Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, April 28, 2010

Mesti ada di antara kalian yang pernah melihat pakcik ni..

Kat Kampung Baru... kan?
aku mula-mula tengok pakcik ni takda la apa yang pelik, tapi bila aku lihat dia masuk ke dalam keretanya tu, dan keretanya tu di tutup dengan kain2 dan kotak2..
kepala otak ku mula tertanya2!
eh.. pakcik ni tidur di sini?
kenapa begini dan begitu? kenapa, apakah, dimana, siapakah.. semua bermain teka teki..
hmmm betul ke tak ni..
tapi aku takda lah cepat melatah..
fikirku..ohh...pakcik ni mesti tengah 'undercover' nih..
tapi bila aku datang sekali lagi,
ku lihat kereta itu masih lagi di situ!
ohh.. sekian lama.. pakcik ini masih di situ..?
mana keluarganya?







Sebenarnya, beliau adalah Profesor Madya Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain! bekas pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.


aku dapat tahu ni pun dari majalah 'Misteri' September 2009, dan aku tahu ramai yg dah tahu mengenai hal ini, cuma aku baru je tahu semalam bila selak2 majalah lama2 kat pasar malam tu! ntah sekarang, waktu dan saat ini, dia dah tiada di situ lagi..aku pun tak tahu..

dipetik dari majalah 'Misteri'; (halalkan ya! tq)

dia sbnrnya dah 15 tahun pencen.. dan jadi begini kerana " ingin mengosongkan fikiran",
dia meninggalkan rumahnya di PJ kira2 3 thn lalu.. dan berkelana di sekitar KL dengan kereta Proton Iswaranya. Di dlm kereta itulah rumahnya! Dia menyimpan kain, baju, tilam & bantalnya di dlm kereta t'sebut dan akan memilih mana2 tempat sesuai untuk meletak kereta. Dia akan b'mlm di situ selama mana yg dia mahu..
" saya tidur dalam kereta, selesa. Tak ada masalah, tak ada orang kacau"

Pada waktu siang, dia akan berjalan kaki ke merata tempat dan kadangkala naik bas... berehat... dan sebelah petang menyambung kegiatannya berjalan lagi..

"Pkul 4 pg saya bangun dan berjalan, biasanya sarapan sambil berjalan di merata tempat di KL. saya mandi sekali sehari, byk tempat saya boleh mandi dan membersihkan diri.."

"Fikiran saya dah kosong, nama kawan2 saya tak ingat. Nama cucu ada yg tak ingat dan begitu juga nama tempat di KL, byk yg saya tak ingat. Tempat saya jatuh 2 3 hari dulu saya tak ingat"

katanya, anak isterinya nya tahu dia di mana, dulu mereka kerap berhubung, tapi sejak akhir2 ini jarang berhubung...

" mereka tak kisah, mereka tahu saya suka begini. Isteri saya ada dengan cucu-cucunya dan saya akan terus begini. saya tak ada masalah, saya boleh makan di mana2.."

"saya suka tempat yang ramai orang, melihat mereka sambil saya terus berkelana di sekitar ibu kota"..

katanya dia berjalan setiap hari untuk mengekalkan kesihatanya, sambil menjaga makan minum. Dia mkn tepat pd waktu, pd usia 70 tahun dia masih sihat.

" dah tak ada apa nak di cari, saya dah samapai ke merata dunia semasa cuti sabatikal. Saya hasilkan lebih krg 20 buku ttg bahasa, dulu saya byk menggunakan minda dan sekarang saya mahu kosongkan"

Dia tak membaca lagi sekarang..akhbar pun hanya membaca kepala berita sahaja..

begitulah kehidupannya yang pernah menjadi seorang profesor, soalnya sampai bila, dia pun tak tahu sampai bila dia akan berkelana di ibu kota ini berbekalkan wang pencennya.


~ Dia dan keretanya.. tempat tinggalnya..~

IringJeling: kosongkan minda.. fikiran.. bagaimana pula dengan tanggungjawab? seorang manusia, hamba Allah, seorang suami, seorang bapa dan seorang datuk.. punya tanggungjawab besar di situ bukan? apa pun, aku tidak layak menilai seseorang.. Tuhan maha mengetahui segalanya..

8 comments:

sI tEDI said...

uiyooooo!!

buka sembarangan org rupanya..

Mimy Hamid said...

hmm macam macam hal la orang ni kan...kan pasal training ESQ smlm dh bgtau...apa yg pntg kebahagiaan dunia & akhirat..duit byk, pujian tak bermakna tp hati kosong..

Nisaeciz said...

haishh. atau dia sudah hilang nikmat un-gilanya. uhuk



nak tgk kamu komen apa pulakk. --> apa je yg anda nak komennn

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

agaknya dia dh boring berkeluarga, ayu tak mo lah jadi macam dia...

ct_nurmarlissaa said...

ermm....no lifee laa cam niee kann...

Siti said...

wah....tu la kita jgn pandang org yg cam gini tu sebelah mata tanpa tahu ltr belakang dia kan..huhu

kella said...

tedi: aku baru tahu.. itulah.. bekas proff..

Mimy: tu lah begitu terkesan siot ESQ semalam! aku nak buh dalam nih!

Nisa: telah jengok, terima kasih kembali kerana sudi..

SitiRuhayu:kita pon tak mo jadi cam ni.. apalah agaknya perasaan keluarganya..

kella said...

kak mas: ye la.. no life and love?

Siti: mula2 mmg ada terlintas yang bukan2 tau.. tapi.. berperasangka baik.. alih2 tengok muka dia dalam mag' hmm.. manusia.. macam..macam..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

KEMPEN 'KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL!!'

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Klik Untuk Join

Klik Untuk Join
Emneya Contest Giveaway