Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, April 28, 2009

Mari Bertarannum..Eh, Mari Berseminar...

Thanks to B coz pagi-pagi lagi dah antar aku ke Hotel Istana ni untuk ke Seminar ni! memang jem teruk ek Kuala Lumpur pagi-pagi ni! maklumlah hari2 aku gi keja mengadap jem yang biasa2 je..tempat keja pun aman damai je.. siap dengan kicauan burung-burung.. daun-daun kehijauan... udara yang segar...hehehe...terbuai kejap!!
Well..nasibla dapat green light dari Tn Hj, kalau tak tak merasa jugak.. Tengkiu Boss..
"Legasi Kecemerlangan Organisasi" anjuran Utusan Publications...
Yang buat aku nak pergi sangat sebab aku belum penah attend mana2 course pun sebelum ni, so bila ada peluang ni, leh la nak tambah-tambah ilmu sikit (tambah-tambah ilmu sikit jer.. yang banyak nyer tang lain tu.. hehehe..)


Panel seminar : Ybhg Dato Azlina Hj Che Abdullah - Pemenang Wanita IKON 2008 yang dinobatkan baru-baru ini.. dialah juga pengasas DNavechee.. produk yang aku dok nak cuba dari dulu lagi..tapi tak tercoba-coba dek kerana kemahalan dan kelokekan aku untuk mengeluarkan duit! asal nak beli jer.. tercancel..asal nak kuar duit jer pikir 2 3 kali! hish.. akhirnya tak terbeli lansung...tapi nak kena beli jugak nie.. tengok lah pada Datuk Azlina nie.. jumpa dia live memang cantik sangat muka dia..mentep gitu..
Presentation dia pun bagus..tak boring.. kalau tak mesti aku dah tersengguk-senggguk!
Best dapat share pengalaman jatuh bangun, perit getir beliau ..sejak mula, sehinggalah bergelar jutawan sekarang...
kesimpulannya.. no pain.. no gain...


Si Eja yang cantik... PA GM IBMS..dah nak kawen dah kwn aku nie...
thanks Eja... hantar kitorang ke LRT station..
sekali-sekala menggunakan Khidmat pengangkutan awam...ok gak....
tapi, huh! bapak...ramai giler orang..(time balik keja la katakan...)


Kak Ila.. dah sarat dah akak aku yang sorang nie...comel sangat dia... best betul dapat rasa perut dia haritu.. rasa kagum dan terharu sangat dapat tengok dan rasa anaknya dalam perut tu
"Kak Illa... ada sesuatu dalam perut tu bergerak-geraklah!!"


Wah.. akhirnya aku dapat gak bergambar dengan orang paling glamer kat situ... sape lagi kalau tak si Mimi nie.. lame tak jumpa kan... makin anggun aku tengok ko...tapi wa salute sama lu laa... lu gelek memang mantep..caya lah mimi! i like...u're da best..


Mr Hattan! mula2 memang takdalah nak beriya sangat coz aku minat dia biasa2 jer..
tapi best betulla dengar dia nyanyi live! dan yang penting sekali dia memang sangat cool...
dan tergolong dalam kategori lelaki macho siot...
memang diakui suara dia memang memukau... uiihhh.. makcik2 pun sakan bergambar tak hengat...
Hattan sedang solo sekang nie.. sedang mencari katanya... heheh... so gurl outthere..be prepared ya! ups lupa! dia kalau boleh nak yang bertudung... I AM! I AM! hmm ..but im not available... taken oredy.... "sayang... u tak marah kan.. me bergambar dengan dia ni... ala..kecianla dia.. nak sangat bergambar dengan me..." hehehe...


yo ladies... nice meeting u all....

Pendek kata..
Seminar sehari ini ada 4 sesi yang merangkumi tentang Imej Organisasi, Legasi kesetiausahaan, keterampilan, imej diri seseorang..oleh panel Dato' Azlina dan Puan Sharifah Rasheeda yang diwarnai dengan peragaan fesyen dari De'Zain Boutique dan persembahan dari Hattan..

Kalau nak bgtau detail seminar kena uat blog lagi satu lah..

Cabutan bertuah pun ada... hm... tapi tak pernah dapat pun... sipi-sipi bertuah aje...

Thanks to Eja n Mimi untuk Ehsan gambar, maklumlah tak bawa kamera haritu..

Wednesday, April 15, 2009

THE PEACEMAKER

Malam tadi layan filem nih dengan b (pendorong utama cerita), kat tv2. Walaupun citer ni tahun 1997 punye.. tapi best..

Watak utama ialah Lieutenant Colonel Thomas Devoe (George Clooney ), dan Dr. Julia Kelly (Nicole Kidman). Secara ringkasnya, cerita ini mengenai penjejakan senjata nuklear yang telah dicuri dan perlu diselamatkan sebelum disalahgunakan oleh pihak pengganas.

Bermula dengan 2 keretapi yang berlanggaran sesama di sesebuah tempat di Rusia, yang mana salah satunya mengandungi sejumlah 10 muatan nuklear. Ledakan nuklear itu berlaku berikutan dgn perlanggaran tersebut dan dunia pula sedang berwaspada....Walaubagaimana pun, Pakar Nuklear White House Dr Julia tidak menganggap yang ianya ialah satu kemalangan...Pegawai Pasukan Khas Perisikan, Kolonel Thoman Devoe, juga tidak menganggap begitu... jadi, bersama mereka mesti menyelesaikan konspirasi (komplot) yang datang dari Eropah ke New York, untuk menghentikan pengganas yang tiada permintaan...
Tujuan pengganas ini ialah untuk membalas dendam dan mengebom New York!

Ternyata 1 Bom Nuklear telah musnah akibat perlanggaran keretapi, baki yang tinggal pula telah berjaya dirampas kembali, namun masih kekurangan 1 kerana telah berjaya dicuri oleh pengganas dari Rusia yang dapat membolosi serangan yang diketuai oleh Devoe.
So, setelah kita tengok mrk bersusah payah mendapatkan baki nuklear tersebut, kita akan tengok pula mrk berhempas pulas untuk mendapatkan 1 nuklear yg tlh dicuri itu!

Pun boleh tengok aksi kereta antara Mercedez lawan BMW! hmm..BMW yang semput...

Ending citer, aksi masa Devoe dan Julia mengejar pengganas itu dan masa nak matikan 'timer' tu memang suspen! pengganas tersebut dah set timer untuk bom nuklear tu meletup! semasa diorang dapat semula nuklear tu,(pengganas dah mati tembak diri sendiri, dgn harapan dia tak mati bersama nuklear laa..) masa yang berbaki cuma 2minit lebih sahaja! manakala pasukan khas pula boleh sampai dalam masa 4 minit!! maka mereka sendiri perlu lakukan sesuatu bagi mencegahnya dari meletuskan tindakbalas sebenar nuklear itu dan mengurangkan kadar letupan!
jadi, sebagai pakar nuklear, Julia mencuba sedaya upaya dan akhirnya pada saki baki saat terakhir, dia berjaya mencungkil dan membuang sebahagian dari punat bom tersebut, dan, KABOOOMM!! berlaku 1 letupan kecil disitu..sekurang2nya ia telah menyelamatkan 10 blok bandar yang terdekat!

Cerita ni memang takda masa nak boring atau ngantuk sebab telah disogokkan dengan adegan-adegan yang cemas, spontan dan aksi. B cakap aku nie emo lebih pulak! aksi lebih ngalahkan pelakon! yelaa.. bila kita dah faham dan menghayati citer tu.. a bit emosional la kan..

Directed by
Mimi Leder

Written by
Michael Schiffer

Starring
George Clooney, Nicole Kidman, Marcel Iureş

Music by
Hans Zimmer

Cinematography
Dietrich Lohmann

Distributed by
DreamWorks

Release date(s)
September 26, 1997

Running time
124 min.

Language
English



SENARAI KABINET (NAJIB VERSION)

9hb April haritu, telah diumumkan senarai anggota Jemaah Kabinet YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Hmm.. memang dah lewat post ni di keluarkan kat sini.. tapi takpe, sebagai rujukan bersama, ini gara-gara sesi soal jawab semalam bersama hubby..

Senarai lengkap ini diambil dari Utusan Malaysia.

(klik untuk imej yang lebih besar)

Thursday, April 9, 2009

Tuesday, April 7, 2009

Fara Fauzana di Kelantan

(topik cam gimik je lebih?? hehehehe)


Sememangnya dah lama iklan ni kat Kelantan, sejak Tok Guru mengenengahkan Isu bertudung walau pada papan iklan! so, actually my hubbylah yang begitu teruja melihat iklan2 espeacially artis2 yang sedia maklum tidak bertudung dan juga pada wanita omputih! sibuk kami dok check, samada mereka betul bertudung atau cuma adobe or super imposed aje.. yang Fara nie, nampak cam real.. ada iklan susu , Vanidah Imran pun cam real..ok lah tu..


Pastu hampir keseluruhan premis di Kota Bharu ada tulisan Jawi di papan tanda perniagaan.. tak kiralah premis tu milik org cina atau india! masing2 mesti ada Jawi!
deep down..bangga aku sebenarnya..
Pastu bila kita bckap dengan mereka (chinese or indians), mereka memang ckp loghat kelate..
aku mula2 dengar tu.. terngangaaa aa la jugak! tak sangka pun ada...
makcik aku kata, tu dah perkara biasa..

sebut pasal jawi..terpikir plak aku.. betapa terpinggirnya kita dengan tulisan itu! (siap ada perdebatan lg ttg isu tulisan ini!- kecewa pulak melihat kaum lain senang2 mperlekehkan ttg Jawi kita ni!) kalau zaman skang nie.. harap org zaman2 dulu jer la yg begitu paham dengan tulisan jawi nie.. akhbar pun dah takda lagi.. harapkan sisipan dlm akhbar Utusan je..

Aku plak, boleh la paham siket2 dengan tulisan jawi nie.. dulu2 kan ada kelas agama yg mengajar tulisan jawi, kelas agama pun ada kan? tapi tak tahu la skrg ni msh ada lagi ke tak? ade ke? (isu tlsn Jawi ni juga menjadi topik komentar aku dengan b aku!)

hmmm... Jika cina bangga dengan tulisannya, India juga dengan tulisannya tersendiri, nah, mengapa tidak kita! dengan tulisan Jawi kita?

cammon laa...

Friday, April 3, 2009

Thursday, April 2, 2009

Sejenak..

Tetiba tadi masa lunch minda dan rohani ku tersentuh dengan kisah Nabi Junjungan kita yang diceritakan oleh Kak kin tadi.. Namun aku mengerti mengapa dia sanggup datang lewat ke ofis.. mengapa dia beriya-iya menceritakan kembali kepada kami...mengapa dia mudah mengeluarkan air mata kerana hal ini..
kerana tazkirah dan ceramah di surau mengenai Rasulullah lah..yang merelakan segala..membuatkan dia terus berteleku hingga lah ke akhir cerita.. 'masa' juga tidak mampu menghalang.. dan.. seketika.. kami juga berkongsi apa yang dirasainya..
Kak kin telah mencetuskan diriku untuk berkongsi perihal Rasullullah S.A.W. di blog ini.. walaupun cerita yang diceritakan telah banyak kali didengari.. tapi setiap kali mendengarnya pun hatiku akan terus sebak dan sayu..
Siapa lagi yang harus dijadikan idola selain Rasullullah S.A.W.! Perawakannya..Kelembutanya..Kesabarannya..Kepimpinannya, Kecekalannya.. memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja...serta Pengorbananya adalah terlalu besar demi untuk ummatnya, iaitu kita semua!

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
'Maafkanlah, ayahku sedang demam',
kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
'Siapakah itu wahai anakku?' '
Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,'
kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. '
Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.
'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

RASULLULLAH

NASYID RASULLULLAH HIJJAZ LYRICS

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam
Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker