Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, December 15, 2008

family day- Teluk Senangin

Lama tak mandi laut! so dikesempatan dah ada kat sini..
semua org pulun mandi laut lama2!
mula2 aku agak keberatan nak mandi..
maklumla cam segan2 (penyegan ke aku nih? hii tak sesuai!!)
tapi lepas tu..! aku plak cam takmo naik2...
huhhuhuhu...


- malam kat chalet.. pakat dok main game ramai2.. main ler sampai lebam..


-masing2 dengan post masing2.. ai.. si nain ngan si abdullah..kontrol hensem nampak! heheh..
konon2 masing2 taknak tido la malam tu ..nak stay up sampai pagi.. hehehe.. lebur...


-sesi bergambar seisi keluarga... setiap peringkat umo pun ada kat cini tau!
paling muda ialah beby kat dalam perut maksu tu! hehe...

Wednesday, December 3, 2008

ciuman itu..

Seperti biasa, pagi-pagi membonceng motorsikal dengan b pergi kerja. Seperti biasa kereta bersusun-susun di Lebuhraya NPE, tambah lagi ke kawasan Bangsar nak masuk Brickfield. Huh.. memang jenuh... nasib baik la kami bermotor..dapat jimat masa, minyak..
Semasa kami melalui jalan Bangsar depan Maybank.. adalah seorang lelaki ni memberhentikan motornya untuk menurunkan perempuan ni.. ku kira mereka suami isteri.. yeah.. sepertiku juga.. lantas si isteri mencium tangan si suami dan si suami membalas dengan mencium si isteri..
seraya dengan itu, kedengaran si suami ku pula mendengus.. seperti mempertikaikan perlakuan mereka itu di khalayak ramai yang pada pandangannya agak keterlaluan dan berlebihan..
Aku pula berpendapat yang tindakan mereka tidak salah..
si isteri mendapatkan restu suami dan si suami menunjukkan tanda kasih..
b berpandangan yang tidak perlulah mengikut tradisi 'omputih'..cukuplah sekadar bermesra-mesraan di rumah sahaja..
mungkin apa yang b cakap tu betul...tak perlu over-over lah maksudnya tu..hmm.. aku cukup maklum dengan b, yang agak pemalu kot... hehehe...geli katanya...
tapi aku tetap mempertahankan pendapatku..
sekurang-kurangnya si isteri mendapat restu keampunan dari si suami..terasa berkat je bila berkerja dan si suami juga meninggalkan ketenangan pada dirinya sendiri dengan mencium si isteri.. terasa bangga dan kagum je...memang meresap dalam sanubari lah!macam yang aku rasa bila salam cium tangannya...!
(hmm..sepanjang perjalanan tu kira kami berdebat pasal hal ni lah..)
bagi ku kita boleh show our love kat mana-mana, bila-bila masa yang di senangi oleh pasangan kita..
cuma tak perlulah over react! atau berlebih-lebih sampai orang naik muak melihat tingkah kita..
as long as pasangan kita rasa bahagia.. gembira.. hm! apa salahnya !? at least pasangan kita akan rasa dihargai, disayangi..bangga..eh, tentu kita seronok buat pasangan kita rasa best kan? itu kan pengikat kasih sayang suami isteri!
Just show your love .. and you will not regret..
siapa tahu.. jika ditakdirkan itu yang terakhir... sekurang-kurangnya... ciuman itu ialah kenangan yang menjadi penawar duka..memberi seribu erti kebahagiaan..
dan tiada penyesalan di penghujungnya...
Kesimpulannya...jangan malu untuk menunjukkan rasa kasih, sayang pada yang tercinta... tunjukkan dan rasailah kemesraan itu, sebelum terlambat...menyesal kemudian dah tak guna lagi

hmm.. b cuma diam mendengar penggulungan hujah ku yang terakhir.. maknanya dia setuju..
hehehe....sekarang ni.. nampaknya si macho ku ini dah boleh hilangkan rasa malunya tu...
macho lah kata kan... malu-malu kucing...
thanks sayang for your love...


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker