wa lah yang mengambilnya yang ditinggalkan di tepi jalan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Malangnya Mak Wa meninggal dunia semasa dia masih memerlukan perhatian seorang Ibu.

7 Tahun berlalu.. Emneya atau Neya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang berjaya mencuri hatinya, Syed Erman Haikal bin Syed Hanief. Erman sangat menyayangi dan menganggap Neya sebagai permaisuri di hatinya, tetapi hubungan mereka tidak disenangi oleh ibu mertuanya, Sy Nur Zalia, yang sering mencari kesalahan Neya.
Melihat pada keadaan Neya dan Emran yang masih belum mempunyai cahaya mata setelah 3 tahun berkahwin, ibunya menggunakan alasan itu untuk memecahbelahkan hubungan mereka.
Bermulalah episod duka hidup Neya apabila Emran berjaya dipengaruhi oleh ibunya untuk berkahwin lain, Emran yang telah mula dingin dengan Neya bersetuju dan majlis pertunangan antara Emran dan Ku Sarah berlansung dengan ketiadaan Neya di rumah itu, kerana ibunya tidak mahu dia berada di dalam rumah ketika majlis berlansung. Kesian Neya.. dia terpaksa keluar walaupun hatinya menangis merintis..walaupun berat hatinya untuk melepaskan Emran kepada wanita lain, tapi dia tetap beralah kerana memikirkan dirinya yang belum mampu untuk berikan zuriat untuk Emran.
Emneya juga dipaksa untuk memindahkan barang2nya ke bawah.. disebelah bilik stor.. dan walaupun Emran bersuara namun dia tidak mampu untuk menghalang perintah ibunya itu! Neya pasrah.. pasrah dalam airmata...

Rancangan ibu mertuanya untuk menghancurkan Neya tidak berhenti di situ!
Neya difitnah mempunyai hubungan dengan lelaki lain! gambar2 dan video yang telah dirancang itu telah membuatkan Emran bengang!
Saat itu tiada apa yang mampu Neya lakukan untuk mempertahankan dirinya.. kesedihan di hati makin dirasa.. sama rasanya waktu ibunya meninggalkan nya dulu.. "

amacam best tak cerita nya?
agak agaknya..
apakah kesudahan cerita ini?
sama samalah kita nantikan episod ke 4 dan seterusnya...
Mungkin Deena juga dah mampu menulis.. :)

Syarat seterusnya kena tag kawan kawan!
Aku tahu ada antara kawan kawan ku yang suka membaca cerpen, makanya aku tag contest ini pada Kak Ayu, Lya Farina, Kak Lynn, Maksu, Nabilah, Zanna Rohim, Kazaztan Team, Kak Zakie dan my lil diary.. dan semua yang mahu join ini contest pun boleh... no problem.. mari sama sama kita memeriahkan contest giveaway dari Pena Farhana ini!
(jgn lupa tinggalkan komen di sini juga ya! ;p )

Klik Emneya Contest Giveaway untuk maklumat lanjut.. dan boleh juga klik di banner sebelah.. :)

All da best..

terima kasih Deena dan kawan kawan semua.. :)

Monday, December 20, 2010

Manis|Comel|Cantik

Pertama kali melihatnya..
hati sudah tertarik!
sopan budaknya..
lembut je bila bertutur...
perlahan je suaranya..
ayu je..
:)
ini anak kepada kawan sepejabat, dia bawa anaknya ketika dia bercuti hari tu...
persis sungguh dengan wajah ayahnya!
saling tak tumpah..
suka sangat tengok sikecil ini
tak jemu memandangnya..

~manis dia.. ~

~comel kan? terserlah lesung pipit kiri dan kanan pipinya...~

~ lawa bila menjeling..~

semoga anak kecil ini membesar dengan baik
menjadi wanita solehah
berjaya di dunia dan akhirat
penyejuk hati ayah dan ibu..
InsyaAllah..

tenang dan damai bila melihat wajahnya..
ada damai di situ..
Nur Shifa' Nabilah nama diberi..

Khabar dari seberang laut..

Salam..
pagi tadi telah mendapat perkhabaran dari Deena sendiri!
Syukur.. Deena semakin sembuh walaupun masih perlu dipantau...
gembira dengan perkhabaran ini..

Syukur Allah masih berikan peluang..

deena oh deena..
Kamu jauh di sana
 sentiasa sahaja ingin mengetahui, apakah perkembangan kamu..
untuk setiap saat dan ketika..
risau dan tertanya tanya bila tiada perkhabaran perkembangan kamu..
rasa nak terbang ke sana kalau boleh.. :)
harap deena makin sembuh hendaknya,
makin sihat,
makin kuat
dan makin cantik..
semoga persahabatan ini juga makin utuh
dan dirahmati Allah..
InsyaAllah..

terima kasih juga untuk para para kawan ku di sini yang sangat manis dan baik hati mendoakan deena.. :)
semoga kita semua dirahmati Allah.. :)

Terima kasih cun09 sudi ikut blog ini! aku perasan hari tu follower 93 pastu jadi 92 pastu jadi 91.. pastu sekarang 94 pula.. ada yang keluar masuk keluar ni.. :p
tak mengapa hak masing masing..  :)

Friday, December 17, 2010

|Rezeki|

Hari Jumaat ni rezeki sungguh murah..
sarapan tadi ada orang belanja..
makan tengahari pun orang belanja.. :)
terima kasih..

mesti semua orang perasan kalau hari Jumaat je, kalau pegi makan kat kedai..
mesti dapat pisang free kan?
pisang berangan tu..
sedap aku sangat suka!
tadi masa kat kedai makan tu, aku memang mencari pisang, aku tengok ada 2 meja je ada pisang!
satu meja nun jauh di sana.. satu meja di sebelah sini tapi dok ada orang tengah dok situ, baru abis makan..
fikir ku, tunggu sahajalah mereka beredar baru boleh rembat ..
aku dok usha je la sambil makan.. huhu..
pastu bila mereka beredar,aku tengok 2-3 orang amik 2-3 biji pisang sorang, bawa balik! oh!
kosong lansung pisang tu!
hmm..
oh, takpa la aku akan pergi ke hujung meja sana lah,
tapi baru je aku bangun, tiba tiba seorang mamat tu pergi situ amik semua pisang yang tinggal cuma tinggal 2 biji tu!
ahhhh..!!! kecewa nya!
memang takda rezeki aku la nak makan pisang.. takpela..
sabar sahaja...
kebetulan kat kedai masa tu tak ramai, ramai yang pergi semayang Jumaat!
pastu tiba tiba datang seorang pekerja kedai,
datang bawa sepinggan yang penuh pisang! agak2 dalam 10 biji kot.. letak atas meja kami..
wah.. aku tengok dia.. dengan mata yang bersinar sinar...
lalu dia kata..
" ini pisang baru.. saya tahu awak cari pisang kan.. "
" eh, hehe.. terima kasih ya, tahu tahu je.. " sambil memberikan senyuman dengan mata yang bersinar sinar..
" tak pe free je, makan la..."
" hehe.. ya ya akan makan... kalau nak amik semua boleh?" saja berseloroh pula dengan nya!
" eh.. boleh... boleh.. boleh amik semua, apa salahnya.." lalu dia beredar ke belakang...
fikirku, dia ni perli aku ler nih..
pastu aku tengok dia datang balik, bawa plastik! lalu di isinya semua pisang dalam pinggan tu dalam plastik sambil hulurkan padaku!
" nah ambilla.."
" eh, betul ke ni, tadi saya gurau je.. berapa kena bayar ni.." aku dah terkebil kebil!
" betul la ni, tak payah bayar.. kan pisang hari ni free.. kalau hari lain kena bayar..." sambil tersenyum
oh... rezeki betul.. terima kasih..
Alhamdulillah..

aku tertanya tanya juga, siapa yang mulakan tradisi ini ya?
setiap Jumaat mesti ada pisang free..
kenapa Jumaat? ya mungkin hari penuh keberkatan kot..
tapi kenapa pisang?
kenapa tak buah lain?
hehehe...banyak kira pulak! dah dpat pisang free lagi mau ckp banyak! hoho..

***************************************************

tadi kat pejabat, aku dapat emel.. di forward kan oleh seorang sahabat ke sahabat sahabat yang lain...
emel berupa video! video seorang kanak kanak yang dilayan kejam oleh seorang amah!
aku dah pernah melihat video itu, melalui blog deena dan aku memang tak sanggup untuk tengok sekali lagi! nanti air mata menitis lagi.. sangat sedih dan marah juga! sangat kesian budak tu! ya Allah..tak sanggup melihat seorang wanita sanggup memperlakukan seorang budak kecik hingga sebegitu rupa! sedih siot! meruntun jiwa aku yang sememangnya sensetif ini!

dan bermula la sesi membalas emel..
ada yang kata..
" gila la pompuan ni.."
" ini jalang babi.. namanyer.." marah betul.. memang patut pun!
" saya doakan andai pompuan jalang itu masih hidup..biar Allah laknat dan siksa dia lebih da apa yang dia telah siksa budak tu.. jom kita doa sama sama" aku juga turut berdoa Allah berikan petunjuk pada wanita itu..
" memang takda perasaan belas kasihan lansung!" betul! tiada peri kemanusiaan!

dan aku juga mula membalas pada semua.. baru taip " sedih! tak sanggup melihat budak tu...."
belum abis ayat aku taip tiba tiba seorang lagi mereply emel itu.. katanya..
" sebab pompuan ini tak pernah mengandung! tak pernah beranak! itu sebab dia tak rasa!!!"
terus tersentap aku disitu.. jari jemari tak dapat meneruskan kata kata yang nak reply tadi...
tiba tiba mata bergenang dengan sendiri...
oh.. walau aku belum punya anak dan belum pernah mengandung.. namun aku masih punya hati...
sedih nya....
abis macamana orang yang mengandung dan gugur.. beranak dan buang tu?
:-( kesian beby tak berdosa..

nak buat macamana..belum sampai rezeki untuk itu..aku percaya ketentuan Allah...

dan emel itu berhenti di situ sahaja.. tiada sesiap yang membalasnya lagi...

********************************************************

di kesempatan ini juga aku nak ucapkan tahniah! pada sahabat yang ku anggap bagai kakak ku , Kak Azi!
tahniah sebab dimurahkan rezeki selamat mendapat anak lelaki setelah 7 tahun menunggu..
Alhamdulillah... rezeki dari Allah..

********************************************************

jodoh pertemuan dan rezeki semuanya ditentukan oleh Allah..
dia yang memberi dan dia jugalah yang boleh mengambilnya semula..
rezeki yang kita ada sekarang ni pun bukannya kekal milik kita..
ianya hanya pinjaman Allah..
terus bersyukur dengan pemberianNya dan redha dengan ketentuanNya..

Peluang untukku dan untukmu..

Assalamualaikum, salam Jumaat..
pagi pagi Jumaat yang tenang ini..mari sama sama kita panjatkan kesyukuran kerana masih diberi nyawa untuk bernafas..
diberi peluang untuk hidup..
mari sedekahkan juga Alfatihah untuk kedua ibu bapa kita samada yang masih hidup ataupun telah tiada..

sejenak mari kita berfikir..
tujuan apa hidup kita hari ini?
Allah telah beri peluang hidup lagi hingga kesaat ini kenapa?
sedari lah...
bahawasanya kadang kala kita seringkali lupa..
sebenarnya Allah beri kita hidup ini, beserta dengan sebegitu banyak kesempatan dan peluang! 

mari kita lihat untuk kehidupan seharian kita..
tidakkah terfikir bahawa peluang yang begitu banyak Allah beri walau hanya untuk nyawa hari ini!
ya hari ini ..

peluang untuk kita membaahagiakan ibu bapa kita.. kawan kawan.. suami isteri..anak anak...
peluang untuk kita meminta maaf
peluang untuk kita berbuat baik..
peluang untuk memberikan bantuan dan bersedekah
peluang untuk memberikan senyuman
peluang untuk memberikan ciuman dan pelukan (halal)
peluang untuk kita meluahkan perasaan sayang kepada sesiapa..
peluang untuk kita menyatakan hasrat murni yang lama terpendam
peluang untuk membahagiakan seseorang
peluang untuk mendoakan seseorang
peluang untuk bertegur sapa
peluang untuk menghayati dan menikmati keindahan alam..
dan banyak lagi peluang yang ada..

kerana..
jika tiada lagi nyawa...
tiadalah juga semua peluang dan harapan..

dan yang penting sekali ialah..
peluang untuk kita menambah bekalan..
untuk hari akhirat!
semua mahu masuk Syurga!
maka gunakan peluang yang ada ini sebaiknya!

Ya Allah itu Maha Pemurah..lagi Maha Penyayang!
Subhanallah...
Allah dah beri!

peringatan untuk diriku yang selalu juga asyik dan leka dengan keseronokan duniawi..
tak sedar peluang yang ada ini akan terlepas nanti...
maka ambil kesempatan..
ayuh!
gunakan peluang yang Allah beri ini...!

untukku..untukmu jua..

kerana sayang..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker