Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, September 26, 2010

Rezeki Antik Syawal

Alhamdulillah..


semasa balik kampung Tok dan Nenek di Kuchai, Bota Kiri Perak pula.. kami mendapat rezeki ini..
mula nya b buka almari lama Nenek, cadangnya nak amik gambar sahaja.. maklumla.. kami peminat barang barang lama ni, bila melihat teko lama ni terus teruja, maka sesi mengambil gambar pun bermula la..


pastu, Mak tiba2 datang, tumpang melihat kami yang tgh leka mengambil gambar, nenek pun sekali bercerita tentang brg2 lamanya..

tiba2 mak berkata...
" kalau dah suka sangat, mintak la dengan nenek tu..."

terus pula nenek berkata..
" iye ler.. kalo kome dah suka.. amik la!"
( wah.. jwapan tak di sangka2 tu.. biar betul.. betul ke ni..? tapi aku walaupun hati melonjak gembira, tapi masih leh kontrol..kontrol.. dan terus berkata..)
" eh, takpe, kami nak amik gambar je ni,"
b pun nyampuk.. "haah, kami suka, saje nak amik gambar je.."


pastu dengar mak kata,
"nenek dah kasi tu amik je la..."
(masa ni aku dah tercuit-cuit peha b dah.. tapi masih kontrol lagi.. hahhahaha... excited tu..)
"haah.. amik je la, kalau kome suka, jaga la elok2.."

wahhh.. apa lagi.. pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya,
dengan malu2nya aku dan b menerimanya.. ":D



tengok lah.. cantikkan?
pastu tetiba nenek bawa keluar juga pinggan yang sedondon dengan nya...
hahaha.. wallaweh...
cun siot..! i like sangat!

maka halal la kami mendapat teko lama ni pemberian MakTua (nenek)
Terima kasih tak terhingga...

tak sempat nak singgah pasal karat LOKIN kat Ipoh! uiih... kat situ byk brg lama woo... pandai cari, pandai tawar2 dapat le rega berpatutan.. :)


IringJeling: nak sangat set cawan kaca lama yg kaler ijau2 jed tu..

Friday, September 24, 2010

Syawal dan 'Bedil Haram'

 masa kat kampung berdentum dentam bunyi mercun,
orang kata, kalau raya tak ada mercun tak cun..
orang kata la..

tapi sekarang nak main kena tengok kiri kanan juga kan..
kot2 polis tangkap! kerajaan haramkan main mercun kan?
ianya satu kesalahan

kat kg aku stok mercun cam senang je dapat..
siap dapat separuh rega.. shhhhhh...
maaf ya jgn soal siasat aku mana stok boleh dapat!
aku tiada kena mengena! lalalala..

apa pun, bagi aku berpada padalah ketika bermain, apa pun kena sentiasa beringat, jangan gembira sangat sampai tak ingat dunia! niat main hanya untuk suka..suka.. bukannya main sebab terikutkan/ menyerupai budaya agama bangsa lain..
fikirkan orang sekeliling juga, timbangrasa, jgn bom tak tentu pasal, kesian mereka yang punya anak2 kecil.. org tua.. tu, terkejut dibuatnya!
lagi, tak perlu la nak terlalu kreatif motif! lain jadinya! yang banyak kes berlaku tu sebab kreatif sangat lah!
buruk padahnya.. tak pasal2 beraya di hospital..

aku setakat main main mercun je..
takdalah sampai ke meriam buluh..
dengar dari jauh je, diorang lawan lawan main meriam antara kampung sebelah..
seronok juga dengar cerita papa aku dan pakcik2 ku masa dulu dulu.. meriam buluh tak boleh tinggal! main belakang rumah, pastu kena kejar ngan nenda kami.. huhuhu..

" b jom main 'bede' !"
''main apa kebenda??"
"Main 'bede' la.."
"apa menatang 'bede' tu?"
"hahaha.. main Bedil la.. main mercun.. sini panggil 'bede'..bedil... :)


IringJeling : kata b ''udah ghupe macam kat palestin , dumm damm dumm damm.. sana sini..agaknya kalau orang palestin datang sini mesti pelik, aiii... suke beno main bomnya..!"
 
atte nye...
 
 
 

Thursday, September 23, 2010

Meraikan Syawal...

Serius....


kandid!!


Lelaki ku..


Wanita ku..



2 keluarga, anak sulong dan anak bongsu nenda.. keluarga lain tak sempat nak snap.. semua dah beraya, kalau tak mmg penuh rumah.. :)


Mama buat Nasi Tomato, Nasi himpit, ketupat rendang untuk hidangan hari raya..

Alhamdulillah..kenyang..

sebahagian sajianya..


tak lupa jugak tapai... mama buat juga.. manis letting! :)



ada satu gambar mesti ada!hahaha...




ok jom beraya!

iringJeling: post!


Wednesday, September 22, 2010

Syawal yang diraikan..

sehari sebelum raya memang hari yang paling sibuk!
ibu2 kita lah yang paling sibuk..

nasib baiklah mama aku punya anak2 pompuannya yg boleh la dikatakan ringan tulang... :) ada yang tunggu kena suruh pun ada..

Aku nak share resepi Kek Buahan Campuran yang aku buat untuk raya kat kg ritu..
pertama kali buat ni, tapi Alhamdulillah menjadi, dan menjadi kegemaran semua pula!
resepi aku terjumpa kat internet. Sgt2 berterima kasih atas resepinya itu! tak perlu aku copy paste, korang pegi je clik sini>> Koleksi Resepi Diana satu persatu diajar, senang diikuti..


ni gambar dari Koleksi Resepi Diana, kredit untuk beliau..
dan, ALhamdulillah..

bwh ni aku punya,

tak sempatlah nak snap pic masa potong..tak sempat..

satu lagi Kek Marbel
resepi dari sepupu ku, rasa sekali terus tangkap resepinya! huhuhu.. tengkiu cuzz'

-250gm butter/mentega
-130-150 gm gula perang
-esen vanila
-4-5 biji telur
-1sk baking powder dan soda bikarbonat
-230gm tepung gandum
-1 cwn serbuk koko

cara:

pukul butter dengan gula hingga kembang, masuk telur satu2 dan esen vanila, kacau sebati.

kemudian masukkan tepung serta soda dan baking powder.
bahagikan 2 bahagian, 1 bahagian dicampur serbuk koko.
lapiskan setiap bahagian berselangseli sampai habis..

mama suka kek ni, dia yg request untuk buat.
maka hasilnya di bawah..




**************************************************

last berpuasa adalah dengan ahli keluarga!
excited sebab sempat ke pasar Ramadhan di Kelantan,
saja bwa b jln2 tgok kuih2 tradisional Kelantan..

Meriahnya pasar Ramadan kat sini... mcm2 ada! :)
gambar tahi itik, buahgomok dan tanjung amik kat google,


pernah ke makan etok etok ? persis kerang/kepah, tapi ianya kecik2 je, saje kasi org Perak tu rasa.. hehe.. sebetulnya inilah kali pertama aku rasa pun! sebelum ni tak pernah berkesempatan nak jumpannya.
mereka jual dalam kelonsong mcm kon tu, 1 RM 1, makan cam kuaci je, tapi kalau mula2 nak mkn, nak kokaknya susah juga, bila dah biasa.. baru lancar je.. :)

Buat gomok? ini kesukaan papa! tu pasal kami beli.. penah ke makan buah gomok ni? :)

Sementara kebanyakkan kuih menggunakan kuning telur,seperti Bunga Tanjung dan Jala Mas tu, Kuih Tahi itik pula dihasilkan dari putih telur! tidak lah membazirkan?

Akok dah tentu2 menjadi kegemaran semua.. tambah makan ketika panas2.. pulak tu yang banyak telur..uihh..terangkat la pula!



IringJeling: udah caca merba entri aku.. nak kuarkan semua punya pasal.. hmm ;p

Tuesday, September 21, 2010

Syawal Yang Di Rai..

Cerita sebelum raya selepas raya boleh ke?



boleh je deh.. dah nama pun cerita kan.. mesti boleh cerita.. :)



sebelum raya dah tentu tentu le byk menda nk disiapkan,


syukur aku dapat juga gunakan sedikit sebanyak masa yang tinggal tu untuk buat biskut raya sendiri! mesti punya!


sebelum pulan kampung ritu, sempat aku buat ni..

biskut 1st buat; Almond London

resepi?

250 gm butter
130 gm gula ising
2 biji kuning telur
1sk esen vanila
2 cwn conflakes yg di blender halus mulus seperti serbuk.. ( ini aku tambah, kasi crunch2 skit.. )
badam biji dan cincang
cokelat masakan

cara: pukul butter dan gula sampai sakit, :P masuk kuning telur, esen dan tepung dan serbuk conflakes, uli sebati dan bentukkan bujur2 dan bakar...

masak cokelat masakan cara double boiler, tambah mentega sikit, nak kasi kilat..

kemudian, biskut yang telah dibakat tadi dicelup ke dalam cokelat tu.. :) tabur badam cincang, siap.

Biskut ke 2: Semperit Istimewa

aku dapat resepi cara dulu2 punya semperit! resepinya memang lain rupanya.. :)

1 tin mentega Golden Churn 454 gm
1 tin tepung jagung Brown n Polson 450gm
7 kuning telur ayam kampung (biasa pun boleh..)
1 1/4 cawan gula ising
1 1/2 cwn tepung gandung

cara:
gaul semuanya satu satu ikut turutan, pukul sampai sebati, tak perlu kuat. masuk tepung dan uli. tapi jgn uli terlalu lama, sebab takut biskut akan jadi kembang tak cantik pula.. gaul slow2 je..
aku tekan pakai acuan semperit kecik2..
sebab senang telan terus sebiji..

betul rasanya sedap! melting di dalam mulut..
secukup rasa..
my hubby also like, apatah lagi mereka yang lain..
wallah.. Alhamdulillah.. tahun ni baru cuba buat semperit.. :)

Biskut 3 : Biskut Conflakes..
biskut ni memang setiap tahun pun aku buat, tak sempat nak tunggu lama, cepat habis!
ini adalah resepi mama sejak dari zaman remaja ku dulu lagi..

conflakes secukupnya
1 cwn tepung jagung
1 cwn tepung kastad
2 cwn tpg gandum
1 butter 250gm
2biji telur kuning
1cwn gula ising
esen vanila

cara: pukul gula butter, sebati, masuk esen, telur, kacau sebati dan masukkan kesemua tepun dan conflakes yang dihancurkan dengan cara meramas ramas shj..
pastu sudukan ke dalam paper cup kecil guna garfu dan tabur choc rise.. :)
(gambar dalam bekas biskut raya bawah..

Biskut 4: biskut Mazola

kat bawah ni memang biskut2 hasil aku ya, kecuali tat nenas je mak punya.. huhuhu..
termasuk kek marble dan kek buahan campur tu..

Alhamdulillah..



iringjeling: jap agi nak buat biskutconflakes lagi.. round 2. :)

Intro Syawal..

layanzz....

Monday, September 20, 2010

Sekian..

Setelah sekian lama membawa diri..
setelah sekian lama membiarkan blog ini bersendiri..
hari ini dan tika ini..
tinta-tinta menari semula..

;p

pandang kiri kanan..
seperti ada yang tertinggal..
teringat pada sesuatu!
rindu mula menular..
lalu?
aku mula menaip kembali!

bukan merajuk, jauh sekali menjauhkan hati..
tapi dek kerana batas batas susila yang menyekat untuk aku menulis.. (eceh!)

cuti lama beb..
hari ni baru start keja, kelmarin baru balik kl!
huh!!..
puas beraya?
puas hati dapat bersama keluarga! tu yang penting..
maaf blog ya, ku tinggal kamu sendiri..


namun ku tahu kamu memahami..
family first rite.... :D
lagipun kat kg mane de line... :)

ok selamat berblog kembali kepada aku n juga blogger2 lain yg mungkin ada yg seangkatan dgnku!

miss my blogger fren too... muah!

ngehhh.. **wink wink**



wanted!!!

Thursday, September 9, 2010

Pengganti Diri

Assalamualaikum,

sekarang telah mduberada di kampung..
2.45 pagi tadi sampai... Alhamdulillah..

sekarang tengah tungggu adik seorang lagi untuk melengkapkan korem kami sefamilia
Moga Ayu selamat sampai sebentar lagi..

Dikesempatan ini juga... aku ingin melayangkan virtual kad hari raya ini untuk semua pembaca2 blog kesayangan.. sebagai pengganti diri...
Dengan ucapan Selamat Menyambut Lebaran untuk semua..
Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan dirahmati Allah..



Aku tag pada semua yang membaca blog aku.. terutama pengomen2 tegar (hehe..tegar? ada ke?) dan pada semua 74 'follower' ku!

terima kasih untuk semuanya..

Harap dimaafkan jika aku ada tersilap tulis.. tersentuh hati.. terguris perasaan pada sesiapa sahaja..
ampun maaf diminta..
o-o ya!

Selamat Hari Raya! :D

Monday, September 6, 2010

Ramadan semakin berangkat pergi

Assalamualaikum..

Ramadan bulan mulia.. semakin ingin berpergian...
tiba tiba aku rasa sayu..
sebelum2 ni, memang aku tak pernah rasa begini..
sebelum2 ni, masa2 ni memang dok sibuk fikir nak raya dah!
fikir nak pakai baju apa.. plan itu.. plan ni..
naik serabut pun ada!

tapi tahun ini..
di akhir Ramadan ini aku rasa sedih..
sedih Ramadan hampir sampai ke penghujungnya..
Bulan penuh ketenangan ini semakin berangkat pergi!
terasa betapa aku masih tidak gunakan sepenuhnya Ramadan untuk beramal..
walau masih cuba sedaya upaya..

Aku suka Ramadan!
Aku suka rasa tenang di bulan ini,
Aku suka tidak di kelilingi oleh iblis-iblis yang sebelum ini asyik campur tangan..dan walau dengan ketiadaan mereka pun di bulan Ramadan, seringkali terbawa perangai iblis..
dek kerana 11 bulan yang lalu..mereka sentiasa ada.. huh!
Aku suka bila tahu yang betapa banyak pahala berlipat kali ganda yang Tuhan kurniakan pada yang beramal ibadat.. wlaupun hanya menyebut .. "Subhanallah.."

Ya Allah. mungkinkah tahun hadapan akan ada kesempatan untuk ku bertemu Ramadan lagi..
Ya Allah.. aku nak, aku mahu bertemua Ramadan lagi,
rasa menyesal tak gunakan sepenuhnya Ramadan kali ini.. namun aku telah lakukan yang termampu..

Benar, hari Raya adalah tanda kemenangan dan kesyukuran, bersyukurlah bagi orang orang yang berjaya mengharungi Ramadan! laungkan Takbir tanda kemenangan!

Nak raya.. baju raya takda pun lagi..
alaa.. bukan susah pun, baju lama masih lagi boleh dipakai kan.. :)

Maaf zahir dan batin untuk semua teman-teman ku yang mengikuti blog ku..
salah silap harap diampun..

Thursday, September 2, 2010

Selamat Petang : Gambar Kecur..

Maaf, bukan niat untuk menggoda rakan2..
tapi hanyalah sekadar ujian nih.. hihihi..
tengok mampu tahan tak... ha,
kuat tak.. ha,

hari aku berbuka di rumah makcik ku, hari tu mereka berbuka di rumahku,
anaknya request masak Daging BlackPeper ni,
so aku masaklah...
di bawah ini ialah hasilnya...

Daging Masak BlackPeper.



IringJeling: ada orang letak bubur lambuk kat atas meja aku ni... panas2 lagi... lepas2 solat tadi, masuk2 bilik je terus semerbak baunya! haduih... sambil2 aku menaip ni, mata aku merenung tajam penuh dendam pada bubur lambuk itu! adeh! tak boleh jadi ni! lantas terus ku capainya .... dan?

dan ?

dan...
aku simpannya di dalam laci... hehehehe...

pun begitu?

pun begitu....

baunya tetap semerbak dlm bilik nie... huhuhuhu

nasib le labu.. :p

Prophet's Fav Food

Assalamualaikum,

Mari kongsi amalan pemakan Baginda Rasulullah S.A.W..
dari Mahtab Anwar..











IringJeling: tak boleh tahan pulak aku tengok gambar terakhir orang minum air tu.. nampak cam best giler je air tu..!

Wednesday, September 1, 2010

HomeMade Cookies Mother n Daughter

Assalamualaikum,

Aku hari ni baru balik dari kampung ....lama bercuti?
hehehe...
aku balik kampung, gigih menolong mak membuat biskut raya!
tempahan yang sangat2 mengairahkan.. (dan menggiurkan! tahan luir je aku mengadunkannya!)
gigihla aku dan adik membantu mak menyiapkan tempahan2 untuk hari raya ni.. kesian dia, tak menang tangan!
walaupun sebenarnya bukanlah banyak sangat pun, sikit sikit je.. tapi tempahan baru yang datang banyak..

hmm
lagipun kat kampung aku takda line pun nak update blog!

well..Macam macam jenis biskut ada!
tapi yang paling sensasi dan hangat dipasaran ialah..
Biskut Oat, Mazola, Tat Gulung dan Semperit..

segar dari oven bonda.. air tangan bonda nih!
tak perlu risau, insyaAllah bahan2nya dijamin bersih suci dan halalan toiyyiba..
Aku ada juga bawak balik KL beberapa balang.. kot2 ada yang nak merasa biskut bonda aku ni..
kot2 ada yang belum ada lagi,
boleh la beli dengan ku!
hehehe :p

1 Balang 50 biji , harga promosi RM 19 je..
ada ke yang teringin? :)



update: dah tak byk balang dah tinggal..
update lagi: tempahan hanya di area KL sahaja. senang untuk penghantaran terus. TK :)
update 2/9/10: sekut dah sold out.. tq.. :)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker