Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, August 30, 2009

Terima Kasih Honey Bee..

Seminggu sudah berpuasa bersama suami terchenta, dari berbuka ke sahur semua aku yang sediakan..
dari tahap sedap 'boley laa' hingga la tak terhingga ketidaksedapannya! semua b mkn je.. terima kasih suami ku! bukanla terlalu berjimat untuk bsoping kat bazar Ramadhan tuh! tp byk faktor.. faktor sedap tak sedap la.. faktor kebersihanla.. huu.. tambah lagi wabak2 penyakit sedang berleluasa nih! sure crowded punyalah bazar2 ramadhan tu! tu tak kira lagi pbaziran yg bkal blaku tatkala perut sahut menyahut kelaparan dan nafsu mkan pula mbuak2! tetiba pulakla.. sumer makanan tu nampak menghairahkan! habis semua nak di 'try'.. sikit2 je memula..tapi akhirnya mbazir.. coz x sdp atau kekenyangan..

hisshh food.. food.. asal bulan posa je makin menggoda-goda korang ek!!

Syukur Alhamdulillah rumah aku tak le jauh sangat dari ofis.. balik pulak tu 4.30 ptg! koman2 pun 4.45 ptg gerak balik, sebab tggu my lovely b ambik! sampai umah kul 5.05! hahaha... naik moto, buleh la beb! siap buleh tengok spongebob yg start kul 5ptg lagi tuh! huhuhu.. best..best.. hmm sambil rehat2kan badan jap.. golek2 ngan b! upss tapi takleh lebey2 ya... pose nih, pose nih tau!
sebelum tu lagi, aku dah kuar kan dulu bhn basah dari peti sejuk, untuk masak..

selalunya kat opis lagi dah ada idea nk msk ape.. tgok pd bhn yg adalah.. tapi aku still gak tnya b, kot2 dia ada request nak mkn pe pe! (huh! gaya cam pandai masak! hehe.. sekali kalu dia minta yg bukan2! haa.. tergagau-gagau mcarik resepi) tu pasallah b awal2 lagi dah ckp...
'' u masak la ape2 pun.. takyah tanya me.. kalau u masak, me makan jer..."
hmm.. baiknya b me..thanks to b.. coz mmudahkan keja me..

pas bis sesi merehatkan badan, semayang segala, mula la sesi 'ktung ktang ktung ktang' ku kat dapur ! kalu tlebih baik+ cam sweet2+rajin b aku tu, ada lah di tolong2 aku kat dapur.. kalo tak pun, bila diminta tolong.. boley la..ringan le jugak tulangnya tu.. thanks to b..

ehem..ehem.. kat bwh ni adlh serba sedikit lauk yg aku msk sepanjg seminggu Ramadhan, yg sempat aku snap!
thanks to b coz sudi mkn mskn me.. selalu hargai me.. thanks...



biasanya, kami akan makn yg ringan2 dulu.. then sembahyang Maghrib bjamaah...
pas sembahyang baru ler santap nasik!
msistematikkan perut! hehehe boleh?...
pastu sesiap ler nak ke terawikh pulak..

hmmm.... rasa cam best jer.. semua cam tak over dose untuk pose kali nih!
tiada pbazirn mknan yg blaku..
Kalau tahun2 yg lepas.. mcm2 atas meja... kesudahannya.. perut terlalu kenyang tak leh nak abiskan semua! dah... mbazir pulak... pastu.. dah rasa berat perut tu nak pi semayang terawikh...

mmg cam best2 jer Ramadhan kali ini... semuanya bersederhana sahaja..
aku n b pun saling ingat-mengingati.. tidak tlalu obses ttg raya yg bakal tiba..
tetapi obses mgejar pahala di bulan Ramadhan!
thanks to b coz slalu saling ingat mngingati..

betul... kalau difikirkan... begitu banyak pahala dan ganjaran Tuhan berikan pada kita spesel di bulan ini sahaja! setan2 pun takda! Subhanallah.. kan?

tapi bak kata ustazah Nur Baa'yah dlm Iklan tu...
" Anda buat.. anda dapat !"

Kata Nabil pula..
"Lu pikirla sendiri..!"

Kata aku pulak!
" sekian dulu celoteh dari aku!"

Friday, August 28, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52

Kepada SEMUA WARGA MALAYSIA
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 52 Tahun!!

MERDEKA!!!.....MERDEKA!!!....MERDEKA!!!......
And Happy Weekend..

AWAS!!: DILARANG MENJILAT MONITOR?!













Motip? tiada....
sekadar menghapdet blog! hehehe.... jgn mara ahh..
Selamat mjalani ibadah puasa dengan tenangnya.. Amin..

Thursday, August 27, 2009

Lunch with CTIO's PA

Dah dapat jemputan, takkan taknak pi kan... lunch time!! thanks to sis Siti Rozita, PA pada CTIO kami... coz sudi jemput kami makan2, hari Jumaat, sebelum posa ritu...

dapat gak bersua muka ngan pa2 bwh jajahan CTIO office, sebelum ni, asyik dok over da phone je kan..

~ apa lagi Kak Ina, Maksu dan buka tudung tu...! sempat agi posing tu...~

~wah.. K Eda interprem lebih sikit eh.. takpe kak..msg2 pun dah kenyang..~

~OTAI-otai VS Newest~

Thanks to Illa, for ehsan gambar, gue tak bawa kamera ritu!

Akhirnya Rahsia Terbongkar!!

Rahsia yg sebenarnya bukan lagi rahsia!

betapa jahil nya aku dlm bab2 mblog nih, hehehe.. selama ni aku selalu dok musykil ngape ler date/time aku post entry selalu jer tak sama! mkonfiuskan! ada gak mcari/explorace , tapi tak jumpa2, so hmm.. lantakkan lah..

well.. thanks to mimy ler.. yg telah menyuluh aku dalam terang! hohohoho..

ghupe2nya menda alah nak tukar tarikh ni ada kat bwh tu je.. 'Post options' ! huuu... tengkiu..


Wednesday, August 26, 2009

Very da SIMPLE

Ok, akak-akak... adik2.. siapkan pen dan kertas ye..resepi kita untuk hari ini ialah,
Colek Malas dan Telur Bungkus ya...
haha.. itu lah ayat2 cinta yang selalu aku n adik2 aku ajuk, konon2 main msk2 cam chef..

Menu buka untuk posa hari ke-4, very da simple one..

Colek Malas atau dikenali cucur udang , resepi dari arwah nenek ku, aku pun tak tahu nape di panggil 'colek malas'? kalau org belah timur panggil 'colek' itu.. sebagai sos! yg itu aku tahu la.. tapi tang 'malas' tu.. i've no idea at all.. adakah lepas makan ini akan mjadi malas?! wallahua'lam!
Cucur ni juga adlah kegemaran my beloved hubby! haha.. semalam b kena dera kat dapur.. soory ya b, bukan ape, me nak u mrasa sendiri hasil titik peluh u! chewah.. (idok le sampai bpeluh pun... potong bwg ngan sayo je..)

Ini je le santapan kami berdua semalam! nasi n kurma tu semestinya ada! ini pun dah kenyang sangat dah.. semalam cam buntu2 je tak tahu nak msk pe lagi! (maklumla ilmu masak memasak ni msh lagi terhad..!)

********************************************************************


~ kali ni cucur aku tak byk minyak! siap udang segala.. garing maring..~


~ sos pencecah dgn mayonis... baru terangkat...~

Bahan2 yg diperlukan untuk mbuat 'colek malas' aka cucur udang! (semua bhn2 adalah agak2 je, bhn2 sayur boleh dilebihkan kalau suka!)

-tepung gandum 3-4 cwn, sebiji telur, mentega 1-2 sudu besar, garam ,gula air, (agak2 la hingga pekat)
kacau semua bhn tadi hingga sebati.

- Bawang besar2 lbu, Daun kucai, daun bawang, taugeh, kangkung, ikan bilis (optional)

  • mula2 ambil 1 labu bwg besar, tumbuk sekali dengan ikan bilis (tumbuk lumat) - masuk dalam adunan tepung tadi.
  • kemdian, bhn2 lain tu di potong kecik, terus juga masukkan dlm adunan tepun tadi,
  • biarkan dalam freezer 30mnit-1jam, pastu, goreng la. tak simpan dlm freezer pun boleh..

************************************************************

Resepi ke 2- Telur bungkus daging hancur! (idea datang bila tengok blog si Mimy resepi 'telur hancur' nya tu)

kalo mau try leh ler..

Telur Berbungkus Daging Hancur

  • 2 ulas bwg putih, di ketuk dan di cincang halus
  • 1 labu bwg besar, dipotong dadu
  • lada kering kisar, sos tiram, garam secukup rasa
  • capsium di potong dadu
  • 1biji tomato dipotong dadu
  • carrot di potong dadu
  • daun bwg dipotong dadu potong halus.. (asyik main dadu jer!)
  • daging cincang 1-1 1/2 cwn, ikut suka nk byk lagi sedap!

-sebelum tu, pecahkan 2 biji telur, kacau hingga sebati, goreng telur (nipis/leper, untuk balut daging tu nanti), kemudian letak tepi.

-Tumis semua bhn 2 bwg tu+ lada kering- hingga garing, masukkan daging, masak sehingga kering air, +sos tiram+garam+semua sayur2 di atas, goreng2 lagi hingga la siap.

-letak daging atas pinggan, letak pulak telur yg digoreng nipistu atasnya, kemudian selit2 keliling telur tu kat bwh dging tu..( itu caraku, coz cam tak reti je nak balut cam ner..)

TIPS: gunalah daging cincang yg biasa yg dicincang sendiri atau siap cincang dr Tesco, crefour, Giant, jgn pkai cap Ramli atau Azmi yg siap packing tu, coz rasa dia kureng, pastu byk urat2 dging yg keras di kisar sekali! tak best!






Monday, August 24, 2009

Mari Ngapp! (tgu buka pose dulu!)

Sekali lagi aku buat popiah nie! kali ni, untuk berbuka pose llah!
Aku buat masa pose kedua ritu...
eksperimen untuk kulit popiah aku! hmm kali ni terkeras pulak! bila makan baru ler tahu! ntah ape yg tlebih ntah! tapi yang nyata.. adunan untuk kulit tu pekat sangat kot... hoho... lenkali aku cairkan sikit..


hmmm tapi abis jer.. kami makan berdua..
~sorry la bee.. lenkali me blatih lagi untuk kulit popiah tuh! practice make perfect kan.. ~
aku baru gak dapat resepi baru untuk buat kulit nih! hmm.. mesti coba nih! manatau kot2 perfect kaa...

untuk resepi ini, resepinya sama je mcm entry
popiah basah aku yg lalu. check it out!


~ ghupa sebelum di curahkan sos... ~

~ iyer le..walaupun ghupa mu tidakku kenang...~


~peh! siap ada daun hiasan!? tu yg tak tahan tue... heheheheh~

Bersahur Cara Rasulullah

Info berguna untuk dikongsi bersama.


Bersahur Cara Rasulullah

oleh Mohd Yaakub Mohd YunuS
SUMBER:AL-KHAADEM
**********************************

Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat
keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu
terdapat keberkatan.”
- Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam
ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h:

“Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang
timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta
saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan
memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa
sebelum tidur.”
– Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah
puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah
makan sahur.”
- Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan
rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan
sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun
dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :

“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya
meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya
Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” -
Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan
solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan
azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar
sodiq benar-benar telah terbit.”
- Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak
membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi
Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga
terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:

“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya
siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).”
- Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:

Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk
mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.”
- Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.

Qadi Iyadh r..h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana
waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.”
- Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar
waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit
sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat.
Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?”

Beliau menjawab:
“Kirakira (membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah
sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak
lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis
tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda
makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan
waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi
s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai
bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang
itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan
kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal
maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan
keletihan pada siang harinya.

Saturday, August 22, 2009

Hari Pertama Pose! (Al-Kisahnya Sahur..)

Semalam, Sibuk gak pale otak ni dok pikir.. apela nak sahur pagi sok nih!
nak kena bgun kul baper nih!
tetiba jer my b dtg..
" sayang nak set jam kul bape nih? biar me setkan?" b aku tgh standby nak set..
" errr.. kul 4.30 lah!" (huuu.. awal tu.. belagak, boleh ke aku bgn nih!)
" oh.. ok! me dah set!" katanya ceria!

tiba la waktunya! bunyi alarm tu betul2 mbingitkan tlinga aku! apa lagi! bila je bunyi alarm tu meraung, aku terus le bgn! cuci muka! melulu ke dapur! apa yg aku pikirkan masa tu ialah, nak kena cepat, sebab aku dah bajet nak goreng ikan seketoi! so,take time la jugak! lauk feveret b yg aku msk smlm 'sambal bilis dgn terung pipit' pun masih ada lagi.. haa.. panaskan aje... so, cukup ler..!

dah siap semua! tetiba aku teringat, tadi aku tak tgok pun jam, kul bape! yelah.. terus bingkas bgun, cam robot, kelam kabut!
so,terus kuar tengok2 jam!!
MASYAALLAH!! baru kul 4.30 ke ?!!! haa?? abis tadi yg dok bingit kat dalam gegendang tinga aku tuh? apee!?
ha! ni mesti b dah setkan masa kul bape ntah! tapi yang pasti, lebih awal sangat dari kul 4.30!
hisshhh!! B!!! hmm.. aku tahu dia mesti bajet aku akan drag2 kan dan melengah2kan masa tu.. 5 minit la.. 10 minit la.. alih2.. dah.. terbabas... lebur...
huhuhu.. aku memang selalu mcm tuh! (peace! peace! ) yeah.. yeah... thats y la dia pi setkan masa awal!!
hmm.. bee.. bee.. ( u memahami me! hehehe)

so, apa lagi! masa tluang tu, aku kemas le dapur...
dan of course, apa lagi yek...aku pi la kaco b yg sedang enak tido tu! hahaha... best! best!

********************************************************

dulu, kalo sebelum kawin.. bangkit2 nak sahur je semua dah terhidang kat atas meja! mama dan adik2 ku dah siap masak! aku? tunggu nak makan aje! ( teruk betul!!)
papa aku memang pentingkan sangat masa sahur nih! katanya.. sahur kena mkn berat sikit, minum air kosong byk2! tu yg kadang tu mama aku msk mcm mkn tengahari lak!
mula2 muka mmg sememek je! stim tido tu ada lagi! adik aku plak buleh , slalu tlelap kat meja mkan! tapi bila dan suap sesuap ke mulut, uiihh selera pulak tuh! sedap ler katakan... (isshh! lapar la pulak!! upss!)

hmm.. bila dok tenung dlm2.. teringat beb...
dulu belum kawin semua mama yg buat!
sekarang....
aku merasa lah.. susah payah nya!
semua kena buat sendiri tau!
no mama, mama anymore!
rindu kat mama...

sempat gak tipon mama pagi tadi! dia pun tkjut! awainya aku siap masak! hehehe... isteri solehah la ma....
(ye ke? padahal goreng ikan seketoi n msk nasik je! lagi mau lebih plak!)


Mari Berspagetti

~ spagetti ni memang sedap! sebenarnya semua pun dah kenyang.. tambah2 lagi pas mkn kat jamuan tadi! tapi ok jer... kita rasa sikit sorang, 1 bekas pun cukup untuk semua nih! magik sungguh!



~ Kak Hawa, En Rahmat, Liyana, Shimah, En Amirul.. diorang nilah yg selalu aku susahkan masa aku kena cover duty PA VP, Kak Illa kat Annexe 1! tima kasih yer semua... haa.. sekarang Kak Ila dah balik... nanti tunggu Kak Illa bersalin sekali lagi kita jumpa lagi! hehehe... kalau ada apa2 jamuan, jgn lupe jemput ya!! k Hawa pun.. Nasi lemak sambal kerang n Nasi Dagang K Hawa memang sedap! nanti koling2 la.. bkan jauh pun...

~ Sayonara.. sayonara.. yeheee... sayonara...


upss! ye ke? rasanya.. minggu depan seminggu lagi kena datang... hohohoho ~








Budak Cantik!

hahaha..

cantikkan? gadis di atas tu...
hmmm... tulah.. memula bersua dgnnya memang aku agak lama dok tenung muka dia nih! hihihi.. bukan ape.. cam cantik jer aku tengok dia! kulit muka dia bersih sungguh!
tu yang tak jemu tengok tuh!
haa.. but dont get me wrong pulak!
aku cuma mhargai kekuasaan Tuhan jer yek.. tak lebey dari itu!
semua org pun ada kelebihan memasing kan..
dan ini pula adalah dari pandangan aku ..
Motip entry ni? hmm.. saje je nak tunjuk muka budak cantik ni..

Wednesday, August 19, 2009

Somebody is Leaving! yeahuuu

Setan2 keparat ni memang sah2 takdek bulan posa ni!

so time ni ler kita nak test diri kita..

takleh nak bagi alasan setan goda lagi...

kalau ada gak tergoda tu... hmmm tu 'setan' lain tu... huhuhu..

Dah Nak Dekat Dah!!




InsyaAllah, Hujung minggu ni... Kita Berpuasa...

Selamat Datang Ramadhan! Bulan penuh rahmat!

Semoga dapat mendapat manfaat daripadanya...


"Selamat menyambut Ramadhan untuk semua dari ku dan suami"

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat
.


"Oleh itu SAYA DAN SUAMI TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika kami ada berbuat kesalahan,
baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani
ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S..W.T, InsyaAllah. "

Popiah Basah

Malam tadi buat nie...
salah satu makanan kegemaran my babe..
Memang di akui nak buat popiah nie.. agak rumit! tapi untuk u b.. me sanggup tau!

mula2 nak kena uat kulit popianya dulu..
kemdian.. sosnya..
kemdian.. bwg gorengnya.. kcg gorengnya..
pastu bhn2 intinya...

berejam gak aku kat dapo tuh! tak siap2 lagi! nasib baik sos dah siap semalam!
hii..amatur la katakan...



Marilah cuba.. amik resepi yg aku juga ambil dari internet My Resipi.com dan juga tokok tambah dari resepi yg sedia ada..

Untuk Kulit Popiah
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

cara; campur semua bhn, bila sebati, simpan dalam peti sejuk, 1-2 jam, kalau taknak simpan pun takpe.
pastu kelembutan doh sama seperti buat cucur tu, pastu leserkan atas kuali leper, aku guna non stick pan, leserkan senipis mungkin dan kena buat cepat, sebab kuali tu kan panas..
hati-hati..


Sambal/sos popiah;

cili kering yg di blender (agak2 dlm 5-6 sudu besar- klu nk pedas lagi tambah lagi)

Kacang tanah di blender

air asam jawa/ asam keping

garam, gula biasa, gula merah..

tepung jagung 2-3 sudu


Cara:

-masak cili kering terus dlm periuk,
-pastu masukkan gula+gula mera+garam+air sikit..
-masukkan juga kacang yg telah di blend tadi..
-kuantiti tu agak2 sendiri je, sebab resepi nie tak diberitahu kuantitinya, ala... buleh rasa2, kalau nak lebih manis.. lebihkan gula sikit..
-pastu msuk juga tepung jagung.. kasi pekat... Siap!




Intinya

Taugeh , Sengkuang, Udang Kering, mentega
boleh tambah lagi apa2 inti yg berkenan di hati.. gue pakai ini aja.. senang...bolehla..


Caranya:
taugeh cuma digoreng/ layur kan aje..
untuk sengkuang, panaskan mentega dlm kuali, tumis kering yg telah ditumbuk recah2, kemudian, masukkan sengkuang yg telah di potong halus-panjang2..
siap!







Cara Menyiapkan Popiah

-kulit popiah tu di calitkan sosnya tlebih dahulu
-letakkan inti (sengkuan n togeh)

-taburkan bwg goreng dan telur rebus yg di hancurkan diatasnya
-gulung..
-dah siap bolehla tuang sos sekali lagi n tabur bwg goreng...
-SIAp!





Huh jenuh! nk tulis resepi pun jenuh! hihiiih..
B kata popiah ku kali ni, lebih better dr yg dulu..

"terima kasih b atas segala komen yg u beri.. me tahu selama ni.. b jadi bahan ujikaji masakan me kan? takpela.. at least b telus! tapi mmg betul pun..bila dengar komen negatip (tak sedap!) dari b, mahu sengkak jugek hati nih! tapi me kena terima kan... "
yelah... daripada purak2 kata sedap pada menda tak sedap! apa kess....

neway... selamat mcuba..

Monday, August 17, 2009

What a special day..


16 August ..

Huu.... tarikh mama melahirkan aku! tarikh di mana aku memulakan hidup di dunia fana ini 27 tahun lalu! owh no! semakin btambah ler usia ! semakin tua!!

tarikh ni jugaklah aku memulakan hidupku sebagai seorang isteri kepada suamiku setahun yang lalu..

thanks to mama sebab melahirkan anak yg sihat n tomei seperti saya! hahahaha..

thanks to bebe sebab sabar dengan setiap karenah me ya! muakss

thanks to all yang wish me.. and ma hubby..cheerss..

Semoga aku..
akan terus melakukan yang terbaik untuk diriku, keluargaku dan mereka disekeliling ku..
Semoga aku..
akan terus tabah dan cekal menghadapi masa hadapan
Semoga Tuhan mberkati perjalanan hidup ku.. Amin..

3 ratus 6 puluh 5 hari Hidup Bersama mu..




How do I begin to tell you how lucky I am
to have you in my life?
I'll start by saying what an honor it is
for me to be your wife.

You're my best friend in the good times
and my rock in times of sorrow.
You're the reason for sweet yesterdays
and my promise for tomorrow.

I never thought I could feel this loved
until I became your wife.
You're My husband, my friend, my ultimate dream.
may our 1st anniversary will make our love so deep and true..
love u babe..
Happy anniversary!


Friday, August 14, 2009

Masak Masam Pedas

Ptg balik keja tu memang dah teringat nak masak Ikan Keli untuk menu mkn mlm. Mula2 tu ingat nak uat msk merah je...My B mmg suke msk cam ni.. pastu...tlintas plak nak uat msk lemak cili padi pun sodap! tapi santan plak takde.. plus, aku pun cam ingat2 luper je resepinya! hehehe.. aku bukannya terorr nak ingat2 ni.. belek buku punya stail! hehe...
tapi last2 minit, teringat dengan satu resepi lagi yg tak penah aku cuba...
terus aku belek buku conteng aku tuh! sekali tengok resepi ni untuk ikan patin.. hoh.. molekla tuh.. patin n keli cam tak lari jauh! msknya pun simple je...
So dengan lafaz Bismillah..aku mulakan lah...

Hmm.. agak malang sikit hari tu.. masakan ku agak tidak mberansangkan selera b rupanya! tidak berjaya merembeskan nafsu mknnya pulok.. hok aloo...
Ghupenya, b tak suka msk keli yg jenis kuah2 ni.. sb isi keli akan lembik.. hmm iyo la.. betul jugak.. so nexttime masak goreng2 je untuk ikan Keli.. hmm.. actually tekak aku pun cam cannot go je..
Tapi rasa kuahnya bagi aku agak best jugak la!
tak dinafikan mmg best! cuma slek kat ikan tu je..
hmm.. takdo rezeki den nak dpt pujian lak kali nih!

Sebenarnya ini resepi yang arwah nenek aku ajar, mase arwah masih hidup! mase tu aku di awal perkahwinan, aku yg tanyakan, apa msk yg mudah2, senang nak msk, lansung dia bg aku resepi ni, kebetulan kami suami isteri ni dok nyebutkan ikan patin, so ikan patin la jd sumber resepi ni!
ikan lain pun boleh juga..

tapi resepi ni adalah mesti cuba punya resepi, sb ianya senang, mudah dan sedap..
Lebihan masak masam pedas ni aku bwa ke ofis.. bwa bekal, mkn ramai2...
hahaha... licin!... upss.. selera msg2 berbeza kan..



~ghupenya takde la lawo sangat...~



resepi update kemdian

Cookies kues..Choclate Chip


~ Amacam? ada ke ghupenya?~






Semalam buat cookies choclate chip ni!
kekonon nak bet Famous Amous !! ?
"HAHAHAHA!!" begitu lah b aku gelak besar bila aku tanya...,
" ada rasa macam famous amos tak b?"
berderai gelaknya... tapi komennya..
"bolehla..."
kategori tengah2.. up sket daripada tak sedap dan bwh sikit drpd sedap kot..
hmm yelah.. dia kn dah biasa dengan cookies femes emes tu.. tentula jauh bezanya!!
huh... memang.. takpe2.. ni baru 1st try nie...
walaupun memangla tentu2 aku punya cookies takkan ada rasa sama ngan si 'Amos yg Famous' tu... tapi aku akan buat cookies aku ni punyai kesedapan yang tersendiri yang juga bisa mengalahkan femes emes kesukaannya... ya.. cuba lagi..dan cuba lagi..
'Kella Famous' plak! err.. cam tak kono jo...!

komen dari kengkwn yg aku bg rasa pulak.. ada kata ok! ada kata hmm..nak lagi! ada kata hmm manis la.. kena kurang manis sket.. hohoho...

well.. aku dapat resepi ni dari internet. dari Allresepi.com dan juga di ubah suai + resepi2 lain juga... sebenarnya aku dapat byk resepi cookies ni, so nanti aku update lagi.. yang di bwah ni exactly resepi aku buat semalam, bhnnya tak remeh sgt.. tu pasal aku pilih resepi ni...

mari sama-sama kita share..

1 cwn gula perang (dipadatkan)
3/4 cwn gula biasa (kalau nk kurang manis, 1/2 pun boleh juga)
1 biji telur biasa
1 biji telur kuning
3/4 unsalted butter (dicairkan tlebih dhlu)
2 cwn tepung gandung
1sk garam
1sk soda bikarbonat
1sk cream of tartar
1sk esen vanilla
1 atau 2 cwn choclate chip
(kalau nak tambah kcg ke pecan ke bleh gak..)

-panaskan oven dulu 180-300'
-Pukul butter (yg telah dicairkan) bersama gula biasa dan gula perang sehingga sebati.
-masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang dan nampak macam cream.
-masukkan tepung yg telah diayak bersama soda bikarbonat, cream of tartar dan garam.
-kacau lagi.
-kemdian buleh le masukkan choclate chip tu... aku tambah juga coklat ketul yg di racik2 halus.. taknak pun takpe..
- Bila dah siap boleh la cubit2 guna sudu atau tangan letak atas loyang pembakar..
-kalau rasa cam adunan tu lembik, bolehla tambah gandum lagi..
-kalau taknak rapuh sangat, boleh tambah tepung jagung..
-kalau taknak biskut tu cam merebak/jadi leper bila dibakar, simpan dulu adunan tu selama 30 minit dalam peti sejuk, pastu baru bakar..

Monday, August 10, 2009

Petua H1N1 !!

~photo : H1N1, the new swine flu virus~

Pagi ni aku dapat emel, ada bebapa petua/ cara yg boleh digunakan untuk mengusir H1N1 ! Aku dapat dari memember la yang rajin mengforwardkan.. tengkiu..
sementara tunggu vaksin/ubat yang masih belum ada lagi ni, boleh cuba cara tu dulu..

Saje nak share citer gak! semalam aku gi Spital KL, sebab nak melawat sepupu aku yg masih beby, dia dimasukkan ke ICU, sebab jgkitan kuman/virus, asal2nya kena jgkitan demam la.. tapi doc tak ckp tu H1N1! tapi malangnya tak dpt tengok pula sbb kalau ibu bapanya ada shj baru bleh mlwat..
sian dia dok sengsorang kat ICU tu! sian jugak maknya, MakSu Zura.. mesti sgt sedih..
Kami nak pegi ziarahnya dirumahnya pun tak boleh, dilarang olehnya, takut nanti bjangkit pulak!

Lagi satu, Apa yg aku peratikan kat spital tu.. dalam keadaan H1N1 yg semakin meningkat ni.. ramai juga orang yg bawa anak2 kecil mrk ke situ.. pastu tak ramai pun org yg pkai 'mask' ! boleh bilang dengan jari sesiapa yg pakai mask tu.. tkejut gak aku..! bkn ape.. kan kes kematian byk melibatkan kanak2..
sebab antibodi mrk tak kuat utk lwn pnyakit tu!

sesetengah hospital lain pula siap diorang check suhu bdn kita sebelum msk hospital.. pastu siap bg tanda lekat kat kita. ntahla kan.. mungkin diorang ingat semua org yg kena H1N1 dah pi Ke Spital Sg Buloh kot..
hmm.. sebetulnya.. harusla beringat sebelum kena ...

So sesama lah kita share info berguna di bawah ini.. yek!

(exactly same from d emel..)
petua:

"Salam.....sy baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan ban tun. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi." bahan2nya adalah

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma
tq


Lagi cerita H1N1 dan petua ...


Important to share....

Forwarded by a frenz.

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....


No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...

Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....

ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

**********************************************************************************’

Vitamin C byk kt epal + orange. Mungkin pengambilan Vitamin C yg mencukupi dpt menghindarkan H1N1. Sedikit info pasal vitamin C.

Vitamin C

Pada tahun 1934, satu kaedah penghasilan vitamin C telah ditemui. Ini memudahkan manusia mengambil keperluan vitamin C yang cukup untuk tubuh tanpa perlu makan makanan dengan lebih banyak. Antara faedahnya:

  • Menguatkan daya ketahanan badan.Mengelakkan tubuh daripada mudah dijangkiti oleh kuman virus seperti virus influenza yang boleh mengakibatkan selsema.Kajian juga menunjukkkan bahawa vitamin C dapat mencegah pembentukan sel kanser.
  • Kesan antiseptik, membantu mencegah sel badan daripada racun dan infeksi kimia - membantu mengekalkan pertumbuhan sel badan yang sihat dan mengekalkan kecantikan kulit.
  • Mencegah ulser dan mempercepatkan proses penyembuhan luka atau tulang patah.
  • Membantu mencegah penyakit skurvi.Sekiranya dalam jangka masa yang panjang anda tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, anda berisiko tinggi untuk menghidap penyakit skurvi. Tanda-tanda penyakit skurvi ialah pendarahan bawah kulit, pendarahan gusi, enamel rapuh dan gigi goyang. Pada keadaan yang kronik terjadi pendarahan di dalam otot, sendi dan luka yang sukar sembuh. Keadaan ini disebabkan oleh pembuluh darah rapuh kerana kekurangan vitamin C.

SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C.

  • Sukar bernafas.
  • Senak.
  • Hilang selera makan.
  • Pendarahan hidung dan gusi.
  • Gigi dan enamel yang lemah.
  • Artralgia.
  • Hilang ingatan / mudah lupa.
  • Kurang daya tahan tubuh dan mudah kena selesema.
  • Penyembuhan luka atau tulang patah lambat.
  • Penyakit skurvi / gusi berdarah setiap kali gosok gigi.
  • Mudah mengalami lebam kerana tisu penggalas mikrovaskular mudah pecah.
  • Selalu berhingus pada kanak-kanak.
  • Kulit kering dan bersisik.
  • Darah lambat beku apabila luka.

Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi oleh badan dalam pembentukan sel darah merah. Sangat bagus diamalkan selalu terutama bagi mereka yang merokok.

Kenapa Perlu Diambil Setiap Hari ?
Kerana vitamin C adalah satu-satunya vitamin yang tidak dapat diserap oleh badan, maka ianya akan dikeluarkan terus setiap hari. Tidak seperti vitamin-vitamin yang larut lemak, ianya dapat disimpan oleh badan untuk beberapa hari. Tetapi vitamin C tidak larut lemak. Oleh itu kita harus mengambilnya
sekita 2-4 biji sehari untuk orang dewasa

* so, kengkawan sesama lah kita mengambil inisiatif ini untuk kebaikan bersama ya! jgn lupa! mohon pada Tuhan semoga dijauhi wabak yang tidak di ingini ini..

Friday, August 7, 2009

123456789

hahaha... sekarang tepat jam pukul 12:34:56 7/8/09 (siyes tak tipu! pasal time posted kat bwh tu, aku pun tak tahu camana nak setkan, memang time tu tak betul...)
once in a life aje.. akan dapat saat seperti ini....

Thursday, August 6, 2009

just..

-takda apa pun.. cuma... suke n cantik je tengok gambar nie..

Wednesday, August 5, 2009

dia untuk ku..

Baru-baru ini aku bertemu semula dengan kwn lelaki yg dulunya agak baik dengan aku...

dah lama pun tak bhubung dgn dia, maklumla aku kan dah kawin.. kena jaga hati suami oii..
(sayang b me..! muah! muah!)
konon2 dia cam frust2 la dgn aku.. tu pasal cam mjauhkan diri kot..
tp still kwan jee.. coz mmg status kami adalah KAWAN shj.. not more than that..

nak dijadikan citer, tjumpa lak dgn dia! hm.. katanya masih solo.. belum ada yg punya, malas nak fikir pasal GF2, kawin2 ni...nk tumpu pd kerja je skang.. lagipun cam serik je.. susah nak lupa pd yg dulu.. (sambil melirik kat aku!)
(ai.. tuju kat aku ke? hisshh... tolong sket ehh..)
aku mati2 tak caya la.. ye la.. takkan la takde gf lagi..dgn sikap yg penh aku kenal.. semua cam positif je.. aku nak le tumpang gembira kalo dia ada GF, btuah le GF nya tu..
tapi dia pula dia mati2 juga menafikan 200% yg dia ada 'paktoh' (GF)
well.. it ok for me, coz nothing to do with me..

Nak dijadikan citer lagi, ada sorang akak ni..
kebetulan sangat kenal dengan dia ni! dulu satu tempat keja kot..
ohh... so aku saje la kan borak ngan akak ni pasal kwn aku ni..
akak ni pula bcerita kat aku.. ttg kwn aku ni yg memang agak baik... ( ya aku tahu tuu..) kerja pun ok,
kata akak tu lagi..
" tapi dia ni memang agak nakal jugak, coz dia memang suka nyakat2 pompuan, gurau2 ngan pompuan.. bab2 pompuan ni serah kat dia.. tak kisah la sebab dia agak peramah orgnya.."
(hmm..)
"tapi sejak ada Gf ni.. slow la sket .. "
hah? GF? saya baru jumpa dgn dia, dia kata takda la kak...
" ape takdanya... dan lama diorang couple.. hari2 berantar berambik! laa.. semua orang pun dah tahu la.."
Hah?
teeeeeettt...!!
Apsal le dia nk tipu aku? beriya-riya plak tu..
apa? nk menagih simpati ke.. nk suh aku rasa bersalah ke..?
huh...not at all..plz
hmm aku layan je akak ni bcerita.. yelah mungkin benar mungkin tidakkan..
aku dengarkan aje apa yg dia citer..
Tapi cara dia bercerita tu, lebih kepada org yg dah lama makan garam.. so aku agak percaya dgn apa yg diceritakan.. sebab katanya, dia selalu gak beri nasihat, teguran,bila tgok kwn aku tu buat perkara yg tak syiok dpn mata dia... yelah sebagai orang lama/tua, senior, dan ketua di situ, dia perlu untuk menegur mana yg x betul!
byk lagila yg dia citer.. coz aku gak yg b'iya iya nak tahu pong! jd bz body lak aku jap!! dont get me wrong..yelah... bila byk sangat menda yg bcanggah dengan keadaan yg dulu tu.. aku teruja lah nk tahu.. korek2 la rahsia..dan apa yg di ceritakan oleh akak tu plak ada fakta serta kesahihannya mmg boleh diterima pakai! aku boleh ternganga dengar citer akak tu! i juz cant believe it!
Betapa aku mengeluh panjang .. sambil mengeleng2kan kepala.. tak sangka pulak... huuu....
kata akak tu lagi " lepas dia dah putus dgn 2 org GF yg lain tu, baru la dia agak serius dgn yg ini" ...
Hah!!

Dulu,aku memg senang kwn ngan mamat ni..
coz dia memang selalu buat aku gelak! heppy la.. cuma adala jugak 1, 2 perkara yg aku cukup tak berkenan dgn dia ni! tapi , dia akn cepat2 ubah dan tak buat lagi menda yg aku tak suka tu!
hah.. boleh byg tak!? dia buat diri dia begitu perfecto pd aku!
no error at all...

Tambah2 lagi bila dia dpt tahu aku dah begitu serius bcintun dengan seseorang! lagi la dia.. pijak semut tak mati...!!!
then, aku dah dpt hidu bau2 cam dia suka kat aku!... loh... so aku takda lah nak melayn dia sgt.. bila bsama kwn2 je.. kami borak... ada gak dia pelawa nak jumpa berdua, tpaksala tolak..

ada sekali aku ada krisis teluk dengan BF aku (b, selaku suami tcayang sekarang ini)
dah rasa cam fedup sgt la.. letih, bosan.. (biasala msg2 ada ego sendiri... takmo mngalah! setan plak dok tunjal2! )
suddently, dont know where from da earth.. si mamat ni dtg pula..konon2 mbawa keceriaan lah di waktu itu! yelah dia kan 'kanak2 riang'.. gelak je la kejanya... so masa tu dia betul2 nak tarik phatian aku supaya beralih arah.. mcm2 dia cuba lakukan! kalau tak kuat tu, mahu gak tu beralih arah..
betul...bila ingat2 balik, kaw2 betul ayat dia tu.. power giler doooww..
patutla ramai pompuan cair.. Nasib baik la aku sedor diri lagi.. aku perasan semua tu, aku masih sedar..
Apa dia ingat, aku ni, senang2 je ke? konon2 sedang berduka nestapa kau buleh cucuk jarum?
no, no, no, thats not ma style..
Owwhh.. maybe some others gurl boleh la..
but not me ya!

ak
u sdr n tahu that im wit somebody rite now.. aku takdela beri muka sgt kat mamat ni..
aku bawa2 semayang, doa byk2 kat Tuhan.. yelah tgh gaduh2 dengan BF tu, hati tak senang tau... sebab kita kan sayang dia.. buat tu tak kena ini tak kena..nak menangis pun kat Tuhan la.. minta beri petunjuk..

Aku dah bterus terang kat dia (ntah kali berapa bterus terang dah! tapi dia je tak reti bhsa..) aku takleh nk lebih2 dgn dia, cukup sekadar kawan shj, cheee.. konon2 dia faham la..

Tulah, bila difikir2kan semula, tak sangka ada manusia lelaki seperti ini! Depan kita sikit punya baik .. but,
in da same time.. dia sememangnya mbuat onar di luar sana! (hehe ayat power..)
Begitu real sekali dia mengaburi mata aku.. uih.. sonang 2 jo ko?...

Tuhan tu Maha Kaya kan.. Untuk memperkukuhkan lagi citer yg akak tu dok citer kat aku, Sekali lagi aku tsrempak dgn dia! kali ni nampak dia sangat 'daring maring' dgn seorang wanita.. huu.. mungkin itu lah GF nya yg akak tu ckp tu.. aku tersenyum je dari jauh.. " lelaki itu.. lelaki itu..." hmm moga2 dia serius la dgn GF tu..

point nya untuk citer aku nie sebenarnya just nak bgtau... yang..
Sesungguhnya Tuhan tu Maha Mengetahui segalanya.. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..tak semestinya sesuatu yg dirasakan sangat baik itu adalah yg terbaik untuk kita.. dan tak semestinya sesuatu yang dirasakan tidak baik itu adalah terburuk Kerana hanya Tuhan yg lebih tahu apa yang baik/ buruk untuk hambanya..


Aku bersyukur sangat aku tak terpikat dengan lelaki nih! dan sangat bersyukur dengan jodoh aku sekarang.. malah buat aku tambah bsyukur dgn apa yg ditentukan olehNya,

pilihan ni, InsyaAllah boleh buat aku bahagia.. dan sebetulnya hubby aku nie transparent! begitu perangainya masa bercinta, begitu juga lah perangainya setelah berkahwin! yeah..tak beza jauh la.. walaupun ada jugak la bezanya, sipi2 je.. tapi takdelah kes yg boleh buat aku terkejut berok mcam kes " ohh.. dulu sebelum kawin..bla..bla..bla.. sekarang dah kawin..bla bla.. bla.. pulak!"

hrp2 takmo la ada menda2 tak best.. yelah usia pkahwinan kami pun tak sampai setahun lagi.. mungkin juga akan malalui saat2 getir, yelah biasalah .. sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula aku dan bee..moga berkekalan aman damai la aku n hubby.. Amin..

Aku juga masih punya ramai teman2 di luar sana yg belum kawin lagi! tak byk pun sikit la aku nak pesan.. kalo yg dah ade BF tu, belajarlah untuk terima seadanya.. dan jgn pula korang tlalu sgt bhrp dan percaya pada BF korang tu 100% , hingga sanggup berkorban apa sahaja, tmasuk maruah! (oh No!) and also dont take for granted jika dia terlalu baik untuk mu, jagalah hati pasangan masing2, coz if u want other people to respect u, u have to respect others first. kalau dah kalau benar dia tu jodoh kita.. takkan kemana, InsyaAllah
Kalau yg belum ada couple lagi, sahsiahkan diri lagi..bersangkalah baik pd Tuhan.. ada rahmat di sebaliknya, Tuhan sedang mengatur yg tbaik untuk semua hambanya..
Bila tiba masanya nanti, Tuhan akan permudahkan aje segala menda... tapi jgn lupa untuk bdoa supaya ditemukan jodoh yg baik..
(hahaha, macam ustaza ke aku bsyarah?! sorry.. aku juga tidak sempurna.. masih juga belajar dan terus blajar, sama-samalah kita perbetulkan diri.. untuk kebaikan bersama.. yeah.. peace no war!!) ;p - bkobar-kobar tak henggat..


Haha.. macam kes aku kat atas tu, aku spt tak nampak lansung kekurangan/ keburukan budak tu tu sblm ni kan? tapi tuah... magicnya, aku tak tbuka lansung hati untuk suka kat dia walau dia buat apa pun! (hehe kena mandrom dengan b ke ape ni?? ) hmm.. tak.. sebetulnya aku percaya semua ini adalah ketentuan Tuhan.. Semua Dia punya kuasa dan ada sebab2 yang mmg aku tak pernah tahu pun sebelum ini! haa.. see.. see..see lah sekarang.. Kebenaran itu dah jelas... samada cepat atau lambat aje...

Tuesday, August 4, 2009

Kematian itu Jelas dan Pasti

Dah lama gak sebenarnya aku tak jenguk blog aku nie.. dah agak bsawang dah nih!
mcm2 yang tjadi.. itu, ini, mbuatkan aku takde mase nak update..
sibuk tu dah tentu2.. hmm.. mcm2..
selagi kita bgelar manusia .. so, selagi itulah kita takkan tlepas mhadapi tekanan kehidupan

nothing much to say..
cuma perasaan aku masih lagi melayang-layang tentang peristiwa kematian nenek ku baru2 ni..

Setahu aku, sesungguhnya amal seseorang itu akan terputus ketika ajalnya tiba!
Di dalam hadits shahih dari Abu Hurairah [rodhiyallahu ‘anhu] bahwa Rosulullah S.A.W. bersabda,


“Jika seorang anak adam meninggal, maka terputuslah amalnya, kecuali tiga perkara, iaitu: Shadaqah jariyah, Ilmu yang manfa’at, Anak yang shalih, yang berdo’a bagi orang tuanya”.

(HR. Muslim).

Setiap yang hidup pastikan mati... bila melihat arwah nenek ku yg tbujur kaku.. aku sungguh insafi diri.. sesungguhnya anak2 cucunya yg masih hidup inilah sahaja harapannya yg tinggal.. selain sedekah jariaah dan amalannya ketika waktu hidupnya..

Astaghfirullah.. aku tfikir.. kalau Tuhan nak amik nyawa ni.. bila2 masa je... masa tu dah tak sempat nak uat apa lagi.. nak taubat pun tak sempat lagi! takut aku bila mikirkan yg diri ni pun msh tunggang langgang..

Sbnrnya aku sempat bsembang dengan nenek ku (sebelah papa ) yg juga telah kematian datukku setahun lalu.. dia yg bgtu bsungguh2 menegaskan aku betapa pentingnya bacaan al-Quran dan mdoakan pada arwah kerana sekurang-kurangnya ianya boleh meringankan dan melapangkan kuburnya.. jgn lupakan dan biarkannya kerana dia keseorangan di sana... tiada sesiapa dan hanya kita yg hidup ini shj yang boleh mbantu selagi tmampu.. Nenek ku juga sempat bcerita.. tentang saat Chek aku nak pergi.. dia tak putus2 bisikkan pkataan "ALLAH" di telinga Chek.. kata nenekku lagi, saat itu syaitan sedang mggoda.. supaya kita lupa siapa Tuhan kita.. sesungguhnya syaitan akan terus mhasut anak Adam hingga ke saat kematian! tdiam shj aku mdengar apa yg diceritakan oleh nenek aku..

Apa yang boleh aku sendiri lakukan ialah, sedekahkan bacaan Al-Quran, Yaasin dan terus berdoa untuk arwah datuk nenek moyang ku... itu sahaja lah yang kita mampu.. semoga sampailah kepada arwah..

Hatiku terus bermain2 dengan bmcm2 di benak fikiran.. bagaimana pula jika yang ditinggalkan itu ialah anak2 yang lansung tidak mengenali butiran huruf alif ba ta? bagaimana kah nasib orang tua mereka? aku ada tbaca ttg 1 artikel, tapi kalau salah maafkan, sebab aku dah tak ingat sgt aturan ayatnya, cuma maksudya mungkin sama..; "Perempuan yang mandul bukanlah perempuan yang tidak mpunyai anak tapi, perempuan yg mandul ialah perempuan yang punyai ramai anak, tapi tiada seorangpun yang boleh mendoakannya ketika dia meninggal " saat ini tlintas difikiranku! tak perlu fikir ttg orang lain! bgaimana dengan adik2 ku.. keluarga ku..! cukupkah ilmu agama didada..? tekad aku ingin perbetul diri.. begitu juga aku bgtau kat adik2 ku dan perkara yg sama aku usulkan pada suami ku.. semoga kami semua adik beradik sedar sama2 ttg perkara ini. Semoga mereka di luar sana juga menyedari hal ini.

Hari itu pasti tiba, semua orang pasti akan merasa... cuma saat dan ketikanya belum tahu..

"Ya Allah Ya Rabbi... Kau ampunkanlah dosa2 ku, dosa suamiku, IbuBapaku, seluruh ahli keluargaku dan umat muslim sekelian.. kau ambillah nyawa kami dalam keadaan kami beriman.. berikanlah petunjuk yg benar ke jalan MU Ya Allah.. Sesungguhnya aku hambamu yang hina dan lemah.. selalu melakukan kesalahan dan akan terus leka jika tiada arah petunjuk dari mu Ya Allah.. sekarang aku mengingati mu..mengagungkan Mu, mungkin esok, lusa aku akan leka dan hilang arah tuju lagi! kerana aku lemah.. Namun, Kuatkanlah dan peliharalah imanku Ya Allah.. supaya aku tidak terus-menerus mengikut jln yg salah..Ya Allah Ya Rabbi... daripada Mu aku datang.. dan kepadaMu juga aku kembali.." Amin..

Monday, August 3, 2009

Sekali Lagi

Sekali lagi keluarga kami menerima berita kematian..
kali ini giliran nenek kami ( yangkami panggil dengan panggilan Mek) sebelah mama pula yg dijemput pergi oleh Illahi..
Pemergian yg tentunya tiada pengganti..

Setahun lalu dalam tahun Islam, Arwah Chek kami (belah papa) pergi buat selama-lamanya pada hari Isra' Mikraj, dan tahun ini, selang 2 hari selepas Isra' Mikraj.. Mek (belah mama) pula dipanggil Illahi..
Ajal Maut ditangan Tuhan..
setiap manusia akan menghadapinya..
cuma masa dan ketikanya belum tahu..
Aku agak terkilan, kerana sudah dalam perancangan hujung minggu nanti memang nak balik kampung, tengok Mek.. kami dah rancang adik beradik..
tapi apakan daya..
berita kematian yg diterima adalah seawal 2++ pagi, adikku yg memaklumkan tentang berita ini, nasib baik suamiku tersedar tentang panggilan telefon tu!
Kebetulan adikku berada di KL, jadi, kami terus bersiap untuk balik kg awal pagi tu jugak!
dalam hati ku amat berharap semoga aku sempat untuk menatap Arwah Mek buat kali terakhir, kerana Arwah Chek dulu, aku tak sempat!

Sesampai je, aku terus peluk mama..
aku tahu mama paling sedih..
dia yang berada bersama Arwah, saat Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
aku kenal mama, hatinya memang kuat, cekal, mama memang agak payah untuk mengalirkan airmatanya!
tapi kali ini, Aku nampak wajah mama yang sugul.. aku tahu mama menangis.. aku tahu dia amat sedih sekali.. walaupun begitu, dia cuba sedaya upaya menenangkan aku ketika itu..
Jelas kedengaran suara hibanya yang tersekat-sekat dek menahan kesedihan..
aku mengerti kesedihan hatimu mama.. mama cuma ada mek kerana ayahnya dah lama meninggal dunia.. tapi kini.. Mek juga telah pergi buat selama-lamanya..

seperti tidak percaya.. melihat sekujur tubuh yang tidak bernyawa ! itu jasad Arwah Mek!
berteleku aku di situ menemaninya dengan bacaan Yaasin..
sebak dan hiba sangat.. dan airmata ini memang tidakdapat diseka-seka lagi..

Tiba masa untuk memandikan jenazah..
Melihat jasad Mek diangkat begitu perlahan..
penuh berhati-hati oleh anak2 lelakinya..pakcik2 ku..
kemudian diletakkan di atas papan tempat untuk dimandikan...
aku masih juga di situ.. entah bagaimana perasaan hatiku terdorong untuk turut sama memandikannya.. walaupun memang belum pernah aku lalui perkara ini pun!
Ustazah, jurumandi disitu mula menyarankan agar hanya kaum perempuan yg ingin mandikan shj berada di situ, kaum lelaki juga tak dibenarkan berada di situ..
Seperti terdorong..aku masih berada di situ, aku ingin berikan penghormatan dan bakti terakhirku pada mek hinggalah jasadnya dibawa ke liang lahad..

Asap kemenyan dah meliputi ruangan..bersama baunya...
oh..bila melihat wajah arwah.. putih bersih...tenang...seperti sedang tidur...
makcu ku bersuara.."hmm... mek tengah tidur...." sambil mengusap2 rambutnya..
bengkak muka dan mata makcu ku..dek kerana mengangis..

Perlahan-lahan.. air dijirus..
di bersihkan dengan sabun dahulu..
berhati hati kami menggosok ke kulit nya.. dengan penuh lemah lembut kerana memang diketahui sesungguhnya jasad yg telah terputus roh dari badan akan merasa kesakitan yg amat walaupun hanya setitis air...
MasyaAllah... aku teringat itu semua.. hati kecilku mengangis sendiri... sambil dalam hatiku juga berzikir-zikir dan berdoa memohon semoga diringankan kesakitan itu terhadap mek.. dan dipermudahkan segalanya...
sbnrnya sebelum ini telah 3 kali aku bermimpikan arwah! dan salah satu mimpi itu ialah aku mengangkat bdn arwah dan melihat tubuhnya begitu kurus.. tak disangka-sangka rupanya bygn mimpiku itu adalah realiti sebenar bahawa aku akan memandikan nya..aku memegang tangan dan kakinya... sama seperti yg dilihat di dalam mimpi... Subhanallah..
semua itu adalah kekuasaan tuhan...

kemudian air serbuk bidara pula dijirus...disusuli air kapur barus... sebelah kanan dan kiri..
selesai memandikan... arwah segera diangkat dan aku juga turut mengkafani mek..

Suasana bertukar menjadi hiba dan sayu apabila tiba giliran semua anak cucu untuk mengucup nenek kesayangan buat kali terakhir...
esakan2 kecil mula kedengaran...
aku juga tak dapat menahan sebak di dada..
melihat wajah tenang mek.. kami tahu yang itulah kali terakhir kami akan menatap wajah mek..
kerana mek telah pergi untuk selama-lamanya...

Alhamdulillah... selesai sahaja sembahyang jenazah..segala-galanya berjalan lancar sehinggalah saat arwah dikebumikan ke liang lahad..

Doa aku panjatkan buatmu.. Ya Allah
semoga roh Mek dicucuri rahmat..
dilindungi olehmu Ya Allah..
Kau ampunkanlah dosa-dosanya
dan peliharalah dia dari seksa kubur dan seksa neraka..
Amin..

Al-Fatihah buat Mek..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker